Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Tuesday, November 30, 2010

Hantu Hijau

Pada suatu lewat malam tu aku bangun terasa nak pi bilik air, tengok mat pezal (laki aku la mat pezal tu...sapa lagi sebilik ngan aku kan) dengan aqil tido sedap je. Aqil tu macam biasa kalu aku terjaga malam mesti aku tengok dia tido dalam posisi terlentang. ish-ishh.. Then, buka pintu pelan-pelan takut mengejutkan Aqil. kalu takat laki aku yang terkejut, lantak la..hakhakhakhak...

sesudah melepas hajat seni tu aku pun bula la lock pintu. terkejut besaq wes, ada satu lembaga besaq punya berdiri betul-betul kat pintu. aku apa agiii

"makkk....Kkkkkkk...ehhh?"Aku menjerit tapi tak menjadi setelah aku sedari lembaga tersebut bukan lah hantu. kurang asam punya mat pezal. saja kenakan aku. dah la keadaan malam tu sangat-sangat sunyi. hampir nak luruh jantung aku punya terkejut. sapa yang baca aku taip ni memang tak rasa pa-pa melainkan melalui seperti aku lalui ni.

Monday, November 29, 2010

Wanita dakwa daftar namanya sebagai pemilik matahari

Senggal gila minah ni....nak mengenakan caj kepada setiap orang yang menggunakan matahari. wes, aku guna cahaya matahari ni...nak caj dak? meh sini caj aku. Dunia dunia..manusia ni macam ramai plak jadi mangkuk hayun. Yang tak logik, jadi logik. meh layan berita ni. Aku ceduk dari kosmo hari ni

MADRID - Seorang wanita dari Galicia, Sepanyol, Angeles Duran (gambar) menyatakan matahari secara rasminya sudah menjadi miliknya, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut Duran yang berusia 49 tahun, dia mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari di sebuah pejabat notari awam tempatan.

Pejabat notari awam bertanggungjawab mengesahkan sesuatu perjanjian yang dibuat.

Dokumen yang dikeluarkan pejabat itu mengisytiharkan bahawa Duran merupakan pemilik matahari iaitu bintang yang terletak di pusat sistem suria dengan jarak dari Bumi kira-kira 149,600,000 kilometer.

Menurut wanita itu kepada akhbar El Mundo, dia mengambil langkah mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari pada September lalu.

Duran berkata, dia mendaftarkan namanya itu selepas membaca artikel bahawa seorang lelaki Amerika Syarikat telah mendaftarkan namanya sebagai pemilik bulan dan kebanyakan planet di dalam sistem suria.

Dia menjelaskan, terdapat satu perjanjian antarabangsa yang menyatakan bahawa tidak ada mana-mana negara boleh mengaku menjadi pemilik bintang atau planet.

Namun, perjanjian itu tidak menyatakan bahawa mana-mana individu tidak boleh menjadi pemilik bintang atau matahari.

Duran menyatakan, dia kini mahu mengenakan caj kepada setiap orang yang menggunakan matahari.

Menurutnya, dia akan memberikan separuh daripada hasil kutipannya itu kepada kerajaan Sepanyol, 20 peratus untuk dana pencen, 10 peratus bagi tujuan penyelidikan dan 10 peratus untuk menamatkan kebuluran dunia manakala 10 peratus lagi menjadi miliknya. - Agensi

Ada gambar minah tu, tak hingin aku nak tempek sini.Bukan cun pun. Dah la tak cun, akai letak kat _________________ (sila isi tempat kosong. jawapan yang betul diberikan sebanyak 12 markah).

sekian terima kasih.

Saturday, November 27, 2010

Ditinggalkan

Akhirnya aku tak jadi ikut mak abah ke kelantan, kenduri rumah menantu pak teh mansor. Rasa malas. tambah2 lagi perjalanan 4 jam. Ohh sangat tak mahu. baik aku lepak umah je. Duit pon dok abis. Biasa la aku klu pegi kelantan kang macam2 aku borong. Mau terbang rm500. Baik simpan kan.

Laki aku plak keja, maka tinggal la aku dengan aqil ni. Pagi tadi siap bawa aqil pegi market kepala batas. pergh sesak. Dalam sesak tu aku dapat parking baik punya so tak yang aku pusing pat lima poloh kali. belok je terus ada parking. sangat bagus!

Dalam pala otak nak plan beli macam2 tapi memandangkan aku turun dari keta dah bawa beban 13 kg, so skit je la aku beli. orang kata ala kadar kan...beli pun tak da nk pilih2 sangat. Apa yang terlintas nk beli terus beli., Tu dia macam orang kaya gayanya. nak cepat nya pasal. Berat oooo dukung budak soqang ni.. huhuhu

Sudah siap beli singgah plak kat kedai barang Ika. Ingat nak cari perkakas nak buat Apam Mekar petang ni, tapi aqil dah start ngamuk, tak jadi beli. Tanpa beli 1 barang aku masuk dalam keta balik. heeeeee geram toi la

Singgah plak kat kedai barang bertam. nak masuk beli perencah tomyam. tapi kena upah aqil dulu kasi dia main kuda yang bunyi2 tu ha. masuk 50 sen, terus kuda tu nyanyi lagu rasa sayang yeah...pastu lagu kotak sikatak lompattt...hish aqil teruk tul la. huhu

Friday, November 26, 2010

menci bercampur suka!

Sangat geram dan menciiii. Gelang hadiah anniversary kedua aku putuih! waaaaa....tensen2.

Disebalik putuihnya gelang aku ni..

Suatu hari tu lebih kurang seminggu yang lepas

Isteri : Abang, boring la pakai gelang ni, rasa nk tukar gelang baru la. 3rd anniversary kan dah dekat, tukar baru nak? u upgrade skit. tak yah sampai beribu, beratus pun jadi lah..hehhe

Suami : Tak yah gatai, pakai yang yang tu dah selagi boleh pakai

Isteri : Alaaaaa tak best u ni. bukan minta mahal2 pun, ciput jerk..(wat muka moncongggg..konon2 majuk)

Suami : Tak payah!

Okes, sambung citer. Gelang yang putuih ni bukan aku sengaja putuihkan. memang putuih sendiri. Tersangkut kat towel mandi tadi. Aku plak sangat gelojoh, main tarik. Sudahnya jadi la gitu. So, ada chance la aku nak tukar gelang baru kan? kan? Oh

Oh Yesssssssssssssss!

Monday, November 22, 2010

Halamakkkkkkkk

Semalam kan aku soh laki aku urut kaki aku. kat tumit aku bagai dicucuk jarum je rasa bila aku jalan. Ngilu semacam. Aku tempek saloplas pun tak rasa pa2. kejap2 rasa kebas la, rasa sejuk la..macam2 rasa oooo.

Duk sedap laki aku picit, aku mengiring sebab lengguh badan. Masa pusing badan aku tu (tala bontot kat laki yang duk kat hujung kaki) tanpa disangka2 meriam kabait aku meletup, tequih laki aku tolak kaki aku

Suami : Hishhhhhhhhhhhhh dah la soh orang urut dia, pastu bleh plak kentut kat oqang!

Isteri : waaaaaaa tak sengaja, dia meletup sendiri. Tak dan nk controllllllll (serba salah n wat muka minta dikasihani)

Suami : arhhh dah...taknak urut. buat sendiri! (laki aku terus tido, kali ni bontot dia tala aku..huhu..wat2 majuk lak. Menciiiii)

HUhuhuh padan muka aku. Orang tu elok je duk urut aku, aku kasi balasan musyuk masyam kat dia. Sowi abanggggggggggggg...huaaaaaaaaaaaaaaa...

Friday, November 19, 2010

Dialog isteri ngan suaminya : Qurban

Cerita ini berlaku sebelum nak lelap mata. macam biasa la, sebelum tido mesti sembang-sembang isu-isu semasa....

Isteri : Abang, mak nk wat qurban sabtu ni, sapa lagi join? kan sekor lembu 7 org leh join...


Suami : Ntah la. Tak tau

Isteri : Hish abang ni, menda cam ni pun tak amik tau. Kalu tak da sapa join, i nak join mak. I kasi la wet kat mak skit. Abang tau tak betapa pentingnya qurban ni. Nati kita mati sok, binatang yang kita qurban ni la jd kenderaan kita kat padang masyar. kalu kita tak buat qurban..laqat ka nak jalan?? (uihhh time ni semangat aku ceramah laki aku. Nak kasi keinsafan la katakan)

tau laki aku jawab apa?

Suami : laaa...kat sana nanti abang nak nek beca. ada-ada?

Isteri : hishhhhhhh main-main plakkkkkkkkkkkkkk! nyampah betul!

aku lempang dua tiga das kat pipi laki aku. huh.

Mandommm

Setelah banyak sangat cutio, terasa mandom plak hari ni. Mujur la hari ni tak da lagi fail problem. Goyang kaki la duluuuuuuuu hehhehe.

Cerita raya:
Pagi raya macam biasa, raya sebelah aku dulu. Petang kemudian baru balik umah mertua. Budak2 pun tak da yang mai kutip wet raya. Masing2 duk umah lepak depan tibi rasanya.

Semalam raya kedua balik kg di baling. Tak da la meriah sangat. Ramai sepupu aku tak balik. Masing2 dah start keja. Tu yang tak best, xda gang nk bergosip. :P

Tuesday, November 16, 2010

Citer Mak timah ngan Tok Choq

Mak Timah ~ Sakit kakinya dah makin kurang so hari ni aku kembali kerja. Cuti aku pun tak banyak jadi kena masuk keja jugak2. Mak aku ni, aku ajak urut dia tetap tak mau. Ajak p klinik berkali-kali p pun tau mau gak. Aku kesian giler tengok mak aku jalan capit2 gitu.

Tok Choq ~ Semalam lepas operate abah aku siap cakap nak balik petang semalam gak. Ni sorang lagi, masing2 takut ngan doktor. huhuhu. Ni nak story skit, baru aku terasa hospital private ka..gomen ka..sama saja. Abah aku operate telinga kat Hospital Pantai Sungai Petani. Aku sangat tak puas hati ngan nurse2 situ. Sangat la sombong. Nak senyum pun payah. Ada aku senyum langsung tak balas. Hapa punya nurse wad 3 ni. Nyampah tengok. Lepas tu sekor lagi aku nyampah kat tukang amik order makan. Dari cafe mutiara. Leh plak dia paksa2 abah aku order makanan dia. Dah terang2 aku cakap tak payah sebab aku dah bawa makanan.

Budak senggal : Pak cik..pakcik order la pa-pa? (ucap budak tu ngan nada gedik tahap longkang. seres betul! )

Abah : hmm tak mau la, pak cik tak leh makan lagi. doktor suruh posa.

Budak senggal : Eh iye ker? meh saya tanya nurse...( tu dia...punya nak soh order makanan dia, dia sanggup pi tanya nurse. yelah kalu nurse kata boleh, mesti dia akan paksa abah aku order)

3 minit kemudian.

Budak senggal : ehh pakcik dah leh makan laaaaaa. Ha, pakcik nk order apa?

Aku : Tak apa la adik, kak dah bawa nasi ni. Tak nak order pa2 dah

Budak senggal tu tetap degil..dok tanya soklan tu berkali-kali kat abah aku, sampai abah aku tengok aku banyak kali. Macam nak soh budak tu blah cepat. Lagi aku bengang, slumber dia duduk aas katil abah aku.

Aku : Abah kak tak nak la...dah ada makanan niiiiii. (Aku mula tinggikan diri)

Budak senggal : Ok, kalu cam tu order untuk esok? haaa...pak cik nak makan pa

Akuuuuuuuu rasa nak lempang budak ni. degil nak mampus!

Aku : Tak order kot sebab may be hari ni dah leh balik

Budak senggal : Tapi doktor tak cakap pa2 lagi kan....kalu cam tu order la dulu. (kali aku rasa nak penampaq je budak ni. Adik aku duk sebelah abah aku pun dah buat2 muka kat aku~nak marah)

Aku nek nyampah gila. Duk paksa2 orang apahal? sukahati la orang nak makan ke tak. Pastu

Abah : Tak pa, bagi je la milo untuk esok pagi. milo ngan roti bakar

Budak senggal : milo ok, tapi roti bakar tak da...saya nk kena bawa baker la mai sini pakcik hehheeh (budak tu gelak...tapi gelak dia macam dalam hati "eh orang tua ni, nak roti bakar plak. takkan aku nak kena cari baker ")

Abah : la, tak da pulak?

Aku : La, ingat macam2 ada! (aku dah panas hati)

Budak senggal : Ok la pakcik, milo panas je la kan...

Budak tu blah. Hantu sungguh la budak tu. Dalam 5 minit cam tu kan...air milo panas sampai ngan cucur jagung 3 bijik. Ehhh? Kan kami order esok pagi?

Apa leh aku kata kan...budak ni memang bermasalah dan otak letak lulut!

Sunday, November 14, 2010

Esok : Plan

Penin pala sekejap ngan situasi aku sejak kebelakangan ni...Mak aku hari tu terjatuh sampai nak jalan, amat2 la slow. Kaki bengkak meqelit. Sian mak. Aku ajak p klinik tak nak. Penakut gak mak aku ni.

Esok, terpaksa la aku amik cuti. Lagipun esok gak abah aku kena operate telinga kat hospital pantai. Adik aku katanya kena pi kelas. So, terang2 la..aku kena temankan abah. Laki aku sok pagi baru balik keja, dan petang sok kerja lagi. Aku tak nak la kacau dia..Sian plak dia. Malam kerja, siang mesti nak tido kan...

Apapun aku berdoa sangat supaya mak abah aku kembali sihat. Dekat2 nak raya ni macam2 hal. aidilfitri hari tu pun aku tak leh raya sakan. esok nak raya aqil baru leh kuar wad. So, aidiladha pun lebih kurang cam tu. Dugaan betul.

Hmm aku terfikir ni..macam perlu je insurans. Macam kes abah aku, sah2 esok abis dekat pat ribu nak bayar. Kalu ada insuran kan bagus....huhuhu

Besen??

Tadi kan..masa aku tengah lipat2 baju dalam bilik..

Mama : Aqil, mak tok mana?

Aqil : hmmm ...be'sennn..(jari dia tunjuk ke arah luar pintu )

Maksudnya? mak tok ngan tengah tengok television..keh keh keh

Saturday, November 13, 2010

Exam KPLI ambilan 2011

Sebelum ni laki akau kata malas nak anto aku p exam KPLI. Aku plak siap ugut aku pun malas nak pegi kalau tak da orang anto. kan aku dah citer sebelum ni sekolah yang aku nk pi exam tu..parkingnya ciput sangat. Aku bab parking memang tak leh tolak ansur dan paling nyampah (padahal tak nak ngaku aku tak terer parking.keh3x)

Tup-tup kan, pagi ni laki aku balik awal anto kan. Aku dah agak la laki aku tak kan biarkan aku pegi sorang lah. Sapa tak sayang bini. hik3x.

Sesampai aku pun mula la meramah mesra ngan orang persekitaran.

Aku : dah berapa kali amik KPLI ni?

Budak tak nama : Hmmm dah pat kali dah punnn (pastu budak tu ketawa keh3x. aku pun sambut gak keh3x)

Aku : ehh sama la saya..(pastu aku gelak he3x...budak tu pun sama he3x)

Sempat la aku borak dalam 10 minit cam tu...pastu ketua pengawas (bukan pengawas sekolah tapi pengawas exam) angkat speker kat luar dewan

pengawas : Okes, nati masuk ikut bil kat senarai kedatangan. Dan diingatkan hanya pensil dan pemadam sahaja dibenarkan masuk ke dalam dewan. Handbeg2 sila letak di luarrrrr..

Aku apa lagi nek hot ngan ayat "Handbeg2 sila letak di luarrrrr..". Hishhh tak caya aku..walau yang mai sume ni bakal2 cikgu cikgi...tak semestinya sume amanah. Haihh takut aku nk campak handbeg coarch aku kat luar (hmmm sejak bila aku ada coarch ni?).

Aku redha letak handbeg aku tu kat luar. Sapa nak amik...amik lerrrr.Tak kisah pun. keh3x (hepon aku seludup masuk letak dalam pensil box, purse aku letak terang2 kat bwh kerusi. So, dalam handbeg aku ada bedak muka je. ada sapa teringin ker???

Soalannya...masyallah, susah giler. Aku rasa last year aku boleh jawab ngan betul banyak. Adus...tak dapat lagi aku nk jadi cikgu!

Friday, November 12, 2010

Chinta dan Malam Pertama

Tamat sudah citer Chinta petang semalam. Apa yang aku boleh ulaskan:

Aku paling kesian kat chinta sebab sempat menjadi isteri Rasul Iman (selama ni hidup bermalam ngan macam-macam jantan..dari jantan muda jambu, sampai la ngan jantan tua kerepot.) tapi dia tak sempat malam pertama ngansuaminya tu. Yang halal tu tak merasa..keh3x.

Sadatul, atas kesabarannya merelakan cintanya terpaksa kongsi ngan chinta...dia dapat habuan yang tak disangkakan (bakal dapat anak kembar). Ini best. Aku dah jangkakan dah akan jadi cam tu. Ceta melayu kan...

Rasul Iman, nyampah gak ngan laki cam ni. Mcam amik kesempatan pun ada atas isterinya bila bini dia soh kawin jugak-jugak ngan cinta. Aku ingat Rasul ni akan terharu dan jatuh sayang ngan bini dia..tapi tak nampak sangat la. Dia macam pura-pura sayang sadatul sebab macam berterima kasih kat bini dia sebab kasi dia kawin ngan chinta. Padan muka tak sempat malam pertama ngan chinta. muahhahaah

Ok, dahhh tu je. malas nk ulas panjang. Apa-apapun citer ni best walau aku tak suka sangat ngan si fasha ni.

Adios

Chinta dan Malam Pertama

Hari ni tak pegi keja

Hari ni aku tak pi keja..bukan sebab malas, penyegan, saja gatai ponteng atau apa-apa sewaktu dengannya. Semalam mak aku jatuh masa tebang pokok pisang...So nak jalan pun sakit-sakit. So, aku amik EL je la hari ni. babai

Thursday, November 11, 2010

Mengusik Aqil

Pada suatu petang tu..(masa tu aku baru balik dari kerja) aku panggey aqil ngan panggilan darwish.

Mama : Darwishhhhh....darwishhhhhhhh mama dah balik...

Muncul si kecik tu depan aku.

Anak : ni...awissss....ni, awisss (jari telunjuk dia ditekan ke dada)

Aku buat tak nampak...terus panggel darwish

Mama : ehhh mana darwish niii....darwishhhhhhhhhhhh....oooo darwishhh

sekali lagi aqil mengaku dia pun darwish....aku buat-buat tak nampak dia...

Anak : mamaaaaa ni...awissssss..(muka dah nak tiyak...sebek semacam je mulut)

Mama : Ala...mana darwish niiiiiii (aku buat-buat merunggut dan mencari-cari)

Lepas tu aqil dah tak tahan....suara makin tinggi (memberontak)

Anak : ni awisssssssssssssssssss...

Aku buat bodoh lagi...saja ngusik..hahahaha..last-last apa aqil buat?

HENTAK2 KAKI...NANGIS!

hehehhehe...mama yang nakal.

Wednesday, November 10, 2010

Macam-macam diam.


Mari-mari aku kongsi sedikit ilmu. Ni hasil aku baca majalah solusi. Rupanya bagus majalah ni...banyak sangat ilmiah.
1.Diam terpaksa
- Penah tak bila kita nak menyampuk cakap orang tua-tua ada je depa kata "haaa hang budak lagi jangan menyampuk. duk diam!"

2. Diam Bodoh
- Masa aku student dulu selalu la aku wat diam bodoh ni. Muahahha..yelah, dah dapat pun cikgu/lec garang-garang sampai aku nek takut nak tanya. Bila cikgu/lec tanya faham tak. Aku ngaku je faham. Abis kelas baru kecoh tanya member. So, tak tak baik amalkan cam ni. yang bodoh pun bukan sapa...diri sendiri jugak kan.

3. Diam Malas
- Ha yang ni pun aku penah wat., kuikuikui...masa skol dulu bila cikgu tanya "sapa reti setel masalah ni?" tobat aku tak angkat tangan. Kang bila angkat tangan...sah-sah nanti bila next class, aku gak kena menjawab.

4. Diam marah
- Diam ni jika pendam boleh mendatangkan stress dan segala bagai penyakit. Jadi jangan amalkan. Kalu rasa nak marah..marah je..lepasssssssssss..

5. Diam merajuk
- ni diam aku ngan kawan selevel aku selalu buat. Ni dalam meeting la. Bila bos tengah tempt dia sangat HOT, maka diam la sume. Kalu membangkang pun tak guna. Nanti ko kena balik. Baik diam.

6. Diam Kianat
- Ni tak ubah macam citer drama. ada 2 kawan baik, seorang dah ada boyprenz..dalam diam kawan sorang lagi rampas boypren dia. orang cam ni..kalu jumpa sula je!

7. Diam Sombong
- Ni tak lain tak bukan orang yang sangat pentingkan darjat.

8. Diam semulajadi
- Tak perlu banyak citer...dah nama pun semulajadi jawapannya orang bisu ler.

9. Diam efektif
- Orang cam ni bagus..dikatakan diam-diam berubi. Diam dia, ada je hasilnya sebab dia diam ni nak menyusun strategi. Ada ka orang duk susun strategi mulut duk gampang ngupat sana sini? Kalu ada..strateginya memang hancussssssssss.

Tuesday, November 9, 2010

Nafsu ada berapa kategori?

Jawapan adalah tiga. Meh aku nk story skit pasal nafsu..selalu sangat aku celoteh ntah apa-apa je kan dalam blog sepi ku ini. Kali ni aku nak jadikan blog aku ni jadi skit ilmiah. Skit sudah..hik3x

1. Nafsu Ammarah bi al-su'
Barang siapa punyai nafsu ni...ia lebih terjurus kepada kemaksiatan dan kejahatan. Dia langsung tak berusaha nak berubah. Malah dia sangat bencikan kebaikan dan sentiasa mengajak orang lain ke arah kemungkaran! nauzubillah.

2. Nafsu Lawwamah
Nafsu ni awalnya seseorang itu membuat kejahatan/kemungkaran...akhirnya baru tersedar kesilapnya dan bertaubat. alhamdulillah

3. Nafsu Mutmalinnah.
Syukur alhamdulillah sekiranya sume manusia di dunia ni punyai nafsu 1 ini. Nafsu ini sangat terkawal kerna ia takut untuk melakukan kejahatan. Pendek kata tingkah laku ini berpaksi melakukan segala kebaikan.


Occay dah. Nanti aku letak bahan ilmiah yang len plak noh.

Rm30,000 untuk kedah dan Rm20,000 untuk perlis?

Semalam tengok berita dan aku sangat terasa "pelik" bila wanita no 1 malaysia umum kerajaan pusat akan memberi sumbangan sebanyak Rm30,000 untuk kedah dan Rm20,000 untuk perlis. Biar betullllllllll? Ker aku silap dengar? Aku tanya abah aku, adakah betul angka itu?

Abah : Hishhhhhhh...kedekutnya...takkan rm30,000? jadi mangsa banjir akan dapat sorang singgit?

Bagi aku adalah sangat tak releven dengan penderitaan mangsa banjir . Barang-barang rumah hampir sume musnah, tak tertangguh nak dapatkan perkakasan rumah walau pun ada yang boleh dibasuh. Tau la, ini tanggungan kerajaan negeri tapi sebagai kerajaan pusat, takkan banyak tu je leh sumbang??? Kat indonesia, pulun kita tolong! Padahal orang indon langsung tak hormati kita! Aku jadi heran la...heran sangat! Aku cakap ni bukan berdasarkan politik...ia lebih kepada faktor kemanusian dan rasa simpati. Moga-moga kerajaan pusat menambangkan lagi sumbangan kepada mangsa banjir. Rm30, 000 tu takat nak renovated sebijik umah je..huh!

Monday, November 8, 2010

Semakan KPLI ambilan Jan 2011

Tadi member aku Kak Mah buzz gtalk aku tanya dah semak blum KPLI. Aku pun ehhh dah tau ka result. hmmmm...Ngan malas ( tu dia..ngan malas tu..bukan ngan rajin..cam na nk jadi cikgu cikgi ni) aku pun buka la. Pada sesiapa apply KPLI leh masuk ke link ni:

http://kpli.moe.gov.my/mtest11/index.cfm

Setelah disemak, lahhhhh aku dapat tempat MTest kat sekolah aku pi last year. Arghhhhhh mencinya. sempit giler ruang parking sekolah tu. Nak parking pun susah. Hari tu pun laki aku yang hantarkan. Itupun dia tak tunggu lama..hantar je aku terus dia blah balik. Kali ni, perlu ker aku pegi sorang memandangkan sabtu ni dia kerja! Waaaaaaaaaaaa tak nak. Tetiba rasa aku tak layak menjadi sorang guru (kuikukuikui..punya la malas nak p exam).

Jom..bergosip lagikkkkk

Tadi ha...ada sorang user aku ni..meh bertempek sebelah aku. Masa tu aku duk fokus wat kerja n pikir punya pikir nak setel kerja aku ni, Slumber dia je mai ngadu kat aku. Orang tu buat kerja tak betul..simpan dokumen tak pandai..berselerak-lerak rak dokumen.. aku jadi?

ADOI LAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

Eh tak kuasa la aku nak dengar orang ngupat ni. Aku ni pun wat kerja terabur gak..terasa gak la si pengadu ni tadi sebab dia citer macam dia kerja perfect! agak-agak la wes.. Setiap masalah tu..selesai la sendiri. Kalu rasa susah sangat...be cool dulu..jangan la melompat lepas tu mengadu domba kat orang len. patut respect aku sebab aku orang luar. slumber hang je men ngadu aku. Tau la aku ni baik...tiap apa yang ampa citer tu...aku simpan je. yelahh aku tak kosa la nk pi canang sana sini. adanya aku di sini, aku buat kerja aku. masalah-masalah ampa LANTAKKKKK laaa..

Masa dia citer tu...tangan aku ligat je taip-taip dan langsung dok pandang muka dia. just mulut aku bunyi "ooo...hmmm..sabar ehh" tu ayat default aku. Aku buat kering cam ni pun, dia terus bercerita. haipppppp...menci lah!

Dialog Mama Abah bersama Anak

Mama : aqil...mama nak pi kerja dah ni..lekas, salam

Patuh, hulur tangan dan menyalami mamanya

Anak : hmm...a'lannnnn (maksudnya...salam)

Mama : meh mama nak sayang pipi skit.

Patuh, membiarkan mama mencium pipi. Lepas tu mama mengambil beg untuk keluar berkerja dengan niat akan menyalami suaminya setelah menyangkut beg ke bahu. Tapi belum nak salam suami

Anak : mama, a'lammmm!

jari telunjuk keciknya menunjukkan ke arah abahnya.

Mama : yelah..mama nk salam la ni...(sambil gelak..suami pun turut gelak)

Lepas salam suami tersayang....melangkah pergi..tak sampai 3 langkah

Anak : Mamaaaaaaaaa...ayang! (adussssssss..macam-macam la)

Suami gelak besaq lepas tengok aqil menunjukan jarinya ke arah suami. Nak soh sayang abah dia pulak!

Suami : ha, tengok.....pandai pun aqil. macam mana mama buat kat aqil, macam tu gak mama kena buat kat abah.

Mama : yelah-yelahhhhhhh...

Aqil ketawa kemenangan setelah membuat mamanya bersalah. tak per-tak per...hari ni hari aqil...nanti hari mama pulak!

Sunday, November 7, 2010

Dialog suami dan isteri : topik hepon

Pada pagi itu setelah suami pulang dari membawa anaknya jalan-jalan (tak jalan tapi nek keta).

isteri : Awat la abang tak tak bawa hepon kuar tadi?

suami : Napa?

isteri : Nak pesan barang la soh abang belikan. Baru nak call tengok hepon abang ada dalam bilik.

Suami : La...awat tak guna telegram jerk?

isteri : a'a laaaaaaa..lupa plak zaman sekarng kan guna telegram! hishhhhhhhh awat la i ni nyanyok sangat ni....


Nyampahkan? nak je aku jentik tinga laki aku. Tapi mengenangkan menyakiti suami...akan membuatkan isteri tergolek ke neraka..aku batalkan hasrat.

Thursday, November 4, 2010

Mari kita bergosip pasal kecantikan

Kat site aku ni kan ada sorang makcik tu (tapi aku pangge dia kak. Ramai sini sebaya mak aku aku pangge kak. depa ni kalu pangge makcik..kang muncung berdepa-depa. Nak jaga hatikan pangge gak la kak.) suka sangat amik tau hal kecantikan orang lain. Padahal aku tengok dia dah cantik dah. Orang berkulit putih melepak ni hidung penyek pun orang nampak cantikkan..tapi kak ni tak da la hidung penyek..lawa je hidung dia cuma mata sepet skit.

Tadi dia mai risik aku..meh baca dialog bawah ni (eh aku ni baru pasan..aku suka sangat buat dialog..macam ada bakat jadi penulis skrip kan? OH leya...jangan pasannnn...hakkktuihh)

kakak/makcik : eh hang pakai tak produk depa duk pakai tu?

aku : Hmmm tak berani nak pakai la kak

kakak/makcik : Ha tu la...kak pun tak berani pakai sebab kak tengok product tu tak da brand

aku : a'aa sebab tu saya tak berani nak mencuba. Lagi pun produk yang saya pakai ni dah ok, dah serasi..buat apa nak tukar-tukar lagi.

kakak/makcik : Eh tapi kan..doktor pun pakai produk tu

aku : ohh ya ka..kira bagus la produk tu..kak pakai la juga. Saya nak tegok..lepas ni mesti bertambah lawa..hehehe

kakak/makcik : ishhh tak berani la..sebab si minah (bukan nama sebenar) pakai tu kulit muka dia mengelupas.

aku : Ha, tu salah satu saya tak suka..kulit mengulupas..takut sekarang pakai ok nanti tua-tua tau kulit jadi cam na.

kakak/makcik : hmm tak pa la...kita bagi je la depa pakai. kita tengok je...

aku : hehhehe

***saja aku letak "kakak/makcik " sebab aku tak redha pangge dia kakak. kekkeke jahatnya aku.

Okes, dah abis situ. Aku rasa makcik tu teringin sebenarnya tapi ego menguasai diri. Kalu nak cantik perlu berani kan. Tapi bagi aku..OH NO! aku mesti selidik betul-betul dalam product tu guna apa. Tapi kalu beli mahal tapi tengok botol kosong tak da tulis ada aku berani nak pakai. Tak nak la aku. Biar la aku kekal ngan product macam kak red pakai. Nak tau product apa? Ampa cari la kat blog redmummy, siap dia tempek gambar cara-cara mengunakannya lagi. Aku saja je try. try-try serasi pulak. Terus suka beb!.

Pengurusan stress



Wahhhh best giler hari ni sebab ramai user aku pegi kursus pengurusan stress. Moga-moga lepas ni depa balik tak kasi aku stress. mana nak tau dalam modul tu penceramah kata

"kalu anda stress, amik stress tu bungkuih-bungkuih kasi elok...kasi stress tu kat orang lain. So, tak da stress lagi..." haaa...kalu penceramah tu pesan gini kat user aku....memang cilakak. hak3x

Mood aku hari sangat-sangat baik moga mood aku ni kekal sampai petang sat gi. Fail problem pun dah banyak aku setel semalam. Just ada lagi 3 je. jangan la bertambah. Kalu bertambah mau aku terbang ke KOMTAR dan duduk sebelah user aku dalam dewan kursus pengurusan stress tu.

Eh aku pelik la, kenapa sorang user tu tak pegi kursus tu. Aku rasa dia la selalu stress..hari-hari tu stress. Siap tampal kokyok (macam salah je ejaan ni) merata dahi!. Patut hantar dia sekali. Hmmm...

Wednesday, November 3, 2010

Tinggal Kenangan

Thank amy kerana kasi pic bawah ni kat aku. Dalam gambar ni, aku kenal sorang insan yang amat baik.

pic rombongan pemuda 4B Baling yang mengorbankan 7 orang di genting.

Tuesday, November 2, 2010

Dialog antara isteri dan suami...

Isteri masuk ke bilik tido..niat nak terus beradu je. letey la katakan.

suami : jangan la tido lagi..urut abang sat..hari ni kerja teruk

isteri : alaaa...i pun keja teruk gakk..nak tido...

suami : alaaa urut la kejap.

isteri : hishh abang ni ada2 saja je. yelah nak bagi pahle kat isteri ehhh?

suami : ha, tau pun...ha nak pahle urut kaih...

isteri : huhhhh yelahhhhhhhh

urut ada la dalam 5 minit..lepas tu lompat nek atas katil tido ngan anak. Tinggalkan suami di bawah yang tido atas toto narita. Suami angkat kepala melihat isteri yang melompat ngalahkan kangroo.

suami : haihhh cukup ka pahle banyak tuhhhh???

isteri : ????

waaaaaaaaaa nak tido laa...apa la laki aku..asik-asik aku gak yang kena. tau la dosa aku banyak. hu10x. tok sah la duk tanya aku lagu tuuu.

renung sejenak

Terlintas di fikiran ini:

bencana sana sini
kematian bertali-tali tanpa henti
berita anak derhaka setiap hari
adakah dunia ini akan terhenti?

Sejak berita kematian sahabat aku ustaz Edy, aku makin menghargai masa dan aku gunakan sebaik mungkin melunagkan masa bersama keluarga. Sunat kita mengingat kematian. Sebelum malaikat sakaratulmaut menjemput kita, siap-siap la ilmu dan kebaikan yang kita lakukan

sesungguhnya aku tersangat insaf....ya Allah, ampun segala dosaku..

Monday, November 1, 2010

The Carnival Park Sungai Petani

Sabtu hari tu pegi The carnival park kat Sg. Petani. dah lama tingin nak pi situ bawa aqil, tak sampai-sampai. Kebetulan laki aku cuti..maka...berdesuppppppp pegi. Lagi best kawan aku si memer dan ida pun join gak. So, lagi memeriahkan majlis rendam dalam ayaq. aqil tu sesampai je tak sabar dah nk masuk dalam kolam.

Occay, malas nak celoteh banyak-banyak, layan gambar dah la yer...




ni tempat pelabuhan pertama rasmi kaki celup ayaq.





Aqil dan abahnya





Tengok budak pempuan kat belakang aqil tu.. masa aku ngan aqil budak tu asik nak dekat aqil je. marah aqil bila budak tu duk percik ayaq kat aqil. nak mengorat aqil kot. maap, aqil tak berkenan la pulak.



Lepas bayar tiket, akan dapat jam rolex ni sorang satu. kalu hilang kena bayar rm5.



Tu dia laki aku.

mula-mula riak kata apa la sangat nk men meluncur yang biru tu..sekali turun

"tobat tak moh nek dah...sakit bontot!" hak3x..

Kesimpulannya, best la juga kat sini. Dari pegi Bukit merah nuh, baik aku mai sini je. 20 minit dari umah. tak payah bayar tol pun. minyak keta pun tak abis la kalu rm20. tiket rm25 sorang, sekali ngan makan (pilih la nasi goreng atau bihun) dan air coke. jadi lahh.. bagi aku berbaloi2 la...:P

Bintang : aku kasi ****

Al-fatihah

Dada ini terasa sebak
Dada ini terasa pedih
Dada ini bagai menjerit-jerit

Apa yang aku rasa, menjadi kenyataan. Sahabat aku yang rajuk pergi jua. Berdosakah aku kerna langsung tidak sempat ucap maaf pada dia? Rajuknya tak berdaya dipujuk dan dia pergi sepi begitu saja. Aku kaku tak tahu bagimana harus ku pujuk. Hampir 10 tahun terpisah...akhirnya aku dapat khabar duka..dia kemalangan bersama 6 pemuda yang lain. Moga rohmu dicucuri rahmat. Al-fatihah.

Buat isterinya, bersabarlah tempuhi dugaan hebat ini. redha pemergiannya, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui atas hikmah yang DIA beri.

ISNIN

adalah hari :

TAK BEST

MOOD BARU NK WARMING UP

OTAK STILL BLUR. NAK PIKIR LOGIC PUN RASA FAIL JEEE

RASA PEMALAS AMAT LAH TEBAL 5, 6 KAKI

TERASA JASAD DI SINI, PIKIRAN KAT UMAH.

TAK TAU NAK BUAT APA PADAHAL KERJA ADA JE NI. TAK DA IDEA NAK SETEL PROBLEM YANG BERSUSUN KAT SEBELAH AKU NI.

SANGAT TAK BEST SEBAB ADA 4 HARI LAGI MUCULNYA SABTU AHAD

sekian, terima kasih.