Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Friday, December 3, 2010

Blog oh blog


ni fes time ha aku duk wat kerja lagu ni...


* Usia anda berblog ..
blog aku berusia dalam setahun 2 bulan
Oct 2009 - Dec 2010 = lebih kurang setahun 2 bulan. Ye dak? math SPM aku bukan A1. heeee


* Sapa mempengaruhi anda untuk membuat blog
Tak dak sapa yang pengaruh aihh.. sebelum ni duk baca blog oqang ja..pastu dari hati yang paling dalam terdetik "syok gak nuh ada blog.. leh merepek-repek dalam ni".

* Perkara pertama yang timbul dalam kepala bila mendengar perkataan blog
blog adalah medium untuk luah apa saja yang terbuku, terfolio, terjilid dalam hati then campak je sume dalam sini. Jadikan kan perpustakaan kehidupan kita. Alaa macam diari ar...

* Mereka yang menjadi sumber inspirasi anda dalam dunia blog ..

Of cos la anak laki aku yang sorang tu. Ngan ada dia la, banyak modal aku nk citer dalam blog. Disamping tu mesti la suami tercinta (eh aku rasa laki aku tak pun aku ada blog. maklom la...buta IT..hak3x abang kalu terjumpa blog i, jangan marah nohhh). Okey tu orang yang paling dekat ngan aku la...kalu orang luar lak tentu la redmummy then zack zukhairi. Yang Ben Aashari...best tapi sayang aku baru follow blog dia baru seminggu. Sori jangan marah. Baru terjumpa ha. tapi memang best blog hang! Ni dah terlekat dalam hati dah ni. Blog je la lekat dalam hati, tuan blog dak la...aku ada laki, hg pun ada bini kan...yo dok? heee

* Bagaimana anda nak terangkan mengenai blog pada rakan anda yang buta IT
Uihh susah gak tu..suami tercinta pun lebih kurang cam tu cam na terang kat kawan kan. Tapi ada la satu kali tu ada makcik (aku anggap dia cam kawan aku gak. kawan sekerja) aku duk gosip2 hal artis duk sebut aku baca dalam blog. Dia ada tanya blog tu apa? aku cakap "alaaa...ala-ala website la. Tapi blog ni lagi beh, dah la free..lehh buat pi la banyak mana pun...pastu dah create akaun sebijik...taip la apa menda nak taip. Macam saya, blog ni saya jadikan macam diari. Apa perkata menarik, pasti saya post dalam blog" pastu aku tarik aa tangan dia tunjuk blog aku. Baru dia faham.

* Dalam 100 patah perkataan , Apakah blog mampu mempengaruhi kehidupan seharian anda?
Hishh mesti la pengaruhi sangat. Kalu tak cam na aku ada sebijik sedebuk blog leya yusof ni. Pastu aku gigih duk update apa yang dok jadi kat aku, ada sedih ada gumbira..sume ada.macam-macam rasa. kalah masakan tiga rasa! BLog ni gak la buat aku happy sebenaqnya sebab aku nak maki ke hapa aku campak sini. Yolah nak maki orang takut berdepan, pengecut nak mam***. actually, ok kan aku maki sini dari aku maki orang secara berdepan. kang ada yang terputuih silaturahimmm...tapi tak da la aku maki ngan kesat lagi kesat sekesatnya.. ha, dah panjang kot aku taip ni...dah cukup kot 100 patah perkataan. sat aku nak kira. kakkakakak Haaa...aku kira dah lebih 100 okes, leh submit dah. Done!

7 comments:

  1. salam perkenalan..Cik Ila follow.. :)

    ReplyDelete
  2. salam singgah, jemput ke blog buruk saya jugak ea? hehe, nice entri, keep it up oke (:

    ReplyDelete
  3. salam blogger...tambah kenalan disini...nuffy kick.

    ReplyDelete
  4. jalan2 cni dri blog BA..
    jemput singgah blog saye..
    http://aienzcruzzle.blogspot.com/
    ♥♥♥♥

    ReplyDelete
  5. lelord, cik ila, kay yea, azza firza, aisyah AR, aienzcruzzle = TQ sume. terharu giler ampa singgah masuk blog marang merapu aku ni!

    ReplyDelete