Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Friday, October 29, 2010

ATIFA NABILAH

Izinku pahat nama ini dalam blog aku. Hari ini adalah hari terakhir kau bersama kami eifa. Tak tahu la bila kan boleh berjumpa lagi. Moga kenangan-kenangan kita sentiasa harum semerbak di sanubari dan tak kan padam dek masa yang panjang.

Doaku padamu eifa, moga kau senyum selalu disamping suami tercinta. Berakhir sudah kehidupan wife weekang (tetiba weekend jadi weekang lak..) kau eifa. Aku tumpang bahagia. Moga kau berdekatan ngan suami akan menghasil secepat zuriat yang kau dan suami idamkan. :)

Buat sahabatku AMYLIA YANTI, jangan kau buli sahabatku ini. Jaga dia baik-baik. Aku bukan sayang dia lebih dari ang, tapi ang kena faham amy, eifa ni muda dari kita..so kita kena sayang adik lebih dari kakak. wakakkakaka. Peace !!!

Sakit

hari dah masuk hari ketiga aku sakit bahu. Tak tau nk urut cam na lagi..haram dok lega pun. So semalam aku ngada-ngada ngan laki aku lagi

"abanggg urut jap..bahu belakang ni...sakit tak ok-ok pun"

maka dia picik-picik sambil mata layan astro.

"leya rasa nk kena pi urut kat SPA la"


"hmmm pi je laaa..."


"duit???"

"ehhh kan baru dapat gaji kannn???"

huh, kot la nk hulur not rm100 sekeping.

Wednesday, October 27, 2010

hospital...oh hospital


malas aku nk berletiaq banyak2 kat sini. sekali lagi suhu aku nek takat mendidih.

Mama dah HOT

hari ni aku bukan HOt sexy buka sana sini. aku HOT marah. rasa nak telan orang pun ada. Aku tak reti nak maki orang direct. Hanya termampu luah di sini dan aku luah pada orang yang percaya sahaja.


Kenapa aku sering dipersalahkan? kenapa akuuuuuuuuuuuuu?

Mood : sedey sangat-sangat

Susah sangat kah?

Aku pantang la kalu tangan orang ramai menadah doa, tapi ada orang lain bising-bising langsung tak hormati doa yang dibaca. Siap sembang macam dalam pasar! Padahal doa tu tak sampai pun 5 minit. Diam la kejap. Tua-tua sedar diri la skit. Malu kat orang muda di sekeliling tempat kerja ni.

Tuesday, October 26, 2010

cerita seorang abah dengan anaknya episod 2

Semalam masa laki aku balik kerja..masuk bilik buka baju. Kemudian dia panggil Aqil..

Abah : Aqilllll...mai sat

Si anak kecik pun datang menghampiri dekat abahnya.

Abah : Urut belakang abah jap.

Anak mencebik muka. tu..kecik-kecik dah pandai buat segala macam muka.

Abah : awat tak mau urut abah?

Anak : bucukkkk...(seraya itu Aqil memuncungkan mulut dan hidungnya)

Maka mamanya tergelak besaq. Padan muka

Mama : hahahhahahahhaha...bijaknya anak mama.

Abah : Ha, ni mesti mama ajaq ni! (tak puas hati plak)

Mama : Mana adaaaaaaaa. Aqil pandai sendiri laaa.

Abah : Arghhhhhhh mama ajaq...

Laki aku tarik tangan aku dekat dengan dia. Maka ditumbuknya aku bertubi-tubi. Report polis kangggggggg. Kenapa la laki aku ni tak sedar diri lagi yang anaknya tersangat la pandai cakap. Ada saja je aqil pandai menjawab la ni. hihi. gud, pandai kenakan abah. Abah selalu buli mama aqil, makasih yer tolong kenakan abah cam ni sekali sekala.

**Terasa nak beranak ramai la pulak.

Monday, October 25, 2010

cerita seorang abah dengan anaknya

Seorang abah yang perutnya leh tahan boroinya, membuka baju sebaik masuk dalam rumah. Si anak kecil yang sedang main barang mainnya tengok abahnya...lalu

anak : abahh....rut saq (perut besaq)

abah : ya ka besaq?

abah tepuk2 perutnya dan anaknya menghampiri abahnya. Turut tepuk sama perut besaq belanga itu..

anak : da baby...

hakhakhakhak...Aqil oiiiii abah mana leh ngandung..seorang mama muncul dari dapur...

mama : bukan la sayang.. perut besaq ada cacing ngan taikkkk...


Abahnya jeling tajam..maka singgah satu cubitan di pipi mama..

waaaaaaa salahkah?

Friday, October 22, 2010

Air soya

Semalam aku puasa. Yelah ganti yang aku ponteng tu..ponteng bersebab tak pa kan. balik dari opis terpikir nak makan apa la berbuka nanti sambil layan drama chinta (aku ni tak suka sangat si fasha tu...tapi suka plak kat ady putra..so terlekat tiap petang isnin-khamis depan tibi..huhuh)

So, aku singgah la kedai jual kuih kat depan Giat Mara Paya Keladi. Pilih-pilih dapat la 6 bijik dengan harga rm2.40. pastu tambah lagi ngan kopok lekor rm2 dan 2 bungkuih mee kari rm5. nyam-nyam...macam bulan posa lak. so jumlah sume kira la sendiri. elok je aku dapat baki akak jual tu kata

"banyak ni adik beli. tunggu sat. kak nak bagi air soya" aku? erkkkk....

'laahhh tak pa la kak...dah banyak ni" aku tunjuk plastik kuih2 yang aku beli tu..

'sebab banyak la kak nk bagi soya ni..alaaa tunggu la kejap" kak tu soh laki dia kasi sebungkuih soya kat aku. siap letak cincau..gulllpssss...sedapnya..... posa la kan..nampak apa makanan pun telan liur..

dah dapat tu "terima kasih kak"

Dalam diam aku doakan bisness kak ni bertambah maju. Murah rezeki aku petang semalam. kalu nak tau, itu air soya kedua aku dapat free dari kedai tu.

pertama kali aku dapat, masa tu aku mengandungkan aqil. tak silap aku dalam 7-8 bulan la. alasan aku dapat free

"nah..air soya ni..pakcik bagi kat baby" hahahha...baik giler pakcik ni. Ye, air soya ni memang kesukaan aku pun. alhamdulillah..ini la rezeki..rezeki semasa ngandung dan rezeki semasa aku posa. syukur...:)

Promosi Qurban For Life 2010 Bermula!

Sempena nak dekat aidiladha kali ni...aku nak tumpang sama promosi Qurban For Life. Aku punya sahabat dalam Muslim Aid...Sini aku paste petikan dari website itu..

Promosi program Qurban For Life (Q4L) 1431H/2010 anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) sudah bermula. Muslim Aid menyediakan satu lagi alternatif bagi orang ramai untuk melakukan ibadah qurban selain melakukannya di surau atau masjid.

Tahun ini Muslim Aid menawarkan harga RM380 untuk sebahagian yang merangkumi seekor kambing biri-biri, penyembelihan, pengetinan dan pengagihan kepada golongan yang memerlukan. Qurban bersama Muslim Aid adalah unik kerana semua daging qurban ini akan ditinkan supaya tahan lama. Daging qurban yang ditinkan ini akan diagihkan kepada mereka yang berkelayakan seperti fakir miskin, anak-anak yatim, warga oku dan tua di Malaysia dan juga mereka yang kebuluran dan menjadi mangsa perang dan bencana seperti di Gaza, Iraq dan Pakistan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila ke sini

Thursday, October 21, 2010

Aku dan suami


Gambar hiasan..:P

Perbualan antara aku dan suami tadi..

"ehhh...panjangnya kuku kaki abang!..simpan buat apa ni? hissss" aku terpandang lepas dia buka stoking balik kerja.

"simpan aa...nak buat jeruk" balas laki aku slumber sambil men lawan-lawan ngan aqil atas toto narita.

"eeeeeeeeeeee..." terus aku kuar bilik...kalu aku menambah leter...lagi dia buat ayat2 yang meloyakan tekak ni.

Wednesday, October 20, 2010

Ularrrrrrrrrr....geli..geli..geli....

Adus...terkejut gila tadi masa nak kuar p kat parking keta aku terserempak ular agak besaq la jugak. FUh, spontan melompat2 setempat dulu baru aku melompat2 jauh skit dari ular tu. tolol la aku ni..patut xda lompat setempat, trs je lompat cam kangroo tu..sekali lompat terus jauh. Ular tu pun gamaknya terkejut tengok aku lompat macam duk warming up badan macam budak sekolah dalam pendidikan jasmani. Terus ular tu patah balik.

Hai ular..aku memang takut ngan kaum kerabat hang. cacing pun sama..ohh saat aku taip ni, ceqing bulo roma ni haa....tengkuk pun nek kemang macam nampak hantu polong.

I hate it!

Hamboi title omputih gitu...tapi isi BM. yelah, aku ni melayu tulen kena la martabat bahasa aku kan.. walau apa yang aku taip ni penuh ngan ayat bangang..huahuahua..

Eh aku benci la ngan sikap user-user aku ni (aku ni tak habis2 mengkritik orangkan..macam la aku terer sangat). Kalu aku nak ajar je cara-cara menggunakan tiap menu dalam etanah ni..ada je depa ngelak.. siap pass-pass lagi kat kawan len. kawan tu plak dah la kerja kontrak..buat kontrak dia tak sambung...yang nk kena buat keja hang gak. kenapa la hang malas sangat? langsung tak nak amik tahu. ramai aku tengok staff kesayangan kerajaan ni...tak nak langsung buat kerja yang memerlukan fikir dan mencari penyelesaian yang terbaik dan membuat keputusan dengan pantas. Bukan aku saja berdepan dengan orang-orang ini, sahabat-sahabat aku yang kat site len pun perasan orang-orang cam ni. Pendek kata, orang kerajaan takut nak menghadapi masalah. Apa yang tahu, mengeluh dan minta simpati. eh ada lagi..minta BONUS!

***Tapi tak semua orang seperti itu, ada juga 4-5 orang yang bagus. Peace!!

Tuesday, October 19, 2010

Ngacau la menatang nihhhhh!





Sesedap aku ngadap laptop company aku ni berFB, ber emel, ber blogging bagai....ada 2,3 ekoq nyamuk men terbang2 lalu kasi kena batang hisung aku. Hai nyamuk...jeles ker ngan hidung mancung aku ni...bilik aku punya besaq, saja hg terbang lalu kasi kena hidung aku. aku bersin kena hg....pelanting lekat kat dinding.,.baru padan muka hg!

Eh pantang tul nyamuk ni. kadang2 sedap je kita tido, ‘nyyeeeng,..nyeng..nyengg’ kat telinga kita gak dia dekat. selalunya aku layan je bunyi ‘nyyeeeng,..nyeng..nyengg’ nyamuk ni n tangan sebelah aku ready ngan sebijik bantal (bantal peluk aku sume besaq2...yelah, ada kala laki shif mlm tak dapat peluk laki...peluk bantal sebesaq dia pun jadi la..hiksss)...pastu pokkkkkkk bantal kat muka aku. sah2 nyamuk area muka aku mampus! Haman ok...hamannnnn

Tahniah SARINA..:)




Kepada sahabat aku...TAHNIAHHHHHHHHHHHH !!!!

Mek, aku doakan ko akan dapat baby girl..nanti dapat anak putih melepak cam ko. ohh comey-comey. aku chuppp aa klu anak ko gegirl. hiksssss...:)

Manusia yang baloq liat

Aku bukan nak mengeluh tapi nak luah je kat sini....

Kenapa la hari2 aku akan mengadap ngan manusia yang baloq liat ni. Aku cakap tak nak buat. Bila ada masalah tau pulak cari aku. Nasib baik la aku ni manusia yang bertimbang rasa. Kalu ikut hati nak gak terjebak dalam dunia baloq liat ni. macam best je kan menyusahkan orang. Ohhh tidak...aku tak nak menjadi sekejam itu.

kepada user-user aku tersayang...tolong kasihani aku. tolang bantu aku demi kesenanganmu di masa depan. sekiranya takdir menentukan kontrak kami berakhir dec ini....boleh ka hidup berdikari tanpa aku. Tolang la yakin ngan diri sendiri untuk membuat setiap tindakan...jangan harapkan aku lagi...berdikari lahhh...

Aku bukan tak nak tolong..tapi aku nak lihat kamu semua lekas pandai. tolong la manusia yang baloq liat..

** balog liat = ketegaq, degil, pemalas, tau nak senang susah taknak langsung..

Monday, October 18, 2010

cerita seorang apek mencari seseorang

Ada seorang cina muncul di pertanyaan di kaunter PDT SPU ni...

"saya mau jumpa itu muka macam orang cina" kata sorang apek itu.

"ooo itu ****** ka?" tanya operator. nama yang disebut tu...memang muka macam cina pun. tak da orang len dah muka cina. muka siam banyak. Hikss

"haiya....bukan lor...bukan2..itu namaaaa...haiya..." apek itu cuba mengingat nama yang dia nak cari. garu-garu kepala skit.

"sini yang macam cina... ****** lah" kata operator lagi..

"ka nak cari **** *** ?" tanya operator yang sorang lagi.

"haaa...dia la..dia la..." apek tu segera ngaku. ciss

"lain cakap la..nak cari staff cina.." sahut sorang staff sini. harharharhar...

Dah tua2 pun tak pandai bahasa melayu. kalu nk cari cina..cakap la nk cari cina.... kalu nak macam cina..tobat la tak jumpa..hadoiiiiiiiiiiii..

Saturday, October 16, 2010

Cara tidurkan anak....ini cara aku..




Hmmm dah lama aku nk kongsi tip ni buat bakal ibu atau yang dah jadi ibu. Aku masih dikatakan "ibu baru" (yelah..anak baru sorang..of coz br lg kan..hikss)..nk kongsi skit la pasal anak yang payahhhhhh sangat nk tido. My boy, si aqil tu...Ohhh sampai sekarang sgt2 la menguji kesabaran aku ni.

Occay, masa aqil baby...Ya Allah...susahnya nak bagi aqil tido. Sampai penah tahap aku nangis dalam bilik sorang2 sbb aku failed menda yang kecik tu. Tapi kecik2 pun...ohh sgt la susah sampai aku ada cari artikel2 dalam tenet macam mana nk tidurkan anak yang sukar sangat nak tido. org tua kata "nak tidoq pun, bebaii (maknanya buat perangai)"

Occay, ni cara aku la..

1. Mak aku pun failed gak ngan cucu dia sorang ni..ahhahah..ingat terer...macam aku gak....tau, mak aku kata "mak bela ampa 3 orang, tak da la ampa macam ni...." hik2, mak aku pun sampai nek bebai sama cam cucu dia. Occay sebab 2-2 orang failed, maka mak aku

"ohh abah oiii...sat gi balik niaga singgah la beli ndoi kat cucu. payah sangat ni nak lenaaa..." see...sampai cari bahan mentah nk kasi cucu senang tido. kritikal gak tuh..huhu sungguh masa aqil baby, amat payah nk lelap mata. Dia punya pulun, pulun, pulun tiyakk sampai letey baru dia leh pejam mata. kesian tau tengok.

2. Puting. Waaaa menda ni sangat aku tak suka..tapi aku terpaksa. disebabkan nak diamkan aqil, terpaksa la aku sumbat puting kat dia (hmm-hmmm puting palsu na..bukan yang satu tuh..:P)..huhu sampai sekarang, tak leh pisah...tensen aku wes..nak pi mana mesti wajib bawa menda ni. kang tak leh jalan lama-lama. kang dia mengelupur dalam keta.

"mama...nak ting...nak ting"


3. Kasi bantal kecik atau tuala kecik. Aku terpaksa bagi bantal kecik kat aqil. Sekarang pun bantal ni xleh pisah macam puting dia tu. tau dia pangge apa bantal busuk dia tu?

"mama....bear-bear?" bear-bear tu adalah panggilan manjanya kat bantal busuk masyamnya tuh...kadang-kadang bau bear-bear dia aku rasa kemang tengkok..hahahha

Adanya bear-bear dia ni...senang skit dia nak tido sebab dia akan letak kat muka...kasi senang lena.. tak pa la aqil, asalkan hang tido....huhuhu

4. Kalau aqil tido atas katil (adakalanya dia bosan nek ndoi) aku akan letak dia atas riba aku. kepalanya aku lapik bantal..then tepuk2 sambil nyanyi selawat rasulullah. sebelah tangan aku tepuk paha dia...sebelah lagi aku gosok2 kepala dia...ni amik masa skit adakalanya dekat setengah jam baru dia tido!

5. Aku ada baca petua...nak kasi anak mudah lena...sapukan air rendam buah pala. letak kat embun pala nya tu. insyallah la. Tapi aku xpenah cuba...sebab mana mau cari buah pala? jeruk pala amat dilarang sekali digunakan. hisksss


haaa susahkan...tapi bila baca yang aku taip ni mesti ada orang kata..."elehh ini je?" hmm tak pa la..kang sapa dikurniakan anak macam aqil ni..baru rasa. Tapi bagi aku, apa-apa pun...kesabaran kena ada. dah kita sayang...kena sabar lebeh skit. walau kadang2 aku tersasar gak.yelah..aqil tiap malam akan bagun tak kurang 3 kali tau. lepas dia belasah nenen(susu botol) dia nk tido balik tu..adoilaaa...penah aku tepuk2 dia sampai sejam tak tido lagi. waaaaaaaaaaaaaa

Ni aku plan nak tambah sorang lagi..oh, kena mantapkan mental and fizikal aku lagi ni!!!

Friday, October 15, 2010

Alamak...Lupa sesuatu ni

MasyaAllah...cam na aku leh lupa ni dan aku sgt2 malu ngan mak. Tadi mak aku sebut...

"esk dah 16hb...besday mak tok" mak aku kata kat aqil. Alamakkkkkkk cam na aku boleh lupa ni. Sebelum ni aku plan nk tempah kek special kat wife nizam. Nk tempah malam ni, mana nk sempat doh.

Secret recipe? alaaa kek tu dah la mahai nak mampoih...mak aku plak tak suka. Tak kosa aku nk gigih beli tapi org len rembat makan kaw-kaw. dah tu mak aku nk tengok saja? ohhh TIDAK!

Hmm harus esok aku curi kuar cari kedai kek. ahaaaaa...kedai kek kat sg dua tu. boleh la kan..tolong bisness melayu. Bila lagi dok?

celoteh lagi

Bosan plak malam ni. Aqil dah aku tidurkan. Geram sangat kat dia sebab skit2 nak tiyak…hishhhhhh. Anak laki tak leh tiyak sangat sayang. Laki aku? Shift malam. Arghhh boring laaa…so, aku layan2 la blog yang selalu aku baca. Pastu teringat lak, blog aku pun mcm nk mampuih dah. Kadang-kadang aku suka berblogging, kadang benci plak bila aku baca balik hikss..Apa-apa pun bagi aku blog adalah satu terapi untuk aku luahkan hati dan perasaan aku . sama ada aku keciwa, gembira atau sedey.

Dah laki tak da sebelah ni, teringat plak memori dulu-dulu. Aku nk nurkilan kat sini lah. Blog juga 1 diari untuk aku..smile..cinta…hmmm best plak aku aku celoteh hal cinta di sini kan. Aku ni dulu sangat blur kalu ceta bab cinta. Dulu2 aku ingat cinta tu sama je ngan sayang, rupa2nya TIDAK!

Cinta…satu perasaan yang sgt special. Bagi aku sukar untuk diucap ngan kata2. Dia hadir dari hati yang paling dalam.

Sayang plak..ngan sesapa kita leh sayang. Arghhh camana aku nk xplain ni arrr..blur…

Cinta pada kekasih :- Dulu time bercinta nak marah pun aku takut2. Sebab takut bf lari tinggal aku pastu cr gf lain..ohh tidak. Yelah dulu aku cekebing je…muka pun berlomoih..sapa la nak aku kan klu bf lari. Ehh jangan…

Cinta pada suami ;- kalu aku rasa nk marah,….aku hembur je la. Tapi tak da la aku sembur macam ular tedung selar sembur bisanya tuh…hembur maksud sini..aku tak leh nk simpan..aku luahkan juga. Kalu simpan makan dalam oiii..itu bezanya kan. Dah jadi suami isteri, xda plak aku nk takut laki lari kan..sebab apa? Sebab aku dah yakin..kami dah ada ikatan…dia milik aku..aku milik dia…smile again…

Cinta pada anak :- ini aku muskil…cinta ka syang aaa? Ohh aku sangat blur hal cinta sayang ni. Apsal aku blur ngat ni? Sesungguhnya…sayang aku pada anak..tak berbelah bagi. Betapa indah pertama satu ini yang Allah SWT bagi pada aku. Syukur nikmat, Muhammad Aqil Darwish adalah anak yang sangat mencuit hati dan bijak. Aku yakin, bila umur dia 3 tahun, dia dah boleh celoteh macam orang dewasa..:)

Thursday, October 14, 2010

Aku emosional??

Ada org kata aku seorang yang amat emosional. bagi aku...aku emosional bertempat. sebab itu tanda aku ada hati dan perasaan. why me so emosional? banyak sebab ok. aku bukan robot...dan aku bukan gatai meqela n gedik2 nk emosinal. tak kosa ok. buruk tau muka aku klu aku emosional selalu. takkan la aku nk biar muka comel (ada orang kata aku comel. aku bukan gedik2 perasan na. tak tau la muka aku ni org pandang huduh...pastu siap org perli kata muka aku comel. nasib la kan. ahh pedulik apa aku) aku jd buruk.

User aku ni...kalu aku nak marah skit mula "hang ni...emosional la leya..selalu cam tu"..ceh..aku emosional nampak lak. yang korang emosional..bentak2 ..siap kutuk2 sistem yg company aku buat ni...tak plak dikatakan emosional..ohh itu geram ehh...yelahhh...ampa ni kan..sume nak betul. salah pun nak betul..klu betul ohhh lagi kembang pungkuk sbb ampa betul,...aku salah. ewahhh sedap plak cam tu kan. balik2 aku gak kena. ingat yer...aku bosan okay bila cakap, ampa saja patah2kan sbb xnak kalah. ohhh customer always right la katakan. so, cam na aku tak "emosional". penat tau JAGA HATI ampa. Aku tak leh marah..sbb nanti aku benci ngan kerjaya aku ni. aku kena enjoy and layannnnnn walaupun aku terpaksa emosional!

Tuesday, October 12, 2010

10.10.10...ada apa?

Kalu ikutkan calendar cina...angki ni bawa ONG...tapi bg aku...huhhhhhhhh

tak tau la awat la "org tu" majuk sakan ngan aku. padahal masalah kecik ja. merajuk mengalahkan aqil. perlu aku pujuk? malas! bukan salah aku pun. saja je dia gatai nk majuk..

nak majuk sangat kan? silakan..

tak kan pujukkkkkk!

Thursday, October 7, 2010

malas

sejak2 ni sangat malas. blog aku pun rs dah nak mampus dah ni. arghhhhhh malasssssssssssssss..

eh jap..

Blog Cik tim awat mcm dah tak berpenghuni je..cik tim pun malas ka???