Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Saturday, November 13, 2010

Exam KPLI ambilan 2011

Sebelum ni laki akau kata malas nak anto aku p exam KPLI. Aku plak siap ugut aku pun malas nak pegi kalau tak da orang anto. kan aku dah citer sebelum ni sekolah yang aku nk pi exam tu..parkingnya ciput sangat. Aku bab parking memang tak leh tolak ansur dan paling nyampah (padahal tak nak ngaku aku tak terer parking.keh3x)

Tup-tup kan, pagi ni laki aku balik awal anto kan. Aku dah agak la laki aku tak kan biarkan aku pegi sorang lah. Sapa tak sayang bini. hik3x.

Sesampai aku pun mula la meramah mesra ngan orang persekitaran.

Aku : dah berapa kali amik KPLI ni?

Budak tak nama : Hmmm dah pat kali dah punnn (pastu budak tu ketawa keh3x. aku pun sambut gak keh3x)

Aku : ehh sama la saya..(pastu aku gelak he3x...budak tu pun sama he3x)

Sempat la aku borak dalam 10 minit cam tu...pastu ketua pengawas (bukan pengawas sekolah tapi pengawas exam) angkat speker kat luar dewan

pengawas : Okes, nati masuk ikut bil kat senarai kedatangan. Dan diingatkan hanya pensil dan pemadam sahaja dibenarkan masuk ke dalam dewan. Handbeg2 sila letak di luarrrrr..

Aku apa lagi nek hot ngan ayat "Handbeg2 sila letak di luarrrrr..". Hishhh tak caya aku..walau yang mai sume ni bakal2 cikgu cikgi...tak semestinya sume amanah. Haihh takut aku nk campak handbeg coarch aku kat luar (hmmm sejak bila aku ada coarch ni?).

Aku redha letak handbeg aku tu kat luar. Sapa nak amik...amik lerrrr.Tak kisah pun. keh3x (hepon aku seludup masuk letak dalam pensil box, purse aku letak terang2 kat bwh kerusi. So, dalam handbeg aku ada bedak muka je. ada sapa teringin ker???

Soalannya...masyallah, susah giler. Aku rasa last year aku boleh jawab ngan betul banyak. Adus...tak dapat lagi aku nk jadi cikgu!

No comments:

Post a Comment