Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Monday, April 4, 2011

Hahhhhhh ceroboh lagi!!!

Suatu hari dia lepak di sekitar belakang rumah sepasang suami isteri yang mempunyai seorang anak laki. Tetiba terdetik di hati ingin memasuki rumah itu. Dia mula mencari peluang. seorang laki bermisai yang perutnya bagai wanita hamil 4 bulan membuka pintu dapur. Kelihatan laki itu melangkah keluar menuju ke tempat membuang sampah tak jauh dari rumah itu. Dengan hati-hati dia mencari peluang supaya dapat memasuki rumah tersebut. Mecicit dia lari masuk...tiba dimuka pintu. oh line clear...nyorok tepi mesin basuh kejap. Oh line clear lagi...lari lagiiii. okes, stop jap nyorok sebalik peti ais. Terdengar bunyi simpahan air dalam bilik air. Hatinya terdetik, mesti wife laki tadi tengah mandi. okes cantik line clear. Ohh bukan nak mengendap...nak masuk ke ruang lain rumah tersebut. Maka dia lari lagi berdecit-desit ke ruang makan. Oh tiada tempat sembunyi, di mana? di mana? ohhh itu kabinet TV baik nyorok situ. Then? aku nak ke mana lagi. Nak masuk bilik pintu tertutup plak. Ceh berdebah! Gedegangggggggggg terdengar pintu besi ditutup. Hah, mesti laki misai tadi dah masuk rumah semula. Ohhh aku nak nyorok ke mana lagi?

Dia terpandang sofa yang cantik itu. Agak bersepah. Best kalu lepak disebalik itu. Dia melompat menyorok dicelah-celah kusyen yang agak selerak. Ohh sedap nyorok sini. Kain sofa ini sangatlah lembut wangi. Bau kedai lagi! Dia terdengar apabila suara laki aku terbatuk menuju ke ruang tamu. halamak...dia sedikit gelabah. Dia nyorok sebaik mungkin.

"hishhhhhhh berselerak" leter laki itu. Dia menggigil bila mendengar suara itu. Tetiba dia terasa badannya dilenyek. Ohhhhh ingin meluah jeritan tapi tak terdaya. terasa ruang dia nyorok kian gelap gelita dan gelita...badannya makin terhimpit. Terasa ingin pecah kepalanya. Ohhhhhh tuhannn....ohhhhh akhirnya dia lemah tak terdaya.


Beberapa hari kemudian selepas kejadian itu.

Suami isteri kembali ke rumah itu tergesa gara-gara ingin menonton ABPBH 2010 di kaca TV.

isteri : cepat-cepat abang buka tb, dah start niiiii

Suami : jap la...Pegi tukar baju Aqil dulu

Isteri : yelahhhhhhh

Isteri tergesa-gesa meletak anaknya yang sedang tido ke atas katil, Cepat-cepat menukar baju anak itu. Kemudian keluar. Tb masih belum dibuka volumenya

Isteri: lahhhhh abang cari apa?

Suami : Mana remote aaaa?

Isteri : meh cari..

Isteri jengguk bawah sofa..tak da, suami plak punggah kusyen sofa lepas tu..

Suami : tengok..apa ni?

suami isteri saling memandang mata antara satu sama lain. Tetiba isteri melompat kegelian


Suami : tikus?????? mai mana ni????

isteri tidak menunggu...terus lari masuk bilik air. Uwekkkk uwekkkkk uwekkkkk...tertiba je satu ruang tamu bau bangkai. Cilaka ko tikus!!


Lepas tu kan, kami laki bini duk gaduh sapa yang lenyek tikus yang nyorok situ. Sampai jadi sekeping kertas. Banyangkan berapa lama tikus situ mampus kat situ. Aku tak kira, aku salahkan laki aku sebab dia la yang duk rajin tido n lepak atas sofa tu. Lagipun badan aku yang sekeping piang ni, belum tentu dapat gelek badan tikus itu menjadi sekeping kertas? Ye x? laki aku la kan? Peliknya....sebelum-sebelum ni, tak bau pun. adoiiiiii nyusahkan orang tul la tikus ni. Dah la sofa baru! Aku tak basuh sebab bau je dah buat aku lari masuk bilik air. Mat pezal la duk cuci ngan berus sabut. Aku? yeee aku rilek2 sebelah tu layan ABPBH sambil pekup hidung. hahhahahha

No comments:

Post a Comment