Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Thursday, April 28, 2011

Public dinar

Mula-mula dulu aku dengar je orang duk berserita pasal dinar emas. duk cakap untung-untung. Last-last aku pun nak try la. Maka 1 Feb 2011, aku try la beli sebijik dinar emas ni (beli yang paling murah). Masa aku beli tu 1 Dinar berharga RM610.


Okes, tengok sekarang ni..kalu aku nak beli 1 Dinar lagi....hoh dah RM698!!!!. Dan kalu aku nak jual dinar aku ni...aku leh dapat untung RM46! Baru dalam 3 bulan aku beli untung dah banyak ni. Kalu la aku beli yang debuk besaq dulu...hmmm untung-untung.




Amacam ada teringin? kalu teringin ha...masuk web ni :





Tuesday, April 26, 2011

Jahatnya misi tuuuuuu


Tadi pegi klinik lagi. Kali ni just amik darah. Ohhhhh amik darah mesti guna JARUM kan. Owhhh aku takut!!!!

Aku tunggu kul 8.25 pagi...dekat kul 9 nama aku panggey. Dup dup dup jantungku wes. Dengan langkah masuk ke bilik UNIT PENGAMBILAN DARAH.

Duduk...lepas tu misi kuar jarum n cucuk kat picagari. Mak takut! Misi sebelum ni kalu nak cucuk siap baca bismillah lagi. Misi kali diam je pun...Owhhh baca dalam hati kot. Sekali dia cucuk

Misi : Eh..mana urat awak ni? tadi nampak ada..Sori-sori je.

Aku? cool dulu walau sakit. Misi tu cabut jarum. Belek-belek tangan aku. HUH!

Misi : Saya cucuk sini plak yer. Genggam tangan awak kuat-kuat

Eh...dah abis kuat aku genggam ni. PAstu dia cucuk agi. Adoiiiiiiiii cakitnyaaaaaaa

Misi : Eh, tak da darah pun. Mana la urat awak ni? sori-soriiii sian awak. Cucuk belah kanan plak lah yerr. Sian awak

Sian awak- sian awak menda. Sakit la!!!! meh aku cucuk hang macam hang cucuk aku. Apa kau rasa??? Aku sepatah tak kata. Diam, muka dah kelat.

Nasib baik cucuk kali ketiga darah kuar. Eeeeeeeee...geram tul. Ingat aku ni bahan eksperimen cucuk-cucuk ker. sekarang baru aku rasa apa yang ayah rasa. Sebab tu la ayah takut pegi hospital. Bila dia masuk je, jarum tak dapat dipisahkan. Jangankan kata misi, doktor kat hospital tu pun 2X5 cucuk tak betul.

Monday, April 25, 2011

Hadiah dari mekah.

Ha....ni pic hari jumaat lepas, pegi Pendang melawat mak long balik dari umrah. Pegi tu tak la niat nak minta ole-ole. tengok sampai je dia jamu kurma, kismis, kacang-kacang....dia bawa kuar jubah comey ni kat Aqil. Aqil ambik pastu macam pelik

Aqil : mama...aju pa niii? (wat2 muka heran. Yolahh mana penah aku pakai baju labuh ni kat dia.)

Mama : meh mama pakaikan. Ni baju jubah. Leh pakai sembahyang.

Aqil : Ak mauuuuuu... (aqil cuba pulangkan kat aku balik. Sah dia kata pelik baju apa gitu. hakhakhak)

Mama : haaaaaaa tengok baju mak tok pakai tu...macam ni la gak. Lawa apa kalu Aqil pakai (kebetulan mak aku pakai jubah...so, Aqil pun jadi la nak pakai)

Yang wat aku terharu, lepas aku pakaikan jubah..maklong sua kan dia kopiah sebijik..terus dia berdiri atas kapet

Aqil : Allahhhhhhhh....bat! (angkat takbir)

Aqil terus sembahyang! wakakkakaakka. Ades..aqil-aqil.

Gambar ni sesudah dia sembahyang mangrib. Sembahyang cara dia la.




Hah, dah mula wat gatal kepala nak bukak kopiah.




Muka tensen


Aku marah dia, jangan buka kopiah. Dah tok long dia susah payah cari barang-barang ni khas kat dia..nak buka-buka lak kan. Ngan muka kelat Aqil pasrah ngan permintaan mamanya yang garang ni. heeeeeeee

Nak tau baby girl or boy?

Occay ni aku dapatkan carta ni dari majalah PAMA yang aku pinjam dari user aku. PAMA ni pun keluaran 2005, edisi khas untuk ibu hamil. So, aku tengok carta ni...Hmmm nampak nya baby aku ada "telo" lagi. hukhukhuk....waaaa tingin nak beli baju kembang la plakkkkkkk. Ni asik2 shopping baju kemeja ngan suar. Geram tengok baju kembang comey2 kat supermarket.

Apa-apa pun kita tak leh percaya sangat. Sume ni balik pada kuasaNya kan?

Friday, April 22, 2011

Sian pakcik tu

Ada kan aku story semalam pasal pakcik yang asik tido..sakit-sakit. Petang kemarin aku gi tengok ayah lagi. Sampai je kat katil ayah aku pandang tengok keadaan pakcik tu. Tau dia wat apa? Tengah berselimut ngan badan nampak jelas mengigil-gigil. Nasi sebelah dia skit pun tak bersentuh. Nasib baik pakcik poyo tu tak da...Kalu ada, tak tau la dia nak laser apa lagi kat pakcik tua tu.

Aku kesian la pakcik tu..sepanjang aku pi melawat ayah tak penah ada sesiapa melawat pakcik tu. apatah lagi yang meneman pakcik tu sebelah katil. Sian tau. Setahu aku dia ada anak...takkan la tak leh melawat bapa yang sakit tu kejap. Dah la tak sihat, macam mana nak pegi toilet, macam mana nak makan saat tangan menggigil menahan sakit?

Masa aku nak balik tu...ada sorang nurse tu pegi kat pakcik tu. Nak suap pakcik tu makan, tapi dia tetap tak nak. Tak mampu nak telan. Aduihhh sangat menyedihkan hati ku. Puas nurse pujuk...dia tetap tak mau. Badan lemah sangat-sangat. Aku duk dengar nurse tu pujuk...sayu hati. Last-last aku kuar je. Tak sanggup tengok. Aku ni memang tak layak la kalu keja nurse ni. Skit-skit nak leleh air mata. Nak buat keja lagu mana? :P

Sian pakcik tu

Nak isteri beriman??

Occay aku tak nak komen lebih-lebih dan aku pasti ramai yang dah baca paper citer sorang mamat tu nak isteri beriman.

Cittt melugai tekak aku. Hang nak isteri beriman sedangkan hang ditangkap khalwat. Jadi la seorang laki beriman dulu sebelum selayak hang dapat isteri beriman lagi solehah. Jangan asyik salahkan kaum hawa saja. Cermin diri hang dulu na. Tak da cermin, meh aku nak bagi. Nak yang besaq mana? mai habaq mai.

Thursday, April 21, 2011

Sakit-sakit pun, poyo!!

Ayah aku dah seminggu lebih di tahan wad kat Hospital. So, aku kena la kerap pi tengok. Dalam tengok-tengok tu macam-macam perangai orang aku tengok. Terbit perasaan di hati, teruk juga jadi nurse ngan doktor. Tambah-tambah patient ramai bebenaq.

Semalam aku nek nyampah giler ngan sorang patient ni. Tak da la tua sangat, dalam sebaya abah aku ada la. Sakit-sakit pun eksen giler. Ha, ngan poyo sekali. Ada Pakcik yang tido bertentangan ngan ayah aku tu, baru je diangkat nek wat lepas buat rawatan dialisis. So, badan dia lemah-lemah. Nak cakap pun tak da mood. Tenaga tak da. Time tu gak time makan. lepas nurse letak makanan, patient poyo tu makan la skit tapi sebelum tu ada sapa ntah bekalkan dia nasi. Laju je makan. Tak pasti dia sakit apa. Tengok cergas je. Lepas dia makan, dia mai kat pakcik tu.

"woiii mat, makan la. Qeja tido ja hang ni. Teruk tul aaaa" begitu la lebih kurang. Aku macam nak lempang je...buta ka tak nampak pakcik tu tul-tul tak larat. Orang yang melawat ada tengok gelagat patience poyo tu. Gelagat dia memang tak patut, dah la cakap kuat macam nk bagi suara dia dengar satu wad!

"aku tak larat. Tak lalu nak makan" jawab pakcik tu...

"alaaa hang ni....aku ok ja pon. Asyik tidoq jaa hang" balas si poyo tu. Ehhhhh....pakcik tu kan sakit, takkan 24 jam nak bangun melompat. Dah nama pun kat hospital apa lagi yang boleh dibuat selain baring dan tido bukan? Occay ada lagi yang meluat sampai tahap aku nak muntah dengar

"Hang amik la nasi aku. Aku tak makan la nasi ni. Nurse ada nak bagi yang ada class, bukan macam ni.... Tapi saja je aku taknak" cit, podahhhhhhhhhhhhh. Berlagak nak mampus. Kalu nak class, begi duk dalam bilik 1st class, tak payah duk tunjuk poyo kat sini. pastu ada la lagi dia cakap lagak-lagak ngan pakcik tu. Bila dia cakap kan, aku nampak mata dia lirik-lirik je tengok orang len tengok dia ke tak. Lagi orang tengok dia, lagi la dia cakap poyo nak mampus. Last-last aku buat tak dengar je. Kang aku plak masuk wad sebab muntah-muntah tak tahan dengar orang poyo bercakap.

Wednesday, April 20, 2011

Checkup di klinik kerajaan

Occay ni kali kedua aku buat checkup di klinik kerajaan. Aku nya gynea pun syor aku check kat kerajaan ngan alasan kalu terus check kat private kena berbelanja besar. So, dalam selang 2 bulan baru aku pegi jumpa gynea aku. Ni aku nak story pengalaman checkup kat klinik kerajaan. Kan kat paper banyak sangat la orang wat aduan macam-macam karenah birokrasi di sana. So, tengok apa yang berlaku kat aku

7.50 pagi:
Aku tiba di klinik kerajaan berdekatan ngan site aku jaga ni. Pergh ramai siot mujur la kawan aku si misi Tini dah buat siap-siap aku buku merah. Lepas aku serah buku merah aku kat kaunter, then aku tunggu nama aku pangge untuk timbang berat. Erkkk berat aku nek 3kg sebelum aku lahirkan Aqil. 3kg..apa la sangat! hikhikhik. Misi tanya aku itu ini semak buku merah tu..pastu dia serahkan aku buku merah ngan 1 borang patologi. Yakni kena amik darah! waaaaaaa ni mengseriau aku. Jarum2 aku takut wes. Occay, then aku gerak ke bilik ambil darah selang 3 bilik dari tempat tadi. Letak buku merah dalam bakul. Tunggu

9.20 pagi :
Nama aku di panggil masuk. Time ni aku memang ketaq siot. Orang takut jarum la katakan. Ada orang suka jarum? Meh habaq siniiii. Kalu ada pun Mat Pit la kan.Golongan ni sah-sah la tak le dipisah ngan jarum. Huhuhuh. Perghhh banyak gak jarum tu sedut darah aku. Waaaaaaaa. Occay, then kena ke makmal. Check urine la plak.

9.35 pagi:
Aku tengok toilet Masyallah! Kotor amat. Geli aku. Rasa nak jalan jengkit-jengkit je tapi takut tersembam. Satu hal nak tahan sakit bontot. Gagah la diri masuk toilet sambil tahan bau ngan buat-buat tak nampak persekitaran lantai yang kotor. Tisu sana sini. Dah la pintu tak leh kunci. Siot!. aku buka air paip sehabis mungkin bagi menandakan "ada orang di dalam". tawakal wes takut gak kalu ada orang saja gatal tangan selak pintu. fuhhhhhhhhh.

9.50 pagi:
Dah selesai sudah serah urine dan dibuat pengujian kena jumpa misi balik check perut. Adoiii tunggu lagi. Letey aaaaa tunggu-tunggu ni. Dah la aku batuk-batuk, so menambahkan kerimasan aku. Lama tunggu, aku jadi badan aku jadi rasa lemah giler. dalam 20 minit cam tu haaa baru la misi pangge aku. Alhamdulillah bagus misi Noraini. Cakap lembut-lembut dan sentiasa senyum,. Ha, tak da la nak sakit hati sangat. Lepas dia terang aku itu ini...aku pun angguk-angguk je la. Yang tak bestnyaaaaa "Awak 1st time wat card...so, kena jumpa doktor plak lepas ni" waaaaaa rasa nk pitam terus. Nak kena tunggu lagi!

10.40 pagi:
Ha, nasib baik tak sampai sejam aku tunggu. Letey wesss...Masuk-masuk nampak doktor terus tersenyum. Layanan dan kata-kata nasihat baik sekali. Ha....sejuk perut mak. Masa dia scan baby pun rancak dia terang aku sehabis detail. Bagus-bagus. Cam ni aku memang puas hati. Nampak adik aqil tak aktif sangat. Tangan kejap-kejap gerak. Aku rasa baby tido ni. kihkihikih...Tak pa la sayang...tido la. Mama pun letey apatah lagi sayang, Tolong la tido mewakili mama. Huhuhuh. Disebabkan aku duk batuk kong-kong-kong depan doktor, dia terus kata "awak kerja ker?" aku pun cepat-cepat la mengiakan. "cam tu saya bagi awak rest je kat umah yer" yahooooooooooooo....happy dalam hati. pastu dia soh aku kuar. Ha, nak dapat MC pun kena tunggu! Tapi 5 minit je. Kalu setengah jam pun aku sanggup tunggu. Wakakkakak...

Sampai umah Aqil tengok aku balik "ehhh mama balik". Budak kecik tu macam tau-tau je bukan time aku balik kerja. Last-last aku cakap "mama tak larat p kerja. Nak tido". Lepas main ngan Aqil jap, aku tido kan dia...ngan sekali aku pun tido. Best!

Tuesday, April 19, 2011

Aku tak larat....

sakit tekaknya. Dah masuk 3 hari tekak aku perit. Huhuh minta ubat kat doktor semalam dia kata tak leh plak. tak nak galakkan aku sebab ini normal bagi ibu2 ngandung. duk muntah so tekak akan kering. adoiiii perit occay!

Ni nak buat kerja pun terasa malas amat. List apa yang aku nak buat apa jap agi dah siapkan. tapi nak start plak rasa malas. Ramai plak user aku tegur aku lama tak nampak aku. Hamboiii rindu aku ka? peliknyaa depa rindu aku. hak3x.

Jumaat hari tu best, ngan tak larat kawan-kawan opis heret pegi SPA RZAC kat seberang jaya nuh. Wat facial. Best!. Elok abis turun ke tingkat abwah jumpa ngan pengasas RZAC. Dia bahas kak kay. ramah orangnya. Aku tengok dalam majalah comey giler, muka licin mulus...tapi hari tu awat aku tengok muka dia macam banyak biji-biji macam meruam. pelik aku...:P Alah apa-apa kot. agaknya la... :) Tapi dia memang baik lah, tak sombong. Patut la SPA dia penuh je ngan manusia.

K la....nk kena start keja dah ni. Malas jangan kau gangguku ini. Pergiiiiiiiiiii

Thursday, April 14, 2011

malas bebel banyak-banyak

Kesihatanku kian merundum. Penat terlampau dan fokus pada kerja makin tipis. 4 hari aku menghalang tangan ni dari membelek fail-fail yang bermasalah kerana dihimpit kerja lain-lain. Terasa tertekan tapi siapa nak amik peduli? Orang dah bayar gaji hujung bulan, dan aku harus jalankan amanah ini.

Minggu ni genap 3 bulan aku hamil. Kadang-kadang terbayang saat aku hamil pertama dulu. Ramai orang sayang dan memanjakan. Kenapa kali ni terasa seolah-olah diri ini dipandang sepi? Kerana aku sudah ada pengalaman sekali itu?


**Tak tahu kenapa diri terasa tersisih (-_-)"

Tuesday, April 12, 2011

Bermanja-manja??

Ramai orang kata kalu kita ngandung ni nak apa-apa (ngidam) cepat-cepat la pegi cari. Sebab kesian orang tu ngandung. Aku pelik la. Siap orang tua-tua kuar "warning"..kalu ibu ngandung tak dapat apa yang ngidam anak yang kuar nanti akan leleh-leleh air liur.

Occay pengalaman pertama aku ngandung...aku dulu tak da la nak ngidam macam-macam. Ada pun, yang sangat mudah dicari. Alhamdulillah la kan. TAPI....Aqil kuar besaq skit...leleh-leleh gak air liur dia. Tambah-tambah lagi time dia suka makan penumbuk dia...oiiii jenuh lap air liur kat tangan dia. Bagi aku normal lah.


Macam sebelum ni, aku cakap je...eh ada tak buah itu ini...User aku uihh pakat tolong carikan. Sebab kesian kat orang ngadung sampai aku jadi malu ngan pelik. Aku cakap je...tak da teringin tak tertahan-tahan tu haaa. Adus...sampai apa-apa aku malas nak bersuara. Terasa nak makan pa-pa, aku start keta pegi cari sendiri. Aku tau user aku ni sayang aku sebenarnya. wakakakkak perasan tul hang leya!

Sini aku nak cakap, aku malas la nak ngada-ngada time aku ngandung gini kang anak yang kuar nanti ngada-ngada macam mak dia. Tak yah la gitu kan. Biasa-biasa udah dih! Jangan terlalu ikut perasaan dan layan sangat nak itu ini. Kita sume leh control. Contoh la...kadang-kadang kan aku terfikir..."ehh hari ni aku tak da nak muntah-muntah plak?" abis je terdetik kat minda...terus tekak aku loya dan terus kuar bunyi uwekkkkkkkss. ha ni natijah sangat kalu asik fikir. So, tindakan kita...tak yah pikir wat macam biasa. Alhamdulillah kita akan ok.

Powerkan kuasa minda kita?

Monday, April 11, 2011

Alif ba ta bersama Aqil

Semalam abah aqil ajar aqil ngaji lagi. Tiap malam adalah wajib baca alif ba ta...tapi semalam ada sesuatuu berlaku


Aqil ikut je apa yang abah dia ajar dan sampai kat satu peringkat

Abah : ro

Aqil : raaa

Abah : zai...

Aqil : raa jugak

Abah : eh zai laaa

Aqil : dak..ni ra jugak!

Abah : hishhhhh ro yang ni tak da titik...ni zai..tengok ada titik kat atas

Aqil : oooooo

Aku ngan mak aku gelak-gelak dengar Aqil duk cari helah nak menjawab. Apa-apa pun asyik dia nak menang. Padahal sah-sah kalah. Aqil-aqilll

Thursday, April 7, 2011

Orang IT vs Orang IT

Apabila dua orang IT bertemu

sorang -> cakap IT
sorang -> cakap sastera

Isu yang dibincangkan adalah hal IT....ni masuk sastera....macam mana nk setel masalah. Hadoilahhhh. Payah sungguh la. Kalu tak tau datang la bertanya. Tak perlu malu tak perlu segan, sebab kita masing-masing dalam belajar. sampai ke tua pun ilmu yang kita cari takkan habis. Pasti ada je yang baru. Jangan la bodoh sombong dan meletak ego yang terlalu tinggi sebab apa? haaa wat penat aku gelak je wessssssssss. ohh tulun lahhhh be profesional.

Dapat Memo !

Next week ada meting. Ohh aku sangat tak suka meting, yang aku suka makanan dalam meting. Itu saja. kehkehkehkeh. Ni pala oatak aku ligat pikir aku nak kena ready apa lagi. Satu task dah tau nak kena buat apa dan sekarang aku pikir, apa la depa nak hentam aku dalam meting. Tapi tak per, bos haku mesti join sekali (memang wajib lah!). Sahih lepas tu...aku lagi-lagi kena hentam ngan bos plak.

Besa la...nama pun keja ngan orang, tak ker macam kuli kan. Bila la aku nak jadi bos aaa. Ada bakat ka aku nak jadi bos??? :P


Dah la...aku nak prepare untuk meting ni. Cukup-cukup la aku dihentam. huhuhuuuuuuuuu

Wednesday, April 6, 2011

Adoi laaaaa

Sakit tengkuk ni haaaaaaaa....balik ni kena pok ngan bantal ni baru lega. Kalu tak lega nak wat lagu mana. Habaq sat kat aku. Tak tahannnnnnnnnn



Duk layan sakit tengkuk aku ni tetiba tinga aku dapat tangkap dialog ni

Pegawai itu : yalah aku hitam tapi kat dalam hang pa nak tau putihhhhhhhhhhhh

Kerani-kerani tu : kah kah kahhhh


Pegawai itu : apa gelak pasaipa?

Kerani itu : dalam tu apa?

Pegawai itu : hati la. hang pa pikiaq apa?

Kerani-kerani sambung gelak lagi. Sah petang2 ni sume otak serabai. Pikir kot len ja. Aku pun terbabas pikir kot len gak tadi. ngehhhhh... :P

Monday, April 4, 2011

Hahhhhhh ceroboh lagi!!!

Suatu hari dia lepak di sekitar belakang rumah sepasang suami isteri yang mempunyai seorang anak laki. Tetiba terdetik di hati ingin memasuki rumah itu. Dia mula mencari peluang. seorang laki bermisai yang perutnya bagai wanita hamil 4 bulan membuka pintu dapur. Kelihatan laki itu melangkah keluar menuju ke tempat membuang sampah tak jauh dari rumah itu. Dengan hati-hati dia mencari peluang supaya dapat memasuki rumah tersebut. Mecicit dia lari masuk...tiba dimuka pintu. oh line clear...nyorok tepi mesin basuh kejap. Oh line clear lagi...lari lagiiii. okes, stop jap nyorok sebalik peti ais. Terdengar bunyi simpahan air dalam bilik air. Hatinya terdetik, mesti wife laki tadi tengah mandi. okes cantik line clear. Ohh bukan nak mengendap...nak masuk ke ruang lain rumah tersebut. Maka dia lari lagi berdecit-desit ke ruang makan. Oh tiada tempat sembunyi, di mana? di mana? ohhh itu kabinet TV baik nyorok situ. Then? aku nak ke mana lagi. Nak masuk bilik pintu tertutup plak. Ceh berdebah! Gedegangggggggggg terdengar pintu besi ditutup. Hah, mesti laki misai tadi dah masuk rumah semula. Ohhh aku nak nyorok ke mana lagi?

Dia terpandang sofa yang cantik itu. Agak bersepah. Best kalu lepak disebalik itu. Dia melompat menyorok dicelah-celah kusyen yang agak selerak. Ohh sedap nyorok sini. Kain sofa ini sangatlah lembut wangi. Bau kedai lagi! Dia terdengar apabila suara laki aku terbatuk menuju ke ruang tamu. halamak...dia sedikit gelabah. Dia nyorok sebaik mungkin.

"hishhhhhhh berselerak" leter laki itu. Dia menggigil bila mendengar suara itu. Tetiba dia terasa badannya dilenyek. Ohhhhh ingin meluah jeritan tapi tak terdaya. terasa ruang dia nyorok kian gelap gelita dan gelita...badannya makin terhimpit. Terasa ingin pecah kepalanya. Ohhhhhh tuhannn....ohhhhh akhirnya dia lemah tak terdaya.


Beberapa hari kemudian selepas kejadian itu.

Suami isteri kembali ke rumah itu tergesa gara-gara ingin menonton ABPBH 2010 di kaca TV.

isteri : cepat-cepat abang buka tb, dah start niiiii

Suami : jap la...Pegi tukar baju Aqil dulu

Isteri : yelahhhhhhh

Isteri tergesa-gesa meletak anaknya yang sedang tido ke atas katil, Cepat-cepat menukar baju anak itu. Kemudian keluar. Tb masih belum dibuka volumenya

Isteri: lahhhhh abang cari apa?

Suami : Mana remote aaaa?

Isteri : meh cari..

Isteri jengguk bawah sofa..tak da, suami plak punggah kusyen sofa lepas tu..

Suami : tengok..apa ni?

suami isteri saling memandang mata antara satu sama lain. Tetiba isteri melompat kegelian


Suami : tikus?????? mai mana ni????

isteri tidak menunggu...terus lari masuk bilik air. Uwekkkk uwekkkkk uwekkkkk...tertiba je satu ruang tamu bau bangkai. Cilaka ko tikus!!


Lepas tu kan, kami laki bini duk gaduh sapa yang lenyek tikus yang nyorok situ. Sampai jadi sekeping kertas. Banyangkan berapa lama tikus situ mampus kat situ. Aku tak kira, aku salahkan laki aku sebab dia la yang duk rajin tido n lepak atas sofa tu. Lagipun badan aku yang sekeping piang ni, belum tentu dapat gelek badan tikus itu menjadi sekeping kertas? Ye x? laki aku la kan? Peliknya....sebelum-sebelum ni, tak bau pun. adoiiiiii nyusahkan orang tul la tikus ni. Dah la sofa baru! Aku tak basuh sebab bau je dah buat aku lari masuk bilik air. Mat pezal la duk cuci ngan berus sabut. Aku? yeee aku rilek2 sebelah tu layan ABPBH sambil pekup hidung. hahhahahha

Saturday, April 2, 2011

Dah ok skit

Alhamdulillah sakit belakang aku dah ok. Bangun duduk pun dah ok. dah tak sakit sangat. Sakit skit2 je. Maka senin aku leh masuk kerja. Adus...3 hari tu aku tinggalkan site, mesti fail2 dah menimbun. Ntah-ntah sekali aku letak fail depan aku, aku tertimbus. T_T

Puas giler duk umah tambah-tambah lagi dengan sakit ni terpaksa melayan aqil yang kian mengada-ngada. Bukan aku je rasa gitu, mak aku pun kata.

"orang tua kata, kalu nak dapat adik, abang/kakak mesti ngada-ngada. Manja terlebih"

haaa memang tul pun. Sikit- sikit minta dukung. Dia tak tau mama dia ni sakit bontot ngan pingang... nak dukung menda. huh.