Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Thursday, August 26, 2010

Majlis buka puasa di Puncak Mutiara Cafe

Semalam iL company sponsor majlis berbuka puasa kat puncak mutiara. sekepala rm30. kebetulan lak laki aku ni cuti..boleh la join. gerak dari umah kul 6.35pm. so sampai sana dekat kul 7pm. padahal bukan jauh mana sangat pun tapi jalan sepanjang ke sana sentiasa sesak..so laki aku bw keta pun taklah laju tara mana. sampai kat kg pelet tu..mak aihhh bersusun keta menyusup masuk ke puncak tu.

cafe ni agak ke dalam. kiranya hujung kampung la..dekat ngan hutan. nama pun puncak kan..memang kat puncak lah. kat parking fuhhhhh banyak keta. hebat sangatkah puncak ni? aku tengok enviroment nya leh tahan la. cantik lanskap2. nk makan ada berderet-deret pondok. nampak macam eksklusif. laki aku penah ke sini sekali dia balik tunjuk bil..mak aihh ngalah makan kat secret recipe. aku agak hot gak, group kami letak kat bawah.dah plak tu sempitttttttt...silap-silap leh laga punggung ngan kawan.:P. dh dapat tempat duduk tinggal berapa minit je lagi nk masuk waktu berbuka. maka terkedek-kedek la aku ngan kekawan p amik makan. lagi sekali aku nk hangin. gila apa...ada makanan ciput-ciput macam sisa terbuang!

geram wes...klu makanan dah habis topup la. bukan hari tu hari 1st puasa...tak reti nak agak ker woi...kan ada list yang org booking. haiyooo....ni mesti nak pikir untung saja. bisness melayu memang cam ni kan? ada anda perasan? yang ada kambing golek..tu pun dah tinggal tulang. aku just amik nasi beriani (nasib baik sedap..kalu tak sedap aku maki lagi ni), lauk ayam masak apa ntah macam letak lada..(pun sedap gak tapi aku amik skit sebab kesian kat kawan aku kat belakang aku ni..kang depa nak kaut apa???) pastu aku amik la skit udang ngan daging. aku amik skit2 je. sebab ada kawan-kawan aku xamik makan lagi. alahaiii bos aku pun dah bebel..takkan la byr rm30 just dapat sepinggan nasi??? kuih? licinnnn. heloo tokei..jangn pikir untung saja boleh??

No comments:

Post a Comment