Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Thursday, March 31, 2011

Tak pasal2 MC lagi

Semalam tetiba aku nak makan nasi beriani ayam. Maka aku ajak user aku kuar pegi beli. Lepas tapau aku hantar depa balik opis dulu, aku plak terus pi pusat zakat dan selesai urusan aku terus gi hanto baju aku nak exjas skit. Badan dah gemok, jadi sempit je baju. Lepas aku kuar kedai tu aku tergelincir gedebuk jatuh. Mak aihhh sakit tak tau nak ceta. Air mata terus meleleh sebab aku tak tahan sakit. Dengan gagah aku jalan masuk keta. Tapi aku tak leh drive. Pala otak aku terpikir baby dalam rahim aku je. Sakit bontot tu lantak lah. Aku terus call user kata aku jatuh. Tapi dia ceta plak kat bos aku kebetulan dia ada kat opis. Maka mai la dia ngan si moktar bawa aku terus p klinik.

Scan-scan alhamdulillah nampak baby bergerak. Syukur sangat2. Elok kuar dari bilik doktor baru mat pezal sampai. huh lambat sangat. Maka dapat la MC 2 hari. Esok kalu tak ok, memang aku nak p sambung lagi MC. Giler wes, nak duduk pun sengget. Ni depan pc ni aku separa meniarap. Nak tido pun tak leh melentang. Kena tido mengiring.

Tuesday, March 29, 2011

Sedapnya mulut Bung berkata-kata

Bung ko ngata sapa ni? Bini no 2 hang kot. Memang hang cakap sebahagian wanita drive mengila leh ngundang bahaya, tapi orang laki? sume bagus sangattttttttttttt? Aku rasa nak sebat je hang. Jangan la guna statement merujuk pada jantina. Mana-mana jantan betina sume ada perangai sama. Habis yang hari-hari aku jumpa laki kuar simpang suka hati sampai kepala lutut aku menggigil tekan break..tu macam mana? Berhemah sangatkah? Ha, macam mana plak jantan sekor ni drive baik punya (padahal slow nak mampus sampai aku terbayang aku tengah bawa brozer..nak je sodok keta depan aku) Amboii sedap je hisap rokok sambil drive yang kejap-kejap tekan break. Yang tu macam mana plak Bung?


Bung ni dah tua ni, sebab tu sedap mulut je bercakap. Dah-dah la Bung, cakap bab lain lagi bagus. Tak pun, ko bersara je bagi laluan kat tenaga muda ganti ko Bung. Ko balik la main nyorok-nyorok ngan kak zeti tu. Best apa, sorok, pastu tu dapat tangkap peluk...uihhhhh best la kan dapat bini muda montok gebu melepak. Balik main ngan bini ehhh..

Macam-macam kes tanah

Sepanjang aku kerja sini, macam-macam orang aku tengok. Memang dunia ni ramai orang gila harta. Sanggup tikam sesama sendiri demi duit. Sampai tak peduli perasaan adik beradik..sampai hilang malu harga diri.

contoh:

kes 1.
Ada adik beradik ramai, tetiba datang sini ngaku adik beradik sume dah mati. So, dia dakwa dia sorang layak terima sekeping tanah. Dah la bodoh, susahkan diri malukan diri sendiri. Bila orang siasat, ha menipu ko! pastu kena pangge wat siasatan. Gaduh plak adik beradik depan orang ramai. siapa yang malu? Nak tipu tu pandai-pandai la. Ni terang lagi duk suluh apahal. Kalu tak tipu lagi bagus, tak la ko susah-susah nak jawab dalam kubor.

kes 2.
sorang pakcik tu dah jual tanah kat orang len. Dah lama. Tetiba dia dapat tau tanah yang dia jual tu kerajaan wat pengambilan tanah so dapat la pampasan. Bukan ciput. Berjuta wesssssss.. mau tak terliur orang tua tu. Dulu dia jual berapa la sangat.Tetiba nyesal, pastu gagah diri buat bodoh piang rayu sini kata dia tertipu. Tanah tu dia tak jual pun kat orang tu. Hak alah, lepas semak dokumen ngan pangge saksi..nahhhh memang ko jual pun. Ha, malu? Masa buat tak nak pikir. malukan bangsa jer!

kes 3.
Aku tak paham la kerja lawyer ni. Sini ada kes-kes penipu. yang jadi mangsa pakcik-pakcik tua ni. adusss ini sangat menyedihkan aku. Bila dah bijak pandai, guna plak otak geliga menipu orang ramai. Yang lawyer kafir tu, lantak la...sah-sah golek masuk neraka, yang islam tu cam na? dah la hasil bagi makan anak bini...pastu dalam kubur...ha jawab jangan tak jawab.


Kalu nak story, macam-macam. Aku pun di sini, tak nak la dengar citer detail. Aku selalu dengar cerita panjang tu jadi cerita pendek. Pastu aku geleng pala sorang-sorang. Menakutkan plak bila banyak harta, nanti anak-anak kita berebut..hilang habis silaturahim dan kasih sayang.

Thursday, March 24, 2011

Giler-giler busy

Baru 3 hari aku cuti masuk keja, sume jadi cam ribut. Fuh leyeh mak. Ni rasa nak termuntah sangat2 dah ni tengok segala macam hal. Baik aku berblog kejap. Esok nak kena eting kat opis, adus....terpaksa tinggal yang belum selesai ni. Isnin ke komtar plak. adusssssss..makin menimbun la cam ni keja aku.

tak da meting tak leh ka?

Friday, March 18, 2011

Bercuti berblog

Mula hari ni, aku akan bercuti dari menulis dalam blog sebab esok pagi-pagi aku nak bertolak ke key el lepak sana sampai hari selasa.

Dalam pala dah plan macam-macam nak pi sana sini dan shopping kat masjid india adalah WAJIB! tapi aku ni mula-mula semangat la, tapi esok tak tau cam na. Yelah ngan hormon dok stabil, loya tak henti-henti.,..macam mana la aku nak bertahan travel jauh. Key el jauh ka??? ntah aku lama tak pegi sana. Last sana April 2007! ha, dah berapa tahun aku tak jejak key el? kira sendiri, jangan duk wat bodoh macam mana nk kira.

Thursday, March 17, 2011

Minggu ke lapan

Ahhhh simptom loya-loya dah landa diri aku. Tapi yang pelik aku masih berselera makan dengan banyak. Beza masa aku preggy 1st time dulu. Tengok makanan je nak muntah. Asik gile makan buah ja. Itu je yang buat selera aku terbuka. Pastu aku gile makan capati. sekarang apa depan mata alhamdulillah aku leh telan sampai kadang-kadang takmo berenti.

Aqil lak makin manja dan akan akan layan manja dia. Risau nanti dia ada adik, perhatian aku kat dia kurang. Ini menakutkan aku. Malam-malam sebelum aku tido aku akan pandang muka Aqil puas-puas lepas tu peluk and then baru aku leh tido. Itu kewajipan aku.

Doakan aku dan kandungan aku sihat. Kali ini aku betul-betul bersedia untuk menambah ahli keluarga kami.

Wednesday, March 16, 2011

Aqil nampak hantu ker?

Ngantuknya pagi ni. Kul 2 pagi baru aku tido itu pun bukan terus tido sampai subuh. Antara kul 2- 6 pagi Aqil bangun tido sebanyak 4 kali. Adus...meletehkan jiwa aku ini. Dah plak tu sedap aku tido Aqil tiyak soh aku angkut ndoi dia masuk bilik. Eeee geram aku tapi disebabkan anak tak sihat maka kuturutkan jua.

Yang memelikkan aku, masa aku nak tidokan Aqil, Aqil lari sana sini kata takut. Kejap-kejap dia pandang keliling bilik. Eeee Aqil membuatkan aku sangat seram semalam. Maka segala surah aku baca tapi Aqil tetap begitu. Paling mengejutkan aku, aku bagi aqil bantal busuk dia tetiba Aqil terkejut...terus tolak bantal dia tu jauh-jauh.

"akutttttttttttt...akutttttttttttt" jerit Aqil. Adus sungguh aku tak faham.

Aqil nampak hantu ker? Sampai sekarang aku duk terpikir ni...Kalu la betul? ishhhh aku ni malas nak caya bab-bab hantu ni walau ia wujud. Sebab kalu kita pikirkan sangat pasal hantu...jadi cam ni laa

~bila kita ingat kat orang, orang ingat kat kita. Sebab tu dia maqi jumpa kita..~ ha tu petikan dari kata-kata tok moh siam hantu mak limah. erkkkkkkkkk...so, jangan dipikirkan sangat. nanti dia maqiiii!

Tuesday, March 15, 2011

Aqil demam, aku sakit jiwa!!!

Semalam kesian gila tengok Aqil. kejap dia kesejukan kejap dia kepanasan. Paling klimaks masa kul 2 pagi dia tertiba bangun buka pintu bilik tanpa aku sedaq dia lari ke bilik mak tok dia.

"mak tokkkkkkkkkk" jerit macam nampak toyol.

Aku ni baru tertidur bangun terkejut. Dada aku aku ni berombak macam ombak tsunami dah ha. Kalut aku lari ke bilik mak aku. Aqil duk meraung depan pintu bilik mak tok dia. Mak aku kuar. Kami tengok badan dia basah. Peluh merenik kat dahi. Pastu Aqil lari ke dapur plak dah.

"nak ayaqqqqqqqqqqq...nak ayaqqqqqqqqqqqq" ades...aku blur tengok Aqil macam cacing kepanasan. Aku peluk Aqil. Mak aihhhh panas giler badan. mak aku bagi dia ayaq masak. Pastu aku pujuk dia masuk bilik.


Mama : Aqil panas ehhh? Nanti mama buka kipas laju2. tapi kena makan ubat dulu. nanti kena masuk hospital macam dulu, nak?

Aqil : tak mauuuuuu (air mata duk meleleh sambil mencakung tengah dapoq)

Aqil : Mama...aqil demammmm (adu dia)

Mama : Aqil memang demam pun kan??jom makan ubat.

Aqil : Jom...ukung (haihh ngada2 minta dukung plak dah)

Ha tu la, petang sebelum tu aku bagi makan ubat main-main. Meludah. Lepas aku bagi je ubat terus dia nak tido. TAPI!!

Ngada-ngada lagi nak tido atas riba aku lak..Terpaksa la. Kalu aku tolak, teqeyak lagi kang. Kang aku lak tak dapek nak tido ha..


Pagi tadi sampai aku lambat masuk keja sebab sakit pala duk bangun kejap-kejap tengok Aqil. Dah la masuk kerja terasa serabut, ada hamba Allah plak duk senggal wat keja dan nyusahkan aku. Asik dia je nak menang, ampa rasa cam na? Nak sekeh? Aku rasa nak cekik-cekik je orang tu!!

Monday, March 14, 2011

Selamat hari lahir ABAH!!

Selamat hari lahir ABAH!!
yang ke-56

Terima kasih kerna beri kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anakmu. Kami sayang abah. Moga abah dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan yang baik.

Friday, March 11, 2011

Di sebalik kisah Bio-aura

Ni aku ceduk dari blog Kak Di untuk kita kongsikan sama-sama pasal Bio aura. Betul atau tidak, nilai la sendiri. Bagi aku tak mustahil kalu kisah ni 101% BENAR!

Dicilok dari tak tau siapa punya, tapi kat FB

Kita ketahui bahawa produk yang ditawarkan perusahaan MLM sangat mahal dan kononnya terlalu eksklusif, sehingga kerap kali menyusahkan downline serta masyarakat dan sangat menguntungkan level di atasnya (up line). Seringkali harga produk di`mark-up' sampai empat bahkan lapan kali ganda dari harga yang sepatutnya. Bayangkan lah produk Water Filter yang seumpama dengannya malah mungkin lebih bagus pun dijual retail dalam lingkungan harga RM500.00 sahaja adakah patut Water Filter Bio Aura made in Taiwan ni yang nilai asalnya RM250.00~RM300.00 dijual pada harga RM2,100.00?? Ramai yang beli jugak kenapa? Sama ada yang beli tu masuk skim sebab nak join kawan-kawan jadi kaya raya ataupun memang bodoh bahalul tak tau harga pasaran sesuatu produk dan terpedaya tanpa usul periksa dengan testimoni Pak Long itu Mak Long ini yang sengaja diada-adakan. Hal ini seharusnya dihindari, kerana cara ini adalah mengambil keuntungan dengan cara yang bathil, karena mengandung unsur kezaliman, yakni membebankan masyarakat pengguna.

Penetapan harga yang terlalu tinggi dari harga normal, sehingga membebankan pengguna, dapat dianalogikan dengan ghabn, iaitu menjual satu barang dengan harga tinggi dari harga modal sepatutnya. Syarikat Hai-O Cina ni memang pandai dalam strategi berniaga khususnya nak tipu orang melayu. Agaknya memang plan dia orang nak ambil kesempatan atas kebodohan melayu yang senang taksub dengan benda-benda karut dan testimoni Pak Long itu, Mak Long ini. Cuba pergi buat survey sikit, ada tak Water Filter Bio Aura kat rumah orang cina kat Malaysia ni padahal Hai-O ni orang cina yang punya. Tak percaya ? Ingat Hai-O ni orang melayu punya bisnes nak tolong melayu ? Bukak website Hai-O dan check laa sendiri.

Barisan Pengurusan Tertinggi Hai-O 2009

1. Suvit Lee - Director (Hai-O Energy)
2. Boon On Suee - Director/ Asst. General Manager (Kinds Resource)
3. Tan Tok Keong - Director/ General Manager (Hai-O Raya)
4. Soh Ai Choo - Director/ Manager (Seagull Advertising)
5. Tan Keng Song - Group Executive Director
6. Ng Lip Yong @ Ng Lip Sat - Managing Director (Hai-O Energy)
7. Tan Kee Hock - General Manager (Hai-O Enterprise)
8. Tan Siow Eng - Group Chief Treasurer
9. Hew Von Kin - Group Chief Financial Officer
10. Jym Ow Chee Wei - General Manager (Hai-O Marketing)
11. Chua Chun Siang - Director/ Asst. General Manager (SG Global)
12. Chris Chia Kuo Wui - Group Executive Director/Director & Asst. General Manager (Grand Brands)
13. Chai Meng Kow - Director/ Asst. General Manager (Hai-O Medicine)
14. Julie Tan Chwee Sin - Group Admin & Porperty Manager
15. Erica Lai Ah Moy @ Lee Ah Moy - Director/Administration Manager (Hai-O Energy)
16. Lim Ai Aik - Personal Assistant to MD (Hai-O Enterprise)
17. Philip Teo Kheng Leong - Asst. Area Manager(Hai-O Raya)
18. Tan Soh Hoon - Adminstration, Asst.Manager (Hai-O Marketing)
19. Thomas Chong Kit Keong - Creative Director (Seagull Advertising)
20. Eric Hew Koon Soong - Internal Audit Asst Manager (Hai-O Enterprise)
21. Jason Hong Kok Siong - Marketing & Branding Manager (Hai-O Raya)
22. Tan Leok Kwee -Asst. General Manager cum Merchandising Development Manager (Hai-O Raya)
23. Tan Tin Hoong - Branch Manager(Hai-O Raya)
24. Tan Leok Yen - Customer Service, Asst. Manager (Hai-O Marketing)
25. Teoh Soo Hin - Group Advertising & Publicity Manager
26. Tan Hock Seong - Store, Asst. Manager (Hai-O Marketing)
27. Mohamed Tajuddin - Assistant General Manager (Hai-O Marketing)
28. Teo Yew Chai - Asst. Warehouse Manager (Hai-O Enterprise)
29. Liu Wu Chiu - Chief Research Officer (Hai-O Enterprise)
30. Jonathan Chong Chee How - Chief English Editor (Hai-O Enterprise)
31. Bryan Tee Woon Onn - Senior Area Manager (Hai-O Raya)
32. Woon Chin Keong - Asst Merchandising Manager (Hai-O Raya)
33. Yap Oi Lin - Operations & Planning Manager (Hai-O Enterprise)
34. Jackson Cheah Kah Loong - Group MIS Manager
35. Tan Siew Kheng - Accounts Manager (Hai-O Raya)
36. Miandy Lai Seng Mian - Group Accountant
37. Wong Leong Foo - Regional Manager (Hai-O Raya)
38. Penny Wong Yee Ping - Asst. Accounts Manager (Hai-O Enterprise)
39. Chu Huon Peng - Asst. Franchise Development & Operations Manager (Hai-O Raya)
40. Wong Kim Far - Sales Manager (Chop Aik Seng)
41. Florence Lee Yuen Ngor - Customer Service Manager (Hai-O Marketing)
42. Jessica Lim Yim Peng - Group Personnel Manager
43. Yap Sooi Mee - Group Finance Manager
44. Yap Ai Ho - Operations Manager (Hai-O Marketing)
45. Ng Soh Bee - Project Coordinator(Hai-O Enterprise)
46. Tan Wan Ewe - Operations, Asst. Manager (SG Global)
47. Nancy Chua Swee Tin - Customs & Shipping Manager (Hai-O Enterprise)
48. Tan Siew Ze - Asst. General Manager (Hai-O Marketing)
49. Tan Sit Chung - Product Development & Promotion cum Distribution Manager (Hai-O Marketing)
50. Woh Chee Houw - Sales Manager (Hai-O Enterprise)


Syarikat Hai-O sedari awal lagi telah buat perkiraan, kalau Water Filter Bio Aura ni dijual retail dengan harga RM500.00 di pasaran susah nak laku sebab kena bersaing dengan macam-macam brand water filter yang seumpamanya atau yang lebih bagus malah harganya pun lagi murah dan berpatutan. Contohnya water filter jenama Philips yang bukan sahaja setakat sistem penapisan malah menggunakan teknologi pancaran cahaya Ultra Violet untuk membunuh kuman pun hanya berharga RM699.00 satu di Pasaraya Carrefour. So bagi memastikan, produk Hai-O dia orang laku macam goreng pisang panas, dia kasi plan yang memberi komisyen tinggi kepada promoter, lebih tinggi dari harga asal produk. Buat sistem MLM sebab telah terbukti orang melayu ni suka sangat dengan sistem MLM atau dalam erti lain kempen mulut ke mulut. Orang melayu memang cepat percayakan produk-produk melalui rekomen kawan-kawan atau saudara mara. Haa... nak lagi meyakinkan, taruk laa nama Bio ke .... Magnetic ke ...... Tok Guru ke .... Aura ke ... orang melayu memang sejak azalinya memang cepat percaya benda-benda tradisional karut marut ni. Jual laa Gelang Besi Magnet. ke... Loket dari Batu Gunung Berapi laa.... Air Beroksigen Tinggi laa ... Air Magnet ke Air Bateri ke.... apa-apa pun boleh asalkan selitkan testimoni orang itu orang ini. Nak lagi senang orang percaya, sebutkan kemujarabannya telah dirasai oleh sanak saudara kita sendiri ataupun artis selebriti mana-mana. Haaa orang melayu gerenti percaya punya. Sanggup keluar duit pelaburan ASN RM2,100.00 sebab nakkan jugak manfaat Water Filter Bio-Aura ni.

Siapa Yang Untung - Siapa Yang Rugi

Dalam MLM ni bila promoter nak dapat komisyen tinggi punya pasal, seribu tipu seribu bohong pun dia sanggup asalkan produk laku terjual dapat komisyen tinggi. Orang melayu jugak yang sanggup tipu orang melayu. Orang cina nak tipu sesama cina pun tak sampai hati. Orang melayu bila dengar aje petikan nas-nas atau hadis, ayatkan lagi sikit dengan Insyaallah ... berkat Allah, bla... bla... memang terus cair laa. Berapa ramaipun orang kita yang dah jadi jutawan Hai-O ni, ramai lagi laa orang kita yang dah kena tipu setiap seorang RM1,850.00 (harga beli RM2,100.00 - nilai sebenar produk RM250.00-RM300.00). Water Filter Bio Aura hanyalah water filter yang menjamin kebersihan air untuk pelbagai kegunaan tapi bukanlah mesin penapis seribu rahmat yang kononnya boleh mencegah anda dari dijangkiti penyakit-penyakit seperti Artritis, Pedih hulu hati, Keletihan yang kronik, Masalah penghadaman, Kekejangan kaki dan lain-lain lagi tu. Kalau nak dikira macam tu seribu lebih baik pergi minum air perigi Zam-Zam yang terbukti banyak mengandungi mineral dan nilai PH Alkalinya yang stabil. Ramai yang tidak faham-faham konsep pemasaran MLM Hai-O ni. Secara ringkasnya contoh perkiraan (sistem agihan kadar keuntungan berbeza-beza mengikut kumpulan pemasaran tertentu) busines Hai-O ni seperti di bawah.

1. Saudara masuk jadi Usahawan Hai-O kena bayar RM21,000.00. Selepas itu diberi bonus pendahuluan RM3,000.00 (sebenarnya dipulangkan kembali duit Saudara tadi ~ taktik lazim seperti dalam mana-mana Skim Ponzi atau Skim Cepat Kaya tu la juga).

2. Saudara diberi 10 x Water Filter Bio Aura (kononnya setiap satu produk bernilai RM2,100.00 sepertimana yang tertera pada kotak produk - so kira-kira produk yang Saudara dapat tu kesemuanya berharga RM2,100.00). Hakikat sebenarnya 10 x RM300.00 iaitu kesemua produk hanya bernilai RM3,000.00 sahaja.

3. Saudara perlu jual 10 x produk tersebut dengan nilai RM2,100.00 untuk dapatkan kembali pelaburan Saudara sebanyak RM21,000.00. Saudara kena yakinkan pembeli yang produk tersebut sememangnya berbaloi dibeli dengan harga RM2,100.00 (jangan sesekali beritahu yang nilai sebenar produk hanyalah RM300.00).

4. Andai kata dalam tempoh 2 bulan sahaja Saudara telah dapat menjual kesemua 10 x produk Water Filter Bio Aura tersebut Saudara akan dapat balik pelaburan asal RM21,000.00. Maka dalam tempoh 2 bulan sahaja Saudara telah berjaya menjaya pendapatan tambahan sebanyak RM3,000.00 (bonus pendahuluan) dari bisnes Hai-O.

5. Rumusan perjalanan aktivitinya seperti di bawah;

Modal Perniagaan RM21,000.00 = RM21,000.00
- RM3,000.00 (bonus pendahuluan untuk Saudara) = RM18,000.00
- RM3,000.00 (harga produk RM300.00 x 10 unit) = RM15,000.00

6. Kemanakah baki RM15,000.00 keuntungan tersebut perginya? Saudara hanya berperanan sebagai jurujual Water Filter. Saudara berjaya menjual 10 x Water Filter maka Saudara layak dapat upah RM3,000.00 (awal-awal lagi Saudara dah dapat). Kalau Saudara gagal menjual 5 x produk tersebut maka Saudara tanggung laa kerugiannya iaitu RM2,100.00 x 5 produk (Stok tidak laku dengan kos RM10,500.00). Pastikan Saudara dapat jual kesemuanya kalau tidak mahu rugi. Stok-stok produk yang tidak laku tidak boleh dipulangkan semula kepada Hai-O untuk dapatkan pulangan wang. Kalau Saudara ingin menggandakan pendapatan yang Saudara telah dapat sebanyak RM3,000.00 dalam tempoh 2 bulan tadi, haaa Saudara beli lagi 10 x produk dengan harga RM21,000.00 macam yang Saudara telah lakukan. Setiap RM21,000.00 yang Saudara laburkan Saudara akan dapat keuntungan RM3,000.00. Lebih kurang macam Saudara jadi jurujual yang jual produk kat kaki lima, setiap satu produk terjual Saudara dapat RM300.00.

7. Saudara hanya untung RM3,000.00 tetapi kemanakah perginya baki RM15,000.00 keuntungan tersebut? Syarikat Hai-O meraih keuntungan RM1,500.00 bagi setiap 1 produk yang terjual? Sebenarnya tidak sebegitu. Syarikat Hai-O cuma meraih keuntungan sebanyak RM500.00 sahaja untuk setiap satu produk yang terjual. Selebihnya adalah habuan kepada para Usahawan Hai-O (Upline-Upline) yang di bawah mereka Saudara bernaung. Contoh agihan keuntungan MLM bagi pelaburan sebanyak RM21,000.00 adalah seperti di bawah:

Syarikat Hai-O ~ Untung Bersih RM5,000.00 (*RM500 x 10 produk)
(RM8,000.00 ditolak kos produk # RM300.00 x 10 = RM3,000.00)

Si Polan Upline A ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Si Polan Upline B ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Si Polan Upline C ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Si Polan Upline D ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Si Polan Upline E ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Saudara ~ Komisyen Jualan RM3,000.00 (*RM300.00 x 10 produk)


MANGSA 1 (M1) [ M2, M3, M4, M5, M6, M7, M8, M9, M10]
Bayar RM2,100.00
Dapat produk # RM300.00
Kena Tipu RM1,800.00
(lihat * agihan hasil tipuan)

8. Andainya Saudara masih tidak mensyukuri rezeki yang telah Saudara terima... Saudara hendakkan lebih keuntungan tanpa perlu penat menjaja produk, kering air liur hanya nak dapatkan komisyen RM3,000.00 .... Saudara boleh tetapi dengan syarat kenalah mendapatkan prospek atau Down-line yang sanggup melaburkan RM21,000.00 untuk menjalankan bisnes jualan sepertimana yang Saudara telah laksanakan (untuk keuntungan rakan-rakan Upline). Bayangkan Saudara sudah berada di kedudukan Si Polan Upline E dan Saudara telah berjaya mendapatkan 10 x Downline. RM2,000.00 x 10 Downline sahaja Saudara telah menjana komisyen sebanyak RM10,000.00. Haaa ini lagi senang berbanding dengan setakat jadi jurujual yang kering air liur tapi dapat komisyen setakat RM3,000.00 aje. Cubalah Saudara bayangkan jika Saudara berjaya merekrutkan ramai Downline di bawah naungan Saudara. Saudara di kedudukan Si Polan Upline E dapat RM10,000.00 (mungkin dalam tempoh 1~2 bulan sahaja tu), kalau pada masa tu Saudara berada di kedudukan Si Polan Upline D pula mungkin dapat komisyen mencecah RM100,000.00 (mungkin dalam tempoh 1~2 bulan sahaja tu). Tidakkah LUMAYAN namanya tu?

Siapa Tipu Siapa

Ada akal ke Usahawan Hai-O ni suruh orang minum air paip tanpa dimasak terlebih dahulu. Ingat kuman bakteria dalam air tu besar sebesar telur kutu ke yang boleh ditapis-ditapis. Pembohong betul. Ataupun memang agenda Hai-O supaya orang ramai nanti dapat pelbagai macam penyakit... ada peluang jual ubat penawar lain pula. Tapi ada juga orang yang percaya cakap orang Hai-O ni. Nak buat macam mana, kecik-kecik dulu belajar Biologi tak habis. Apa yang `Doktor Hai-O' beritahu semuanya diterima bulat-bulat. Insyallah ..... kalau dapat sakit demam juga selepas itu, sesungguhnya semuanya dugaan dari Tuhan. Segala kejadian adalah kehendakNya juga kita diwajibkan berusaha, pakai produk Hai-O ni kira sebahagian dari usaha kita la. Semoga dimakbulkan segala doa dan diberkati segala usaha yang dimulakan dengan Bismillahirrahmanirahim.

Siapakah yang kena tipu ? Jawapannya ialah mereka yang membeli produk bernilai RM300.00 dengan harga yang telah dimarked up RM2,100.00. Terpedaya, teraniaya dan tertipu menyangkakan produk yang dibeli mempunyai seribu azimat.

Siapakah yang menipu ? Jawapannya ialah mereka yang menjual produk bernilai RM300.00 dengan harga yang telah dimarked up RM2,100.00. Mempedaya, menganiaya dan menipu mangsa supaya yakin produk yang dijual mempunyai seribu azimat. Tiada yang bercakap benar bahawa sesungguhnya dari jumlah RM2,100.00 yang dibayar itu RM300.00 untuk produk dan selebihnya RM1,800.00 adalah sedekah komisyen Up-Line.

Siapa yang untung ? Mereka yang bergelar Up-Line dan mempunyai pengikut Down Line yang ramai. Lagi banyak Down-line yang menjalankan kerja menipu orang, lebih banyak Water Filter Bio-Aura terjual maka lebih lebatlah income komisyen masuk dalam poket.

Siapa yang rugi ? Mereka yang bergelar Down Line yang menanggung dosa menipu orang ramai dengan hikayat Water Filter Bio-Aura yang mempunyai seribu satu azimat. Penat menipu untuk menjual 1 produk tapi komisyen yang dapat hanyalah RM300.00 tetapi Up-line yang di atas goyang kaki aje dapat habuan RM1,500.00 selebihnya. Mereka yang tidak berjaya menjual 10 x produk tersebut dengan harga RM2,100.00 terpaksalah menanggung kerugian pelaburan mereka sebanyak RM21,000.00.

sekadar sebagai peringatan. tiada kena mengena dgn sesiapa yg masih hidup atau yang telah meninggal dunia............


Salam Ukhuwah..~

Tuesday, March 8, 2011

Citer Abang baby

Semalam sesampai je umah aku terus ajak budak kenit yang banyak cakap tu masuk bilik. Tak larat bebenar aku. Selalu kalu aku baring, Aqil akan turut baring sama. Duk baring2 tu tetiba Aqil bangun mencangkung tepi aku. Slumber dia je selak baju aku tang perut

Mama : Awat?

Aqil : Nak ayang baby

Mama : hahhahaha..baby tidoq la

Aqil : dok! (berkeras tu,pastu dia pun letak pipi lembut dia kat perut aku)

Aku tengok je. Lepas tu

Aqil : mama, amik baby.

Mama : mana leh amik baby. Baby kan kecik lagi. Tak leh amik lah

Aqil : nak baby......

Mama : tak bolehhh...tak leh amik

Aqil : amik kat sini..baby maso ini...

tang ni aku nak gelak gila. Dia tunjuk pusat aku. Bagi dia, boleh amik baby melalui pusat! Adessssss....tak terdaya aku nak explain lebih-lebih kat budak ni..huhuh

Monday, March 7, 2011

Gaduh ngan Aqil

Ada satu hari tu aku tengok tibi ngan Aqil.

Mama : Aqil, tu gambar apa?

Aqil : Qeta

Mama : Car

Aqil : Qeta!

Mama : tapi leh dipanggil car

Aqil : ukan, qetaaaa!

eeeeeeeee geram tul aku. Ni payahnya kalu mak tok ngasuh. Apa yang tok dia ajar, jangan harap dia nak ikut apa yang aku ajar. Aku nak Aqil pandai English. Jangan la Aqil jadi macam mama dia. English longkang wes. huhuhuhuh

Thursday, March 3, 2011

Amerika tak malu!

Sume orang tau kan, Amerika ni negara sangat la tamak haloba. Kenapa aku kata cam ni, tengok negara Libya tengah bergolak tu, dan-dan Amerika hantar kapal perang dia konon-konon ghadaffi menindas rakyat dan bunuh penunjuk perasaan. Ohhh kasian ehhhh? habis yang israel bonggok tu serang Gaza, ko diam diri macam orang bacul! Itu apsal tak pegi tolong? Sebab Gaza TAK ADA MINYAK kann?? Amerika, ko wat malu diri sendirilah!

Ghadaffi, cukup la. Ikut la kemahuan rakyat. Lepaskan nikmat dunia tu. Kasi laluan kat orang lain pulak. Lagi ko degil, ko akan buka peluang barat masuk campur. Siapa yang rugi????

Wednesday, March 2, 2011

Aksi si Cilik Berbasikal

Tu dia...ada lagi contest. Meh join woiiiii

aksi cilik berbasikal

Tamat pada 31 MAC 2011

Contest nie kerjasama antara kakyong.com dan syamilamohd.com

Nak join, KLIK SINI


Penaja-penaja:


**************************************************

Occay, ekceli tak banyak aku snap pic Aqil apabila dia bermain. Mesti gambar tak cantik sebab dia takkan duk statik. Aksinya sangat ligat. Ini sahaja yang berjaya snap ngan kedudukan agak occay la...huhu

|
V

NAMA ANAK : MUHAMMAD AQIL DARWISH BIN MUHAMAD FAIZAL
UMUR ANAK : 2 TAHUN 2BULAN 2 HARI...:p (1.1.2009)



Basikal biru ni dah lama beli. Patutnya depan basikal tu ada toy picit (honn..honn...honn) tapi sehari beli dah tercabut. Kat belakang tu plak ada raga, pun tercabut selepas 2 hari guna..huhuh. Ye anak saya sangat ganas bila dia kerjakan basikalnya itu (saat ni, tayar belakang dah melelong..huk huk huk). Tu, abah dia beli helmet sebab selalu sangat jatuh basikal. Safety first! (hmmm elok la, dah nak lunyai basikal tu baru tingat nak beli helmet)


Saya nak tag

MAMA PUTRI!

Hak hak hak

Baru sehari aku MC ramai plak komen kat FB ehhh

"preggy?"

dan macam-macam soklan tanya aku berkenaan preggy. Ahhhhhhhh malas nak jawab. Jangan la menambahkan stress aku. Tapi tak pa, mana tau kali ni aku pi jumpa doktor, doktor kasi aku MC seminggu plak ka kannnn....

Tuesday, March 1, 2011

Ha, betul2 MC!!

Kemarin kerja aku rasa letey sangatkan sampai balik umah nak basuh baju pun tak larat. tapi gagah diri la basuh gak sebelum diperli mat pezal. Tapi perli2 mat pezal ni best, sebab dia akan amik sebakul baju busyuk then dia p basuh. Pastu masuk dalam bilik

"eh-eh..mana p baju-baju tak basuh ni sume?"

Yelah perli dia tu tul menyakitkan hati aku tapi aku best, perli la abang oiii...tima kasih la tulun basuh baju...:P Tapi aku ni nek segan la tak kan nak biar dia selalu basuh bajukan. sekali sekala tak per...heheh tul dok bang?

Occay sambung citer, lepas mat pezal solat mangrib, aku terus ajak mat pezal pi klinik. Tul-tul tak larat aaaa. Nasib baik klinik tak ramai orang. aku kena turn ketiga. Occay la kan. Uihhh hemsem mak hang doktor tu. ala-ala maher zain ko! Ohhh terlupa, laki aku ada di sebelah. Aku pun story la simptom-simptom penyakit aku

*jantung kerap berdenggup kencang
*Cepat semput
*sakit ulu hati
*kadang-kadang sakit pala
*sakit-sakit badan terutamanya part leher, bahu sampai jemari. Kaki pun ia gak

So, resultnya....


Doktor : awak ni kerja yang banyak masalah ker?

Aku : aaaa kerja saya memang pun har-hari tengok masalah

Doktor : Ha patut pun. Yang awak citer ni, saya katakan awak dalam stress. Awak kena rest banyak-banyak dan saya akan bagi ubat penenang kat awak

Hahhhhhhhhh ubat penenang wes....tapi ubat tu dia aku kn makan half je. Kecik je,macam kalu aku telan sebijik pun tak kasi effect. Abeh tu, doktor kasi aku rest sehari. Sehari je doktor? Bukan ka orang stress leh dapat cuti sampai seminggu dua minggu????? Tak pa la, kang lama-lama cuti berkarat pala otak aku ni. Sume ubat aku dapat 4 paket-ubat penenang, ubat debar,vitamin, ubat angin.

Ha lupa nak story kejadian sebelum masuk klinik. Masa tunggu turn aku, aqil kata

Aqil : Abah, nak cucuk

Aqil cakap abah dia nak soh doktor cucuk dia. cehhhhh

Abah : Pasal pa nak cucuk? Aqil bukan sakit pun.

Aqil : sakitttttt

Abah : Sakit apa?

Aqil : sakit teloq!


HAHAHHAHAHAHA, hambik! layan lagi budak cakap pandai tu. Fuhhh mujur la tak da orang kiri kanan masa tu, kalu ada mana nak letak muka. Aku ngan laki aku tak penah ajar Aqil berkata begini. huhuhuhuhu