Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Thursday, April 21, 2011

Sakit-sakit pun, poyo!!

Ayah aku dah seminggu lebih di tahan wad kat Hospital. So, aku kena la kerap pi tengok. Dalam tengok-tengok tu macam-macam perangai orang aku tengok. Terbit perasaan di hati, teruk juga jadi nurse ngan doktor. Tambah-tambah patient ramai bebenaq.

Semalam aku nek nyampah giler ngan sorang patient ni. Tak da la tua sangat, dalam sebaya abah aku ada la. Sakit-sakit pun eksen giler. Ha, ngan poyo sekali. Ada Pakcik yang tido bertentangan ngan ayah aku tu, baru je diangkat nek wat lepas buat rawatan dialisis. So, badan dia lemah-lemah. Nak cakap pun tak da mood. Tenaga tak da. Time tu gak time makan. lepas nurse letak makanan, patient poyo tu makan la skit tapi sebelum tu ada sapa ntah bekalkan dia nasi. Laju je makan. Tak pasti dia sakit apa. Tengok cergas je. Lepas dia makan, dia mai kat pakcik tu.

"woiii mat, makan la. Qeja tido ja hang ni. Teruk tul aaaa" begitu la lebih kurang. Aku macam nak lempang je...buta ka tak nampak pakcik tu tul-tul tak larat. Orang yang melawat ada tengok gelagat patience poyo tu. Gelagat dia memang tak patut, dah la cakap kuat macam nk bagi suara dia dengar satu wad!

"aku tak larat. Tak lalu nak makan" jawab pakcik tu...

"alaaa hang ni....aku ok ja pon. Asyik tidoq jaa hang" balas si poyo tu. Ehhhhh....pakcik tu kan sakit, takkan 24 jam nak bangun melompat. Dah nama pun kat hospital apa lagi yang boleh dibuat selain baring dan tido bukan? Occay ada lagi yang meluat sampai tahap aku nak muntah dengar

"Hang amik la nasi aku. Aku tak makan la nasi ni. Nurse ada nak bagi yang ada class, bukan macam ni.... Tapi saja je aku taknak" cit, podahhhhhhhhhhhhh. Berlagak nak mampus. Kalu nak class, begi duk dalam bilik 1st class, tak payah duk tunjuk poyo kat sini. pastu ada la lagi dia cakap lagak-lagak ngan pakcik tu. Bila dia cakap kan, aku nampak mata dia lirik-lirik je tengok orang len tengok dia ke tak. Lagi orang tengok dia, lagi la dia cakap poyo nak mampus. Last-last aku buat tak dengar je. Kang aku plak masuk wad sebab muntah-muntah tak tahan dengar orang poyo bercakap.

No comments:

Post a Comment