Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Friday, December 30, 2011

Agak2 apa aku akan dapat

Ohh sok last umoq aku dalam 20an...tahun depan dah nak masuk 30 tahun. OMG...sekali lagi..OMG!!!! Tua dah aku di muka bumi ini. Esok celebrate (celebrate makan nasi bersama mat pezal je kot kat ceruk dapoq..huhuh) umuq aku cukup 29 tahun...lepas tu hari new year..orang dah declare umur aku 30 tahun berdasarkan tahun lahir. Ohhhhhh.... cepat masa berlalu

Apa la mat pezal nak bagi kat aku aaa? Tapi baru2 ni aku dah dapat jam baru. Aku rasa kalu aku minta mesti dia kata "Ehhh kan abang dah bagi jam???" mesti punya lah...huhuh

Persiapan besday Aqil

Besday Aqil tinggal berapa hari je lagi..ntah nak buat apa. Nak wat besar2an macam sebelum ni macam tak sempat dah. Lagipun tak da orang nak tolong dah. Mak2 sedara pun masing2 dah ada kerja...malas nak kaco kerja depa. Ingat nak beli KFC je la untuk tiap umah. Senang kan? Ada gak borak2 ngan aqil pasal besday dia (ntah Aqil ni faham ke tak makna sambut hari lahir)

Mama : Aqil...besday aqil nak buat apa ehhh? nak makan apa?

Aqil : hmmmm wat bihon dahh

Erkkkkk.....selera kampung tul anak bertuah ni. Gud2..mak dia berangan nak sponsor KFC..sekali dia minta bihun je. Syukur alhamdulillah..ekekkek

Wednesday, December 28, 2011

Jejalan bawa anak2 lagikkk

Semalam gi ca4..saje bawa anak2 gi jejalan. Lagipun aqil tak leh duk diam kat umah tu...ada je nak kaco itu ini. Letey maktok dia melayan.

Bagus Afiq, baring baik je dalam stroller. Gud boy! Tak da plak aku nak snap pic sebab sibuk layan Aqil. Aqil kali ni kami tak bagi dia jejak lantai. Sampai je..amik troli..hang duk la dalam tu Aqil wes. Serik takut hang ilang lagi.

Sekarang ni malaysia di landa Angry Bird Mania ehhh? sana sini angry bird..kepala aku ni sat tengok kiri..kejap2 tengok kanan sebab aqil duk jerit

"mamaaa..tu-tu ery birddddd" Dia ni kan kalu cakap tak leh slow. Kuat giler, sampai orang len pun tengok apa yang aqil tunjuk. Pastu dari jauh.....


"mamaaaaaaa..tu-tu..baju ery bird. Aqil nakkk" adusss dah mula wat muka sepoloh sen dia. Dari jauh nampak comey plak..maka zasssssssss aku tolak troli pi kat situ. Sekali kau tengok harga...tak pa la Aqil..

"Aqil...ni baju untuk pompuan la...yang laki tak jual. Malu la pakai baju pompuan" wkakakkakak ..Aqil redha je dalam percaya kata2 mamanya ni. Maaf Aqil, macam tak berbaloi nak beli baju yang kaler putih, pink, kuning, biru laut....Hang tu kalu pakai kejap je kotor. Harga plak mahal nak mampus..aku boleh beli 10 lai spender untuk aku. hukhukhukkkk. Laki aku plak duk kata "ini ori ni..."..tak pa la bang...jom kita cari kat pasar malam dah. Hakhakhakhakkk...

Okes dah abis round beli segala menda (aku rembat satu bantal peluk sebab akunya bantal Aqil dah buat cam harta dia sendiri...tapi balik umah, aku dapat yang lama balik...dia rembat amik baru. Huh! TAPI..lepas dia tido..aku rembat balik..harus begitu sebab mahai tu aku beli...nak gak merasa peluk. Walau ada somi, tak leh peluk selalu..kang tak pasal2 beranak tiap taun..ayoyoyooooo....wa nehi kilang baby ma!)..okes sambung citer...dah abis bayar lepak kat food court plak. Kasi mat pezal ngan Aqil makan dulu, aku masuk baby room bagi Afiq BF. Asik merenggek je..so sumbat la dulu kasi diam. elok aku berlabuh nak duduk makan...berak la pulak!

Ha nak story skit...kat situ kan ada la laman buat sale barang2 bilik tido cam cadar, bantal segala tu..Aku capai la belek sarung bantal yang aku beli kat dalam ca4 tu..

Aku : dik...ni harga berapa..tak letak harga pun sini

Salesman bangang : rm10.90 je kak

Aku : hah??? untuk sebijik je rm10.90? mahainya.... beli kat gaint baru rm4.90.

Salesman bangang : cam tu kak pegi beli kat gaint

Dia buleh jawab gitu. Celakes tau..terkedu aku. Jawab kasar ehhh..nasib baik aku tak bagi hang makan kasut. Dok pun patut aku sumbat pampes Afiq berak tu!


Dalam keta aku ngadu kat Mat pezal sebab masa kejadian dia sibuk layan Aqil. Tau mat pezal kata pa?

Mat Pezal : Patutnya jawab la cam ni...lahhh ingat kat sini lagi murahh....ada sale. Kalu tak mahal..dah lama beli kat gaint.

hurmmm...a'a kann..pastu leh aku tambah "cam ni..sale taik kucing!" gha gha gha gha ghaaaa....

Perkembangan Afiq


Now, Afiq dah nak cukup 3 bulan. Sekarang Afiq dah pandai

~ Senyum

~ Sembang pun pandai....sampai muncung2 mulut...tangan dan kaki gawang2.

~ Pandai merajuk ... celik mata je nak minta didukung,tak layan...mula la bunyi2 tanda protes.

~ Menyebek..time dia sedey2...jangan sebut "ha...sebek2" kang panjang la sebek dia tu

~ Jangan sebut "kesiannnn" kang sat lagi melalak2 dia bunyi. Macam tau2 je...ekekkeke

Tuesday, December 27, 2011

Alahai nasib

Masih tak tau status kontrak projek disambung ke tak. Minggu ni rasa cam nak gantung laptop je. MOGOK...:P

Apa2 pun dah start cari kerja len...resume pun dah update..heheh sapa nak amik aku kerja weiiiiiiiiiiii????

Friday, December 23, 2011

"Opsss maaf abah" - Afiq

Semalam aku cuti sebab nak bawa Afiq jumpa pakar..check mata dia. Sejak kuar dari dunia rahim..mata dia asik leleh je air mata. Macam orang sedeh 24jam!. Terfikir gak aku, ntah2 kena kenan sebab time ngandung aku selalu baca novel leleh2 air mata.

User aku yang rekemen klinik tu. Dah zuti..maka zassssssss bawa dia pegi. Risau plak user aku ceta, ada kes yang jadi lagu tu sebab tak da saluran mata. So, itu sebab air mata sentiasa kuar. Kalu kes macam tu kena operate mata bila baby dah umur setahun. Haaa dah takut dengar ceta user aku..kena la bawakan. Takkan nak donno-donno lagi. Kang jadi macam ibubapak yang bonggok sebab dah anak cam tu..kena la pi check kan. Kalu duk risau2...menda tu bukan nak pulih sendiri kalu kita tak usaha.

Dah jumpa doktor tu dia kasi ubat titik, titik tiap dua jam. Lepas titik tekan tepi mata (kat hidung) sepuloh kali. Occay cetanya dah bermula...sat nak gelak dulu., HAHAHAHAHAHAAAAA....

Masa nak bayar wet ubat tu, mat pezal berdiri sebelah aku...pastu dengar Afiq kentut...hishhh afiq ni kan kalu kentut macam orang tua. Pastu bunyi prutttttttttttt

Mat Pezal : ishhhh kuatnya afiq kentut ni..rasa macam berak sekali je pun..bergegaq tangan abah ni

Mama : hmmm dia tak berak lagi hari ni...

Mat pezal : Aikkk apsal tangan abah basah ni...

Pastu mat pezal julang Afiq tinggi skit tengok apa yang berlaku di punggung Afiq. Sekali kauuuu aku nampak baju mat pezal ada tompok taik sana sini..kahkahkahkahkahhh (hishh tak baik mentertawakan laki...) Muka Afiq cam blur2...Aku ni nak gelak ada..kesian pun ada..pastu kami dua terkejut bila tengok lantai...bercicir taik. hadoiii bergegas lari masuk toilet. Dah plak tu ramai orang...Aqil plak sibuk men kat sudut mainan...dia tu kalu jumpa gelongsor...lupa mak bapak terus.

Yang aku kesian, budak klinik tu..bergegas kuar dari kaunter lap "harta" afiq. Aku plak terlupa nak bantu...sebab duk kalut bersihkan anak lagi dari lantai tu. Padahal tu klinik budak2..penuh ngan budak2..kang ada yang terpijak..naya2.


Dah siap bersih sume aku jumpa budak tu minta maaf. Adesss...segan aku. Mat pezal aku tinggalkan dalam toilet, aku masuk dalam keta dulu siapkan Afiq. Niat dihati lepas pegi klinik nak pegi shopping. Tapi kena la balik terus sebab baju mat pezal tidak dapat diselamatkan lagi. Hhuhuhuuu

Moncong je muka aku sepanjang balik tu. Tidak bagi Afiq, afiq macam mentertawakan abah dia dari klinik sampai umah. Kakakkaakakakaaa..Abah dia dok abeh bebel2 manja kat Afiq. Sabar ye bahhhhhh hak3x.

Mungkin moncong aku panjang cam ketapi, sampai umah mat pezal salin2 baju then ajak kuar balik. Yeahhhhhhhhhhhhhhh.. shopping kat pasifik je pun. Padahal aku berangan mat pezal nak bawa shopping kat Queensbay!

Tuesday, December 20, 2011

Nasib aku ni cam na la

31 December....

Patutnya hari tu hari gembira aku..last untuk sambut umoq sebelum cecah 30 tahun (Ya Allah makin tua aku..huhuhu) tapi mungkin aku kena sambut sesuatu yang menyedihkan di mana kerjaya aku akan ditamat riwayatkan. Ini la nasib pekerja swasta. Dari tahun lepas lagi duk alami perasaan cam ni. Berbeza ngan orang kerajaan, dec ni bulan depa sonok..sonok dapat BONUS la katakan. Sepanjang aku kerja 4 tahun ni...tak penah aku merasa sekupang bonus. Tapi alhamdullilah majikan aku ada bawa gi jejalan sampai Jakarta nuh...Aku syukur sangat2.

Tapi aku tak heran bonus sangat sebab sekali dapat je kan..yang aku nak sekarang ni..masih ada gaji tiap bulan masuk poket. Ini lagi penting dalam hidup aku. Nak cari kerja bukan mudah. Ada kawan aku sampai sekrang tak dapat kerja. Bila dapat kerja, ada saja menda yang menghalang..last2 duk umah jaga anak laki. Siankan.

Aku dah spoil nak wat kerja. Kerja aku ni ibarat bini bergantung tak bertali. Terkontang kanting tanpa diberi petunjuk apa tindakan seterusnya. Aku try juga cari kerja2 lain..tapi macam tak da respon pa2 pun. Tak ada la tu orang nak pandang resume aku. Resume pun tak laku..cam na? Cam ni duk ceruk dapoq la aku. Hmm buleh la..elok la aku asah bakat jadi chef kan. Kadang2 aku masak ada je tak sedap...skill tak tajam lagi. Nasib baik laki aku ni jenis...kedaqah saja la tanpa banyak komen. Baek kan laki aku....:P


Alahhhhh tak syoknya..aku dah tak da wet poket untuk shopping2 dah nanti... :(

Monday, December 19, 2011

Production makin kurang

Sejak dua menjak ni aku dapat rasa ada sedikit stress yang melanda diri aku ni....Sangat tak baik untuk aku dan Afiq. Perasan sangat susu aku dah makin kurang. Aku pam pun dapat susu skit2 je. Dari 4 oz...dah turun dapat 2-3oz je. Ohh sungguh menyesak dada. Stok makin kurang. Untuk hari ni, dalam freeze hanya ada stok untuk 2 hari je. Ohhhhh...tidak...sebelum ni aku simpan untuk 5 hari..ni makin kurang ni. Cuak juga aku.

Ok, ditambah lagi ngan problem len. Afiq taknak menyusu guna botal plak. Sebelum ni ok je. Dia start wat perangai hari jumaat. Aku balik time lunch mak aku bebel2 kat aku. Adusss kan dah menambahkan stress aku. dah la susu kurang..anak taknak guna botol plak.Sudahnya, kang aku soh afiq isap tetek abah dia plak. Ekkekkeke. Ha dah biol otak aku.

Try guna botol avent adik aku...kejap dia isap...pastu kaki dia ngelupor tunjuk protes taknak. Haru gila. Terpaksa la ku bergegas cari botol len kat kedai baby. Mujur banyak pilihan. Nak amik tommy tippi tapi aku tengok putingnya keras la juga cam avent tu...lebih kurang je. Pastu check ada lagi puting yang lembut. Pegion! Terus rembat walau botolnya nala punya besaq gedabak. Alhamdulillah balik tu aku try,..dia isap tanpa ada tanda protes. Aku try 3 kali..okey je...hari ni tak tau la..duk tunggu gak calling dari mak timah. Tak kol pa2 pun..so, +ve je la....

5 minit yang cukup menyakitkan

Jumaat lepas bawa anak2 beli barang kat gaint SP..ada satu menda berlaku yang aku takkan lupa sampai bila2. Cukup menyerikkan...cukup mengajar kami sebagai ibu bapa.

Lepas beli barang2 keperluan, aku masuk gardian beli barang2 mandian ...tup2 kan..mat pezal macam kelam kabut sambil serah afiq kat aku. Masa tu aku sibuk nak bayar itu ini. Dah la penuh tangan ngan barang, sambut plak afiq dalam dukungan..Pastu terpa cari troli yang ditinggal mat pezal.

Aqil HILANG...itu ayat mat pezal untuk aku. Rasa nak terjatuh duduk je masa tu. Aku takut sangat masa tu..takut Aqil kuar dari gaint. Aku pandang luar gaint...hujan turun maha lebat...hati aku pun nangis lebat macam ujan kat luar tu. Rasa itu la malapetaka untuk kami sebagai pengajaran jaga anak seelok mungkin.

Aku tunggu kat tempat mainan..tempat selalu aqil main. Aku doa2 biar la aqil kuar dari celah2 budak2 yang main papan longsor tu..Mat pezal plak hilang ntah ke mana cari Aqil. Dia soh aku tunggu situ..jangan ke mana2. Doa tak putus2 .... air mata tunggu nak tumpah je ke pipi...Tapi kalu aku nangis nanti aku jadi tak kuat. Aku yakin Aqil masih dekat ngan kami..


Lepas 5 minit tunggu, aku nampak kelibat mat pezal dukung Aqil yang tiyak. Syukur alhamdulillah. Rupanya Aqil tunggu kami depan pintu gaint. Ye salah kami sebab kami tak layan dia..nak aiskrim tapi aku cakap tunggu balik. Agaknya masa dia main2 tu..tak tahan sangat dia berlari kat depan pintu masuk gaint nakkan aiskrim. Mat pezal tika tu mungkin asik melayan afiq dalam dukungan...terlepas pandang masa Aqil tinggalkan tempat tu. Aqil-aqil....jangan buat lagi.


Allah hanya bagi kami merasa 5 minit kehilangan anak...kami terasa sangat memeritkan dan menggetar seluruh raga...bagaimana plak ibu yang kehilangan anak yang sampai lani tak jumpa2....? Aku dapat rasa...betapa sakitnya dada menahan rasa rindu yang membuak2...

Friday, December 16, 2011

Bebel pasal gedik-gedik

Now segala barang nak kena beli sume dua-dua...anak dah dua kan..bila beli baju kat sorang ni..kat sorang tu takkan tak beli. Tak adil namanya tu kan.

Afiq now dah pandai nak nek ndoi abang dia. Hari saja je mak aku letak dia dalam ndoi sebab dok tiyak sangat...last cara try ayun dia dalam ndoi. Terus tersenyap..terus tertido. Maka bermula la adagen rebut rebutan ndoi antara afiq ngan aqil. Bila time abang nak tido terpaksa la mak timah turunkan afiq..apa lagi...Waaaaaaaaa ja jawabnya. Sana waaaaaaa sini pun waaaaaaaaa. Pastuaku balik, mak aku waaaaa plak kat aku soh beli sebijik lagi. Haiya...duit sokmo. Aku waaaaaaa kat mat pezal..dok jalan. Haihhh geram la kejap. pastu mak timah kena pi putrajaya untuk teman adik aku balik sini..baru mat pezal kalut cari ndoi. Iye la dia bakal kena mengasuh hari tu. Senang plak p cari ndoi. Fuhh nasib baik dapat murah..rm60 jer. Masa aku beli kat aqil rm80, ini murah rm20. Syukur alhamdulillah.


Dah beli ndoi.. pasal spring ndoi plak...kedai bagi yang 2 batang spring je. Nak gedik2 afiq tak boleh sebab berat sangat kot. hak3. Mak timah sekali lagi waaaaaaa kat aku. Kali ni malas nak waaaaaaa kat mat pezal..maka pergi cari sendiri kat kedai baby. Waaaaaaa terbang wet lagi rm23. Nasib baik dok mahal sangatkan. Tau spring tu aku beli yang berapa batang? Ha 7 batang. Hambik hang. tapi aku cadangkan yang 7 batang tu kasi aqil guna, yang aqil (5 batang) aku kasi kat afiq.


Aku beli last week lagi spring tu ...sampai hari ni mat pezal dok tukar2 spring kat ndoi anak2. hangin sekejap aku..tadi pun aku bising lagi

Mama : ehh apsal tak tukar lagi spring ndoi anak2. Tu mak timah nak gedik2 ndoi pun tak boleh. Nak kena hayun je..mana afiq nak. Dia nak rasa gedik2 dalam ndoi tuuuu

Abah : tak payah. nanti kalu ndoi tu gedik2...nanti afiq besaq...gedik2 macam mama dia

Mama: Apaaaaaa????????

Bertambah hangin la aku!!!

Dugaan BF Afiq

Pagi yang indah! (jumaatkan....rest lama..pastu esok plak cuti..mau tak indah??)


Entri ni khas untuk Afiq tersayang..

Afiq,
Mama nak cerita kat Afiq..mama bangga bila ramai puji dan geram tengok badan Afiq sebab Afiq nampak besaq..tak padan ngan usia Afiq. Kalu afiq nak tau, kalu dibandingkan ngan badan abang aqil....abang aqil kena tunggu usia 5 bulan baru dapat sama ngan Afiq sekarang (2 bulan setengah). Mama plak tak sabar tunggu abah bawa kita shopping sebab nak bagi afiq pakai baju bergaya. Kalu dulu mama kena tunggu abang aqil usia 4 bulan untuk beli baju bergaya..Afiq tak payah. Sekarang juga leh bergaya..:) Tak da masalah nak pilih saiz baju.


Ha semalam aunty mekna hadiah kan baju kat afiq. Tulis disitu untuk baby 6 bulan tapi afiq dah bleh pakai! sendat plak tu! Abis semua orang gelak bila tengok afiq sendat pakai baju tu. Masa kami semua gelakkan afiq..afiq pun tersenyum macam mengerti!

Tau tak apa rahsianya? Afiq jadi gini sebabbbb...mama bagi full BF untuk Afiq. Mama terkilan, untuk abang aqil mama bagi BF sampai abang aqil umur 7 bulan...untuk afiq plak mama nak BF afiq sampai hati mama puas!Tapi kan afiq..mama sedey la..ada je cubaan mematah2kan usaha mama ni.

Ada satu petang tu, masa mama pulun pump susu dengan penuh kasih sayang...dengan semangat berkobar nak memenuhkan botol 5oz..ada sorang makcik tu tegur mama

Mak cik tu : Ishhhh kita ni kan, pulun la pump susu nak bagi anak...esok2 anak dah besar, ntah2 ingat kita ke tak macam kita ingat depa.

Mama : hahhh?

Mama terkejut afiq. Apa maksud makcik tu? mama sedey sangat2. Jangan la dia doakan yang tak baik untuk kita. Afiq kena janji ngan mama, afiq sayangkan mama macam mama sayangkan afiq. afiq kena jadi anak yang baik akhlak. Mama bukan minta balasan apa yang mama buat untuk afiq...tapi mama mengharapkan kasih sayang anak2 bila mama tua. Mama risau bila baca paper, ramai anak dah pandai buang mak bapak kat umah orang tua2. Itu zaman sekarang..kalu nanti cam na la.

Ada lagi afiq mama nak cerita..mak tok pun macam tak berapa setuju mama nak bagi full BF kat afiq. May be maktok ingat badan mama kecik kurus...tak mampu readykan susu untuk afiq yang kian besaq ni. hahahha. Tak ada la afiq..mama akan usaha sampai susu mama takkan putus2. Itu janji mama sayang. :) Insyallah. Mama rasa kecik hati juga bila mama balik tengok Afiq, maktok cakap afiq langsung tak nak telan susu formula. Ada cubaan di situ untuk mematahkan semangat mama. Mama ucap terima kasih sebab tak terima susu lembu tu. Hehheh. sekarang maktok dah pasrah dan leh terima yang afiq perlu susu mama sepenuhnya...:)

Untuk Aqil, maafkan mama sebab kejap sangat mama nyusukan Aqil. Kesedaraan agak lambat di situ. May be masa Aqil lahir, pendedahan susu ibu belum rancak macam sekarang ni. Sekarang ni macam2 jenis pump kedai jual sampai jenuh nak pilih beli mana satu. Dulu harga pun mahal...sekarang dah murah sikit. Syukur alhamdulillah.

Thanz to STYLO MAMA + SPECTRA 3 (dalam hati tingin nak pakai mandela plak..tapi mahallah!!) !!!

Thursday, December 15, 2011

Jejalan bawa anak2

Weekend hari tu bawa aqil dan afiq kenduri kawin kawan mat pezal kat..ntah aku lupa nama tempat tu. Atas skit dari batu maung.

Sampai umah kenduri Afiq buat perangai walau aku dah kasi dia susu sekenyang mungkin. Huhuhu...May be panas. Puas aku cari tempat strategik, akhirnya jumpa. Tapi...masih merengek2. Adeyyyy tak lain tak bukan kena tenyeh B gak ni. Buangkan rasa malu terpaksa la kasi dia BF.




Pic dalam keta. Masa odw pegi. Baju ni saiz untuk baby 3-6 bulan..tapi budak demok ni dah leh pakai. Hohohohoh.


Balik tu Aqil ajak singgah pantai. Sebelum singgah pantai kami singgah sunshine dulu. Ingat boleh la shopping sakan sebab ada sale...huh, sempat rembat 2 lai baju Afiq je. Afiq mula rasa tak selesa..terus bayar, cabut singgah pantai pekena rojak (haram dok sedap!)

Ni pic wajah kepuasan Aqil dapat melompat2 depan Queensbay.




Ni muka mama yang malas nak turun keta. Dah la cuaca panas..tak kosa aku nak turun. Muka dah la selebek berminyak kat umah kenduri..huhuh. Baik aku duk dalam keta ngan Afiq, buka ekon kuat2.



Bawah ni gambar selingan. Bagus, Afiq dah leh guna baby seat yang abang dia punya.



Eh napa tak da gambar abah mereka? Maap abah mereka terlampau besaq lani, so tak muat nak masuk dalam blogspot. wakkakakkaka. Kalu mat pezal baca, sahih aku kena luku pale. Ampun ya bangggggg

Wednesday, December 14, 2011

Nak balikkkkkk

Hishhhh last minit dapat notis kena attend meting. Aku baru keja 2,3 hari..blur dok clear2 agi..nak meting. Kang macam2 problem depa adu kat bos depa aku nak jawab apa? aku ada je peluru macam2...tapi takut tersalah kuar peluru. Mana tau isu besaq semut tapi aku p kuar peluru meriam..ker tak jadi emo gitu?

Tak per leya...chaiyok2...redah je. Ekekkeke.... Dah bagitau bos...aku cakap tak yah la bos masuk sekali..biar aku hadapi sorang. Cehh konon2 macam wanita tabah la. Jangan nangis sudah. Sesungguhnya aku dalam keadaan belum ready pun..tapi tetap nak gagah diri nak tengok kemampuan diri hadapi sorang2.

Rindu plak kat budak gemok kat umah tu. Sian afiq, hari ni direct susu botol la yer..mama tak sempat nak balik sebab mama kena prepare itu ini. Yang best bleh plak user aku mai terpa aku bila diberitahu ada meting. Tanya aku macam2...eh, bos awak yang nak wat meting tapi depa mai tanya aku macam aku yang wat meting. Adoiiiii...tu masing2 nak lepaskan diri takut ditembak bos kat atas tu. Apa2 pun kita perlu bersikap tenangkan? (cehhhhhh tenang taik kucing, aku tenang sampai sanggup tak kuar lunch? Sumbat roti je nih.)


Okes...ada masa lagi satu jam sebelum aku menapak masuk bilik meting. adiosss

Syukur

Alhamdullillah lappy aku dah kembali sihat setelah di serang virus yang ntah apa2. Pastu sabtu lepas aku dah dapat balik ext HDD aku. Walau data dah ilang sume, aku dapat HDD seketoi baqu (ntah tul2 baru atau HDD yang penah diguna orang...:P). Yang frust, HDD merah aku dah bertukar jadi kaler putih. Suka putih tapi...cepat kotor. Aku kan bukan reti jaga menda2 yang kaler suci ni..heh3x. Hepon yang mat pezal adiah kat aku pun dah jadi kaler kelabu, nyesal hari tu masa pilih aku amik kaler putih...Oh leya...patutnya hang amik je hitam..tu selayaknya untukmu! huhuh


Hmmm tiap2 pagi aku masih serabut. Start je pagi idup aku masih menjadi kelam kabut. Bila la aku nak kembali hidup normal. tu baru anak dua, kalu sepoloh cam la agaknya? huhu. Dah la kat umah serabut n kelam kabut..kat jalan pun sama. time nak cepat aku akan jumpa manusia2 yang buat jalan tu depa yang punya!!!

Tadi odw mai keja, aku dah maki orang...cam na la idup aku nak tenang. Pagi2 dah spoil...terjerit2 aku dalam keta marah orang. Cetanya begini aku follow keta Hilux (tadi sampai aku kata "apa hal keta pelaq ni!!")..dia punya drive slow nak mampus. Yang aku geram, dah ada dua line...masuk la line slow..ini tidak...kejap2 dia duk line sini..kejap line sebelah nuh...masuk kuar..masuk kuar...Aku nak potong la weiiiiiiiii...tak buleh2...Last2 aku follow je keta pelaq tu demi menjaga nyawa sendiri..huhuh. follow punya follow, keta tu masuk simpang...LEGA! tapi sempat aku jeling drive tu. Dalam hati kata "Pungkoq hang!"

Huhu terukkan pe'el aku ni.????

Tuesday, December 13, 2011

Aqil kutuk adiknya?

Kisah semalam semasa aku masuk bilik tido. Afiq aku biar tido dalam buai kat ruang tamu.

Aqil : kaih2 bawa baby gemok masuk tido

Terkedu ..then aku gelak ngan mat pezal. Suka hati je pangge adik dia baby gemok!!!

Friday, December 9, 2011

Berdebar2

Ekceli mat timah ngan pak ucop dah selamat sampai putrajaya semalam..so pengasuh Aqil n Afiq adalah bapak kandung mereka dan mak mereka ada di tempat kerja sekarang. haihhhh berdebar2 ni mat pezal jaga anak2. Buleh tu memang buleh..cuma aku takut Aqil wat perangai tak makan saman. Kang dibalun mat pezal...:P

Mama : ok tak ni jaga anak2? kalu rasa tak boleh, nak EL je ni.

Abah : boleh ja, kalu 2-2 bising..abang angkat letak 2-2 tu kat luaq. Abang leh tido dalam bilik.

Buleh? Aku tau la mat pezal melawak je...tapi besa la sifat keibuan aku kan tahap tertinggi. wakakakka..mesti nak risau2 gak. Nak kul 12 dah ni..nak siap2 nak cabut balik rest awal.

Anak Buah

Durrani Nur Faiqa


Alhamdulillah adik aku dah selamat bersalin petang semalam. Sonok tok timah dapat cucu 1st girl...duk berharap anak kedua aku girl..last2 teloq gak. keh2. kali ni kalipap mali..hahah

Wednesday, November 30, 2011

Aqil ~ Macam mana nak explain ni...

2, 3 malam ni..Afiq dah susah nak tido awal. Padan muka aku kan. Terconggok la melangut tengok anak terkebil2 sambil tangan kanan kiri bertukar2 tepuk bontotnya. T_T Macam mana la Afiq nak tido kalu si abangnya asik memekik ja. Jerit sana sini, sekali aku jerit...dia 10 kali jerit. Waaaaaaa...bagus ye kecik2 lawan mama. huhuhuh

Mama : Aqil...diam la..adik nak tido


Aqil jenguk tengok afiq dalam pelukan aku


Aqil : Adik tak tido pun..tu mata bukak


Mama : yelah...adik tak tido lagi..adik NAK tido


Aqil : Dak..adik tak tido..mata bukak



Ya Allah..dialog ni berulang2 wes..cam na aku nak explain yang adik dia NAK TIDO..bukan DAH TIDO..dia asik pertikai adik dia mata bukak. Memang la..nak tido cam na kalu abang asik memekak, buka la mata dia.



Tahun de
pan wajib anto Aqil masuk taska. Biar la masih pakai pampes sekalipun. huh!

Cuti dah abis

Semalam aku start masuk keja dah. Masuk2 je buat aku biol sampai malam tido tak lena. Elok nak buat kerja macam2 hal jadi. Mana space C ngan D lappy ni dah nak full. Ahhhh memang aku tak suka. Kena wat backup dulu. Amik ext hardisk konon2 nak backup...sekali kau....hardisk yang aku baru beli bulan 5 hari tu dah KONG. Arghhhhhh memang BEWAK ahh!!!

Aku nangis tak berlagu berirama jawabnya mengenangkan banyak gambar2 dari aku zaman budak U sampai beranak pinak dalam hdisk tu! Ada juga aku wat backup dalam CD..tapi tak banyak. Waaaaaaaaaaaaaaaa..Semalam terjaga dari tido..asik duk tingat je. Geram haku. Satu kerja plak nak kena p PC Depot balik. Ntah dapat tukar sebijik baru ke tidak. Aku tak penah alami situasi cam ni. Selalu kalu barang rosak, dah abis warranty..ni nasib baik ado lagi. Esok aku cuti, ingat petang sok nak p serang PC depot. Puiiii kata hdisk aku beli tu tahan jatuh segala bagai..tapi aku jaga hdisk ni punya elok. Aku siap belai2..plastik kat cover pun aku tak tarik lagi takut calar. So, cam na leh rosak??? ker memang dia jual barang rosak? waaaaaaaaa...Bila ingat berkali2...berkali2 la aku stress. HUH!

Ni user aku asik memekak je...itu tak kena..ini tak kena. Asik nak salahkan sistem je. Sistem tu elok je running...dah buat xbetul...xbetul la jadinya kat sistem tu. Hadoi..malas la nak layan orang yang mulut bising2. Kalu ada problem sekali pun, mai la cakap elok2..tak payah la memekik sampai satu opis dengar. Aku pun bukan pekak badak, cakap macam cakap dalam kelambu pun aku leh dengar taw!

Saturday, November 26, 2011

Aqil ~ Mulut cabul

Semalam lepas cousin aku hantar Aqil balik umah..aku lepak2 sambil makan ngan Aqil kat dapoq. Tetiba Aqil buat lawak angkat tangan kononnya jawab hepon

Aqil : Heloo....haaaa...cari mama? nak cakap ngan mama?

Mama : Sapa tepon Aqil?

(Aku pun layan je la telatah dia...)

Aqil : Hantu tepon mama

Mama : Hahhhhhhhhhh???

Seram tul ngan Aqil ni. Huh

Tuesday, November 15, 2011

Tak sume manusia BODO

Semalam sempat aku masuk jengguk FB aku..terpandang sorang member ni jadi cikgu. Yang aku tak puas hatinya dia siap kutuk sorang pakcik ni sebab amik SPM kat sekolah dia. Pakcik tu dulu sekolah sampai form 3 ja lepas tu berenti sekolah. Pastu dapat masuk kerja gomen, dan sekarang nak nek pangkat kena ada SPM so kena la amik SPM. Dia duk kutuk pakcik tu mesti nyesal sebab sekolah tak habis.

Ya Allah, duk kutuk2...kita tau tak apa masalah dia. Mana tau dia berkorban kerja demi adik2, harap mak bapak kerja..may be tak cukup..dok pun may be ayah dia tak da...kita mana tau kan. Kita ni kalu dah berjaya jangan la bongkak sangat bila tengok orang bawah kita. Patut kita bersyukur sebab kita diberi rezeki yang bagus/cepat, dan jalan kita tak susah (senang berjaya). TAPI ingat lah..tiba masa depan kita susah "macam len" plak. Tul tak?

Kawan2 dia plak duk tambah kutuk, pakcik tu malas berusaha la...apa la..macam2 komen. Ni la melayu bongkak, asik pandang salah orang..cuba tengok diri kita..sempurna sangat ka? Ada orang berusaha bermacam2 cara nak berjaya dalam hidup..tapi kalu Allah tak nak bagi lagi..kita kena terima sedaanya. Kita terima sebagai ujian hidup. Mana tau..lagi lama kita berusaha.. betapa besar kejayaan menanti kita??

Contohnya macam jodoh la..ada orang berusaha macam cara cari pasangan hidup..tapi kalu Allah belum "bagi"..tak kan kawin2 jugakan? Ada orang plak, langsung tak usaha...tapi mak bapak dia tolong usaha cari pasangan hidup kat anak dia..dan Allah mentakdirkan dia berkawin juga....ada la jodohnya. Apa2 pun, hidup ni kita kena redha apa yang terjadi atas kita. Sume ada hikmah tersendiri.

Sunday, November 13, 2011

Lamanya tak update sini

huhuhu...rindu giler aku ngan blog n lappy. Lepas raya qurban hari tu, langsung tak sempat pegang lappy sebabnya DEMAM. Bukan aku sorang je..hampir sume dalam umah mak aku ni demam. Aqil la mula2 (hari raya)...lepas tu berjangkit sume. Aku sampai tak bangun2. Sian Afiq..langsung aku tak sentuh dia.

Lepas aku demam esokkan plak mat pezal plak. haaa tu la akibat ketawakan wife yang melingkar dalam blanket. Kan dah kena. Allah kasi cash tau. Pastu mak aku...then abah aku. Tang abah aku yang best...siap kutuk mak timah "badan ampa tu koman...tu senang kena jangkit". Haaa sekali esoknya, mak aku heran abah tak bangun pegi masjid. Tengok2 demam. Ha...kena kutuk kaw2 la ngan mak timah. Kata lagi kat dia. keh3x

Hari baru la sume sihat walafiat, syukur alhamdulillah..:)

Monday, November 7, 2011

Apa terjadi di hari raya qurban 2011

asalkan raya je Aqil demam..macam sebelum ni, Aqil sampai kena admited wad....pastu ada plak esok nak raya...aqil demam. Kali ni plak, aqil demam malam raya. So, duk umah je la..tido..tido..tido. Petang raya kuar cari klinik. Shadu gak hati bila tingat kejadian petang semalam semasa dalam proses pujuk aqil nak bawa ke klinik

Mama : Aqil gi klinik ehh ngan abah...

Aqil : tak mau..aqil tak demam dah (porahhhh padahal badan hangat kemain)

Mama : pegi la ehhh nanti kena masuk wad, mama tak leh jaga Aqil..sapa nak jaga afiq?

Aqil : tak mau gak..

Mama : pi la ehh ngan abah

Aqil : mama ikut gak??

Mama : tak leh la..sian afiq..

Aqil : Tak mau pi...

Hurmmm mengenangkan ada 2 botol susu manusia dalam peti ais...aku terpaksa laa..

Mama : nak mama ikut la nihhh??

Aqil : ha...afiq tinggal!

Tu dia syarat dari Aqil. Ni macam kes jeles ngan adik ni..So, terpaksa la ikut kehendak dia..Afiq, adik perempuan aku jaga.

Kat klinik plak, tetiba aqil minta nak makan pizza. So, odw balik singgah gaint SP. Bagus2...lama mama tak kuar ronda. Demi Aqil mama terpaksa langgar pantang..pegi gaint. Hak3x..pastu dalam keta, kedaqah pizza. Risau kang sampai umah mak timah tak kasi aku makan pizza..baik aku melantak siap2 hahhahahha.

Friday, November 4, 2011

Terpaksa mengaku kalah

Semalam Afiq dah pandai buat perangai...siang tido, kul 10 malam lebih baru nak buka mata..Pastu mak bapak dan kaum kerabat nak kena layan dia. Takkan nak biar dia celik sorang2 kan. Disebab sume mata dah ngantuk, aku angkut afiq masuk bilik. Tinggal la mak bapaknya yang layan dia. Bf kerap sungguh hingga aku "derita". Rasa lembek je nenen. Mana taknya...mula2 kasi B kiri...pastu kanan..pastu dia berak...kasi balik B kiri n kanan...mata afiq dah kuyu..ingat dah dekat kul 1 pagi dia dah nak tido..tapi elok dia nak lelap mata...sedu plak dah. So..nangis la dia. Dah reda sedu dia tu kena kasi balik B kiri kanan..owghhh masih tak nak tido!

Aku dah mula ngelupur sebab lengguh badan sana sini. Baring tak kena..duduk tak kena. Ngamuk kat mat pezal soh dia buat sesuatu untuk diamkan Afiq. Aku nampak mat pezal kuar bilik..lepas tu nampak dia bawa sebotol susu. Owhhhh ikut hati mama tak rela Afiq telan susu lembu. huhuhuuuu.. Mat pezal try bagi...diluahnya afiq. Ohhh jenuh cam ni...B aku dah derita ni. cam na ni? Uwaaaaaaaa..mat pezal amik dia tepuk2 dulu..aku plak bertapa berimaginasi memenuhkan susu dalam B aku ni. Lepas aku kompiden..aku amik Afiq...try kasi lagi...Alhamdulillah dalam setengah jam akhirnya Afiq lena.

Frust gak, tengah hari ni aku terpaksa ajar afiq telan susu tepung..aku dah sehabis daya nak perbanyak susu badan. tapi still tak cukup untuk afiq. Maafkan mama..

Thursday, November 3, 2011

Ceta Aqil ~ Misi gagal

Pagi tu seorang nenek memujuk cucunya yang dah berusia 2 tahun 10 bulan..jangan pakai pampers lagi. Dah besar kan..elok benar tinggalkan dunia lampin

Mak tok : Hari ni jangan pakai pampers na. Nak kencing habaq naaa

Cucu : Haaaa

Patuh betul cucunya. Lepas siap berpakaian, si cucu tadi ajak abahnya ronda-ronda nek moto round keliling kampung. Balik tu mak tok segera dapatkan cucu depan pintu

Mak tok : Rasa nak kencing dak? kalu nak kencing jom masuk bilik ayaq

Cucu : kencing dahhh (dengan wat muka slumber dan yakin)

Mak tok : Kencing kat mana??

Cucu : ----diam----then---- senggeh

Mak tok memandang wajah menantu laki yang baru muncul depan pintu.

Mak tok : dia kata dah kencing...kencing kat mana??

Menantu : hah??

Mak tok segera raba suar cucu.

Mak tok : eeeeeeeee kencing dalam suaq!!!!! (jerit mak tok)

Misi mendidik Aqil tinggalkan pampers adalah GAGAL SAMA SEKALI.

Wuaaaaaaaaaaaaaa.

Tuesday, November 1, 2011

Khairul Fahmi dan paha gebu Dahlia

Eeee nyampah sey aku tengok pic terbaru gol keper rimau malaya ni. Ampa nak tengok? Aku tak nak tempek gambar2 unsur maksiat kat sini. Nak tengok klik kat bawah tu..ampa nilai la sendiri.

untuk apek..elok lagi kalu mu tersunggur tangkap bola terjilat rumput dari pandang paha gebu awek gedik hang tu. Geli la mak!

Klik sini ehh

Afiq

Baru balik dari klinik desa. Nyampah ehh mana2 klinik gomen mesti ada problem masa. Masa aku sampai ada sorang kakak je tunggu (sian kakak ni bawa anak cucuk ~ baby 6 bulan, tapi terpaksa tunggu. Nurse baru pegi amik ubat kat klinik Kepala Batas. Ubat habis. Buleh cam tu????). Aku tunggu dalam 10 minit gitu (10 minit ni pun lama bagi aku sebab melanggut je tengok nurse wat keja apa ntah. geram aku).

Diringkaskan, berat aku turun! OMG!!! Berat Afiq plak nek dari 3.4kg (20 hari) kepada 4 kg (sebulan). Hurmm....ni buat aku semangat nak kasi full BF. Tapi air susu still tak banyak hatta aku dah telan hemopati tambah susu badan. huhuhuhu

Masa cucuk Afiq nangis kejap je. Nasib baik. Tak macam Aqil..nangis tersedu2 dulu. Afiq ni cam tabah je. ekekkekek..

Sunday, October 30, 2011

Nostalgia @UUM - part 2

Lagi...terjumpa gambar zaman daraku. hehhehe


Ni salah sorang best prenz aku Cik Tim. Orangnya comeykan? Alahhh rindunya..dulu aku suka pangge dia Pooh..see pipi dia, cam patung pooh kan? ekekke



Aku, cik tim, Dora ( ni kakak pada penyanyi nas adila), along n mazue ( kawan paling rapat ngan aku. susah senang tangguh bersama. Susah nak cari kawan cam dia.)




Posing kat library. Bawah library UUM ni khas untuk buat study group. Dah final sem baru gedik guna meja tu..:P

Saturday, October 29, 2011

Nostalgia @UUM


semalam kemas satu almari tu terjumpa sekotak CD yang aku bawa balik dari UUM. Belek2 tengok banyak kenangan aku bersama kawan. Sebak mengenangkan kawan2 yang entah ke mana..Ada yang lost contact...ada masih keep in touch lagi.

Aku buka 1 CD...ada gambar ni..alahai....ni gambar bersama lec ngan kawan kelas AI. Kelas kami tak ramai pun kalu dibandingkan ngan group major len. So, antara kami memang akrab lah..leh hafal sume nama. Itu dulu la...sekarang kalu tanya...banyak aku dah lupa nama. :)

Thursday, October 27, 2011

Saya dah montel! - Afiq

Haaaaaaaa..lihatlah hasil mengamalkan produk tenusu dari "ladang mama" ekekkekekek




gambar sebelum (ntah apa la dua orang ni bercerita)



Now...uihhhh badan dah semangatkan. Sejam sekali mengepam. huhuh

Wednesday, October 19, 2011

Lepas abis pantang

Ekceli banyak aku plan ni lepas aku "merdeka". Mula2 aku nak

1. Pegi kedai spek mata
Gila aihhhh spek aku ni cam tak da power je. Belah kiri ni...blur semacam je. Kanan ok la..leh tahan lagi. Tul la orang kata lepas beranak, kena tambah power lagi (bagi yang mata rabun..ampa ingat power apa arrr??)

2. Shopping
Apsal aa ompompuan ni..balik2 shopping? walau aku pompuan..aku pun sendiri dok paham napa jadi cam ni? Ayat...cam toya ja. Uwekkk

3. Nak masuk popular
Jangan salah paham...bukan nak jadi popular ker apa..maksud aku kedai buku. Haihhh macam tak leh pisah ngan buku aku ni walau kadang2 xcukup masa. Oh leya..hang dah ada 2 anak nak kena uruskan...sempat ker nak belek buku????

4. apa lagi aaaaa? nak jejalan aaaa...dok sabar nak bawa baby baru jejalan...hehhe

Nak niaga buat cara nak niaga

Eee nyampahnya aku..tadi duk servey baju untuk BF baby..asal aku berkenan sold. Dah plak tu jual sehelai2 untuk 1 saiz. Hishhhhhh! Eh tulun la..dah sold kuarkan la..duk tayang2 jadah apa. geram aku. Dah berkenan sangat tetiba sold...dari atas blog..smpi kaki blog...sold-sold-sold. Kurang asam tul la.

dah la...malas aku nak cari online2 ni. Lepas pantang nak ajak mat pezal pegi butik mama kat area island nuh. Hari tu aku dah servey kat butik lulatos..cun2 gak. Harga? hurmmmm nak murah cari kat bundle ehhh...

Chawwwwwww.

Wednesday, October 12, 2011

Ada baby lagi???

Dua tiga malam sudah, perut aku rasa ngak enak sekali. Aku masuk bilik letak mustajab yang ekstra hot tu...lepas tu kejap, Aqil turut masuk bilik

Aqil : mama pasai pa?

Mama : Sakit perut la Aqil....gosok la sat

Aqil : Sakit sini?

Aqil tunjuk perut aku, lepas tu dia gosok2

Aqil : Ada baby pa..??

Erkkkkkkkkk..tak tau nak jawab pa. Mama dalam pantang sayang...tak sampai 2 minggu lagi...abah pun dalam posa 100 hari..mana mai adik baru? ekekkekkekek...:P

Sunday, October 9, 2011

Pengalaman : Kelahiran kedua

Banyak hari aku nak story pengalaman bersalin kali kedua ni. Ramai cakap, tiap kelahiran berbeza...takkan sama. So memang betul. Walau ada pengalaman, blur gak aku. hehhehe occay bermulanya begini... Malam khamis 29 sep 2011, aku ni xcited buat list nak masuk opis keesokkan hari. Macam2 aku listkan supaya tak tertinggal..nak abiskan kerja yang tertunggak. TAPI...kul 2 pagi lebih cam tu...aku rasa len macam...sampai la aku tak tido sampai kul 5 pagi. Dah tak sedap hati...pastu asik nak pegi toilet ja....last aku p toilet rasa macam nak terkencing lagi..dan lagi...tapi len macam je....rupanya2 itu air ketuban lah! Bengong tul aku..yelah aku duk tengok dalam drama sekali air ketuban pecah..siap basah lencun lantai...tapi aku kuar skit2 je. Sampai aku kejut mak aku...mak aku cakap

"hurmmmmmmmm siap2 la cepat..tu dah nak bersalin la tu"

Duppppppppp...rasa tak ready segala macam perasaan. Lagipun tak sakit..Kali ni aku lebih "rilek"..capat towel..siap mandi sabun wangi2. Pastu siap bancuh milo 1 mug + cicah biskut. Aku tak nak lalui masa pengalaman lahir aqil....tak terdaya aku nak teran sebab tak makan langsung. Lepas siap2 sume sementara tunggu Mat Pezal siap aku siapkan raga (milo 3 in 1, air panas, roti, sudu....bla2x).

Sampai kat wisma perbidanan sakit puan sungai petani..aku terus dibawa masuk dalam labour room. Mat pezal setelkan pendaftaran...Nurse check dah buka laluan 3cm. Hurmmm...tapi still tak sakit, lepas tu kena sumbat ubat berak...:P.... Lepas setel kat jamban tu kan...haaaaa masa tu aku dah start sakit pinggang. Hazabbbbbbb sangat sakit pinggang ni. Alhamdulillah kali ni aku tak sakit lama...kul 7 pagi cam tu start sakit...10.11 setel selamat lahirkan Muhammad Afiq. Tak macam Aqil dulu aku sakit 2 pagi...12.34 tgh hr selamatkan lahirkan
Aqil.

Muka lepas selamat semuanya...alhamdulillah



Hadiah dari tempat bersalin. Ada 1 lagi dari tajaan Friso. Lupa nak letak sekali..:P



Mama and Afiq


Saturday, October 8, 2011

haqu biqu la semalam

Semalam start tido dalam bilik sendiri. Sebelum ni lepas balik wad aku tido kat depan ruang tamu ngan mak timah. Dah seminggu sian plak tengok mak timah temankan aku tido kat luar ni. Sian kat abah kan tido sorang2 hehehheeh.

Lepas abis tahajjud cinta terus angkut segala macam barang Afiq masuk bilik. Sebelum ni tak tido bilik sebab tak sempat kemas bilik tu. Tetiba terberanak awalkan, tak ready. Petang semalam mat pezal siap cuci segala habuk dalam bilik tu sampai dia selesema. Hidung koman macam aku, alergik habuk. Elok sangatlah ditakdir jadi laki bini kami dua ni kan. Hidung sama pesyen! Bezanya hidung aku mancung skit dari hidung jambu dia tu. Wakakkakaka...

Perghhhhhhh hazab aku tido semalam. Aku tido atas katil ngan Afiq, Aqil ngan abah dia kat bawah. Dalam kul 2lebih Aqil start wat perangai nak nek tido ngan aku gak. Sempit mak. Aku tido tengah2..Aqil tido tepi..kalu jatuh pun tak pa...ada "tilam Vono" kat bawah tu. Selamat je kalu jatuh atas abah dia. hak3x. Tapi aku yang duk tengah2 ni macam pokok pisang ja. tido tak leh pusing sangat2. Menegak ja. huk3x. Pastu kul 3 lebih 2-2 jaga. Hadoi la...sorang nak B...sorang nak soh gosok2, Mat pezal sedap tido. Terpaksa kejut dia gak handle Aqil nak susu gak. huhuhuu

Risau la malam ni cam na plak. Mat Pezal keja malam ni. Cam na ehhhh?huhuhuh

Tuesday, October 4, 2011

Muhammad Afiq








Tak leh duk dekat berdua ni..Ada je Aqil nak apa2kan Afiq. Sian Afiq...huhuhu

Busy - Pertambahan ahli kuarge baru

Now aku tak dapat nak berblog cam dulu lagi. Asik nak On je...sorang tu pun On mengacau mama dia. Hantu IT gak macam mama dia. Sapa lagi kalu bukan si Aqil. Lagipun aku sibuk berpantang...huhuhu...tapi nak berpantang pun tak leh cam dulu. Tak da nak rest golek2 atas tilam. Baru je letak badan je...bagun jogging ligan Aqil sana sini. Penat toksah cakap la. Malam lagi la..kejap tido kan adik...kejap abang. huhuh Abah dia..pandai2 la sendiri. Sapa soh i beranak lagi kan..hak3x. Selamat berposa je abang. Tak lama...100 hari jerkkkkkkk....

Thursday, September 29, 2011

Terkena lagi...

Sekarangkan Aqil pandai menjawabkan...

Situasi 1:

Mama : Adusss Aqil...kan baru ja mama bagi Aqil pakai baju ni..ni apsal basah?

Aqil : Lor....kena ayaq laaaa

#Padan mukamu Leya....huhuhuhu. Patut aku tanya...kenapa la main air kan? Tul la jawapan Aqil...nak marah pun tak boleh


Situasi 2 :

Mama : Aqillllllllllllllllllllll nak p mana tu?

Aqil : Jamban!

# Yang ni kalu aku nak belasah Aqil...kena sekali ngan bapak dia. Bapak dia la selalu menjawab gini. Hukhukhuk...Geram ma!


Situasi 3 :

Mama : adusss penat laaa duk tukar pampers Aqil malam2. Kuat betul minum nenen. Kan mama dah suap nasi...apsal kuat sangat ngan nenen ni??

Aqil : Lahhh...aqil nak besaq..macam abah!

# Hurmmmm...tul gak kan. Susu baik untuk pembesaran.

Macam2 lagi Aqil dah pandai menjawab yang kadang2 aku membuat aku terkedu kejap.

Hari ini...

Alhamdulillah Aqil dah tido...lega skit. Dari pagi tadi aku ni asyik gaduh je ngan aqil. Penat memang penat..tapi terpaksa melayan gak dia. takut nanti dah ada baby baru aku tak dapat bagi perhatian lebih kat dia. Kadang2 kesian plak aku duk pekit2 kat dia bila apa saja aku larang dia buat dek je. Kadang2 gak aku hilang sabar...rasa nak cubit..aku cubit je. Ntah angin baran mana ada dekat aku. Aku cuba tahan sabar...tapi aku selalu kalah. Napa? Sedih kadang2 tu bila aku buat aqil. Malam2 tengok Aqil tido...rasa bersalah dan berdosa sangat2 kat Aqil. Tak terniat nak menyakitkan dia. Aku cuba ajar secara nasihat...cakap lembut2...tapi tak jalan. Selalu aku guna pendekatan cakap baik2 dulu sebanyak 3 kali. Kalu tak jalan...cepat je tangan aku cubit2. Bila dah buat hati aku nangis. Dah tau cam na nak control diri aku ni.

Aku letih sebenarnya, nafas kian semput2. Tambah2 dah sarat gini..aku tak seaktif dulu. Bila duduk, nak bangun pikir 2,3 kali. Jadi malas...masyallah tak tau nak gambarkan. Kalu aku dah baring....rasa Aqil nak buat pa pun..lantaklah..Tak terdaya nak marah2. Kang kalu aku dekat ngan Aqil ada saja menda nak digaduhkan. mama letih Aqil...cuba fahamkan mama. Mama sedar, di usia Aqil 2 tahun 9 bulan...dia belum mengerti semua. Belum arif mana baik buruk. Aqil buat je apa Aqil suka.. tapi yang susah mama..mama sekarang susah tahan sabar. Cepat naik angin. Ya Allah...tolong lah aku.....

Hari ni aku rasa macam dah occay skit. Aku nekad esok walau cam na pun aku kena masuk kerja gak. Perlu habiskan apa yang aku tinggal tu...Hope esok tak da la users aku kaco apa yang aku dah plan. Amin.

Tuesday, September 27, 2011

Dah ada tanda2 nak bersalin

Occay aku nak sambung citer lepas aku kaur wad. Ekceli aku tak leh lagi kuar wad pagi ahad tu sebab doc masih nak monitor aku. Tapi aku minta gak balik disebabkan segala suntikan dah aku terima malam tu. Setel sume dah. Ahad tu dah tak da pa2 just terima makan ubat..drip pun dah buka sebab tangan aku pun dah nak membengkak. Lagipun mat pezal cam dah bosan dah..yelah mana nak sama ngan orang sakit ngan orang tak sakit duk wad kan. So, aku memang nampak muka dia dah bosan giler tambah2 aku pun dah cool balikkan. Baik balik. Tapi kira occay gak la tu sebab kami amik single room so..privacy tetap ada. Nak sayang2 pun boleh. wakakkaakk...sayang jadah apa kalu sakit2 kan. Pang sedassss...


Yang bestnya kan aku dapat bilik masa aku bersalin Aqil dulu. Terkenang dulu2 masa nak lahir Aqil..masa nak sambut Aqil dalam dukungan aku ni. Tersentuh hati beb...huhuh

Occay dah balik..pagi semalam plak aku stress balik. Kul 3.30 pagi semalam aku bangun buang air kencing...tengok2 ada lendir..banyak! Takut aku...termenung aku bila masuk bilik. Nak kasi tau mat pezal kesian plak...tengok dia tido pulas kemain. Kang kul 5 pagi dia nak kena bangun siap2 pegi kerja. So, aku pendam. Kul 4.30 pagi cam tu aku masuk toilet sekali lagii....sekali lagi aku terkejut bercampur cuak..kali ni lendir campur darah! Waaaaaaaa...tapi tak sakit tau. Terus masuk bilik bagi tau mat pezal. Lantak la kaco dia pun

"Abangggggggg jangan pegi kerja tau hari ni. Ada lendir campur darah ni duk kuar. Banyakkkkk"

Mat pezal aku nampak cam angguk je..sepatah tak kata. Dia ni bukan leh kaco time tido. Huh...ntah dengar ke idak ntah. Sampai subuh aku tak leh lena..sambil2 tu aku masuk dapur curi2 makan. Takut aku terberanak bila terbit matahari. Taknak peristiwa dulu berulang lagi. Dulu masa Aqil..aku langsung tak makan...nak pushhh pun tak terdaya, last2 kena vacum..nah hambekkk..so kali ni apa2 aku nk standby. Pengalaman mengajar kitakan??


Pagi tu kul 9 bergerak ke tempat aku masud wad tu...sampai Dr Zainol on call plak. So, jumpa Dr Jes sekali lagi. aduss....dia check bawah tu...sakit giler. Lepas tu dia macam tarik sesuatu...ha kuar segala lendir..dia tunjuk kat mat pezal. Apa jadahnya ntah aku plak malu bila tengok Dr Jes duk tunjuk2 lendir tu kat mat pezal. Aku tak tengok langsung reaksi mat pezal. Ntah apa kena aku ni.

Dr Jes : Ni sebenarnya ...&*%^&$%$ (ntah apa punya istilah aku lupa)..datangnya menda ni dari selaput baby. tak apa cam ni...kecuali kalu kuar bersama air ketuban...you memang kena bersalin lah.

Mat Pezal : So, menda ni tak da effect pa2 la?

Dr Jes : Tak pa...it's ok lagi. Tapi ada sakit2 ngan kontraksi kerap...kena masuk labour room lah


Senyum je Dr Jes


Aku : tadi doc check..rahim saya ada buka berapa cm?


Dr Jes : Haaa dah buka balik 3 cm tu ..tapi you tak payah risau. selagi tak 5-6cm..keadaan tak membahayakan lagi.


Bincang2 tu...dia nasihat balik je rest umah dulu. kalu tunggu dalam wad pun belum tentu aku nak bersalin. Kang membazir masa ngan $$$$ je kan. Dr jes cakap lagi kadar masa kelahiran setelah kuar lender tu ada amik masa 2 hingga 2 minggu bergantung pada ibu hamil. So...tak lah bila. Berdebar2 aku., Hari ni dah 2 hari aku alami..esok lusa tak tau lagi. Takut gak nak pegi keja jumaat ni. Niat nak El....tapi teringat kerja yang tak setel2 lagi. Ishhh tak boleh la orang take over keja yang aku buat separuh jalan. tadi pun, ada aku pass satu kerja penting kat kawan. tu pun dalam hati..alahaiiii sian menyusahkan kawan walau kawan aku tu...rasanya dia occay je. Nama pun keja dalam team kan. Hurmmm doa2kan la aku semoga dipermudahkan bersalin. Aminnnnn

Isu Hudud

Pelik aku tok guru duk pong pang pong pang sana sini nak laksanakan hudud. Lagi aku pelik duk jaja Tun tak bagi laksanakan. Dah berapa tahun dah Tun tak jadi PM...awat dok tunggu lagi? laksanakan la kat kelantan tu. Aku pun tak sabar nak tengok keberkesanan hudud ni. Kalu bagus....mendadak turun kes jenayah...insyallah...aku yakin negeri2 len pun mesti akan terikut.

Tapi...ada lagi masalah. Asik duk kata nak laksana...tapi tak buleh ka..kuar risalah atau apa2 medium kepada masyarakat pasal hudud ni. Explain dari basic sampai part macam mana nak laksanakan. Bagi orang faham betul2 kalu dah excited sangat. lepas tu leh dak kalu wat himpunan semua ulamak bincang pasal hudud ni sesuai ke dak laksanakan di malaysia. Ni undang2 bukan calang2 nak laksanakan dimana saksi mesti la orang yang adil, amanah dan beragama. Mudah ka nak jatuh hukuman kat pesalah kalu saksi pun macam puiiiiiiiiiiiiiii. Ha..cam na tu? Aku tak kata hudud ni tak bagus...kalu laksanakan pun aku alhamdulillah...itukan hukum dari Allah SWT.

Yang aku nak gelak...tok guru asyik duk kata orang takut hudud tu...macam orang takut hantu. Ado ka cakap macam tu. Orang yang menentang ni sebenarnya masih banyak timbul persoalan..tak clear may be tak berapa nampak macam mana nak laksanakan.


Hope Harakah ka..apa2 la dari orang bijak pandai PAS...tolong la tulis skit2 pasal hudud ni dari basic sampai la leh jadi macam akta2 yang termaksub dalam undang2 jenayah malaysia.


***aku ni masih jahil bab agama..tapi aku nak benar tau pasal hudud.

Aqil : dah pandai melawan ehhhh

Pagi semalam masa aku nak masuk bilik mandi, ada aku dengar mak aku bebelkan Aqil. Huh...tak lain tak bukan mesti duk mengacau tok abah dia ngan Acu kemas barang nak bawa pegi niaga. Orang sibuk angkat itu ini...dia pun sibuk sama. Bukan nak menolong bagi elokkkkk bagi hancus lagi ada la. Duk bebel2 mak aku tu ..pastu aqil menjawab

Aqil : Hishhhhhhhhh dok hingaq paaa.....

tersentap aku Aqil balas cam tu kat mak tok dia. Sah dan tak syak lagi...dialog ni Acu dia selalu guna bila mak aku berleter kalu adik laki aku selalu kuar balik lambat2. dengar plak kat Aqil, diceduk dialog tu. Adus nak wat cam na la ngan aqil ni... aku tak gemar Aqil cam ni....(susah hati)


**hingaq ~ bising

Alkisah ditahan wad sop sop sop

Sebelum ni aku ada story ada open house kat site aku. Macam2 yang aku nak melantak. Aku melantak skit je walau jamuan sampai petang. Niat petang lepas zohor nak sambung kedaqah...tapi terasa kenyang plak. Kang tak larat bawa perut.

Occay setel yang tu, malam tu aku start cirit. Sah food poisoining! cirit start dari kul 2 pagi sampai ke siang. Dah la keesokkannya aku ada meting. kalu tak kerana meeting tu...sah2 aku EL. Kerana aku ni sorang yang bertanggungjawab...gagah la diri pegi walau bontot dah terasa pedih giler aski ulang alik masuk toilet. Masa pi site tak silap dah 6 kali aku ulang alik masuk jamban...sampai jamban tak bau jamban..bau aku je. hukhukhuk

Abis meeting aku minta kat bos lina nak p klinik. Sekali pegi mak aihhhh makhluk Allah rami sesangat. Frust aku. Takkan nak tunggu ngan keadaan cirit cam ni. Aku blah balik terus. Balik pekena ubat len plak. Dah 3 pil aku telan tak jalan. Balik umah rest2 pun tak tenang. Kuar masuk jamban gak...petang kul 3 lebih aku esmes je bos tak nak masuk keja. Tak larat sangat dah. Rasa flat dah badan aku. Mat pezal aku kerah dia p amik laptop aku kat site. Balik dari site aku terus ajak dia pegi klinik perbidanan dr zainol.

Sampai2 Dr Zainol tak da. Memang apa2 hal bab cam ni aku jumpa Dr Zainol. Kiranya dia ni gynae aku la sejak Aqil. So aku jumpa Dr Jes. Dr Jes check perut aku dah mengeras...and ada kontraksi dah pun. Check bawah hurmmm dah buka 3cm! nerves aku. Dulu masa sakit aqil...sakit guling2 baru buka 1cm. Ni terus 3cam mau aku tak cuak. Terus dihantar masuk wad. Segera itu juga aku terima drip ngan 1 suntikan tahan sakit. Seksa tok sah cakap. Rasa nak marah2 je apa yang tak kena dimata. Ekekekek. Mat pezal tak abis gosok aku sana sini...Sat kat pinggang...sat perut..Mulut tak henti doa. Aku takut sebab aku belum betul2 cukup bulan, bukan tiba masanya lagi.

Dalam kul 6 lebih mak, abah, Aqil n maktam sampai. Reaksi Aqil? huhhh masuk2 je dalam bilik

Aqil : Mama demam ehhhh?

Adus...hang ni Aqil..dah nak dapat adik dah la. Ada gak Aqil turut gosok2 belakang aku. tapi kejap. Dia lebih teruja nak lepak luar tengok baby kat "bilik pameran". Malam tu aku kena suntik ubat kasi paru2 baby matang. sakitnyaaaaaa sekali kena tak bergerak kaki aku duk tahan sakit. 5 minit baru aku leh gerak selesa skit. Huhuhuhu


occay esoknya plak kena lagi jarum..kiranya...redha la kalu nampak misi pegang jarum tu. Sume jarum aku kena 5! bontot kiri kanan huaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Pagi Ahad aku discharged. Lega! Siap dapat 4 hari MC. Sapa tak suka wes? Ye aku je tak suka...sebab banyak menda aku blum setelkan bab kerja ni. Sian kawan2 aku nak kena cover. Hope jumaat aku okey dah buleh kembali kerja. Kalu tak larat macam hari ni...rasa terus tak masuk opis kot sampai aku abis cuti bersalin hihihih..:P

Pesanan buat ibu mengandung : Hati2 la pemakanan anda sekiranya dah makin sarat..Bila cirit...pegi la check terus ngan doktor.

Thursday, September 22, 2011

Tersentap aku

Ishhh geram aku. Aku tau la aku ni bukan insan baik sangat..banyak lagi buruk dari yang baik dalam diri aku. Tapi...aku sangat keciwa ngan sorang kawan aku ni. Kawan masa zaman aku kecik2 dulu. Main pondok sama2..main basikal sama2...main panjat sama2....sampai tika tu family dia cerai berai. Dia pindah lepas abis sekolah menengah then kawin muda. Sedey aku masa kawin dia langsung tak jemput. Aku risik2 jiran ngan abah dia..mak dia wat kecik2 je kenduri so aku occay la cuba faham walau kecik hati.

Setahun lepas gitu aku terjumpa dia dalam FB..tu pun adik aku terjumpa dulu dari kawan2 kampung kami. Aku add dia. Terkejut aku..dulu orang pangge dia nani (bukan nama sebenar) gemok..sian dia. Tak ramai pun kawan ngan dia. Aku ngan adik aku je paling rapat. Occay lepas aku add dia dalam FB aku ni terkejut aku..dia bukan macam dulu. Body pun nak ala2 model dah. Dressing mak aihhh...memang tip top abis. kalah zaman budak2 dulu yang selebeh tok sah cakap. Adik aku juga citer dia dah pun janda. Anak ada sorang tapi mak dia jagakan sedangkan dia di key el. Patut la moden sakan.

Termenung aku tadi bila dia update pic terbaru ngan baju masyaallah nampak half dua ketoi roti ban. Aku tak pikir panjang...terus je tegur minta dia tutup la skit. Jangan la terdedah sangat kalu nk berposing tu. tau la sekarang dia dah comey..sexy. Aku baca plak ramai jantan duk puji sakan..terbaik la..cun la..segala bagai. Puiiiiiiiiii mata laki kannn...macam2 tu puji yang amat. Tak da 1 pun yang tegur. Sedih aku. Aku terus tegur cakap 'nani...tutup la skit' tu je..pastu ada mamat mana sambung kata "terbaikkkkkkkkk". Hamboi aku balas "terbaikkkkkkkk?" pastu nani balas cakap jangan la kasi statement ganas. Aku tegur soh tutup skit je pun(klu aku soh tutup banyak..ada dia mau ikut? sapa la aku kan?). Duk kejap tu dia cakap..."wat pa tutup..baik buka" cinabeng punya kawan. Hangin aku. Nak je aku reply "bogel je la nani. abes citer"

Aku rasa kawan aku tu tengah kembang punggung orang puji dia sexy n comel. Aku sebagai kawan..sedeylahhh. ya Allah tolong la bimbing kawanku itu. Kembali dia ke pangkal jalan. amin.

Open house lagik

Adusss kenyang giler baru sudah melantak makan kat open house anjuran puspanita SPU. Macam2 ado. Aku just dapat sumbat nasi daging ngan ketupat nasi bersama rendang daging yang best giler! Dah la raya hari tu mak aku tak buat rendang just kari daging je..so terubat makan rendang ni..Hope hari tak da nak sakit perut ke apa...Tak sanggup nak jadi penghuni jamban lelama.

Menu yang aku akan serbu untuk two :

bihun sup
soto
mee kari ke rebus ntah tak pasan plak tadi
lemang + ketupat
macam2 kuih
ais kacang (tadi dah kena semangkuk...nak pekena sekali lagi lah. Ciput sangat)


Occay tu je aku nampak. Rasa ada lagi tadi tapi malu nak jalan kat sume meja. Kang orang kata "hamboi mak labu ni...kedarah tak ingat. Terberanak awal baru tau..." hakhakhakhakkk

Wednesday, September 21, 2011

Fida tak bertudung??

Eh lantak la..napa pun artis kan. Bukan tak biasa ngan artis ni..kebanyakkan pakai tudung ON-OFF. Tak paham aku ngan golongan ni. Masa insaf kemain lilit tudung....bila lama skit makin singkat pastu tunjuk leher..pastu tunjuk jambul. Kubur masing-masingkan....Pikir2 la sendiri.

Pasal si Fida ni aku kesian sungguh la. Apsal la hang dapat mamat yang nama mamat tu....siap kasi penjelasan yang sangat kelakar mengalahkan majalah ujang. Tak perasan sebab tak pakai spek? Abis Si Fida tu..dah boyprenz hang nak tangkap gambar tu..mengeledik sua senggih apsal kalu dah sedar tak pakai tudung? ke Fida ni pun tak perasan dia terlupa pakai tudung? Hishh lagi tak logik kan?? Apa2 pun alasan mamat ni memang tak logik.

Tak sabar plak nak dengar penjelasan Fida ni.

5 Minit pun berkira

Hangin giler aku semalam pegi checkup. Apsal ehh asal je aku pegi checkup...susah nak menyenangkan hati. Ada je yang tak kena walau aku cuba...cuba..cuba berpikiran positif. Aku cuba memahamkan kerja misi ni. Aku cuba pujuk hati...tapi masih mendatangkan geram di hati.

Citer semalam...buku merah aku misi tulis jumpa doctor kul 3pm untuk scan. Oret aku pegi awal. 2.30 aku dah cabut dari keja pegi klinik. Amik masa tak sampai pun 5 minit. Dekat sangat ha...Dah sampai macam biasa amik giliran. Nak amik giliran pun dekat 10 minit baru dapat. Pastu tunggu plak untuk timbang segala tu pun amik masa 30-40minit menunggu. Sempat layan half ceta indon pastu sambung tengok half citer bella.

Then gi makmal wat urine test plak. Ni pun amik masa. Dapat result...glupppp mampos Hb rendah lagi. Jatuh merudum 9.8! Sebelum ni 11..tu pun kena tarbiah berjela. Tunggu lagi yang amik masa agak lama...ahhhhhhhhh bosan! dapat turn terus masuk jumpa misi...hah tak banyak cakap dia soh p amik darah. waaaaaaaaaaaaaa ni menci ni

Misi kat tempat amik darah tu cucuk aku 2 kali. Alasan "urat awak ni kecik sangat. dah la orang kecik molek...susah nak cari urat" haaaaa yelah tu...pastu puji aku comel segalanya apa...bla..bla..bla...huh, nak bodek aku..nak buang rasa bersalah la tu sebab cucuk aku 2 kali. Sakit tau! Eh aku comel ka?? Hahahhahaaaa...

Then gi makmal anto darah aku...tunggu result plak. hah Hb aku 11.2. Apsal tadi 9.8??? membazir darah je! Mau aku tak marah. Pastu pi la balik bilik misi tadi. Dia cakap "haaaaa nasib baik naik" Amboi kalu tak naik, nak cucuk bontot plak ka? huhuhu

Occay yang ni mendatangkan angin taufan aku, tapi disebabkan aku ni baik hati aku simpan dalam hati. Biar la taufan tu pukul2 hati kecikku ini. Selesai check sume tepat kul 5 (ni jam aku cepat skit...klu jam betul aku rasa tak sampai kul 5 lagi ni)..

Misi A : Eh dah dekat kul 5 ni...dia ni kena jumpa doc untuk scan. Tak pa ka?

Misi B : Ntah laa....

Misi A : Ishhh sat gi kalu refer kat doc..doc marah plak. Dah nak balik ni

Misi B : Soh mai hari len lah.

Misi A : ehh kalu awak mai esok boleh? dah kul 5 ni..doc pun dah nak balik

Masa ni temp aku memang high giler.

Aku : Esok tak leh...saya ada hal kerja.

Misi A : Cam tu datang next week lah yer. Ye tak te pun next week awak kena checkup lagi ni..dah dekat bersalin lagi kena kerap checkup.

Aku : ??? (diam je kejap) hurmmm ikutlah (nada cuak bercampur nyampah)


Dalam hati nak menjerit je cam ni

" Ehhhhhhhhhh klu jumpa doc tu, amik masa setengah jam ker??? setahu aku duk jumpa doc amik masa 5 minit cam tu ja. Takkan 5 minit pun berkira sangat????? Abis apa guna doc dapat elaun kritikal elaun segala bagai...kalau takat 5 minit berkira nak mampos?????"


Lepas kuar ngan hati sebal letak plak buku merah dalam bakul appointment. Nak tunggu dapat appoitment pun amik masa 10 minit? Sume misi kalut balik. 2, 3 orang dah pandang buku aku tu..tapi wat dek je. Memang kurang asam! Aku sedey la cam ni...dah la sarat cam ni...dengan tak laratnya..dilayan macam hape je...lagi buat aku letey. sop sop sop sopppp

Nasib baik balik umah ada penyejuk hati. Sapa? Aqil la..hehhe. Masuk bilik aku tunjuk tempat aku kena cucuk. Aku sengaja tak buka kapas yang misi tempek tu semata2 nak tayang kat Aqil.

Aqil : Sakit dak?

Aku : Eh sakit laaa

Aqil : nak pegang...( elok abis dia cakap terus pegang. Ayat bunyi macam minta izin kononnya..)

Aku : arghhhhhhh sakitnya (sengaja wat ngada sakit sangat2 sampai berkerut muka Aqil tengok aku wat2 sakit..hahahha)

Aqil : Sian mama....doktor cucuk mama

Aku : Mama nak buang la kapas ni

Aqil : Angann..(jangan)...nanti mama cakit (uihhh ayat ni buat aku terasa sayu hati. Aqil taknak tengok aku sakit. Terharunyaaaaaaa)

Aku : Tak pa...dah ok ni...darah dah tak da pun (aku buka tunjuk kat dia...dia tengok macam dah ok...dia terima. So, akuleh cabut buang. Ekkekekkekek)


Sayang Aqil!

Tuesday, September 20, 2011

Gulppp anak orang ker anak lembu ni hah? hah? hah/

Aiyakkkk terkedu aku kejap terjumpa gambar ni. Tak tau patut nak rasa feeling apa. Nak gelak? geli? Mual tekak? nak termuntah?

Apa2 pun aku kesian. Budak ni ditinggal mak bapak dibela datuk dia (orang thai). Ni lembu datuk dia...disebabkan selalu tengok anak lembu menyusu..budak ni terpengaruh tambah2 lagi ditinggal mak. Walau dihalang budak ni tetap nak buat cam ni juga. Ajaibnya...budak ni tak penah sakit malah sentiasa sihat. Siankannn...




Petua Rumahtangga : Tidur berbantalkan lengan suami

Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin. Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.


Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang. Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.



Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya, tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang, ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda. (pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu bertapa asyik dan rilexnya)…FAKTA….serius….


Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.


Dan peringatan untuk lelaki/suami, jangalah shave ketiak anda togel, biarkan sedikit atau trim sikit aje bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita.

*******************************************************

Tak sampai hati plak aku nak pinjam lengan laki aku tido sampai pagi. Tentu lengguh bukan? Macam fakta mengarut je yang omputih suka buat ni. Apa yang penting, tido jangan membelakangi somi. Aku? redah saja. hakhakhakhakhak..Abang tak kisah kan? Sori la aku tido jenis tak leh setia pada satu posisi. kejap kiri, kejap kanan..kejap terlentang....meniarap? dah lama aku tinggalkan tido bertabiat cam ni..:P

Monday, September 19, 2011

Aku ni tak layak la join open house

Apsal ehh asal je aku makan kat open house...mesti, mesti dan mesti sekali lagi aku dilanda cherry berry. Apsal hah? hah? geram tul asik kena masuk jamban. Jamban wangi tak per..jamban kan..bau jamban la kan. Eee yerkkkk.

Orang len occay je makan. Tak da plak cam aku. Sebelum2 ni pun occay je kalu aku makan macam2. baby marah kot sebab dia tak larat makan. ye ker baby? mama makan untuk baby ni..huhuhuhu

Koyak rabak




Geram tul kat budak kecik ni...Heran aku, suar dia asal je banyak koyak kat celah kangkang ni ( dah 2,3 lai koyak). Agak ni pembalasan tuhan sebab aku selalu bebel kat cousin aku Si Lan tu...asal dia pakai suar je mesti koyak. Dah la tak suka pakai spender..mau aku tak marah kan. Ini...tengok...kena batang idung sendiri. Anak sendiri pun dah 2X5 ngan Si Lan tu. Uhuk uhuk uhuk..mana mau letak muka aku, padan muka je lahhh..

Hari tu dia baru balik bermain ngan Si Lan (Lan ni dah darjah 3...Aqil suka sangat kawan ngan orang besaq dari dia, sebab cousins (Lan, Mie n Faris) aku akan bawa dia ronda2 keliling kampung nek basikal..)..tengok2 suar dia rabak ja kat bawah! Huaaaaaaaaa aku lani dah la dilanda simptom malas. Apa saja keja sume malas apatah lagi nak wat keja jahit2 ni. Aku tanya apsal koyak. Macam biasa

Aqil : Tak tau laaa

Huh aku syak mesti duk nek basikal yang koyak ni sebab Si lan akan kongsi seat basikal ngan Aqil. Aqil duk depan, itu yang mudah koyak kena hujung seat.

ker Si Lan yang koyakkan sebab aku selalu bebel kat dia. Balas dendam may be? hakhakhak hakk tak baik berprasangka buruk kannnn?

Saturday, September 17, 2011

Cuti2 pun ada assignment

Hari ni teruk bebenor kaki aku terutama kat betis. Rasa macam batu ladung bergayut pat lima kilo. Sakit...nak jalan terasa berat. Dah tempek saloplas segala haram tak lega. Semalam dah letak mustajab haram dok mustajab gak. So, kerugian yang aku alami...terlepas 1 kenduri...2 open house. pastu tengah hari tadi abang ipar sms mat pezal soh balik umah mertua...dia buat kenduri KFC.. ahhhh terlepas segala2 seisi makan. Aku ada lagi sebulan untuk kedarah segala macam. Bukan senang lepas ni kena berpantang. Ohhhhh hazab occay.

Tengah melayan sakit dapat plak sms dari bos minta check emel. Waduhhh ada keja yang perlu wat masa weekend. Ni nak kena claim OT ni. hadoiiii!!! Nasib baik aku nya part ciput je. Nasib baik. He he heh he he...ni aku dah setelkan dan dah emel pun. tak tau kalu ada salah..esok kena on laptop lagi. Esok dah la banyak plan ni. Hurmmmm

Thursday, September 15, 2011

Cinta monyet...tetiba teringat

Uihh galak plak aku ni..tetiba melayan perasaan teringat zaman muda remaja dulu2. Masih ingat masa aku darjah 3...diulang darjah 3 yer ada sorang abang ni Ya Allah sangat2 la suka kaco aku. Tiap hari tak lalu depan kelas aku tak boleh. Stress aku. Tak larat nak jerit "Jangan kaco sayaaaaaaaaaaaaaa". Rasanya beratus kali aku duk ulang ayat tu. Bila aku tanya napa la suka sangat kaco aku ha? ha? haaaa? tau dia cakap pa

Mamat poyo : Saya suka rambut awak.

Cam hape jer. Dulu masa aku sekolah rendah memang aku tak bertudung (bertudung secara seres masa darjah 5)..eksen nak tayang rambut aku cecah pinggang! Sian mak aku...hari2 kena dandan rambut aku ngan adik pinat aku....bebel dia sampai soh abah aku p potong. Abah aku plak wat tak layan je...heheheh. Sian mak.

Disebab tak tahan sangat aku ngadu je kat sepupu aku paling senior..uihhhh berasap dia bila dapat tau aku dikaco mamat poyo tu. Mana aku tak takut...aku nak balik sekolah (bila ada aktiviti ko-ko sebelah petang) boleh plak dia tunggu depan kampung dia..gerun seyyyy. Time pagi2 ok la sebab aku gi sekolah tumpang arwah cikgu yusof. Baik cikgu tu..yang best kalu lambat, kami tak yah jawab...pandai2 la arwah cikgu jumpa cikgu besaq. Banyak kali oooo kami terlambat pi sekolah. Terbayang2 aku wajah arwah cikgu bila terlambat...gelisah! Sekali tu hari isnin...sampai2 orang dah mula buat perhimpunan. Ohhh sangat popular tika itu, penumpang2 cikgu glemer sekejap bila sume pandang kami turun sorang2 dari van cikgu depan perhimpunan. Ekkekekek...

Occay berbalik mamat poyo tu...tak tau napa la dia taksub sangat ngan rambut aku ni, padahal kalu terungai dandan cantik2 yang mak aku buat...mesti aku persis rupa hantu langsuir. Kembang je rambut aku kalu mak aku tak dandan. Ekekke..Penah mamat tu hampir nak kena cepuk ngan cousin aku sebab duk kaco aku sangat. Tapi tak penah serik!

Bila abah bawa aku ngan adik pinat aku potong..masa tu sedih sangat2. Hampir jatuh air mata bila rambut tu jatuh ke lantai. Amoi yang potong tu pun tak sanggup nak potong. Tanya abah aku berkali...betul2 ker nak potong. Mak aku tak ikut..aku rasa mak aku pun tak sampai hati tengok rambut kami dipotong...tapi dia juga yang soh potong. Aku tau..mak letih hari2 kena ngadap rambut kami ni...terpaksa.

Lepas potong rambut...mamat tu terkejut gila tengok rambut ketot aku (paras bahu). Siap mai jumpa...napa potong rambut?

Aku : sukahati aku la...rambut aku.

Hakahakghakhakkk...hari2 aku nampak wajah kekecewaan dia. Terpikir aku...mamat ni syok kat rambut aku ka atau diri aku ni??? Kalu aku tau dia suka rambut aku je senang, aku kasi je rambut aku yang potong tu...kan senang.Hang tenung la hari2 asalkan jangan kaco aku. Eh tapi kan, abah aku soh amoi tu bungkus rambut aku ngan adik aku bawa balik. Pastu mak aku tanam kat pokok pisang. Orang tua2 la kata rambut akan cepat panjang balik. tak paham tul mak aku ni....dia soh potong..tapi berharap rambut anak2 dia cepat panjang balik. Sapa yang nyesal sebenarnya ni??

Eh tajuk aku cinta monyet kan? tapi tak da la aku rasa bercinta ngan mamat tu pun. Nyampah ada. hahahhaha. tapi aku heran, masa aku sekolah rendah dulu...napa aku tak jumpa mat pezal awal? Masa tu aku darjah 3, mat pezal darjah 5. Kenapa kami tak penah kenal? Ohhh kalu la aku jumpa mat pezal waktu tu....ni bukan dikatakan cinta monyet dah ni...gila2 punya cinta. Dari darjah 3 sampai tahun 2011! haaa lama gilakan kalu nak dihitungnya kalu kami dah kenal time tu...:). tapi masa darjah 3, takkan la aku nak cinta2 kan. Ohhh tersangatlah gatai punggung occay kalu bercinta time tu! kehkehkeh.

Ermmm tak kisah la kami lambat ke..cepat ka jumpa...apa2 pun aku teramat bahagia ngan mat pezal. Doakan kami bahgia hingga akhir hayat kami...dan yang penting...bahagia hingga "di sana" :) I love you ABANG!

Budak melayu singapore ni memang hamlau tul!


Hishhhh memang kuar ajaq budak ni. Tak tau la budak ni islam pada nama je..atau dalam hati dah tak Iman. Ampa nilai la sendiri. Budak bodoh ni patutnya kaji dulu pasal2 ni bukan men shout kuar ayat2 ngok dia tuh. Kalu rasa nak pancut sangat gi cari pelacur la...biar kena AIDS. Baru padan muka!

Cuma baca Kisah Saiditina Aishah dulu. Baca sampai paham la tolol oiiii....Rasulullah bukan macam yang hang faham tu. Hanya sedikit hadis tu yang hang meloncat wat statement cam hamlau tu apsal. Ngok!

Kena faham di sini yer...walau umur Aishah a.s ni muda sangat masa kawin dengan Rasulullah...Aishah bukan budak2 macam zaman sekarang. Aishah matang di usia muda. Ishhh pegi cari buku tentang Aishah a.s!!!

Kenapa kita perlu baca Al-Quran walau tak faham??

Aku ada jumpa cerita menarik dan nak kongsi di sini. Meh baca (aku copy paste je ni)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
.. Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman.Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran.

Cucunya ingin menjadi seperti Atuk & meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.
Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun & jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya.
Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’

Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata,
‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai & isikan saya seguni air.’

Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa & berkata,‘Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’ Dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi.

Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah.Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni & dia pergi untuk mengambil baldi.Orang tua itu berkata, ‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air.Anda tidak cukup kuat mencubanya.’Dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.

Pada ketika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah.

Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai & berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya,’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’

Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut & buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar & dalam.

‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman & luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.


"Al-Qur'an ini adalah pedoman bagi manusia, petunjuk & rahmat bagi kaum yang meyakini".

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Faham kan maksud Atuk tu? walau apapun jangan risau, sekarang ni macam2 jenis tadsir Al-quran dijual. Yang penting, nak seribu daya..itu yang paling utama.