Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Tuesday, August 24, 2010

Air? ohhh UUM ku

Semalam tengok berita TV3. UUM tak da air. Alahai dah berzaman tak setel-setel lagi masalah tu. heran aku, pengurusan UUM ni macam tak bertindak langsung untuk atasi prob ni. Dah berzaman sangat isu ni.... Sian student kena catu air. aku penah rasai. malah leh dikatakan tiap semester mesti akan ada krisis air. paling teruk aku alami masa aku semester 1 ngan semester 6. geram oiii. Ingat lagi tengah aku syok study (blah la hang leya..study syok? menipu sgt2 aihhh...ahakss) jiran sebelah bilik ketuk bilik aku ngan nurul. amoi tu kata "eh air makin skit ni, cepat tadah dengan baldi". aku apa lagi kosongkan baldi aku yang aku isi baju bucuk aku tu melangkah ke toilet segera. mak aihhh berderet-deret baldi beratur. huhuhu...tak-tak pa moga sampai turn aku air ada lagi. tapi biasa la...impian aku musnah occay! ahhhhh berbadan busuk la nanti. waaaaaaaa nak balik. paling aku geram ada je baldi yang tak ikut turn. tak tau milik siapa..dan memang tindakan kurang ajaq kan?

selepas beberapa jam monyok geram air tak da, dengar plak pintu ketuk lagi.."leya...nanti ada lori catu air" beritahu asma. jiran sebelah kiri bilik aku. haaaa lega-lega..maka aku buka pintu seluas-luasnya menunggu kedatangan lori air. arghhhhhhh seksanya idup...sedey tau. bila lori tiba..maka...ZAPPPPPPPPPPPPPP angkut la takat mana aku mampu...T_T zaman student aku ni keding je. kena la angkut ngan Nurul. penat-penat. paling tak bleh balah, keesokkan hari aku, ida dan nurul mandi kat bekas air tu. haaaaaaa...lantak la malu ke idak. masa tu gelap lagi..ramai student dibuai mimpi. ni gara-gara terdengar lori mai antaq air aaa...lepas lori blahhh apa lagi kami bertiga sarung kain batik n lilit towel kecik kat bahu...mandiiiiiiii yeahhhhhhh sejuk giler. air bukit ke hapa depa bagi ni. bila tingat memori ni tersenyum sorang2. masa tu ingat kami bertiga je mandi situ...rupa2nya kakak senior nampak kami cam tu..depa pun serbu turun join kami.. hak3x...setel. tak payah duk ngankut air. yang nak tergelak bila dengar suara orang laki..pakat lari lintang pukang kakak2 senior tu. yelah, hari dah cerah, maka "kumbang-kumbang" pun keuar la dari sarangnya. lain kali, subuh-subuh mandi situ.

Occay tu citer masa semester satu. ada lagi citer masa semester 6. semester 1 aku ngan gang redah je mandi kat depan kolej...yang semester 6 ni plak kami mandi air pili bomba. ahaksss...masa tu kalu la kolej terbakar...bomba mai tengok saja je la. yolah, habis ayaq kami kerjakan! sampai kering pili bomba tu. nak wat cam na, tunggu lori air haram tak mai hantar air. plak tu ada kawan aku yang bijaksana (dulu dia kadet bomba)...dia la ceroboh tarik pili tu..buka sampai bilik air..buka pili tu..maka.......mandiiiiiiiiiiiiiii...hak3x.. alahai rindunya uum ni. macam-macam memori aku kat sana. buat warga uum, sabar ye bila air tak da. huhu..dan lagi satu...jangan mandi air pili bomba kang terbakar kolej tu...korang nak tido mana? :P

No comments:

Post a Comment