Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Wednesday, April 20, 2011

Checkup di klinik kerajaan

Occay ni kali kedua aku buat checkup di klinik kerajaan. Aku nya gynea pun syor aku check kat kerajaan ngan alasan kalu terus check kat private kena berbelanja besar. So, dalam selang 2 bulan baru aku pegi jumpa gynea aku. Ni aku nak story pengalaman checkup kat klinik kerajaan. Kan kat paper banyak sangat la orang wat aduan macam-macam karenah birokrasi di sana. So, tengok apa yang berlaku kat aku

7.50 pagi:
Aku tiba di klinik kerajaan berdekatan ngan site aku jaga ni. Pergh ramai siot mujur la kawan aku si misi Tini dah buat siap-siap aku buku merah. Lepas aku serah buku merah aku kat kaunter, then aku tunggu nama aku pangge untuk timbang berat. Erkkk berat aku nek 3kg sebelum aku lahirkan Aqil. 3kg..apa la sangat! hikhikhik. Misi tanya aku itu ini semak buku merah tu..pastu dia serahkan aku buku merah ngan 1 borang patologi. Yakni kena amik darah! waaaaaaa ni mengseriau aku. Jarum2 aku takut wes. Occay, then aku gerak ke bilik ambil darah selang 3 bilik dari tempat tadi. Letak buku merah dalam bakul. Tunggu

9.20 pagi :
Nama aku di panggil masuk. Time ni aku memang ketaq siot. Orang takut jarum la katakan. Ada orang suka jarum? Meh habaq siniiii. Kalu ada pun Mat Pit la kan.Golongan ni sah-sah la tak le dipisah ngan jarum. Huhuhuh. Perghhh banyak gak jarum tu sedut darah aku. Waaaaaaaa. Occay, then kena ke makmal. Check urine la plak.

9.35 pagi:
Aku tengok toilet Masyallah! Kotor amat. Geli aku. Rasa nak jalan jengkit-jengkit je tapi takut tersembam. Satu hal nak tahan sakit bontot. Gagah la diri masuk toilet sambil tahan bau ngan buat-buat tak nampak persekitaran lantai yang kotor. Tisu sana sini. Dah la pintu tak leh kunci. Siot!. aku buka air paip sehabis mungkin bagi menandakan "ada orang di dalam". tawakal wes takut gak kalu ada orang saja gatal tangan selak pintu. fuhhhhhhhhh.

9.50 pagi:
Dah selesai sudah serah urine dan dibuat pengujian kena jumpa misi balik check perut. Adoiii tunggu lagi. Letey aaaaa tunggu-tunggu ni. Dah la aku batuk-batuk, so menambahkan kerimasan aku. Lama tunggu, aku jadi badan aku jadi rasa lemah giler. dalam 20 minit cam tu haaa baru la misi pangge aku. Alhamdulillah bagus misi Noraini. Cakap lembut-lembut dan sentiasa senyum,. Ha, tak da la nak sakit hati sangat. Lepas dia terang aku itu ini...aku pun angguk-angguk je la. Yang tak bestnyaaaaa "Awak 1st time wat card...so, kena jumpa doktor plak lepas ni" waaaaaa rasa nk pitam terus. Nak kena tunggu lagi!

10.40 pagi:
Ha, nasib baik tak sampai sejam aku tunggu. Letey wesss...Masuk-masuk nampak doktor terus tersenyum. Layanan dan kata-kata nasihat baik sekali. Ha....sejuk perut mak. Masa dia scan baby pun rancak dia terang aku sehabis detail. Bagus-bagus. Cam ni aku memang puas hati. Nampak adik aqil tak aktif sangat. Tangan kejap-kejap gerak. Aku rasa baby tido ni. kihkihikih...Tak pa la sayang...tido la. Mama pun letey apatah lagi sayang, Tolong la tido mewakili mama. Huhuhuh. Disebabkan aku duk batuk kong-kong-kong depan doktor, dia terus kata "awak kerja ker?" aku pun cepat-cepat la mengiakan. "cam tu saya bagi awak rest je kat umah yer" yahooooooooooooo....happy dalam hati. pastu dia soh aku kuar. Ha, nak dapat MC pun kena tunggu! Tapi 5 minit je. Kalu setengah jam pun aku sanggup tunggu. Wakakkakak...

Sampai umah Aqil tengok aku balik "ehhh mama balik". Budak kecik tu macam tau-tau je bukan time aku balik kerja. Last-last aku cakap "mama tak larat p kerja. Nak tido". Lepas main ngan Aqil jap, aku tido kan dia...ngan sekali aku pun tido. Best!

No comments:

Post a Comment