Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Tuesday, April 12, 2011

Bermanja-manja??

Ramai orang kata kalu kita ngandung ni nak apa-apa (ngidam) cepat-cepat la pegi cari. Sebab kesian orang tu ngandung. Aku pelik la. Siap orang tua-tua kuar "warning"..kalu ibu ngandung tak dapat apa yang ngidam anak yang kuar nanti akan leleh-leleh air liur.

Occay pengalaman pertama aku ngandung...aku dulu tak da la nak ngidam macam-macam. Ada pun, yang sangat mudah dicari. Alhamdulillah la kan. TAPI....Aqil kuar besaq skit...leleh-leleh gak air liur dia. Tambah-tambah lagi time dia suka makan penumbuk dia...oiiii jenuh lap air liur kat tangan dia. Bagi aku normal lah.


Macam sebelum ni, aku cakap je...eh ada tak buah itu ini...User aku uihh pakat tolong carikan. Sebab kesian kat orang ngadung sampai aku jadi malu ngan pelik. Aku cakap je...tak da teringin tak tertahan-tahan tu haaa. Adus...sampai apa-apa aku malas nak bersuara. Terasa nak makan pa-pa, aku start keta pegi cari sendiri. Aku tau user aku ni sayang aku sebenarnya. wakakakkak perasan tul hang leya!

Sini aku nak cakap, aku malas la nak ngada-ngada time aku ngandung gini kang anak yang kuar nanti ngada-ngada macam mak dia. Tak yah la gitu kan. Biasa-biasa udah dih! Jangan terlalu ikut perasaan dan layan sangat nak itu ini. Kita sume leh control. Contoh la...kadang-kadang kan aku terfikir..."ehh hari ni aku tak da nak muntah-muntah plak?" abis je terdetik kat minda...terus tekak aku loya dan terus kuar bunyi uwekkkkkkkss. ha ni natijah sangat kalu asik fikir. So, tindakan kita...tak yah pikir wat macam biasa. Alhamdulillah kita akan ok.

Powerkan kuasa minda kita?

No comments:

Post a Comment