Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Saturday, January 8, 2011

Memorable Anniversary Contest By Lelord


Aku mulakan cerita KAMI dengan Bismillahirahmanirahim…

Sedar tak sedar dah 15 tahun lebih kami mengenali antara satu sama lain sehinggalah kini kami sah menjadi suami isteri dan dikurniakan sorang anak lelaki….

Ceritanya bermula….(Kita mula ngan sejarah dulu la yer,,)

Masa aku tingkatan satu ada mamat sorang ni selalu usyar aku je bila bertembung. Tak kira kat mana pun bila jumpa aku senggih je. Mula memang nyampah bercampur geram. Macam la muka hemsem (selalu aku kata dalam hati bila mamat tu senyum kat aku. Aku balas ngan senyum buat-buat ja. Hahahha)

TAPI, dok sangka la mamat ni syok kat aku sebab dia dah start kem salam kat aku. Haiyoooo aku masa tu nangoi je lagi…anggap je mamat tu nak kawan ngan aku. Tak pa la…tapi kecoh plak satu skool kata aku cintan ngan mamat ni. Hadoiiiiiiiiiii gini plak jadi. Tapi status kami ni adik-abang angkat (cehhh lama-lama terangat)


Ni 1st time dia kasi pic kat aku...hahhaha..gambar zaman nangoi!


Sepanjang kami berkawan tu dok penah pun kami sebut “CINTA”. Sungguh!! Lepas dia tamat form 5 masa ni aku memang sedey gila aaa nanti nek form 4 dah tak da dia. Alhamdulillah dia mohon masuk PUO, akhirnya dapat. Seminggu ada la 2 3 kali dia tepon aku. Sian dia, gigih benor tepon aku haa…

Okes, pendek citer la ye…then dia abis study and dapat keja…aku plak masuk UUM.

Ha, masa aku kat UUM ni…ramai plak nak kawan ngan aku. Tapi aku tak la nak kawan ke idak ngan mamat len sebab aku rasa macam orang tunggu aku (tu la…mamat tu, bukan nak terus terang. Aku memang blur ngan status aku. Samada kami ni tul-tul angkat je…atau terangkat abis terus. Masing-masing simpan rasa kasih)

Abis UUM aku terus dapat kerja. Alhamdulillah memang rezeki. Sekali lagi kami terpaksa berpisah. Aku terpaksa pergi Shah Alam. Dalam diam kan, dia anto orang merisik aku!! (Hishh tak dan aku nak cari balak Shah Alam…hahhahaha…yolah, penat tunggu dia. Susah sangat dia nak sebut I LAP U!) Masa mak tepon bagitau tu, memang aku nangis abeh..Sebab dah lama kami kenal. Memang ada yang cuba risik hati aku ni…tapi aku tak sanggup nak bagi..yelahhh sebab duk rasa aku ni orang duk tunggu. Ha, kan dah betul.

Then kami BERTUNANG pada tahun 2007. Alhamdulillah lepas tu aku dapat balik kerja kat penang. Sebab projek company aku kat Penang. So, terus la kami rancak plan nikah cepat-cepat.

5 JAN 2008 tarikh SEJARAH KAMI!!! Ye, tak kan lupa 5 Jan adalah hari yang sangat istimewa bagi kami. Idak tu nak wat date besday aku, tapi mak tak izin kan sebab masa tu date tu jatuh dalam bulan Muharam (orang cakap tak bagus..ntah laa) ni diaaaa….

Pic nikah

Sumpah aku sangat jeles tengok budak zaman sekarang kawin, siap ada pelamin bagai. Ha, tengok aku..sarung cincin atas kapet masam je...background plak...adus...macam kat Tadika je..huaaaaaaaaaaaaaaaa...Apsal la dulu aku tak da wet nak buat pelamin!


Hishhh orang soh cium dahi,yang u tokak tudung i napa? geram kat i ehhh? sabo ye abang...malam pertama kita lagi sebulan...huahuahua (kami nikah gantung selama sebulan. Harap maklum)


sama cantik sama padan (ok tak peribahasa ni? Perasan!)


Then kawin bulan 7 dan 9 Feb 2008. (masa kenduri aku raya cina)



Outdoor di hutan rimba...ahhahah


Hadiah kawin kami ni ha...ni kat umah aku.


Okes, tu cukup cite sejarah….ok, ni baru nak start ceta anniversary KAMI. Hakhakhak..sori klu panjang sangat….(gambar tak banyak sebab lappy aku kena virus, abis aku backup sana sini…pastu aku campak mana ntah CD backup yang aku wat tu. Huk3x)


Anniversary yang pertama tu….

Ohhhh…SANGAT-SANGAT MENGUJAKAN KAMI. Masa tu aku sarat ngandungkan Aqil.So, memang tak plan la nak raikan kat mana. Nampak macam kat hopital je. Aku ni pujuk la Aqil kuar date 5 hb jan tu...sebab tu date makbapak dia jadi laki bini tuhhhh....Mat Pezal lak pujuk Aqil kuar new year dan aku juga berharap macam tu gak. So, aku bagi Aqil choose nak kuar bila..new year ka date 5hb tu

Tup-tup...

Anak mama buat pilihan yang BIJAK! 1 dunia akan celebrate besday Aqil! HAHHAHHAHAHHA

Oh kekok giler masa riba Aqil. Macam tak caya!!!


Aku : Abang, i tak da hadiah untuk annv kita, ni je la adiah yang i dapat bagi kat u...

Abang : Sangat istimewa sayang.....
TQ!!!!

Malam tu Mat Pezal tido kat hospital teman aku. Dia jaga aku sangat-sangat baik. Pantang aku mengaduh skit cepat je mata dia buka. Leleh air mata aku tengok dia tido atas sofa (elehh nasib baik sofa tu besaq leh duduk 3 orang..hak3x)



Anniversary kedua....


Masa tu Aqil dah masuk setahun, Kami hanya sempat rai makan steamboat kat JJ je. Tinggal Aqil kat mak kejap. Tau aku dapat adiah apa?
GELANG POH KONG! Hhahhahahha (mesti ada yang mencebik...apa la sangat POH KONG.Ahhh lantak ampa la...bagi aku, tu sangat mewah dah)...sori tak leh tayang sini. Mana leh tunjuk. Special tuuuu..hak3x tau tak kat penghujung tahun 2010 (dekat nak rai annv ketiga lak), Gelang tu putuih woiiiiii. waaaaaaaaaa. Dalam hati ku ..

Hati Leya : Ha, bagus putuih, ada can aku nak dapat gelang baru.


Hahahha keji gila wesss aku ni kan.




Anniversary ketiga


Jeng jeng jenggggggggggggg Adakah aku dapat Hadiah gelang sebesaq batang pinang? hahhahah
Okes, kali ni kami berdua kerja..so, tak leh la nak celebrate pada 5hb jan 2011 baru-baru ni. So, kami tangguh 2 3 hari lepas tu. Sapa yang baca entry aku sebelum ni mesti dah tau...tapi tak pa aku citer je la ehh. Rai makan MEE UDANG jeeeeeeeeee...tak pa laa...dari tak da pa langsungkannn...Then, pegi car4 mat pezal suprised kan aku, dapat la Nokia C6 sebijik. Tq!!!! Eh, gelang yang putuih tu cam na? WAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

Mat pezal : Sapa soh bagi putuih, tanggung sendiri la....


Adakah suami ku ZALIM????? hikssssssss kalau zalim tak da la aku dapat hepon sebijik kannnn..

7 comments:

  1. salam

    indah sungguh cerita cinta ini,

    yang penting bahagia hingga ke mati :: biarlah macam tadika pun dinding tu nampak..

    ReplyDelete
  2. ekekekeke skang bestkan ade duit leh kawin kat hotel gilang-gemilang gtew.


    thanks join Leya & good luck

    ReplyDelete
  3. Thniah ye menang tmpat ke-2.. :)

    ReplyDelete
  4. Tima kasih pada yang wish...ish3x...tak sangka ni..huk3x...

    ReplyDelete