Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Wednesday, July 28, 2010

Tilik penyakit

Tengah aku duk buat kerja ni, ada user aku bagi tau ada tukang tilik mai buat urusan tanah. lelaki cina ni agak berusia tapi badan tak mencerminkan umurnya yang besaq tu. So ramai user aku ni serbu dia oleh kerana kepakaran dia tangok kita ni ada sakit apa-apa. Depa ni kata dia leh tengok seseorang itu ada barah, toksin banyak dan macam-macam la. ada yang soh aku cuba..uihhh tak nak la aku. buat-buat dia tilik aku ada penyakit serius lagi menyeramkan tak pasal-pasal duo puloh pat jam duk pikir penyakit aku yang belum tentu ada kan. baik aku wat tak langsung. hidup gembira kan lebih baik untuk kesihatan kita. rite?

Saturday, July 24, 2010

Cerita pagi ini


Aqil agak mengada2 pagi ni ngan aku. hangin kejap tapi tak da smpi aku nk marah2 aqil. dari dia celik mata asik soh aku dukung-dukung-dukung. haiyoooooo nak buat keja pun tak lancar pagi ni. mujuq la semalam aku dah basuh baju sebaldi. so, pagi ni just basuh apa2 yang tertinggal semalam then mandi.

Siap sume aku bawa aqil ronda2 kat luar umah. agak penatkan bila anak dah "dapat kaki" maka dia "gila jalan". lagi satu mulutnya tu..alahai....leh tahan "ramah". ni mesti waris baka mak aku.wkakakka..

penat jalan2 ngan aqil kat luar tu, aku bw aqil masuk dalam umah. dia ngamuk2 balik..sudahnya bancuh sebotol nenennya kasi dia tido dlm ndoi. ZzzzzzzzzzzZZZzzz. lega! leh la aku blogging kejap ngan fesboking sekali. hehehe

Friday, July 23, 2010

Anak CEMERLANG Keluarga SENANG?

Agak menarik skit tajuk aku hari..ni pun tertengok banner2 yang gantung tepi jalan sepanjang aku nak masuk site keja aku. Anak CEMERLANG Keluarga SENANG? Aku tak nafikan, bila anak berjaya dan kerja sume bagus-bagus akan membahgiakan mak bapak. yelah duit byk, mau tak senang mak bapak kan.

Tapi heran tak hampir hari-hari dalam paper ada citer anak tanggang zaman moden. bila baca je..hampir nak menangis aku (tak leh nangis kang user2 heran. pastu buat teka-teka lak aku gaduh ngan laki. padahal aku bahagia yang amat!). Aku turut binggung la ngan anak-anak zaman sekarang hidup senang tapi ada mak bapak hidup melarat.

Contoh ada yang berlaku di kawasan sini:

1. Ada tempat di kawasan A, ada anak mengabaikan bapak mereka sedangkan mereka hidup senang dan berpelajaran tinggi tapi sanggup membiarkan bapak depa hidup bergantung ngan kutip tin. ada sumber dedahkan anak-anak malu sebab dapat bapak yang berkerjaya pengutip tin! Ya Allah tidak sedaqkan anak-anak ini membesar dengan hasil titik peluh bapak yang hari-hari kerja kutip tin! sedih gile masa aku dengar citer ni. sehingga hari ini, bapak dia yang tua lagi uzur...kerja kutip tin. kejam sungguh anak-anak pakcik tu. tak per pakcik, anak-anak pakcik pun ada anak..tunggulah pembalasannya. tak terima di dunia, ko tunggu di akhirat!

2. Satu lagi kisah....ni berlaku dekat sangat ngan kg aku occay. kisah ni dicerita oleh AJK kg aku. sebelah kg aku ni berjiranan ngan kg cina. Kg cina tu plak ada satu walfare utk org tua-tua bukan muslim (rasanya utk cina je kot..xberapa pasti)..mengejutkan ada seorang kg aku ni lalu la kawasan tempat tu dan didapati ada seorang pakcik melayu ditempat disitu. bila dia siasat-siasat nak menagis dia..anak-anak dia keja hebat (salah seorang doktor) tapi semua tak nak jaga dia. Akhirnya nak letakkan bapaknya kat walfare len takut org tau..so, anak-anak durhaka ni campakkan bapak dia kat situ. yelah takut orang tau! Ya Allah masa aku dengar citer ni aku lari masuk bilik...ye..aku nangis. takut pun ada. sebab aku pun ada anak...Aqil jangan buat mama macam tu, sayanglah mama ngan abah macam mama abah sayangkan aqil....

occay tu ada 2 contoh aku citer. yang lain2 kita leh baca kat paper. hope kempen Anak CEMERLANG Keluarga SENANG...betul-betul menjadi kenyataan.

Tuesday, July 20, 2010

Penghargaan

Hari ini aku nk coretkan satu penghargaan buat seorang ini bagi menyelesaikan masalah aku. masalah apa? aloss yg emel aku bengong macam nk mampus tuh.geram wes...last2 seorang ini membantu aku. rupanya2 gmail ni leh share ngan macam2 emel. guna POP3. selama ni aku ada dengar2 kelebihan POP3 ni tapi aku xda plak nk explore sangat. yelah aku kan penyegan lagi pemalas kannn...keh3x

So, sapa2 nk try leh cuba kat gmail..amik setting > account and import pastu korang kodek2 la sendiri yer..keh3x. dekut ilmu giler aku ni kan. muahahha.


Apa2 pun tq buat insan bernama amylia. dikau telah menyelesaikan kekusutan aku ini.
nak hadiah yer? kejap...aku nk p order dulu. tggu sat na..
|
|
|
|
|
|
jap nk betulkan tudung...zassssss amik kunci keta bersama handbeg
|
|
|
|
|
|
Start keta ..brommmm brommm brommmm...tekan minyak skit kasi enjin turbo aku mengaum..bergegar skit PTD SPU ni..muahahha...ko jgn runtuh PTD ehhh aku nk duk situ smpi dec nih.
|
|
|
|
|
|
|
masukkan gear...aku guna gear manual ehh. baru macho drive keta. auto2 ni ayu sangat. tak sesuai untuk jiwa ko (poooooooodah ko leya!)
|
|
|
|
|
|
|
brommmmmmmmmmmm menuju ke destinasi ku....
|
|
|
|
|
|
occay dah smpi cari parking dulu...sini payah nk dapat kosong. hishhhhhhhhhhhhhhh
|
|
|
|
|
|
terus bersabar...ha jumpa dahhhhhhhhhhhhh parking elok2 depan kedai ni..maka zasssssss aku trn melulu ke kaunter order....
|
|
|
|
|
|
"dik kasi kak yg ni 1 set"
|
|
|
|
|
|
ok, chowwwwwwww balik PTD SPU semula
|
|
|
|
|
|
|
|
|
occay amy....sini aku persembahkan hadiah untuk ko...makan ler jangan malu2! ahhahahhaha






Amcam sedap tak? jadi la dinner plate. gaji dok masuk lagi. yang ni jelah nuh. muahahhahahha

Monday, July 19, 2010

Emellllllllllllllllll

haram j**** toi la emel aku ni. dah semggu wat hal. asal je aku nk receive bertalu2 kuar emel yang sama jd sampai berat. betul2 nyusahkan aku lah! try emel yaho hari ini. aku dah delete2 segala yang aku xnak..tetiba xsamapi seminit ada balik emel aku delete. woiii bodohlah! uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


Ada BAM eh utk emel yahoo? sapa nk terima BAM daku ini? kalu aku submit BAM ni kat insan bernama Ismail Tapo agak2 dia pelakung pale aku dok????

Tuesday, July 13, 2010

Bantal busuk Aqil

Tolang ya sesiapa penah ternampak bantal ni....tolong bagi tau aku eh..penat aku cari merata-rata tempat sume sold out. tak tau apa yang best bantal ni sampai anak laki aku tak leh tido kalu tak ada bantal ini..

Sunday, July 11, 2010

Toyol??

Pagi tadi mak sedara aku yang duk ujung kg mai lepak umah aku kejap. katanya nk beli bihun 2 bungkuih nk balik masa. ada tetamu kot nak mai umah dia. Lepas tu dia buka 1 ceta yang buat segala bulu meremang sakan. eh takut plak aku nk ceta sini tapi ada gak perasaan gatai nk ceta jugak2!

mak sedara : timah, ni nk ceta kat hang...si ***** kata kg kita ada toyol...

aku yang duk bekpes tersentap kejap. rasa kejang perasaan aku. huk3x.

mak aku : hah? kat mana? si ***** nampak kat mana?

mak sedara : depan kedai *****. masa tu dia bagun pagi awal tengok kat luar tingkap. tengok2 toyol tu duk depan *****. abis semua nasi yang dia duk tanak. demam tequih 2, 3 hari. cucu dia pun nampak malam bila ntah. baru bagi tau mak dia...nampak toyol duk atas bangku. patut la duit pak dia hilang rm50.

aku teguq air teh boh secawan. pergh..biar toi..uwaaaaaaaaaaa..perasaan takut kuasai diriku ini. oh malam ni laki aku shift malam lagi. nk bagun kencing sapa nk temam? kejutkan aqil buleh? tak leh-tak leh aqil pun sama besaq toyol kang aku siap kuar dr bilik ayaq, terkejut tengok aqil...aku sangkakan toyol..uwaaaaaaaaaa cam na ni..


aku rela tak dengar ceta ni..tapi mak sedara aku ceta depan aku lak. habeh la aku..aku kan penakut.huk3x..doa2 moga rumahku dilindungiNya. amin.


p/s : org kata klu tak mau bagi toyol curi duit kita, letak duit dalam tin. sebab tuan toyol akan ajar jangan amik duit dalam tin nanti tuan rumah terjaga. hmmmm...tul ker tip ni??

Friday, July 9, 2010

Rindu UUM

Tengah2 bosan ni teringat masa jadi student UUM dulu. Oh indah babe! first time sampai sana aku rasa gerun seres gerun sangat sebab bilik aku kat tingkat bawah bila buka tingkap bilik kami betul-betul berdepan ngan pokok besaq. so, bilik kami agak suram. mitos orang melayu kan pokok-pokok besaq ni biasanya ada penunggu occay. ah memang aku dasar penakut. dasar yang paling dalam cam jurang mariana (yeker nama jurang ni..alah yang terletak kat filipine tu..sori kalu salah sebab geo aku agak tenat tapi form six ada hati gak amik geo). tapi kan..sepanjang aku duk bilik yang suram tu tak da plak aku aku kena kaco. cume sekali je aku lalu pantri yang dijadikan stor aku terdengar bunyi pelik. masa tu dah abis semester 1. aku adalah orang2 yang terlewat balik bercuti. tinggal beberapa kerat je kat kolej kediaman aku. satu malam tu aku terpaksa melintas pantri yang lagi2 suram dan gelap tu. aku jalan laju occay, lepas tu terdengar macam orang kipaskan kain. bunyi macam satu kain yang besar...kita kipaskan. so, hasilkan satu bunyi yang mneyeramkan bagi aku. terus bolu roma tegak kemain. mencicit aku lari pecut. sampai bilik aku tak berani nk toleh belakang sebab minda aku kata "hang jangan pandang belakang...ada hantu bermuka jonggos" ohh tidak..aku menurut perintah wahai minda. masuk bilik duk diam-diam. roomate aku masa tu duk study so, memang dia tak perasan pun tengok aku mengecut sorang2. huhuu takut2. bunyi apa tu sampai sekarang aku tak leh lupa bunyi tu. nak kata ada orang atas kipas-kipaskan kain takkan kot sebab penghuni atas dah cabut balik bercuti.ntah la..

occay tu citer yang aku tak dapat pastikan dalam kategori apa..may be mistik la kot kan. ha sambung citer, UUM memang banyak kenangan pahit manis bagi aku. aku kalu tensen aku lepak kat tasik guthri. indah sungguh kalu lepak situ sambil kasi ikan makan roti-roti yang expired. kadang2 aku sengaja tak abiskan roti2 tu sebab nak bagi ikan makan. sonok wes bila tengok ikan tu berebut-rebut nak gigit roti. sian ampa...lapaq noh..ohhh rindunya ikan-ikan UUM!

lagi aku rindu UUM, persekitaran dan permandangan uum memang indah. UUM ni leh dikatakan kampus yang tenang walau kawan2 U aku yang lain cop uum sebagai UNIVERSITI TEMPAT JIN TENDANG. yelah..aku faham sebab uum ni letak dalam hutan. jauh dari kota. cam duk hulu. tapi aku bahagia occay. sepanjang duk uum ni, duit aku tak ada habis kat menda2 merapu. aku simpan elok2. sebab nk shopping aku kena kuar pi aloq setaq. tambah2 pulak nak kena naik bus HBR tu ohhhh....betul-betul menguji ketahanan fizikal woi!. sebab apa? bus HBR ni kebanyakkan yang masuk UUM ni banyak yang dah uzur benar. macam orang tua 70an. :P Orang HBR jangan marah atau saman aku. ni bukan aku kata...hampir sume kawan-kawan aku kata HBR bus tua...dan ada yang siap gelar HBR tu Hari-hari Bus Rosak..keh3x...seres...memanjang je kalu nk pi kuliah terserempak ngan HBR ni tersadai tepi2 jalan. semput sebab penat bawa budak-budak UUM. kasian oooo...so, klu aku nak shopping aku kena cari masa yang betul2 aku free..nak tunggu HBR pun sakit gak..kadang2 dekat 2 jam baru muncul. tak guna la kalu hang tempek makeup lawa2 (kot2 ada yang nak ngorat mamat2 alor setaq) kang sampai aloq setaq...cair abis make up tu. tu baru tunggu bus, belum lagi nak harungi pi alor setaq yang amik masa dalam 45minit. tapi ikut keadaan kadang2 sampai sejam..huhh punya susah nak kuar shopping wes. aku penah kuar pi bandar tu time pose..balik tu menggigil lutut, rasa nak buka je pose hari tu. letih sangat2. buat plak time tu aku kena berdiri dari UUM sampai pekan rabu.. oh nooooooooooooooooooooooo...ni gara-gara teman kawan nak beli baju raya. sian plak kan..teman je laa...huhuh


lagi aku amat rindukan fakulti IT. bagunan kami baru. so aku riak skit la ngan kawan-kawan course len. ehehhe. lecturer IT plak ramai yang muda trang-tang-tang. tapi yang tua skit (tak da la tua sangat dalam 30an) selalunya garang. sapa yang tak gerun bila dengar lec Noraziah Che Pa? garang woooooo payah nak tengok dia senyum. tapi sekarang hari2 aku leh tengok dia senyum sebab aku dah add dia dalam pekbuk aku. dia sekarang buat PHD (kalu xsilap..tapi rasa betoi la) kat oversea. banyak dia upload gambar2 dia tersenyum manis. rindu plak kat dia..:)


banyak kalu nk citer kehidupan aku kat uum. susah payah aku kat sana...aku simpan dan ingat sampai bila. tambah2 aku sangat bertuah dikelilingi rakan yang baik2. oh aku rindukan mereka2 ini :

1. mazu
2. nurul
3. pooh a.k.a cik tim
4. tajol rosli
5. norain a.k.a along
6. put
7. nat
8. ida johor
9. ida langkawi
10 dan ramai lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Really miz u all!!!

Thursday, July 8, 2010

Baru aku tahu

Petang kemarin sempat aku bergosip2 ngan mak2 sedara aku tentang sesorang itu.

Mak sedara A : eh ampa tau dak, Si *** dah ikut laki dia balik kampung. kedai dia dah bankrup!

Mak sedara B : loh biaq toi...patut la duk desak pak dia jual tanah. nak pakai duit sgt2.

Mak sedara A : ha la...ingat senang nk bayar hutang2. tu la...dulu klu sembang ceqita kaya sangat. la ni ikut laki duk kg senyap2. siap kena jaga laki dia lagi sebab laki dia sakit jantung.

Mak sedara B : ishhh...sampai cam tu sekali.


Itu adalah sedikit dialog mak sedara aku bergosip. masa depa duk ceta hal *** aku diam je. malas nk nyampuk sebab hati aku masih sakit apa yang dia buat kat aku. promate barang macam2 soh aku beli. bila aku beli sebab nk tolong sedara mara..produk yang dia jual cam hampeh. hampir2 aku dimasukkan ke hospital. aku terpaksa citer apa yang terjadi pada aku dan dia nk bayar ganti rugi apa yang aku alami. aku ni tertunggu2 la..tapi habuk pun tak da. tetiba dia membisu. rupa2nya tengah bergelut langsaikan hutang. aku tak nak amik tahu kenapa dia jadi sebegitu sampai bisness jadi tepung bungkuih. dari jauh aku doakan dia tabah harungi segala kepayahan.

Occay buat kawan2 yang tebaca blog aku ni...sapa ada menda yang kat bawah ni..hati2 menggunakannya dan bagi aku tak guna pun lagi bagus....sebab tungku karan ni :



1. bila kabelnya @ suiznya rosak (kita pun tak perasan ia dah rosak) boleh menyebabkan tungku
MELETOOOOPPPPPPP...sapa2 kalu bagi free barang ni...la-la tu gak aku baling masuk tong sampah. seres aku dah fobia.

2. bila ia meletop ia kan mengeluarkan air yang amat karat dan busuk yang amat. habeh busuk bilik aku hari tu. jenuh aku lap lantai menggila. huhuhuh


Adioss

Bosan seyyy

Semalam 1 penang cuti bg yang keja gomen la...yg keja private tu aku rasa ada je yang keja. sian-sian. aku terfikir releven ka cuti semalam tu? better kerja je sebab malaysia banyak sangat cuti.

Walau aku xsokong cuti semalam tu tapi aku patut say TQ gak la kat ABG LIM tu..sebab cuti semalam jatuh sama ngan cuti laki aku. so lepak umah puas2 ngan aqil + lai aku tu. patut balik bertam semalam tapi lepak umah mak aku je. nak bagi adik pinat aku main puas2 ngan aqil. lepas ni dia pindah duk puchong. so, nk balik penang selalu macam payah. sume bergantung pada kemampuan dia. apa yang penting zaman sekarang kena jimat betul2. Lepas ni leh la aku turun KL selalu. tu pun kalu ada rezeki lebih la. tingin nk bawa aqil p KLCC. hehhehe...

Petang tu dah puas melepak umah aku ajak laki aku p tesco SP. dah sampai terbang rm140 sebab aku rembab SD card, cover skrin LUMIX aku n sarungnya sekali. huhuhuh. pastu rembat plak suar GAP selai kat aqil. beli kat butik apa ntah situ. FOC ke hape ntah. suar kecik tp harga leh beli suar jean aku je. tak adil betul.huh!

Tuesday, July 6, 2010

Aqil demam lagik...

Penangan kena cucuk semalam..terus demam. semalam sesampai je umah sebaik balik kerja tengok aqil cam lemah je. sebaik aku dukung memang panas badan aqil. lepas siap2 pakaikan aqil baju tido aku bawa aqil masuk bilik lepak2 dengan dia. Sambil2 tu aku bacakan ABC kat aqil. tapi kejap je dia bagi tumpuan lepas tu kata

"mama....sakittttt" alahai sian anak mama. tak per aqil lepas ni dah tak da cucuk. dah abis. tunggu aqil darjah 1 la kot kena cucuk. lambat lagi kan. dah aqil kata cam tu aku gosok2 kat tempat aqil kena cucuk tu. may be asik kena belaian mamanya...aqil terus tido. hamboi...senangnya. kalu time sihat jangan harap tido semudah itu. yelah dah demam memang cam tu kan. cam aku la klu demam tido je jawabnya. lama juga aqil tido dari kul 7 sampai 8.30pm. lepas tu dia bangun mengada2 ngan abah dia kejap then tido balik.

* lawak gak aqil ni. kali ni langsung xmau jalan.
*nak mandi kena letakkan bangku. tak leh berdiri occayyyyyy..ngada2 kan? keh3x.
*tak nak meniarap . kalu tido terlentang terus. mengiring pun dia takut. olololooooooo..
*dah tak lasak. fuhhhhhhh

Monday, July 5, 2010

Aqil

Semalam lewat bebenor aqil tido...payah tul nk tido asyik nak main. mama penat la aqil.huhu mujur la smlm mentor akhir so, smbil layan aqil..layan TV. yang best MOHD menang. yeahhhhhhhh!!! aku rasa dia menang pun sebab mentornya ziana zain kan. hmm aku xpuas hati sbb nani masuk final..seres...suara dia xsedap pun. suara Ila occay lg.


ok sambung citer..disebabkan aqil lewat tido maka lewat la dia bangun tido. plan nk bw aqil p klinik awal tak jadi la kena tunggu dia bangun dulu. kang kejut mood tak baik plak budak tu. dalam 8 lebih baru aqil bangun. siap2 sume bawa mak aku sekali terus menuju ke klinik kesihatan pinang tunggal. fuh mujur tak ada orang so kami yg 1st.


Geram giler kat aqil..nak ukur tinggi pun menjerit je siap pulun tiyak. aiyooo jarum tak kena lagi dah tiyak ni. so terpaksa la biar dia main2 dulu. Agak dia ralit aku cepung dia kasi misi cucuk. perghhhhh kuat giler dia ronta2....akhirnyaaaa dienject sudah. hehehhe sian anak mama. air mata bercucuran giler. taw...sakitkan...hmmmmm

Thursday, July 1, 2010

Makhluk hijau itu...

Tadi aku lunch ngan laki aku disebabkan aku tak bawa bekal dan tak da transport. lagipun malas nk tumpang-tumpang org nk p kedai makan. Aku tak suka cam tu. kalu org ajak baru aku ikut. biasanya payah la org nak ajakkan. tengah boring2 aku sms je laki aku

aku : sms ~ lapar..bekal tak bawa hari ni..cam na?

Laki aku : sms ~ tak per sat lagi abang nak kuar pi bank. nk lunch kul berapa? 11?12?1?

aku : sms ~ 12.

tepat siut laki aku sampai ha. sayang bini tul laki aku.hehehhe. yelah hari ni hari khamis. eh ada kena mengena ker? dah2 jangan pikir bukan2.stoppppp!! occay sambung citer, aku dan laki aku pilih makan kat kedai nasi daging pongsu seribu. sedap situ supnya. Tapi masa aku ngandungkan aqil dulu aku tak leh bau sup dia. nak termuntah. namapun ngandungkan. alah sajaaaaa...aku dan laki aku pilih makan bihun sup je. nak makan nasi rasa macam tak leh masuk walau lapar sebab pagi tadi aku dah buat nasi goreng udang.

Tengah sedap makan ternampak la sorang makhluk hijau ni turun dari kereta mewah bersama rakan2nya. spoil selera aku. eeeee aku cukup benci tengok makhluk hijau tu walaupun kita dilarang membenci sesama makhluk. tapi seres wes..aku tak boleh. memang meluat sampai habis level kat makhluk sorang ni. teringat apa dia buat kat aku dulu. dulu aku praktikal kat 1 company tu dan makhluk hijau ni penyelia kat situ. mujur la aku dibawah penyelia len. uihh hemsem penyelia aku dan baik hati. tapi yang aku hanginnya, makhluk hijau selalu kaco idup aku walau aku BUKAN DIBAWAH SELIAAN DIA! Almaklumla makhluk hijau giler koser. selalu kipas bos kata bdk2 len. bagi aku dia bukan tahap kipas bos TAPI tahap aircondkan bos! zaman la ni mana layan kipas2 wes..aircond lg bagus. cepat sejuk tambah2 boh 16'c kannn..

occay sambung citer...ada 1 masa tu kan..dia soh aku perbaik PC dia yang rosak tahap nak mampus. PC peribadi bawa mai opis wey! heloo aku kerja bawah org len yg ko sibuk2 soh aku betulkan PC ko nape?? tapi walau apapun aku tetap utamakan tugas yg diberi penyelia aku. yelah kan bukan makhluk hijau nak nilaikan aku. dia letak PC tu kat tempat aku waktu pagi, lepas lunch dia msk opis. pastu ngan muka merah macam hantu mati terkejut serang aku. dia sepak2pintu sebelah aku ni. kecut perut aku wes. siap dia jerkah aku. jerkah occay. seumur hidup aku, mak bapak aku xpenah tengking macam dia tengking. wei BODO la hang! dia tengking cam ni

"NI APASAL TAK SIAPKAN PC AKU NI? BINI AKU NK GUNA MALAM NI!!" pastu dia sepak pintu belakang dia. gedeganggggggggggg...

aku rasa muka aku automatik bertukar kaler merah + biru. huhuh nak tiyak pun ada. aku pun jawab la

"LA SAYA NK SIAPKAN KERJA OPIS NI DULU. NANTI SAYA TENGOKKAN LA. LAGI PUN PC TU KENA FORMAT. LA NI MANA SAYA ADA SUME CD2 NK FORMAT TU"

aku jawab slow je. takut wes. aku sorang je dalam bilik tu. pastu dia tengking lagi

"AKU TAK PEDULI, SIAPKAN JUGA!"

pastu ada ada kerani mai jerit kat makhluk hijau tu.

"woiiii...apa ni duk marah anak orang. rilek la...aku yang suruh dia setel menda2 opis ni..." kerani ni makhluk hijau takut skit. pastu keadaan jd kendur dia blah. huhuhu...sakitnya hati aku. aku tak kan lupa apa dia buat kat aku. sampai mati akan aku ingat!

Mimpi !

Semalam aku mimpi nyeri kalau aku dedahkan disini leh menimbulkan kontroversi. Auwwwwwww...cam tak logik je mimpi aku dan buat aku seram giler. Nak kongsi dalam blog ni...tapi tak berani aku nk citer kang boleh timbul syak wasangka. maka biarkan lah noh...hmmm penah dulu aku mimpi dicekik hantu. uwaaaaaaaaaa sesak nafas hantu tu cekik aku. celaka ko hantu yang berambut panjang lagi berwajah hodoh. yelah hantu mana ada cun2 kecuali hantu sundal malam je cun giler. Ok, sedap je aku melayan mimpi aku semalam tetiba aku dengar budak kecik meraung sebut "nak nenennnn...nak nenennnn" aku buka mata...handoi Aqil ni buat mama spoil je. so aku tak tau kesudahan mimpi aku semalam tu. tak per, tunggu malam ni kot2 mimpi aku bersambung. moga2 aku jumpa kesudahannya sebab sekarang ni pun aku tertanya2.:P