Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Friday, October 22, 2010

Air soya

Semalam aku puasa. Yelah ganti yang aku ponteng tu..ponteng bersebab tak pa kan. balik dari opis terpikir nak makan apa la berbuka nanti sambil layan drama chinta (aku ni tak suka sangat si fasha tu...tapi suka plak kat ady putra..so terlekat tiap petang isnin-khamis depan tibi..huhuh)

So, aku singgah la kedai jual kuih kat depan Giat Mara Paya Keladi. Pilih-pilih dapat la 6 bijik dengan harga rm2.40. pastu tambah lagi ngan kopok lekor rm2 dan 2 bungkuih mee kari rm5. nyam-nyam...macam bulan posa lak. so jumlah sume kira la sendiri. elok je aku dapat baki akak jual tu kata

"banyak ni adik beli. tunggu sat. kak nak bagi air soya" aku? erkkkk....

'laahhh tak pa la kak...dah banyak ni" aku tunjuk plastik kuih2 yang aku beli tu..

'sebab banyak la kak nk bagi soya ni..alaaa tunggu la kejap" kak tu soh laki dia kasi sebungkuih soya kat aku. siap letak cincau..gulllpssss...sedapnya..... posa la kan..nampak apa makanan pun telan liur..

dah dapat tu "terima kasih kak"

Dalam diam aku doakan bisness kak ni bertambah maju. Murah rezeki aku petang semalam. kalu nak tau, itu air soya kedua aku dapat free dari kedai tu.

pertama kali aku dapat, masa tu aku mengandungkan aqil. tak silap aku dalam 7-8 bulan la. alasan aku dapat free

"nah..air soya ni..pakcik bagi kat baby" hahahha...baik giler pakcik ni. Ye, air soya ni memang kesukaan aku pun. alhamdulillah..ini la rezeki..rezeki semasa ngandung dan rezeki semasa aku posa. syukur...:)

No comments:

Post a Comment