Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Monday, January 31, 2011

Padan muka Hosni!!!

Haaaaaaa dah lama aku nak tengok pemerintahan hosni mutabak ni tumbang. Dah la hang sekutu ngan israel pastu tindas rakyat palestine. Kali ni hang plak kena ngan rakyat hang. Ha, mana mau lari aaa...

Israel pun mesti gelabah bewak kan. Moga-moga lepas ni Mesir dapat pemimpin baru yang cintakan kedamaian dan bukan menjadi sekutu kafir dan merosakkan saudara seagama sendiri.



*Kita tak kan selalu duduk di atas.*

Sunday, January 30, 2011

Cerita Aqil dan telor

Jumaat hari tu Mat Pezal ajak ronda pasar malam Taman Bertam. Apa lagi kejap je aku siap. Sebab aku ni terasa nak makan laksa. Terasa nak makan yer bukan mengidam apa-apa yer. Malas dia nak drive keta kami merempit je pegi. Lama tak merempit kami tiga beranak.

Mama : ha tu laksa...nak beli. Tingin nak makan.

Mat Pezal : Apa kata kita makan kat sini ja. Tu tempat kosong ujung tuh

Mama : Aqil nak laksa??

Aqil : nak..nakkkkkkkkkkkk (mulut dah kata nak, sekali ngan angguk kepala lagi)

Maka makan la kami tiga beranak. Masa mula nak makan tu kan...

Mat Pezal : Aqil nak teloq dak?

Ada pat biji telor atas meja tu.

Aqil : haaa..nak..nakkkkkkkk....nak eloq Aqil. Niii

Aqil tepuk-tepuk celah kangkang dia. Hishhhhhh ni sapa yang ngajor gini ha? huhuhu..kelolo occay!

Mama : Tu teloq Aqil, abah tanya nak teloq ayam ke idak..hishhhhhhh

Aqil senggih

Aqil : ooooooooo eloq ayammm (ceh, nak wat loyar buruk la tu)

Mat Pezal? hmm gelak je. Kan aku dah kata anak ngan bapak sama je. Suka megusik dan melawak yang membuatkan aku geram.

Saturday, January 29, 2011

Hari ni aku OT

Arghhhhhhhhh semalam user ngadu menu satu tu tak leh guna...Member aku kat komtar nu check banyak site ada prob yang sama. Yang pelik pagi tadi okes jeeeeeee


hari ni aku mai check sume dah ok. Oh geramnya!!

Dah alang2 aku mai sini..nak buat apa ehh?

Friday, January 28, 2011

Perihal gelang Poh Kong aku

Haaaaaaa..akhirnya gelang aku dah leh pakai. Nasib baik tak kena bayar pa-pa. Tapi sayangnya gelang tu kena potong skit baru leh sambung. Cis, agak ketat. Tak pa sayang gelangku, biar ketat-ketat sebab tahun depan aku ramalkan aku makin gemuk. Tak sabar nak tukar gelang baru nemandangkan tahun ni tak jadi tukar gelang. keh3x

eh baru aku aku tau, nak baiki gelang free je. Apa la aku ni. Bab macam ni pun tak tau. Ye aku sangat jahil pasal emas-emas ni. Ni baru nak start gila emas. Eh sapa-sapa nak kawin dalam masa terdekat ni lekas pegi beli barang kemas sebab harga emas jatuh. Kawan aku cakap

"sapa nak beli gelang ka apa ...lekas. beli sebelum raya cina. Lepas raya cina harga emas melambung naik. percaya lah"

ha aku sangat percaya kan dia sebab dia ni orang yang sangat taksub ngan emas. Dia ni agen Public gold gitu.

Thursday, January 27, 2011

Fasha, Jejai dan Nora

Aduhh makin ganas berita2 bertiga ni. Ni nak buat aku meluat macam kes abby norman. Ada aku jumpa blog pasal fasha dah tunjuk bukti2 yang hubungan depa ni belum putus 2 bulan sebelum jejai p jepun. Hadoi macam tu sekali ka fasha? Tak yah la gaduh. Pi la tenang-tenang diri sambil basuh rambut client salon chinta tu. Sekarang apa hang rasa? Sakit hati kan? Jangan buat orang, nanti orang buat kita balik.

ni blog yang dedah fasha tunjuk bukti klik

Nora plak...jangan la ulang kesilapan. Hope hang tul-tul jumpa laki yang betul hargai hang.

Jejai...aku tak mo kata pa kat hang. ramai tau hang ni kaki pempuan. Insaf la bang. Duit yang banyak tu tolong jangan tabur kat perempuan untuk menjahamkan hati dan perasaan mereka.

Panggilan manja?

Kadangkala aku terasa dan aku cuba tidak terasa. Tapi aku tak boleh.

"hai mamaliaaaaaaa" ye aku faham teguran tu sebenarnya nak nyatakan "hai Mama Leya"

dan satu lagi

"haaalia" ye aku faham teguran tu sebenarnya nak nyatakan 'hai leya"

Ohhhhhhhhhhhhhhhhhh apa yang tak kena ngan panggilan manja aku ni? Dulu aku soh je orang pangge aku Elya. Tau ada yang bunyi-bunyi

"Elya? macam pangge jantan je bunyi" ohhhh apakah ini!?? chup chup cup...eh bukan ka penjaga gol harimau malaya orang pangge dia Elya?..ha tengok tu..panggilan macam jantan2 pun dapat BF sensasi you!


Ni apa hal tetiba aku gatal tempek gambar gatal ni..

Wednesday, January 26, 2011

Tegang

eeeeeee sakit otot-otot ka pala aku ni bergelumbang ngan macam-macam masalah yang dicipta oleh manusia-manusia di sini. Aku akui ada gak salah sistem tapi salah sistem sebab korang men redah je guna. Konon-konon explorer la sangat. Pastu terbabas. Mekanik pempuan ni la yang nk kena pomen itu ini. Tegang urat pala aku ni.


Baru sudah bancuh air milo, tak leh minum agi ni. Berasap-asap...haihhh makin lama makin beruban rambut dawai aku ni. La ni time rest, nak rest tul-tul. Selalu time rest ka...time balik ka, aku terpaksa gelebek fail itu ini.Hari ni, tul-tul nak ikut time. HUH!

Ahaaa nak ceta pasal pagi tadi. Mat pezal balik je dari keja, masuk bilik...salam-salam ngan aku pastu dia wat aksi terkejut


Mat pezal : Ehhhhhh mana baju-baju dalam bakul ni? bukan ka semalam menimbun? ehhhh-ehhhh hilang?


Ye, aku rasa nak lempang. Tima kasih wat perli-perli adindamu ini. Tau la malam semalam aku tak basuh baju. Alasan? MALAS, PENAT, LETEY, NAK REHAT, MALAS NAK BILAS2 BAJU (Mak Timah dekut nak beli mesin basuh auto. Mahal la,...payah guna la...last2 dia beli yg semi auto. Bilas sendiri yer.). Alaaa...tak salahkan sekali sekala kasi laki kita basuh baju kan. Tolong menolong. Bukan minta tolong hari-hari pun. Lagipun dua-dua kerja...kena la berlaku adil. Tu nasib baik aku ni tak berkira. Kalu aku kata cam ni kat mat pezal boleh?



Idea mama : abang, apa kata kita bahagi-bahagi tugas. u keja, i pun keja kan. Cam ni, minggu ni i wat kerja umah, minggu depan turn u lak. Amacam setuju? i tak kita la setuju ke tak setuju ke..u kena ikut!!!


Ha, kalu aku kata cam tu...kang kejam kan. Tapi tak dop aku nak kata lagu tu ha. Kira aku ni ok la kan..bukan duk suruh-suruh laki kat umah tu wat itu ini.

Anda pula macam mana??

Tuesday, January 25, 2011

Pagi tadi....

Aku siap-siap kelam kabut sebab Mak Timah tak sihat. So, aku kena siapkan Aqil dulu sebelum siapkan diri sendiri ke tempat kerja. Aqil dah siap pastu.....

Aqil : mama....nak pi mana?

Aku tengah tempek bedak stop kejap...best ni kenakan Aqil..kekkeke

Mama : Mama nak pi gainttttttttttt....tak mo bawa Aqil..

Aku jeling tengok dia. Dia ni, sebut gaint je sangat suka. Gaint kan ada tempat main-main...itu yang dia suka sangat tu. Kadang-kadang dia main kat luar aku ajak mandi dia buat tak tau je...terpaksa la aku jerit "cepat la Aqilllllllll, mama dah siap nak pi Gaint ni" ha.....langkah seribu lari masuk bilik ayaq. hahahhahahhaha


okes...sambung...apa Aqil jawab?

Aqil : tu.....aju keja...


Jari kenit dia tunjuk pada baju kurung yang aku pakai. Cis, tak berjaya! Dia tau aku tak pi Gaint..kan aku pakai baju kurung mesti la pegi kerja. Pegi Gaint ngan baju kurung? hohhhhh tak penah catat dalam rekod fesyen aku. kekekekekke


Sayang...dah pandai sayang ehh. Tau plak mama tipu sayang. sayang memang bijaklah!

Monday, January 24, 2011

Marilah merapuuuuuuuu...

मैं अकेला था. उपयोगकर्ताओं सब चले गए. मुझे पसंद है!

ha nak tau apa jadahnya ayat tu. Tu tulisan hindi. nak tau? pegi google then klik kat translate. Amik Hindi to Malay. Pasti dapat jawapannya!

I loikeeeeeeeeeeeeee!!!


** tapi bila aku copy ayat atas tu...translate
Hindi to Malay, ayat jadi len. Tak jadi ayat malay yang aku taip. Tapi situasinya agak samalah. boleh la. Merapu sakan tul hari ni.

Cian Aqil

Terkejut giler pagi tadi sebab tetiba mak aku tanya

Mak Timah : Tu, dahi Aqil kena pa tu? ada darah beku kat pala dia.

Aku tercengang kejap. Terus lari dapatkan Aqil yang men kat depan pintu umah.

Aku : Ehhhhh..napa ni? Aqil sakit tak?

Aqil : Dok (hishhhhh nampak luka macam besaq gak ni. Tak sakit?)

Aku try la ingat balik detik-detik semalam masa tido ngan aqil. Baru aku tingat Aqil tido bawah semalam pastu tetiba aku dengar macam bunyi jatuh. Laaaaaaa Aqil nek tido sebelah aku semalam. Aku dok pasan. May be Aqil jatuh then kena bucu meja tepi katil. ohhhhh sangat kesian kat anak aku...

Sayang sori...semalam Aqil nangis kejap mama terus je tepuk tanpa belek Aqil pun. Tepuk sampai Aqil tido. Kejap je mama tepuk, Aqil terus tido. Bilik kita kan suram, mama tak capai plak spek mama nak tengok Aqil. Mama ingat tak da pa-pa. Soriiiiiiiiiiii...sori sangat-sangat sayang...

Terukkan aku? Tak reti jaga anak.... T_T

Friday, January 21, 2011

Cerita Aqil : Bodek

Pandai betul sekarang ni Aqil bodek. Hishhh ikut jejak sapa la ni bodek2 ni. Tak suka betul aku.

Aqil : mama...nak itamin (bukan kicap tamin ye tuan puan...vitamin)

Mama : Tak yah la... (saja buat trick nak tengok responnya)

Aqil : nak itaminnnnn (wat-wat nak tiyak dah. Nyampah. skit-skit nak tiyak.)

Mama : No!

Aqil : nak itamniiiiiiiiiiii....(aqil mula hentak-hentak kaki. Hishhh tibai kang)

Aku terus buat donno je. Pastu dia mai tarik pipi aku

Aqil : aqil ayang-ayang.... ( dicium pipi aku ni berkali tanpa dia lepas. Huh, ingat mama cair ker ngan ciuman Aqil tu....)

Last-last lemas gak aku dicium Aqil...hishhh...lemas ngan air liuq dia..basah habeh pipi aku. Agak-agak la nk sayang pipi mama ni. Hishhhh...terpaksa la bagi





Tahniah Aqil, berjaya. huuuuuuuu jangan la jadi pembodek besaq esok na. Mama sangat tak suka.

Anak lari salah siapa?

selalukan kita baca paper cerita anak gadis melayu kita hilang. Dalam paper masing-masing taknak ngaku anak yang bersalah, siap rayu masyarakat tolong carikan. Pastu salahkan laki. Laki yang larikan anak. Anak kita? ooooo anak kita baik. Kalu baik napa lari ikut laki??

Buat anak-anak gadis yang ada pasang niat nak lari ikut jantan....pikir-pikir la mak bapak kat umah tu. Jangan jadikan alasan mak bapak kongkong sangat hidup ampa tu. Tak da mak bapak nak tengok anak tak bahagia. Apa-apa pun habiskan study dan dapat kerja terbaik. Bukan untuk mak bapak..untuk diri kita juga. Jangan la duk lari ikut jantan tak tau hala. Jantan cam ni bukan yang baik. Kalu dia baik dia akan usaha dapatkan restu mak bapak kita. Nanti yang menderita siapa juga? Kita juga. Yang lari p lombok tu...berapa banyak rayu soh kerajaan ambik depa kat sana? banyak sangatkannnnnnnnn?

So, guna otak kat kepala tu...fikir sebaiknya. Jangan guna pala lutut ok!

Wednesday, January 19, 2011

Gambar jalan-jalan kat feringhi

Ishhh susah sangat nk upload pic's ni kat site. Asal je aku upload "BAD REQ" tak ker nyampah? Ni malam ni streamyx pun cam siput gak ni. haihhh sabo je laa...


Aqil ngan itik. Huh, guna kejap je.


Meh cuci mata. Haiii banyak tul minah saleh pakai 2 psc. rabun mata rakyat-rakyat kat pantai. Hishhh memualkan.



Pulun wat castle tapi dok jadi-jadi. Kemek-kemek je arkitek 2 orang ni wat. kakakkaka




waaaaaaa jeles..nak joinnnnn. Tapi diarah oleh mat pezal jaga kamera, hepon ngan beg. huh. I bukan nk rendam ngan pakai 2 psc pong! Fasha boleh la cam tu. Opsssss....






Suka yer dapat men pasir. nanti kita ajak pegi lagi noh...

Oh terima kasihhhhhhhhhhhhhh mama najlaa!

huk huk huk plez minta tisu...tisu aku habeh plak bila time aku nk guna ni. Hishhhhhhhhhhh. Nak amik tisu kat toilet sini..bau jamban la sangat. Tak tergamak aku nak tempek kat mata ayu aku ni (ayu? sapa nak muntah...aku tak halang. Silakan yer...muntah la yang kaler macam mana pun. Aku dok heran)

Napa aku nak leleh ayaq mata ni? gatal ker hapa kan? Nak tau? JENG JENG JENGGGGGGGGG



Tak sangka combiii! ekekkekkekeke

Tuesday, January 18, 2011

Gilenya mimpi

Terbabas bangun tido pagi tadi gara-gara termimpi








AKU PANDU JET PEJUANG!




Agak-agak la leya oi nak mimpi. Punya besaq nafsu mimpi. Nak drive keta laju skit pun dah cuak, ni mimpi aku bawa jet wes!. Ni mesti sebab sebelum tido aku ada tunjuk gambar jet kat Aqil.

Friday, January 14, 2011

Dialog anak dan ibunya

Semalam, mat pezal ajak balik jengguk ayah tak sihat. Maka, siap-siap la aku. Tukar suar track ngan tshirt. Tudung tak pakai lagi pastu cakap kat aqil

Mama : okes, mama dah siap...jom

Aqil : tuuuuuuu...udung (jari kecik dia tunduk atas pala aku yang bogel ni)

Mama : Oooo lupa...sat mama pakai na (saja buat trick tengok Aqil peka ke idak. Bagus, sangat peka)

Aku pun pakai tudung

Aqil : Haaaaaaaaaa lawaaaa

Aku senggih. Kembang bontot pun iye. Anak puji la katakan

Mama : Mama lawa kerr hihihih

Aqil : dak....udung lawaaa

Mama : hah???? (memainkan aku tul la budak ni!)

Aqil : hiiihihi (gelak kehkeh cara dia la sambil tutup mulut)

Mama : Kenakan mama ye. Sebijik perangai cam abah. huh.....

Tul la...Aqil selalu memainkan aku. Usik aku macam abah dia usik...tapi tak pa, aku happy sebab Aqil dah pandai macam-macam. Cuma....bila dia berak , masih taknak ngaku! grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

Thursday, January 13, 2011

Melayu tak mampu beli rumah PP?

Kalu ikut fakta, melayu tak ramai yang sekaya orang-orang cina. Kenapa ya bangsa kita tidak sekaya mereka?? Adakah kita dididik ngan rasa syukur apa yang ada dan tak perlu la mengejar harta kekayaan? Cukup sekadar kebahagiaan dan wang ringgit bukan ukuran kesenangan hidup kita? Eh macam-macam la soklan yang bermain dalam kepala aku ni.

Last week kami ronda-ronda penang kat area batu feringhi. Aku tengok sepanjang kawasan tu dah banyak projek-projek dirikan rumah mewah giat dijalankan. Memang lawa! letak kat lereng-lereng bukit...mengadap laut. Memang mewah. Nak tengok? Meh aku tempek sini..



harga rumah moonlight bay ni dianggarkan dalam rm2-rm4 juta. hukhukhukhuk...



Amacam, ada berani duk rumah gini?





Rumah ni ada minat? dekat giler ngan beach.



Ini ok?


Atau nak macam ni?


kalu lu manyak wet lu boleh beli la... Sayangkan, habis tanah penang dibeli orang asing. Aku ada dengar citer, ada cina penang sendiri pun tak mampu nak beli rumah penang ni. Aku ni mampu gak la beli rumah penang...tapi tanah seberang je la..hehehhe

Bernasib baik hari ini

Napa la aku ni sangat teruk....tau kenapa?

Tadi nak kuar pi beli nasi lunch, kuar dari simpang opis ni tengok-tengok polis wat road block. Ha kau, kalut tarik seat bell. ishhh besa dah! Selalu gitu. Dok selesa la drive pakai seat bell. Rasa macam menjerut tengkuk aku je. Rimassss....wa rimasssssssss.

Sampai je kat kedai makan tu, terasa nak tengok lesen aku. Ishhh rasa dah lama aku tak pi pos opis renew lesen. Belek-belek...mak aihhhhh date dah mampus 2 bulan yang lalu! Cuainya hang leyaaaaaaaaaaaa.....Apsal la aku tak peka langsung bab-bab ni. Mat pezal pun dah berapa kali leter bab-bab date kat aku. Aku ni buat sambil lewa je. hukhukhuk...


Lepas tapau nasik (teloq dadar, ikan kering, sotong =rm3.50. Murah la plak) terus aku balik tak ikut jalan polis tu. Aku direct p pos opis. Wat apa?

RENEW LESEN lerrrrrr!

Tuesday, January 11, 2011

Sewel ke hapa ibu tiri ni?

Ampa dah baca paper hari ni?


Penangan kekejaman ibu tiri


NUR DANIA QISTINA mengalami 73 kesan lebam di seluruh badan.


JOHOR BAHRU – Kesengsaraan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang terpaksa menanggung pedih didera dipercayai oleh ibu tirinya sejak tiga bulan lalu berakhir dengan tragedi apabila dia disahkan mati di Kampung Sungai Tiram di sini kelmarin.

Lebih memilukan, kematian Nur Dania Qistina Nurafizan didakwa cuba disembunyikan oleh bapanya yang menghubungi bekas isterinya, Nur Aquilla Razali, 27, mengatakan mangsa mati kerana lemas selepas tertonggeng di dalam baldi di bilik air.

Lelaki itu yang cemas sebaik melihat anaknya tidak bernafas kemudian membawa mangsa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini pada pukul 8.25 pagi sebelum Nur Dania Qistina disahkan mati 35 minit kemudian.

Namun, bedah siasat mendapati terdapat 73 kesan lebam di seluruh badan Nur Dania termasuk muka, kaki dan badan dipercayai dipukul dengan benda keras atau tangan.

Difahamkan, Nur Dania Qistina bersama kakak, Nur Dania Batrisyah, 5, dan adiknya, Danish Irsyad, 1, dibawa tinggal bersama bapa dan ibu tirinya sejak tiga bulan lalu. Sebelum ini ketiga-tiga beradik itu menetap di rumah datuknya, Razali Ismail, 56, di Mersing, Johor.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

--------------------------------------------------------------


Aku plak rasa nak meroyan baca kisahnya. Aduhh apa nak jadi manusia...hilang sifat kemanusian dan diresapi sifat kebinatangan! Yang bapak dia pun satu hal...dah la hang rampas budak kecil ni dari mak dia, jaga anak macam jaga hewan? Kalu dah tak reti dan tak mampu nak jaga... biar la dia elok-elok ngan ibu kandungnya. Agak-agak la.

Aku harap mahkamah gantung 2 ekor hewan ni!

Nyawa mesti dibalas nyawa!

Saturday, January 8, 2011

Memorable Anniversary Contest By Lelord


Aku mulakan cerita KAMI dengan Bismillahirahmanirahim…

Sedar tak sedar dah 15 tahun lebih kami mengenali antara satu sama lain sehinggalah kini kami sah menjadi suami isteri dan dikurniakan sorang anak lelaki….

Ceritanya bermula….(Kita mula ngan sejarah dulu la yer,,)

Masa aku tingkatan satu ada mamat sorang ni selalu usyar aku je bila bertembung. Tak kira kat mana pun bila jumpa aku senggih je. Mula memang nyampah bercampur geram. Macam la muka hemsem (selalu aku kata dalam hati bila mamat tu senyum kat aku. Aku balas ngan senyum buat-buat ja. Hahahha)

TAPI, dok sangka la mamat ni syok kat aku sebab dia dah start kem salam kat aku. Haiyoooo aku masa tu nangoi je lagi…anggap je mamat tu nak kawan ngan aku. Tak pa la…tapi kecoh plak satu skool kata aku cintan ngan mamat ni. Hadoiiiiiiiiiii gini plak jadi. Tapi status kami ni adik-abang angkat (cehhh lama-lama terangat)


Ni 1st time dia kasi pic kat aku...hahhaha..gambar zaman nangoi!


Sepanjang kami berkawan tu dok penah pun kami sebut “CINTA”. Sungguh!! Lepas dia tamat form 5 masa ni aku memang sedey gila aaa nanti nek form 4 dah tak da dia. Alhamdulillah dia mohon masuk PUO, akhirnya dapat. Seminggu ada la 2 3 kali dia tepon aku. Sian dia, gigih benor tepon aku haa…

Okes, pendek citer la ye…then dia abis study and dapat keja…aku plak masuk UUM.

Ha, masa aku kat UUM ni…ramai plak nak kawan ngan aku. Tapi aku tak la nak kawan ke idak ngan mamat len sebab aku rasa macam orang tunggu aku (tu la…mamat tu, bukan nak terus terang. Aku memang blur ngan status aku. Samada kami ni tul-tul angkat je…atau terangkat abis terus. Masing-masing simpan rasa kasih)

Abis UUM aku terus dapat kerja. Alhamdulillah memang rezeki. Sekali lagi kami terpaksa berpisah. Aku terpaksa pergi Shah Alam. Dalam diam kan, dia anto orang merisik aku!! (Hishh tak dan aku nak cari balak Shah Alam…hahhahaha…yolah, penat tunggu dia. Susah sangat dia nak sebut I LAP U!) Masa mak tepon bagitau tu, memang aku nangis abeh..Sebab dah lama kami kenal. Memang ada yang cuba risik hati aku ni…tapi aku tak sanggup nak bagi..yelahhh sebab duk rasa aku ni orang duk tunggu. Ha, kan dah betul.

Then kami BERTUNANG pada tahun 2007. Alhamdulillah lepas tu aku dapat balik kerja kat penang. Sebab projek company aku kat Penang. So, terus la kami rancak plan nikah cepat-cepat.

5 JAN 2008 tarikh SEJARAH KAMI!!! Ye, tak kan lupa 5 Jan adalah hari yang sangat istimewa bagi kami. Idak tu nak wat date besday aku, tapi mak tak izin kan sebab masa tu date tu jatuh dalam bulan Muharam (orang cakap tak bagus..ntah laa) ni diaaaa….

Pic nikah

Sumpah aku sangat jeles tengok budak zaman sekarang kawin, siap ada pelamin bagai. Ha, tengok aku..sarung cincin atas kapet masam je...background plak...adus...macam kat Tadika je..huaaaaaaaaaaaaaaaa...Apsal la dulu aku tak da wet nak buat pelamin!


Hishhh orang soh cium dahi,yang u tokak tudung i napa? geram kat i ehhh? sabo ye abang...malam pertama kita lagi sebulan...huahuahua (kami nikah gantung selama sebulan. Harap maklum)


sama cantik sama padan (ok tak peribahasa ni? Perasan!)


Then kawin bulan 7 dan 9 Feb 2008. (masa kenduri aku raya cina)



Outdoor di hutan rimba...ahhahah


Hadiah kawin kami ni ha...ni kat umah aku.


Okes, tu cukup cite sejarah….ok, ni baru nak start ceta anniversary KAMI. Hakhakhak..sori klu panjang sangat….(gambar tak banyak sebab lappy aku kena virus, abis aku backup sana sini…pastu aku campak mana ntah CD backup yang aku wat tu. Huk3x)


Anniversary yang pertama tu….

Ohhhh…SANGAT-SANGAT MENGUJAKAN KAMI. Masa tu aku sarat ngandungkan Aqil.So, memang tak plan la nak raikan kat mana. Nampak macam kat hopital je. Aku ni pujuk la Aqil kuar date 5 hb jan tu...sebab tu date makbapak dia jadi laki bini tuhhhh....Mat Pezal lak pujuk Aqil kuar new year dan aku juga berharap macam tu gak. So, aku bagi Aqil choose nak kuar bila..new year ka date 5hb tu

Tup-tup...

Anak mama buat pilihan yang BIJAK! 1 dunia akan celebrate besday Aqil! HAHHAHHAHAHHA

Oh kekok giler masa riba Aqil. Macam tak caya!!!


Aku : Abang, i tak da hadiah untuk annv kita, ni je la adiah yang i dapat bagi kat u...

Abang : Sangat istimewa sayang.....
TQ!!!!

Malam tu Mat Pezal tido kat hospital teman aku. Dia jaga aku sangat-sangat baik. Pantang aku mengaduh skit cepat je mata dia buka. Leleh air mata aku tengok dia tido atas sofa (elehh nasib baik sofa tu besaq leh duduk 3 orang..hak3x)



Anniversary kedua....


Masa tu Aqil dah masuk setahun, Kami hanya sempat rai makan steamboat kat JJ je. Tinggal Aqil kat mak kejap. Tau aku dapat adiah apa?
GELANG POH KONG! Hhahhahahha (mesti ada yang mencebik...apa la sangat POH KONG.Ahhh lantak ampa la...bagi aku, tu sangat mewah dah)...sori tak leh tayang sini. Mana leh tunjuk. Special tuuuu..hak3x tau tak kat penghujung tahun 2010 (dekat nak rai annv ketiga lak), Gelang tu putuih woiiiiii. waaaaaaaaaa. Dalam hati ku ..

Hati Leya : Ha, bagus putuih, ada can aku nak dapat gelang baru.


Hahahha keji gila wesss aku ni kan.




Anniversary ketiga


Jeng jeng jenggggggggggggg Adakah aku dapat Hadiah gelang sebesaq batang pinang? hahhahah
Okes, kali ni kami berdua kerja..so, tak leh la nak celebrate pada 5hb jan 2011 baru-baru ni. So, kami tangguh 2 3 hari lepas tu. Sapa yang baca entry aku sebelum ni mesti dah tau...tapi tak pa aku citer je la ehh. Rai makan MEE UDANG jeeeeeeeeee...tak pa laa...dari tak da pa langsungkannn...Then, pegi car4 mat pezal suprised kan aku, dapat la Nokia C6 sebijik. Tq!!!! Eh, gelang yang putuih tu cam na? WAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

Mat pezal : Sapa soh bagi putuih, tanggung sendiri la....


Adakah suami ku ZALIM????? hikssssssss kalau zalim tak da la aku dapat hepon sebijik kannnn..

Sakit tengkuk

Hadoi...nak wat lagu mana ni...tak sedap dan tak selesanya tengkuk aku ni...Orang tua-tua kata jatuh batal. Maksudnya tido tak letak pala atas bantal elok-elok. Ye, kadang-kadang aku tido tak mo guna bantal. lari-lari terus lompat atas katil...Zzzzzzzzz :P

Orang tua kata, nak ilangkan kena pukul tengkuk ni ngan bantal. Huh, dok jadi hape pun aku wat...arghhhhhhhhhhhhhh dok selesa!!!

Thursday, January 6, 2011

Alasan pakcik tu mencuri

Baru-baru ni kecoh opis site yang akau jaga ni ha. Masa tu ramai staff kemas-kemas nak balik umah, tetiba dengar aunty cleaner pok pek pok pek leter sesuatu. Aku nampak memang ada yang tak kena ni. Tapi muka aunty tu still nampak cool. Aku nampak sorang staff kat tingkat atas ikut dia dari belakang dan bawa dia masuk dalam bilik user aku ni.

Rupa-rupanya ada orang curik helmet dia baru beli 2 hari lepas. kiranya helmet tu masih bau kedai ngan meqelit lagi. mau dia tak bengang. Nasib baik kat parking moto tu ada cctv. haaaaa bernasib baik. Bila depa tengok balik cctv tu, nampak la sorang apek ni yang berurusan ngan user aku.

gambaran cctv:
seorang apek jalan ke moto kapcainya. sebelum dia nak rempit moto dia, dia terpandang helmet baru cun melecun diletak kat sebelah moto dia. Apek tu wat drama..tetiba dia kuarkan hepon buat cakap-cakap sambil matanya liar pandang keliling. (apek tu tak nampak cctv ker? besaq gedabak gantung kat situ...ooo dia lupa pandang atas...kehkehekeh). Apek tu rasa dah clear, cepat masukkan hepon dia dalam poket then slumber rembat helmet baru yang letak dalam raga moto sebalah moto dia tu. Then cabut.

Maka, dah user aku kenal...depa pun call la apek tu. Disebabkan tak nak tuduh-tuduh...depa pun cakap laa

User : Uncle...ni helmet makcik cleaner ni hilang...kami tengok CCTV nampak uncle amik. Pasaipa uncle amik helmet tu?

Memang user aku tu direct je tanya, sebab kenal sangat ngan apek tu. Selalu wat urusan ngan pejabat ni. So, mana mau lari? nak tido dalam hotel lokap? ada mau???


Apek : Ayooooo sori la...uncle tengok helmet tu tinggal macam tu ja, uncle amik bawa balik la simpan. Nanti takut itu helmet ilang.

harharharharharrrrrrrrrrrr. prihatin tak apek tu? ker dia memang dah tak da alasan len dah. Padan muka dah terkantoi, pastu terpaksa wat alasan bangang.


*** aku story kat laki aku, laki aku kata "ehh mana tau kot2 apek tu tul-tul prihatin nak simpan. tak baik tau buruk sangka".. eee payah la kalu story kat laki aku. Ado plak nak menangkan pencurik. sangatlah tak adil!!

Wednesday, January 5, 2011

Jagalah Hatimu

Carilah hatimu sewaktu membaca al-quran. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjaka solat. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah, Pinta hati yang baru..."




-Petikan dari Solusi 4

Dah 3 tahun aku jadi bini orang!

Hari ni aniversary kami yang ketiga.Adalah sangat tidak BEST sebab 2-2 orang tengah keja. Sorang duk ngadap robot, soqang lagi keja ngadap komputer. Hishhh tak best aaaaaaaaaaaaaaa...

Tapi tak pa...semalam lepas mat pezal amik aku lepas keja kami pi celebrate makan mee udang. Perghh sedap..tapi tengah sedap makan tu kan

Mat Pezal : Sian Aqil tak dapat makan mee udang. Duk wat apa la dia kat umah tu..

eeeeee terus spoil aku makan. Mat pezal aaa awat tak bawa Aqil sekali. pastu wat drama lak depan aku.


Lepas kami makan mat pezal singgah kat ca4 jap. konon nak amik cover hepon dia apa ntah kat cina yang janji nak bagi kat dia. Tapi cina tu xda plak. Yang mengejutkan aku dia sibuk survey hepon-hepon baru. Aku malas nak amik pot. Jalan-jalan kat Anakku. pastu dia tak sudah-sudah lagi. Hishhhhhhhhhh macam la nak beli hepon. pastu dia pangge aku.

Mat Pezal : Nak tak yang ni?

dia layang-layang sebijk depon depan aku. hmmm aku diam..

Aku : banyak wet nak kasi hepon kat i?

Mat Pezal : Hadiah annvsary la...tak nak ka?

Adus wat-wat tnya. aku malu nak ngaku kata nak. Hahhahahaha...


Last-last dia beli gak. Yeahhhhhhhhhhhh hepon baru! hepon apa? Nokia je.. C7 eh ka c6 ehh haaha....lupa plak. Hari mai keja aku still pakai hepon lama. Sebab aku tak abis lagi geledah cara guna hepon baqu tu. heheehh


Abang...TQ!!!!! sayang youuuuuuuuuuuuuuu

Tuesday, January 4, 2011

Musibah apakah ini???

Woooooooooooooooooooo

menangis tak berlagu may be patut dituju kat aku. Abis my lappy aku diserang virus. Sampai tak leh buka apa-apapun. Tapi aku masih bernasib baik, dapat gak la backup mana-mana data yang tul2 penting


Sedihnyaaaaaaaaaaaaaaa... ni tau nk wat keja. My lappy dah makin nazak...dah restart banyak kali...aku rasa kejap lagi mesti tak leh on langsung. Nasib la mana data yang sempat aku backup.


Rasa nak beli lappy baru lah!

Kepada virus...hang memang kurang ajaq!!!

Usaha

Usaha + Doa = Orang mukmim

Usaha + tanpa doa = Orang yang Sombong

Tiada usaha + Doa = Orang MALAS


renung-rengungkan...selamat beramal!!!

Monday, January 3, 2011

Gambar rai besday Aqil

Haiyaaaaaaaaa network sangat slow ma! asik failed je. Banyak ni aku nk upload gambaq. Tul-tul spoil je laaaaaaa....takat mana yang aku rajin je la aku upload. gila sekali upload lepas takat 2 keping gambaq je....



Aqil tengok cousin aku makan. maklum la tuan rumah, dia kasi orang len makan dulu. keh3x



Si gemuk merangkap abah Aqil dan suami pada mama Leya...hehhehe



Kawan-kawan Aqil. Haaaa aqil tak da kawan sebay ayer. Kawan dia sume besaq-besaq. Sebab tu kalu dia cakap macam orang tua. Ngan budak-budak ni la Aqil tau perkataan rempit. uihh geram aku....



Menu-menunya...tak da la banyak sangat. Ala-kadar



Aqil dah tukar baju nak potong kek. Tak da baju mahai-mahai, asalkan pakai baju yang pakai duk p jalan-jalan tu ja.



okes..mari kita start nyanyiiiiiii



HAPPY BIRTHDAY TO UUUUUUUU
HAPPY BIRTHDAY TO UUUUUUUUU
HAPPY BIRTHDAY TO U AQILLLLLLLLLL
HAPPY BIRTHDAY TO UUUUUUUUUUUUU





Occay potong kek! songgehnya diaaaaaaaaaa



Kegembiraan yang dipamerkan...hehehe


Ha, okes dah la kot yer. Banyak gambar aku snap ni tapi malas nak upload. AKU KAN PEMALASSSSSS! So, jangan duk wat heran. Adoisssssss

Cerita besday aku ngan aqil

Besday aku, aku dah jangka memang tak kan dapat hadiah pun. Alasan mat Pezal, besaq dah..wat pa hadiah2. Tapi sebelum besday dia ada hadiahkan aku handbeg sebijik. So, dia kata handbeg tu la hadiah besday aku. Dekut kan laki aku. hahhahahhaha

Besday aqil kurang skit meriahnya banding yang 1st dulu. Nasib hang la Aqil dapat abah yang gile punya sep bajet. keh3x. Mama nak wat besaran abah kata


"tak payah la..wat makan skit-skit ngan gang adik beradik kita dah. Mama banyak wet sangat ka nak wat besaq2 ni?"



ha kan kena sebijik. Macam tak adil je guna wet mama untuk wat majlis besaq2 tu ha....tak pa aqil, meriah gak kan majlis hari tu. Tersenggeh aqil dapat potong kek!

nanti la aku upload gambar ehhh..