Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Friday, April 22, 2011

Sian pakcik tu

Ada kan aku story semalam pasal pakcik yang asik tido..sakit-sakit. Petang kemarin aku gi tengok ayah lagi. Sampai je kat katil ayah aku pandang tengok keadaan pakcik tu. Tau dia wat apa? Tengah berselimut ngan badan nampak jelas mengigil-gigil. Nasi sebelah dia skit pun tak bersentuh. Nasib baik pakcik poyo tu tak da...Kalu ada, tak tau la dia nak laser apa lagi kat pakcik tua tu.

Aku kesian la pakcik tu..sepanjang aku pi melawat ayah tak penah ada sesiapa melawat pakcik tu. apatah lagi yang meneman pakcik tu sebelah katil. Sian tau. Setahu aku dia ada anak...takkan la tak leh melawat bapa yang sakit tu kejap. Dah la tak sihat, macam mana nak pegi toilet, macam mana nak makan saat tangan menggigil menahan sakit?

Masa aku nak balik tu...ada sorang nurse tu pegi kat pakcik tu. Nak suap pakcik tu makan, tapi dia tetap tak nak. Tak mampu nak telan. Aduihhh sangat menyedihkan hati ku. Puas nurse pujuk...dia tetap tak mau. Badan lemah sangat-sangat. Aku duk dengar nurse tu pujuk...sayu hati. Last-last aku kuar je. Tak sanggup tengok. Aku ni memang tak layak la kalu keja nurse ni. Skit-skit nak leleh air mata. Nak buat keja lagu mana? :P

No comments:

Post a Comment