Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Monday, February 28, 2011

Saya nak MCCCCCCCCCCCCCCC

Terasa badan lesu gila. Ingat nak tido je. Nak update citer weekend hari tu pi lumut pun rasa malas. Pic pun aku tak transfer ke PC lagi. Malas occay. Jalan pun rasa nak tersempam muka ke lantai. Why with me huh?

Esok kalu aku still rasa gini, nak pi jumpa doktor je la. pelik sebab kebelakangan ni stamina aku sangatlah teruk. Napa wes? Aku belum mau mati, dosa aku masih menggunung. T_T

Friday, February 25, 2011

Ditokak hantu???

Rabu hari tu sebelum aku pi keja, mesti la mandi dulukan. Sangat mengejutkan apabila melibat betisku lebam hitam! lebam hitam occay, bukan lebam biasa dan ia semestinya bukan love bite. Ish ada ka orang wat love bite kat betis?? Muhahhaahhaha. Aku punya la pikir, ak jatuh ke hapa. Rasanya tak da langsung. AKu terlanggar pa2 pun idak. Hmmm

Balik dari kerja aku lepak ngan mak sedara aku. Ha apa lagi aku selek tunjuk kat mak ndak

Mak ndak : haaaaaa tu hantu tokak tuuuuuuuu

Mak aihhh aku dah agak dah. Mak-mak sedara len pun kata cam tu. Aku malas nak caya laaa...Hmm sehingga hari ni lebam ni masih lagi kehitaman. huhuhuh. Aku tunjuk kat Aqil...tau dia kata pa? huhuhu

Mama : Aqillll, tengok ni ha kaki mama...sian tak?

Aqil : haaaa mama rempit!


Mama : eehhh mama nek moto macam mana nak rempit

Aqil : mama rempit ngan eta.

Hahhahahahhahah...nyampah. Asalkan luka-luka skit dituduh rempit. Alah macam dia la, nek basikal laju-laju pastu terjatuh dia mesti kata

Aqil : mat rempit jatuh dahhhhhhh


kakkakaak. Lawak la Aqil ni. huhuhuhu

Thursday, February 24, 2011

Video : Jeng jeng jeng

rajin plak aku mengupload-upload video kan. Ni video ni terbalik la aku record. So sapa2 nak tengok pandai2 la rotate pala ampa. sapa yang guna laptop beruntung, terbalikkan laptop ampa. huahuahuahuaaaaa.. Ada ker software nak rotate video? gambar buleh la kan? Arghhhhhh malas aku nak suft tenet cari cam na nk rotate video. Dasar mama yang malas!

Ni ha, tengok betapa terujanya Aqil kalu dapat makan vitamin. Suka la sangat sampai aku kena sembunyikan vitamin tu. Dia tu sebetol leh telan vitamin. Geram plak aku. Kalu tak beli balik kerja ja tanya aku

Aqil : mamaaaa amin-amin?

Letey mak nk jawab tawww




Wednesday, February 23, 2011

Video : Aqil merempitttt


Lama aku tak upload video dalam ni. Video ni masa aku balik kerja. Masuk dapur mak timah tengok ada helmet hijau comey atas meja makan. Aku tanya sapa beli...sapa lagi kalu tak bukan bapak dia kannnn. Maka, aku ajak Aqil main-main kat luar. sebelum tu wajib capai c6 aku. Hasilnya:


Cerita Aqil : bahasa yang tak faham

Semalam duk sonok tengok tibi layan citer Hani, Aqil tetiba mai kat aku.

Aqil : mamaaaa...apuuuu'ak'ala

Aku : Hah?

Aqil : apuuuu'ak'alaaaaaa

Aku : Alaaa mama tak pahammmmm

Aqil : mama, apuuuu'ak'alaaaa

Ishh tabah sungguh Aqil layan mama dia yang tak reti n faham bahasa anak. Aku gosok pala. Apa la yang Aqil nak sampaikan kat aku ni. Aku cakap lagi aku tak faham. Lepas tu ngan tak sangka dia wat muka cam tak puas hati. tangan kecik dia tarik jari jemari aku ni.

Aqil : Agun-agun (bangun)

Aku : Alaaaaa malassss...nak tengok tibiii

Aqil : Agunnnnnnnnn

Kena la mengalah ngan budak kecik ni. Dia tarik tangan aku ke bilik.

Aqil : mama...tuuuuuuu

Jari tunjuk Aqil yang kecik lagi ketot tu tunjuk lampu di siling. huhuhuh lampu berkelip-kelip

Aku : oooooo lampu tak nyala kaaaaaa..adus, ingat apa la.

Aqil senggih. Lampu wat hal lak. Penin aihhhh tengok lampu nyala macam kat night club tu. huhuhu

Monday, February 21, 2011

Adoiii penat

Baru sampai site terus buka blog. Ini adalah kewajipan. Kalu on laptop, wajib tengok blog dulu
baru leh wat kerja. Penat ni, jantung pun masih berdegup laju. huh hah huh hah huhhhhhhhh

Pelik la sejak dua mejak ni, aku asik nak semput je. Risau aku. Kadang-kadang kejar Aqil, dia occay je, aku yang semput. Apsal aaa? Aku dah ada penyakit semput ker? Tadi masa meeting tadi mujur aku tak semput dek kena marah ngan bos. Oooo sebab tinga aku dah tuli kot. Bos marah la apa-apa pun, aku cool jerk. ekekkeke.


Ni kat depan aku dah ada 3 Bam, haaa....sapa kata kerja kami tak banyak. Itu sume kena tengok. Macam mana kita nak bagi bos tau aaa kalu kita betul-betul banyak kerja? Aku stress tau bila bos asik tanya

"ehhhh u all busy sangat ker kat site tuuu?"

Adus, mak letey la..leteyyyyy! letey nak jawab.

Friday, February 18, 2011

Lepak @ Pantai Seagate

Yarkkkkkkkkkkkk nak termuntah wat keja hari ni. Aku rasa sistem tak salah yang salah user yang menggunakan sistem. Main redah je depa wat keja ni. Yang pening aku ni duk analisis tak habeh-habeh.

Occay aku nk break kejap nak citer family aku lepak kat pantai seagate. Alaa yang dekat ngan queensbay. Kalu sapa rajin baca harian metro, selalu masuk berita orang itu ini kena tangkap khalwat. Sini memang ramai kapel tapi malam la. Siang aku tak nampak sangat mat ngan minah rempit peluk-peluk.

Occay meh layan gambar-gambar ni. Pandangan cantik...tapi guna kamera kopak je. Jadi lah kan. Kalu snap guna D90 ka sedap nih. Bila la aku nak beli kamera berat sama berat ngan lengan aku ni. huk3x


hahah muka Aqil tak puas hati. Budak pempuan tu halang laluan dia. Dah la mulut kecoh.


Ha...Aqil dah pandai tengok kamera..gud boy!
Kasi Aqil makan jap. Konon-konon anak lapaq, padahal mak dia. Kedaqah burger properity MCD tanpa semawa kat gagak. Hakhakhak. Gagak duk depan kami je. Mat Pezal tak snap sekali ngan gambar gagak. Kang gambar hitam. Hahahhahahah... keji sungguh aku kutuk gagak ehhh...:P




Ishhhhhhhhhh bulatnya muka Mat Pezal. Dia tak caya fizikal dia makin bulat. Ha ni buktinya kan?kan?




Mimik muka Aqil




Lagi Mimik muka Aqil





Lagi-lagi mimik muka Aqil





Posing-posing


Ha layan la gaya-gaya Aqil. Abah dia yang ajaq.







Ni aku ngan Aqil plak.


lagi ngan Aqil



Dengan abah dia lagi


Cantikkan?



sana nuh nampak penang bridge

Depan tu pulau jerejak. Sapa nak honeymoon occay gak situ. Sunyi sepi. Tapi malam-malam ampa jangan duk jerit lebih-lebih la plak yerk. Kehkehkehek


Sana nuh 2nd bridge penang. Tak silap siap 2013. Perghhh tak sabar nak rasmi. Panjang dari yang 1st.



Park keta tepi jalan je.

Haaaaa dah nak mangrib kami pun balik. Aku bertuah tau dapat Mat Pezal ni, asalkan cuti je mesti bawa jalan-jalan. Best aaaa.. sporting aaaa abang. Tak kisah la dekat tapi tempat yang dia bawa pasti mengembirakan aku ngan Aqil. hehheehhe

Terima kasih Mat Pezalllllllllll....

Thursday, February 17, 2011

CONTEST CANDID TERBAIK!!

Ohhhh nasib baik sempat. Gila busy hari-hari tak sempat nak join contest mana yang lepas. Okes, ni kali kedua aku join contest. Tak harap nak menang tapi misi memeriahkan contest Puan zetty yang giler comey ituuuu!!!

Ha, sapa-sapa nak join ampa kelik sini url bawah ni.



Okes, aku pertaruhkan gambar ini !!

\
/
\
/
\
/
\
|
V



Masa ni tengah shoot outdoor kawasan tepi sungai. Posing punya posing...

Aku : Abangggggg kerengga gigit i kat belakang ni haaaa...waaaaa
Mat pezal : Hah? meh nak buang.

Lambat giler dia nk buang kerengga, amik kesempatan la tu. Tak sabar-sabar tunggu malam! Hishhhhhhh. Malu tau kat photograper tu.hukhukhuk.



sekarang aku nak TAG :
1. Mama najla
2. Amy
3. Cik Tim

Penat! penat! penat!

Ni yang buat aku malas nak amik cuti lama-lama. Baru aku tinggalkan site sehari setengah dah macam-macam "hadiah" yang user simpan. Sampai penin pala aku nk setel itu ini. Tak cukup nafas dibuatnya. Saat ini masih bertimbun fail problem depan mata. Kalu la ada doremon, nak je aku bela sekor letak dalam laci meja aku ni. Comey gak tu doremon. Agak aku penat, aku leh ajak doremon masuk pintu masa dia tu ke...ke ...ke mana arr? ala yang tempat2 best la. Tak kisah la ke mana2 pun doremon. Bila aku dah dapat rest pala otak, aku leh kembali setel prob-prob ni. kan?kan? kan?

tadi ada aku dengar user aku merungut dia banyak sangat setel masalah itu ini

User : eee tensen-tensen macam nak amik cuti je. Rest

Aku : Kalau nk cuti sebab nak lari dari macam-macam pasal baik tak payah. Nanti masuk keja balik, lagi la mengadap macam-macam pasal. nak ker?

User : aaa kan. eeeeeeeeeeeeee

tul tak kata-kata aku. Jangan lari dari masalah. Kita perlu berdepan juga walau macam mana sakit pun. Eh aku ni cakap pandai plak, abis tu aku siap berangan nak doremon sekor apsal lak? tak ker sama lari dari masalah? ehh taknak la jadi nobita. Budak pemalas! hahhaha

Tuesday, February 15, 2011

Tolonglah akuuuuuu

Tensen tau aku cuti baru 4 hari dan-dan esok nak masuk keja, macam-macam kena kejaq ngan buat. Gile ni, tetiba petang tadi dapat sms dari SSA, aku esok aku nak kena TOT budak2 gomen. Hadoi, cam na nak ngajar kalu tak da topik kasik. Just tau modul yang nak kena ajar.

Niiii aku nak wat apa ni? idea habuk tarak. Adus, aku kalu leh nak wat yang terbaik. Bukan untuk bakal "anak-anak murid" aku esok ja tapi untuk company aku gak. Kalu kita buat terbaik, of coz la orang puji company kita kan.

Oh idea kemari kamu...ohhhh tak tido la aku malam ni. Esok present muka macam hantu mak limah la aku!!

Saturday, February 12, 2011

Menyakitkan hati

Suatu hari tu, pertama kali aku pakai lens ada kaler pegi ke site. Ada sesuatu yang sangat mengguris hati aku. Hingga ke hari ini.... dan aku tertanya-tanya salahkah aku?

orang itu : hai leya...

Budak tu lintas di depan meja kerja aku

Aku : haiii

Balas, tak leh wat sombong kat tempat kerja orang. Walau orang yang macam-macam mengadap aku dengan pelbagai karenah, aku wajib senyum!

okes, citer tadi bermula...orang itu tetiba patah balik lepas tengok muka aku ni.

Orang itu : eh leya, hang pakai lens kaler ehh?

huh, dah nampak wat tanya-tanya plak

Aku : kenapa? salahkah?

Orang itu : tak laaaa...ishhh tak lawa la. Tak sesuai la ngan hang.

Masa dia kata begitu ramai user depan aku. Walau depa sibuk wat kerja sendiri tapi aku yakin, sume dapat dengar. Ada yang pandang-pandang kami.

Aku tak marah kalu nak komen, tapi jangan la memalukan aku. Cakap la baik-baik ngan aku, dan kenapa perlu cakap kuat sehingga menarik perhatian orang lain?



Pelik sangatkah? adakah pancaran mata ini akan membunuh kamu? Duit aku kan?
sukahati aku ler.


Lepas itu aku terdiam kejap

Aku : kawan, lens ni beli tak leh try macam kita try kasut.

Dia tersenggih. Aku sangat perasan ngan orang itu, selalu cari pasal ngan aku. Asyik aku kena faham dia je. Bila aku bersuara dia kata aku marah dia. Aku garang la..tak faham la...sume la tak kena. Penin la layan macam-macam manusia. Aku bersyukur dengan kerja aku ni kerana mendedahkan aku bagaimana nak tackle orang segala macam. Ni bukan tackle nak bercinta! maksud aku macam mana kita perlu berkomunikasi nak berdepan dengan orang itu ngan orang ni walau kadang-kadang hati kita disakiti. Tapi tak mengapa, hati sakit akan hilang bila dapat genggam wet gaji hujung bulan! hahhahahah

Friday, February 11, 2011

Jalan-jalan di Pantai Merdeka & Pulau Sayak.

Ha update blog kat umah senang hati skit. Leh upload gambaq2. Kali ni nak story jalan-jalan pegi Pantai Merdeka ngan Pulau sayak. Tak ada yang best sangat pun. Just nak bawa Aqil jalan-jalan. Dah tak tau nak pegi mana. Perjalanan amik masa dalam 20 minit.

keriangan di wajah Aqil. Mama dia pun tumpang sekali


Semangat mainnn


Mesti try!



suka





Mula bodek abahnya


nak yang ni..


Takkan nak amik yang kaler tu???




ha, pilih2


akhirnyaaaaa



haa sepak2



Gambar kat bawah ni kat Pulau sayak. Singgah makan mee udang sebelum balik. Punya la lapaq sampai lupa nak snap mee udangnya. Hmm boleh la tapi sangat la lembab servisnya. Len kali taknak makan situ dah. Apa pun aku sukakan viewnya. Cantikkkkkkkkk








Kejadian di Zoo taiping

Penat gila jalan dalam zoo Taiping. Aku bajet nak nek keta dalam zoo tu, tapi mak datuk datin aihhhh ramainya manusia. Awal pintu masuk Aqil dah siap lari sana sini.... so, tak pa la. Menapak je la dalam tu. Aku ni rasa nak pitam dah. Sampai aku jeles tengok amoi-amoi dalam tu

Ohhh bahagianya kalu dapat pakai singlet ngan short pant..Angin dapat masuk kat sana kat sini...haaaaaaa

Aku la paling banyak singgah kat kerusi batu dalam tu. Ohh stamina aku sangat la macam nenek tua bongkok three. huhu

Mat pezal : Ishhh teruknya mama aqil. Muka bertukar kaler hijaooooooo...


hamboi suka hati je. Ingat aku sesumpah ke leh tukar-tukar kaler. Bertukar jadi Hulk Ogen kang.

haaa sampai kat kandang badak kan, memang aku rasa nak terebah. Berpeluh sakan wei. Masa duk layan penat berganda aku ni aku terdengar...

Mat Pezal : haaaa...tu apa tu?

Aqil : Apa?

Mat Pezal : ini badak. baaa....dakkk

Aqil : ooo baaadakkkkkk (dengan nada jerit ye tuan puan)

Pastu tetiba badak sumbu tu tala pongongnya besaq kat depa dua. hahahhahahhahah. hambik ampa!

Aqil : eeeeee ponggong besaq..

Mat Pezal : hahhaha besaq aa dah badak besaq

Aqil : abah-abah...ote-ote?

masa ni seres aku rasa nak gelak besaq. Mat Pezal pun gelak sekali. Ada makcik-makcik sebelah aku wat muka macam nak gelak ka tak mau gelak

Mat Pezal : aqil, badak mana ada *ote. (nada slow)

Alahai...kelolo noh anak aku ni. Malu beb! huhuhuhu

Thursday, February 10, 2011

Gambar : Jalan-jalan kat Tepeng

Akhirnya dapat gak upload gambar-gambar ni. Ni masa pegi kenduri kat tepeng. Maka, amik kesempatan zupppppppp ke Zoo. Nak lepak kat tasik situ sangat-sangat la tak mo. Giler panas wes. Masuk dalam Zoo redup skit. Pokok pun banyak. Menatang lagi la banyak!

Ni kali kedua Aqil masuk Zoo tepeng. Masa dia 1st masuk dulu tak nampak dia teruja sangat sebab dia mengantuk. Kali ni plak mata dia freash...fuhh melulu ke kandang itu ini sampai tertinggal aku kat belakang.



Tunggu adik ipar aku beli tiket.



Tunggu lagi. Ramai giler manusia



Depan sangkar boya.






Masa ni tengok apa ntah. Lupa. hihi


Kuarga Mama Leya



Sapa tak kenal menatang belakang aku tu ngaku cepat. Aku nak soh menatang tu pijak lutut ampa. huh



Ye...ini gajah.


Aqil pangge menatang ni "ke-are" bukan kera yer..

Okes dah itu saja. Padahal banyak lagi gambar. Malas nk upload. Gambar menatang-menatang je. Kalu ampa nak kenal menantang itu ini, google la ampa. Tak kosa aku nak jadi pegawai Zoo kat ampa. Sori ye. tak kosa...tak kosa...

Balik dari tepeng singgah Juru. Pegi makan kat kuala. Niat nak makan mee udang, udang habis plak. Terus makan kat kedai len. Tak best tak sedap. Tapi lapaq, belasah.


Rm64.50. Mahal!!


Adik aku sorang je tak makan nasi. Nak makan mee udang gak.


Paprik udang. Tak sedap. Kuah rasa macam sambal udang.


layannn



The End. Nanti senang-senang aku upload gambar p pantai merdeka ngan pulau sayak plak yer.