Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Tuesday, April 26, 2011

Jahatnya misi tuuuuuu


Tadi pegi klinik lagi. Kali ni just amik darah. Ohhhhh amik darah mesti guna JARUM kan. Owhhh aku takut!!!!

Aku tunggu kul 8.25 pagi...dekat kul 9 nama aku panggey. Dup dup dup jantungku wes. Dengan langkah masuk ke bilik UNIT PENGAMBILAN DARAH.

Duduk...lepas tu misi kuar jarum n cucuk kat picagari. Mak takut! Misi sebelum ni kalu nak cucuk siap baca bismillah lagi. Misi kali diam je pun...Owhhh baca dalam hati kot. Sekali dia cucuk

Misi : Eh..mana urat awak ni? tadi nampak ada..Sori-sori je.

Aku? cool dulu walau sakit. Misi tu cabut jarum. Belek-belek tangan aku. HUH!

Misi : Saya cucuk sini plak yer. Genggam tangan awak kuat-kuat

Eh...dah abis kuat aku genggam ni. PAstu dia cucuk agi. Adoiiiiiiiii cakitnyaaaaaaa

Misi : Eh, tak da darah pun. Mana la urat awak ni? sori-soriiii sian awak. Cucuk belah kanan plak lah yerr. Sian awak

Sian awak- sian awak menda. Sakit la!!!! meh aku cucuk hang macam hang cucuk aku. Apa kau rasa??? Aku sepatah tak kata. Diam, muka dah kelat.

Nasib baik cucuk kali ketiga darah kuar. Eeeeeeeee...geram tul. Ingat aku ni bahan eksperimen cucuk-cucuk ker. sekarang baru aku rasa apa yang ayah rasa. Sebab tu la ayah takut pegi hospital. Bila dia masuk je, jarum tak dapat dipisahkan. Jangankan kata misi, doktor kat hospital tu pun 2X5 cucuk tak betul.

No comments:

Post a Comment