Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Wednesday, November 10, 2010

Macam-macam diam.


Mari-mari aku kongsi sedikit ilmu. Ni hasil aku baca majalah solusi. Rupanya bagus majalah ni...banyak sangat ilmiah.
1.Diam terpaksa
- Penah tak bila kita nak menyampuk cakap orang tua-tua ada je depa kata "haaa hang budak lagi jangan menyampuk. duk diam!"

2. Diam Bodoh
- Masa aku student dulu selalu la aku wat diam bodoh ni. Muahahha..yelah, dah dapat pun cikgu/lec garang-garang sampai aku nek takut nak tanya. Bila cikgu/lec tanya faham tak. Aku ngaku je faham. Abis kelas baru kecoh tanya member. So, tak tak baik amalkan cam ni. yang bodoh pun bukan sapa...diri sendiri jugak kan.

3. Diam Malas
- Ha yang ni pun aku penah wat., kuikuikui...masa skol dulu bila cikgu tanya "sapa reti setel masalah ni?" tobat aku tak angkat tangan. Kang bila angkat tangan...sah-sah nanti bila next class, aku gak kena menjawab.

4. Diam marah
- Diam ni jika pendam boleh mendatangkan stress dan segala bagai penyakit. Jadi jangan amalkan. Kalu rasa nak marah..marah je..lepasssssssssss..

5. Diam merajuk
- ni diam aku ngan kawan selevel aku selalu buat. Ni dalam meeting la. Bila bos tengah tempt dia sangat HOT, maka diam la sume. Kalu membangkang pun tak guna. Nanti ko kena balik. Baik diam.

6. Diam Kianat
- Ni tak ubah macam citer drama. ada 2 kawan baik, seorang dah ada boyprenz..dalam diam kawan sorang lagi rampas boypren dia. orang cam ni..kalu jumpa sula je!

7. Diam Sombong
- Ni tak lain tak bukan orang yang sangat pentingkan darjat.

8. Diam semulajadi
- Tak perlu banyak citer...dah nama pun semulajadi jawapannya orang bisu ler.

9. Diam efektif
- Orang cam ni bagus..dikatakan diam-diam berubi. Diam dia, ada je hasilnya sebab dia diam ni nak menyusun strategi. Ada ka orang duk susun strategi mulut duk gampang ngupat sana sini? Kalu ada..strateginya memang hancussssssssss.

No comments:

Post a Comment