Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Thursday, March 31, 2011

Tak pasal2 MC lagi

Semalam tetiba aku nak makan nasi beriani ayam. Maka aku ajak user aku kuar pegi beli. Lepas tapau aku hantar depa balik opis dulu, aku plak terus pi pusat zakat dan selesai urusan aku terus gi hanto baju aku nak exjas skit. Badan dah gemok, jadi sempit je baju. Lepas aku kuar kedai tu aku tergelincir gedebuk jatuh. Mak aihhh sakit tak tau nak ceta. Air mata terus meleleh sebab aku tak tahan sakit. Dengan gagah aku jalan masuk keta. Tapi aku tak leh drive. Pala otak aku terpikir baby dalam rahim aku je. Sakit bontot tu lantak lah. Aku terus call user kata aku jatuh. Tapi dia ceta plak kat bos aku kebetulan dia ada kat opis. Maka mai la dia ngan si moktar bawa aku terus p klinik.

Scan-scan alhamdulillah nampak baby bergerak. Syukur sangat2. Elok kuar dari bilik doktor baru mat pezal sampai. huh lambat sangat. Maka dapat la MC 2 hari. Esok kalu tak ok, memang aku nak p sambung lagi MC. Giler wes, nak duduk pun sengget. Ni depan pc ni aku separa meniarap. Nak tido pun tak leh melentang. Kena tido mengiring.

No comments:

Post a Comment