Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Thursday, August 26, 2010

Majlis buka puasa di Puncak Mutiara Cafe

Semalam iL company sponsor majlis berbuka puasa kat puncak mutiara. sekepala rm30. kebetulan lak laki aku ni cuti..boleh la join. gerak dari umah kul 6.35pm. so sampai sana dekat kul 7pm. padahal bukan jauh mana sangat pun tapi jalan sepanjang ke sana sentiasa sesak..so laki aku bw keta pun taklah laju tara mana. sampai kat kg pelet tu..mak aihhh bersusun keta menyusup masuk ke puncak tu.

cafe ni agak ke dalam. kiranya hujung kampung la..dekat ngan hutan. nama pun puncak kan..memang kat puncak lah. kat parking fuhhhhh banyak keta. hebat sangatkah puncak ni? aku tengok enviroment nya leh tahan la. cantik lanskap2. nk makan ada berderet-deret pondok. nampak macam eksklusif. laki aku penah ke sini sekali dia balik tunjuk bil..mak aihh ngalah makan kat secret recipe. aku agak hot gak, group kami letak kat bawah.dah plak tu sempitttttttt...silap-silap leh laga punggung ngan kawan.:P. dh dapat tempat duduk tinggal berapa minit je lagi nk masuk waktu berbuka. maka terkedek-kedek la aku ngan kekawan p amik makan. lagi sekali aku nk hangin. gila apa...ada makanan ciput-ciput macam sisa terbuang!

geram wes...klu makanan dah habis topup la. bukan hari tu hari 1st puasa...tak reti nak agak ker woi...kan ada list yang org booking. haiyooo....ni mesti nak pikir untung saja. bisness melayu memang cam ni kan? ada anda perasan? yang ada kambing golek..tu pun dah tinggal tulang. aku just amik nasi beriani (nasib baik sedap..kalu tak sedap aku maki lagi ni), lauk ayam masak apa ntah macam letak lada..(pun sedap gak tapi aku amik skit sebab kesian kat kawan aku kat belakang aku ni..kang depa nak kaut apa???) pastu aku amik la skit udang ngan daging. aku amik skit2 je. sebab ada kawan-kawan aku xamik makan lagi. alahaiii bos aku pun dah bebel..takkan la byr rm30 just dapat sepinggan nasi??? kuih? licinnnn. heloo tokei..jangn pikir untung saja boleh??

Wednesday, August 25, 2010

Budak disembelih bapa

Luluh hatiku tatakala membaca sorang bapak gila sembelih anak berusia 3 tahun dan kejadian tersebut disaksi ibu mangsa. Ya Allah..kenapa dunia ini semakin ramai dihuni orang gila. Macam-macam orang gila kat dunia kan..gila politik, gila $$$$, gila seks, gila buang anak..eh macam-macam gila lah. kalu aku listkan sampai esok pun belum tentu habis...

Moga ibu mangsa sabar dan tabah. Aku pasti hingga hujung nyawanya..dia tetap tak kan melupakan detik2 kejadian itu.

Petikan berita kosmo:

KOTA BHARU – Luluh hati seorang ibu apabila melihat suaminya yang mengalami masalah mental tergamak menyembelih anak lelaki kesayangan mereka di dalam bilik air walaupun dia merayu berkali-kali supaya si suami tidak meneruskan niatnya dalam satu kejadian menyayat hati di Kampung Sungai Budor di sini semalam.

Mohd. Adam Muszhaffar Muhaimin, 3, meninggal dunia selepas lehernya hampir putus disembelih oleh bapanya, Muhaimin Sautar, 33, dengan menggunakan sebilah pisau dalam kejadian pada pukul 12 tengah hari itu.

Selepas menyembelih anaknya yang memakai jersi tertera nama pemain bola sepak Rusia, Andrei Arshavin yang kini mewakili pasukan bola sepak Liga Perdana Inggeris, Arsenal, Muhaimin yang merupakan bekas pengawal keselamatan sebuah pusat beli-belah di sini cuba membunuh diri dengan mengelar lehernya tetapi tindakan itu gagal apabila dia diselamatkan penduduk.

Difahamkan, Muhaimin bertindak demikian selepas dia gagal mengawal diri apabila dia didakwa telah lama tidak memakan ubat sakit mental.

Jiran-jirannya kemudian bertindak menghubungi polis sebelum dia dibawa oleh pasukan keselamatan itu ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.

Mangsa merupakan anak lelaki tunggal daripada tiga beradik. Dia mempunyai seorang kakak, Shafiqah, 8, dan seorang adik, Siti Aishah, 2.

Isteri Muhaimin, Nik Suzila Nik Hashim, 32, berkata, sebelum kejadian, suaminya mengadu panas badan dan dia kemudian duduk di bawah rumah berhampiran dengan bilik air rumah mereka.

Menurutnya, tidak lama kemudian dia mendengar Mohd. Adam menjerit lalu dia bergegas ke bilik air.

“Apabila saya sampai, luluh hati saya tatkala melihat suami saya bersungguh-sungguh menyembelih Mohd. Adam. Ketika itu suami berada di atas Mohd. Adam tanpa bersuara walaupun saya memintanya supaya berhenti.

“Saya hanya mampu melihat darah membuak-buak mengalir ke lantai sehinggalah Mohd. Adam terkulai kaku dan tidak lagi bernyawa,” ceritanya ketika ditemui semalam.

Meriahnya PTD SPU

waaahhhhhhh meriahnya. itu saja leh aku katakan bila aku jejak kaki masuk PTD SPU ni. sebelum buka pintu dah dengar lagu raya berkumandang (lagu suasana hari raya). semalam unit teknikal (SO) pasang lampu lip lap hari ni plak unit pendaftaran pasang gak. tapi depa lagi hebat siap ngan bendera malaysia ngan kad-kad raya. kad raya sapa la yang jadi mangsa tu..unit hasil dengar-dengar pun wat persiapan agak sakannn..tapi aku belum pi depan lagi. jap lagi aku pi melawat. cam ni aku nk jadi pengadil la nak tengok unit mana lagi hebat!....user-user aku ni rajin tul wat cam ni ehhh...ha, ampa jangan lupa abiskan task2 ampa dalam sistem. jangan kasi alasan sistem error. hari-hari aku test occay ni. jangan buat alasan ngada-ngada. nanti aku penyek hidung ampa kangggg....ahakss

Tuesday, August 24, 2010

Air? ohhh UUM ku

Semalam tengok berita TV3. UUM tak da air. Alahai dah berzaman tak setel-setel lagi masalah tu. heran aku, pengurusan UUM ni macam tak bertindak langsung untuk atasi prob ni. Dah berzaman sangat isu ni.... Sian student kena catu air. aku penah rasai. malah leh dikatakan tiap semester mesti akan ada krisis air. paling teruk aku alami masa aku semester 1 ngan semester 6. geram oiii. Ingat lagi tengah aku syok study (blah la hang leya..study syok? menipu sgt2 aihhh...ahakss) jiran sebelah bilik ketuk bilik aku ngan nurul. amoi tu kata "eh air makin skit ni, cepat tadah dengan baldi". aku apa lagi kosongkan baldi aku yang aku isi baju bucuk aku tu melangkah ke toilet segera. mak aihhh berderet-deret baldi beratur. huhuhu...tak-tak pa moga sampai turn aku air ada lagi. tapi biasa la...impian aku musnah occay! ahhhhh berbadan busuk la nanti. waaaaaaaa nak balik. paling aku geram ada je baldi yang tak ikut turn. tak tau milik siapa..dan memang tindakan kurang ajaq kan?

selepas beberapa jam monyok geram air tak da, dengar plak pintu ketuk lagi.."leya...nanti ada lori catu air" beritahu asma. jiran sebelah kiri bilik aku. haaaa lega-lega..maka aku buka pintu seluas-luasnya menunggu kedatangan lori air. arghhhhhhh seksanya idup...sedey tau. bila lori tiba..maka...ZAPPPPPPPPPPPPPP angkut la takat mana aku mampu...T_T zaman student aku ni keding je. kena la angkut ngan Nurul. penat-penat. paling tak bleh balah, keesokkan hari aku, ida dan nurul mandi kat bekas air tu. haaaaaaa...lantak la malu ke idak. masa tu gelap lagi..ramai student dibuai mimpi. ni gara-gara terdengar lori mai antaq air aaa...lepas lori blahhh apa lagi kami bertiga sarung kain batik n lilit towel kecik kat bahu...mandiiiiiiii yeahhhhhhh sejuk giler. air bukit ke hapa depa bagi ni. bila tingat memori ni tersenyum sorang2. masa tu ingat kami bertiga je mandi situ...rupa2nya kakak senior nampak kami cam tu..depa pun serbu turun join kami.. hak3x...setel. tak payah duk ngankut air. yang nak tergelak bila dengar suara orang laki..pakat lari lintang pukang kakak2 senior tu. yelah, hari dah cerah, maka "kumbang-kumbang" pun keuar la dari sarangnya. lain kali, subuh-subuh mandi situ.

Occay tu citer masa semester satu. ada lagi citer masa semester 6. semester 1 aku ngan gang redah je mandi kat depan kolej...yang semester 6 ni plak kami mandi air pili bomba. ahaksss...masa tu kalu la kolej terbakar...bomba mai tengok saja je la. yolah, habis ayaq kami kerjakan! sampai kering pili bomba tu. nak wat cam na, tunggu lori air haram tak mai hantar air. plak tu ada kawan aku yang bijaksana (dulu dia kadet bomba)...dia la ceroboh tarik pili tu..buka sampai bilik air..buka pili tu..maka.......mandiiiiiiiiiiiiiii...hak3x.. alahai rindunya uum ni. macam-macam memori aku kat sana. buat warga uum, sabar ye bila air tak da. huhu..dan lagi satu...jangan mandi air pili bomba kang terbakar kolej tu...korang nak tido mana? :P

Thursday, August 19, 2010

Hepon Baqu

Petang selasa hari tu laki aku ada call aku cakap dia sedih sangat petang tu. Bila aku tnya 'whyyyyyyyyyy?" tak nak pula dia ceta. kata tggu je la dia balik umah. "okess"

Sampai umah masam je muka pastu terus baring atas katil. aku ajak makan pun macam malas-malas "abang ni kenapa? sedih pasaipa?" dia diam jer. pastu baru menjawab "hepon abang...jatuh dalam toilet. tak dapat diselamatkan." ohhhhh hepon ilang rupanya, ingat kena buang keja. mati aku nk keja sorang...oh tidak..tak kan ku biarkan suamiku itu lepak sesaja. hik3x. Aku kalu pegi keja tak bawa hepon, tak senang hati oooo apatah lagi kalu hepon ilang. mau aku badmood setahun. hik3x

Hepon tu pun satu,gatai apa ntah pi jatuhkan dirinya dalam lubang jamban. hishh jahat la hang hepon. sebab hang dah tua ehhh yang ko pegi bunuh diri terjun dalam jamban tu? nak soh laki aku beli baru ehh...hang nii..ishhhhh (sian hepon itu, laki aku yang tak pandai jaga, salahkan hepon plak ehhh). Maka pagi kemarin dia pegi ca4 sorang2. katanya nak beli hepon yang sekadar dapat cakap ngan sms pun jadi lah. yelah kan raya dah dekat, nak guna wet banyakkan. So, tak pa la..pergilah kanda menjadi hepon murah itu....dalam kul 2 petang tu dia call aku. "abang dah beli hepon baru...dapat tak mms abg send tadi?" aku cakap tak pun. dia kata "abang beli biasa2 ja..tapi mesti kaler putih. bagi sama ngan wife abang." ohhhh sweetnya ayat dia..iye lah tu

Lepas cakap ngan laki aku, aku dapat msg. "hohhhhhhh biar betul dia beli hepon ni??? kata beli yg rm100 jerkkk...main2 tul la" bebel la hati ku ini. aku tak caya sebab laki aku ni suka sangat ngusik aku sampai aqil pun dah pandai jadi cam abahnya. tak per2, nanti mama nak beranak gigirl. gegirl akan gang ngan mama. ahaksss..

Sampai umah aku ni bergegas masuk bilik. yelah nak tengok heponnnnnnnnnnnnnn..tapi aku still wat biasa2 je dalam hati excited bangat. sekali laki aku "tu-tuuuu chargernya..." cisssssss riak la tu hepon baru. nyampah "bak hepon baru!" minta aku. Minta macam paksa tu..."tak yah la tengok" ishhh tak nak bagi lak..siap simpan dalam poket...ahggghhhhhh tak kira...gomol laki aku sampai dapat. ampa jangan pikir aku gomol dapat apa...bulan pose weiii kang naya batal pose! gomol nk dapatkan hepon arrr. sekali aku raba poket dia..mak aihh awat besaq semacam...akhirnya aku dapat gak tarik kuar hepon tu...uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa mama aqil jelessssssssssssss. hepon apa laki aku beli? tak dah la sampai 1K tapi lebih canggih skit la dr aku. mana leh laki aku lebih dari aku. uwaaaaa..aqil, amik hepon mama ni. Tolong jahanamkan hepon mama ni...mama nk beli hepon baru gakkkkk!!! hepon apa? ni haaa....


|

|

|

|

|

|

|

|

|

|


Hmm tak dapat BB, dapat cam ni pun jadi la kannnn..."abangggggg nak pinjam sebulannnnnnnnnnn"

" OH NO!"

aku? gigit bibir je lahhh.

Wednesday, August 18, 2010

Mamat ni asyik cerai jerr...macam la hemsem!

Cerai Lagi : Roslin Hashim Fail Penceraian Esok





PETALING JAYA: Jaguh badminton negara, Roslin Hashim,35, (gambar) akan memfailkan penceraian dengan isterinya Norhayati Othman,38, di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, Rabu, selepas sebulan mendirikan rumah tangga.

Mstar Online dimaklumkan, permohonan itu dibuat selepas berlaku masalah dalam rumah tangga yang dibina Roslin dengan Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) itu.

Kedua-dua pasangan tersebut bernikah pada 9 Julai lalu selepas berkenalan tidak sampai lima bulan.

Bagaimanapun sebelum ini Roslin mengejutkan banyak pihak apabila perkahwinannya dengan Faizah Mohamad,32, pada 30 Januari 2009 tidak bertahan lama apabila mereka bercerai selepas 12 hari menjadi suami isteri.

Eh apa masalah dier aaa...kalu cerai, cerai aaa jangan la jadi kes dia kawin yang 1st dulu. siap saman-saman. Apahal? hang yang tak mau bini hang pastu hang minta duit hantaran segala balik! Tak malu ker? (memang hang tak malu pun kan, kalu malu tak minta dah) woiii tolang la, jangan hina wanita macam ni. aku rasa hang ni memang bermasalah lah!

Hope yang 2nd ni, tak ada saman-saman dah. hang ni buat malu kaum lelaki jerr...muka hang tu bukan hemsem pun, nak bini yang macam mana? manusia tak semua perfect. kalu hang nak yang perfect, sampai kulit hang berkedut2 la hang kawin cerai tau!

Eh aku malas la nk bebel banyak hal mamat perasan ni. habeh pahle posa aku jer. huhuhu


Merapu saja-saja.

Hari ni dah masuk 8 hari kita berpuasa yer. kejap je masa berlalu...nk dekat dah raya rupa2nya. ewahhh raya juga yang aku pikirkan. Baju raya aqil belum beli lagi. Baju raya abah dia pun belum beli. tak ada masa la, bila aku cuti laki aku keja. bila dia cuti aku pulak keja, so cam na? takkan la aku nk p beli sorang. Oh tidakkkk..

"sayang, tolang la amik cuti sehari temankan dinda shoppinggggggg" shopping eh, tapi poket nipis je ni. perlukah aku guna kad gores menang laki aku? "boleh abang?Boleh laaaaa..." sian laki aku banyak hutang nanti. hik3x.

Friday, August 13, 2010

Hampir accident, TQ ALLAH SWT selamatkan aku...

cerita ini bagi berlaku semasa aku balik kerja semalam. Malas nk story cam na..aku paste je la apa yg aku citer kat bestprenz aku:

Leya: mmg aaa
tenet slow sgt2
nk buka paper pun slowwwwwwwwww
ha wes
smlm kan
ms aku blk
nsb baik la xremuk keta laki aku

TSO_Memer: aa
ape ape

Leya: huhuh

TSO_Memer: aiyak
hg nk langgar org ka

Leya: aku follow lori kecik
mmg slow giler dia bw
lori tu kejap kiri kjp kanan
aku panas la...
dah la slow
pastu kiri kanan pa hal
aku pun nk potong aa
sekali ko..lori tu trs buat u-turn
bangsat tul
nsb baik aku smpt break
mencicit2 je bunyi break aku
dlm keta aku jerkah cina tu
"woiiiiiiiiiiiii...mn signal u?"
peduli apa aku org tgk
terkejut ko
cina tu angkat tgn mnta sori
bab* tul
pastu cpt2 blah
aku ni park la keta tepi jln kot2 ada calar ke hape
lori tu lari ko
nsb baik xda calar2 klu x, mmmg aku ligan

TSO_Memer: ganas hg nih
sial gak lori tu
aku ase dia sesat tuh
ishk3

Leya: boleh wat U xbg signal

TSO_Memer: sib baik dia bg tgn gak

Leya: aku rs dia cr umah sapa2 tu
dia bw aircorn
tp agak2 la
klu xtau umah pun stop la call tn umah tnya kat na
ni leh plak sat kiri sat kanan
dah la bw 40km
nsb baik la xda keta blkg aku
klu x, msti la org hetam blkg aku

TSO_Memer: ha tu lg nsb baik
betui3

Leya: pg td aku nk mai keja
siap aku jeling tgk jalan aku
nmpk line aku break
huahuahua
mmg abis tekan break aaa

TSO_Memer: kah3
ye aa kalu x abih mane nk bunyik
Leya: nmpknya aku dah buat seni tayar kat jln tu
klu la aku thentam lori tu..tobat laki aku xbg gn keta dia dah pa

TSO_Memer: lorr bkn salah hg pon
xpon dia beli kete lain kasi kt hg
ngeeee

Leya: a'aa kan
beli cardina ka
huahuahua

TSO_Memer: perghhhhh

Leya: berangan xhingat

TSO_Memer: taste

Leya: mcm la laki aku VIP
hak3x

TSO_Memer: fuhh
baguih3

Leya: alos..tggu aku buka bisness nti la aku beli sndri
apa brg nk soh laki beli
xleh nk kembang idung klu duk hrp laki
yo dak?
hak3x

TSO_Memer: nt ko kate laki x syg lak beli sdiri
ha3

Leya: xperrr
dia mmg xsyg aku pong
hak3x

Okes itu jer...hmm aku berangan nak pakai caldina ehhh....alangkah bahgia aku dapat sebijik keta tu.. :)

Thursday, August 12, 2010

Aqil ikut mama gemuk ke bazar ramadhan

Semalam balik je dr keja mak aku bising.

"letey la jaga anak hang lia oiii. sekali pintu buka..pongggggg keluar p duk kat jalan. mak tak larat ligan laa...!"

huk2 sian mak. nak buat cam na...aqil tu kecik lagi kalu marah pun tak kan mengerti apa2. aku sekadar cubit2 manja aqil

"hishhhhhh geramnya...jgn buat macam tu kat mak tok" marah aku

Reaksi aqil? songgeh je ler...mau aku tak geram tgk dia macam tu. lepas aku bawa masuk aqil ke dapoq (eh aku msk bukan nk makan aa..pose weiii....mmg kena lalu dopoq dulu br aku masuk bilik..hehehe) mak aku bebel lagi

"Hari ni mak tak masak pa2 pun. letey la kepung aqil. dah la tak tidoq. dia asik buka peti ais ja" hak3x..mak o mak..sian mak aqil buli mak ehhh...

" hmmm klu cam tu cepat la siap. kita p bazar. tak payah ajak sapa2 kita p bertiga je" cadang aku. tu siap letak syarat. yelah mak aku ni selagi keta tak penuh dia ajak org nu org ni join. malas la aku. sebab nk tggu2 org buat aku NO-NO.

Sampai je bazar aku dukung aqil walau mak aku nk dukung aqil. Yelah tak kan tak reti bahsa..kan mak dah ngeluh tadi kata letey jaga aqil kan...maka dukung la si Aqil ni..ades..capek gak. yang geramnya...kan bazar tu sempit boleh plak tangan kecik aqil ni tolak org depan dia.

"alannnnn...alannnnnnnnnnn" ades...siap tepuk2 belakang orang, dah berapa kali aku tarik tangan dia..leh terlepas gak. rimas kot. ada la 2,3 manusia pandangggggg aku. msti kata "mak dia ni senggal tak reti jaga anak..siap tepuk2 belakang aku lak" mesti ada kan org kata cam ni...


Oh aqilllllllll makin besaq umur mu, makin besaq akalmu. mama gemuk ni sangat sayang padamu aqil kurus....:P

Wednesday, August 11, 2010

Lazy Mode

Makin lama makin malas la plak aku nk update blog ni. macam dah malas nk taip2 dah ni. lagipun blog ni pun wujud sj aku gatal nk catat macam diari tapi ada setengah blog jd popular. bila xupdate reader maki je soh update. tapi aku xda la smpi tahap tu dan xkan sampai la ke tahap tu...hmmm

Friday, August 6, 2010

Bestnya pakcik itu

Tadi waktu lunch aku balik umah. jumaat kan gomen rest kul 12 smpi 3pm. so, aku setel apa yg patut2 dulu 12.35 aku pun balik aaa tido puas2. kul 2 lbh cam tu aku kuar umah...ingat nk pecut 160km/j...sekali eeeeee geram aku...bestnya pakcik itu drive keta macam kura-kura nak masuk tido (kura nk masuk tido cam na arr? ni aku hentam bagi perumpaan kura2 lak..sori na kura2). aku followww je kat belkang keta iswara dia...pakcikkk makan angin ehh sambil isap rokok..aku nmpk muncung2 dia memboihhh buat asap bulat2. setannnnnnn! engkau tu tengah drive, bukan duk lepak kat beranda umah kooooooo..senggal giler...maka sampai sini lambat 5 minit. nah..aku dah termakan gaji haram untuk 5 minit itu..huaaaaaaaaaaaaaaaaaa (aku tiyak sambil guling)

Puisi khas untukmu...

wahai saudara islamku,
sampai bila harus kau bersikap begitu,
memang kau memberi tapi kau ambil balik!!,
macam2 permintaan kau dampakan,
sampai hak kami digantung
kesian kami menanggung penderitaan itu,
kenapa kau tamak haloba? kau kan dikurniakan pangkat dan darjat,
sampai bila kau nak seksa kami?
aku tak menyangka, fizikalmu kecik tapi akal mu punya nala besar!
cukup2 la apa yang kau buat...pergi la kau ke tempat lain,
beri peluang tempatmu diganti orang lain.
pergiiiii...pergiiiiiii....

Thursday, August 5, 2010

Episod 1- jalan-jalan ke kelantan

Senarnya nk update hari isnin hari tu..tapi busy la plak kan…maka aku taip la siap2 kat word…occay layannnnnnnn

Sempena ke kelantan kali ni sebab atas jemputan mekna kawin (31 July 2010). Sambil-sambil tu sekaligus aku jadikan ia sebagai family day. Maka plan la ngan k.mah nk pi sama-sama. Alah apa kata tu…konvoi ehh…heheh

Janji ngan kak mah nk jumpa di stesen minyak petronas kulim hi tech dalam kul 9 pm, tapi…..km tunggu sampai kul 9.40 pun tak muncul. Biasa la org ada anak dua ni memang banyak barang nak kena siap. Plak tu laki dia ada meting so amik masa sikit la. Sudahnya kami tinggalkan kak mah sekeluarga. Aqil pun dah boring sangat-sangat sampai menjerit2 dalam keta.

Lepas tu tunggu kak mah lagi kat hentian bintang apa ntah..bintang hijau kot…dan pasti bukan bintang tiga. Eh bintang tiga ni bukan komunis ka? Tunggu punya tunggu dok muncul gak..maka tinggalkan kak mah lagi. Kebetulan kawasan tu no coverage..cam tapir ko maxis.huh

Lepas dari kawasan bukit tu ada msg masuk. Nah 4 miskol dari kak mah. Pastu tak sampai 5 minit kak mah call “Woi leya..ko tak payah la pakai maxis tu..apo lak tak da coverage!” nah aku kena sebijik-sebijik ngan kak mah..huhuh. Last janji jumpa kat r&r Perah plak. Tu pun lama gak tunggu dalam 20 minit. Sampai2 je kereta kak mah belakang kami laki dia terus turun keta..bukan sebab nk serang kami sebab kami tinggal depa…ahakss….sebabnya aku nampak abg ery pegang baju kotor. Sah, syakir muntah! Sian2…Kak mah bagi tau sebelum nek tol kubang semang baru teringat pamper Syakir ngan Thaqif tertinggal. So patah balik..Patut la lama bebenor kami tungguuuu


Dah abis uruskan si syakir bucyuk tu...(hik3x..buchuk la plak ehh) kami pon bertolak.hmm patut la zati siap awal2 pesan kat aku jgn ikut tanah merah, cr jalan shoutcut satu lagi..aku pun xtau sangat jalan2 sana, follow je la k.mah sekuarge. Rupanya2 sebelum ke Mahang kan ada simpang nak pi Rantau panjang..ha ikut laluan situ sebelum samapi pos imegresen belok kanan...ntah lupa dah jalan2 sana kalau aku nk citer sini...


Occay, sok plak aku citer episod seterusnya..nak sambung basuh baju. :)

Mama GEMUK

MAMA GEMUKKKK
MAMA GEMUKKKK
MAMA GEMUKKKK
MAMA GEMUKKKK
MAMA GEMUKKKKKKKKKKKKK

Uwaaaaaaa ni ayat yg diucap anak teruna aku tu. hasil ajaran abah dia. laki aku ni bukan nk ajar menda2 baik. lagi aku geram bila aku tanya " ABAH????" Aqil sambut

ABAH ENCEMMMMMMMM

HOh, perasan tul laki aku. hemsem ker??