Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Thursday, January 6, 2011

Alasan pakcik tu mencuri

Baru-baru ni kecoh opis site yang akau jaga ni ha. Masa tu ramai staff kemas-kemas nak balik umah, tetiba dengar aunty cleaner pok pek pok pek leter sesuatu. Aku nampak memang ada yang tak kena ni. Tapi muka aunty tu still nampak cool. Aku nampak sorang staff kat tingkat atas ikut dia dari belakang dan bawa dia masuk dalam bilik user aku ni.

Rupa-rupanya ada orang curik helmet dia baru beli 2 hari lepas. kiranya helmet tu masih bau kedai ngan meqelit lagi. mau dia tak bengang. Nasib baik kat parking moto tu ada cctv. haaaaa bernasib baik. Bila depa tengok balik cctv tu, nampak la sorang apek ni yang berurusan ngan user aku.

gambaran cctv:
seorang apek jalan ke moto kapcainya. sebelum dia nak rempit moto dia, dia terpandang helmet baru cun melecun diletak kat sebelah moto dia. Apek tu wat drama..tetiba dia kuarkan hepon buat cakap-cakap sambil matanya liar pandang keliling. (apek tu tak nampak cctv ker? besaq gedabak gantung kat situ...ooo dia lupa pandang atas...kehkehekeh). Apek tu rasa dah clear, cepat masukkan hepon dia dalam poket then slumber rembat helmet baru yang letak dalam raga moto sebalah moto dia tu. Then cabut.

Maka, dah user aku kenal...depa pun call la apek tu. Disebabkan tak nak tuduh-tuduh...depa pun cakap laa

User : Uncle...ni helmet makcik cleaner ni hilang...kami tengok CCTV nampak uncle amik. Pasaipa uncle amik helmet tu?

Memang user aku tu direct je tanya, sebab kenal sangat ngan apek tu. Selalu wat urusan ngan pejabat ni. So, mana mau lari? nak tido dalam hotel lokap? ada mau???


Apek : Ayooooo sori la...uncle tengok helmet tu tinggal macam tu ja, uncle amik bawa balik la simpan. Nanti takut itu helmet ilang.

harharharharharrrrrrrrrrrr. prihatin tak apek tu? ker dia memang dah tak da alasan len dah. Padan muka dah terkantoi, pastu terpaksa wat alasan bangang.


*** aku story kat laki aku, laki aku kata "ehh mana tau kot2 apek tu tul-tul prihatin nak simpan. tak baik tau buruk sangka".. eee payah la kalu story kat laki aku. Ado plak nak menangkan pencurik. sangatlah tak adil!!

1 comment:

  1. suka baca entry yang ni.. hehe.. apek2 alasan tak leh pakai kat mahkamah lansung..

    ReplyDelete