Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Friday, December 3, 2010

Sayang Ayah

Pagi semalam, aku dah siap-siap nak pergi kerja..mat pezal call aku. Nadanya amat berlainan sekali

Suami : U,..hmm jangan pegi kerja leh?

Isteri : Awat plak?

Suami : Ni...ayah sakit teruk ni. Cepat mai sini

Ishhh semalam mak ngan abah pi melawat ayah baik saja. siap lepak luar umah sambil cukur janggut. Tapi tu la kan...menda nak jadi ni sat ja. Terus aku pedeqaih keta balik umah mertua. Aqil aku tinggalkan kat mak. Patutnya aku bawa je kan..tapi leh plak aku tinggal Aqil. Hishhh apa la ang ni leya.

Sesampai umah mertua..keta penuh halaman umah. Dada berdegup kencang. Rasa nak luruh jantung pun ada. Masuk-masuk penuh ruang tamu. Muka masing2 dah sembam dan ada yang menitis air mata. Lemah lutut aku...aku tak mampu melangkah ke depan duk disamping ayah. lagipun dah ramai keliling ayah. aku duduk di sebelah Mak Wa. Tak semena-mena air mata jatuh. Ye, aku tak kuat. Aku sayang ayah. Bila tengok ayah cam ni hati sangat sayu.

Dua kali mata ayah menonggak ke atas hampir tak nampak mata hitamnya. Masa ni aku dah dapat menyelit duduk di hujung kaki ayah. Masa keadaan ayah macam tu bacaan Yassin terus dibacakan seorang jiran. Datang plak mak su aku (adik bongsu ayah) terus menangis di sisi ayah. Ada seorang menyabarnya. Yelah..tak baik macam tu sampai mengeluar bunyi seperti meraung. Akan memburukkan lagi keadaan ayah. mat pezal letak air skit kat bibir ayah. Pak Tam tak henti-henti mengucap di hujung kepala ayah.

Suami : Ayah..kita pi hospital na..ayah lemah sangat ni. Duk sini pun, kami tak boleh buat apa.

Ayah : (menggeleng kepala)

Pak Tam : jangan macam tu..kita pegi hospital na...

Ayah tetap geleng kepala. Mat pezal keluar ke halaman rumah. Aku tengok dia cakap ngan pak sedara len. Bincang sesuatu. Lepas 3,4 minit laki aku call seseorang. Then lepas abis cakap dia dekat ngan Pak ngah bagitau dia telefon ambulan gak. Kalu nak bawa nek keta tak da sapa berani nak bawakan sebab keadaan ayah sangat-sangat la lemah longlai. Lebih kurang setengah jam ambulan dari Hospital Kepala Batas pun sampai. Kejap je ayah dibawa pergi. Maaf ayah, kami terpaksa buat keputusan begini sebab KAMI SEMUA SAYANG AYAH

No comments:

Post a Comment