Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Saturday, October 16, 2010

Cara tidurkan anak....ini cara aku..




Hmmm dah lama aku nk kongsi tip ni buat bakal ibu atau yang dah jadi ibu. Aku masih dikatakan "ibu baru" (yelah..anak baru sorang..of coz br lg kan..hikss)..nk kongsi skit la pasal anak yang payahhhhhh sangat nk tido. My boy, si aqil tu...Ohhh sampai sekarang sgt2 la menguji kesabaran aku ni.

Occay, masa aqil baby...Ya Allah...susahnya nak bagi aqil tido. Sampai penah tahap aku nangis dalam bilik sorang2 sbb aku failed menda yang kecik tu. Tapi kecik2 pun...ohh sgt la susah sampai aku ada cari artikel2 dalam tenet macam mana nk tidurkan anak yang sukar sangat nak tido. org tua kata "nak tidoq pun, bebaii (maknanya buat perangai)"

Occay, ni cara aku la..

1. Mak aku pun failed gak ngan cucu dia sorang ni..ahhahah..ingat terer...macam aku gak....tau, mak aku kata "mak bela ampa 3 orang, tak da la ampa macam ni...." hik2, mak aku pun sampai nek bebai sama cam cucu dia. Occay sebab 2-2 orang failed, maka mak aku

"ohh abah oiii...sat gi balik niaga singgah la beli ndoi kat cucu. payah sangat ni nak lenaaa..." see...sampai cari bahan mentah nk kasi cucu senang tido. kritikal gak tuh..huhu sungguh masa aqil baby, amat payah nk lelap mata. Dia punya pulun, pulun, pulun tiyakk sampai letey baru dia leh pejam mata. kesian tau tengok.

2. Puting. Waaaa menda ni sangat aku tak suka..tapi aku terpaksa. disebabkan nak diamkan aqil, terpaksa la aku sumbat puting kat dia (hmm-hmmm puting palsu na..bukan yang satu tuh..:P)..huhu sampai sekarang, tak leh pisah...tensen aku wes..nak pi mana mesti wajib bawa menda ni. kang tak leh jalan lama-lama. kang dia mengelupur dalam keta.

"mama...nak ting...nak ting"


3. Kasi bantal kecik atau tuala kecik. Aku terpaksa bagi bantal kecik kat aqil. Sekarang pun bantal ni xleh pisah macam puting dia tu. tau dia pangge apa bantal busuk dia tu?

"mama....bear-bear?" bear-bear tu adalah panggilan manjanya kat bantal busuk masyamnya tuh...kadang-kadang bau bear-bear dia aku rasa kemang tengkok..hahahha

Adanya bear-bear dia ni...senang skit dia nak tido sebab dia akan letak kat muka...kasi senang lena.. tak pa la aqil, asalkan hang tido....huhuhu

4. Kalau aqil tido atas katil (adakalanya dia bosan nek ndoi) aku akan letak dia atas riba aku. kepalanya aku lapik bantal..then tepuk2 sambil nyanyi selawat rasulullah. sebelah tangan aku tepuk paha dia...sebelah lagi aku gosok2 kepala dia...ni amik masa skit adakalanya dekat setengah jam baru dia tido!

5. Aku ada baca petua...nak kasi anak mudah lena...sapukan air rendam buah pala. letak kat embun pala nya tu. insyallah la. Tapi aku xpenah cuba...sebab mana mau cari buah pala? jeruk pala amat dilarang sekali digunakan. hisksss


haaa susahkan...tapi bila baca yang aku taip ni mesti ada orang kata..."elehh ini je?" hmm tak pa la..kang sapa dikurniakan anak macam aqil ni..baru rasa. Tapi bagi aku, apa-apa pun...kesabaran kena ada. dah kita sayang...kena sabar lebeh skit. walau kadang2 aku tersasar gak.yelah..aqil tiap malam akan bagun tak kurang 3 kali tau. lepas dia belasah nenen(susu botol) dia nk tido balik tu..adoilaaa...penah aku tepuk2 dia sampai sejam tak tido lagi. waaaaaaaaaaaaaa

Ni aku plan nak tambah sorang lagi..oh, kena mantapkan mental and fizikal aku lagi ni!!!

No comments:

Post a Comment