Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Tuesday, April 27, 2010

Aqil buat perangaiiiiiiii

huhuhu...berpusing2 aku rasakan pagi ni. pale xstabil. semalam xtau la apa terjadi ngan aqil. asik teqeyak smpi pagi ni. tido pun kejap2. aku bancuh susu langsung xminum. last2 aku campak je tepi katil.eee geramnya. tapi mulut dia asyik kata "nak nenen...nak nenennnnnnn" nenen tu susu aaa..aku bancuh xmau lak, mau aku xhangin. susu tu bukan murah, bukan guna bulu ketiak untuk beli. uhuk3x...

pagi td dia start siren teqeyak dia blk kul 8pg..maka terpaksa la aku dukungnya ronda depan umah kiri ke kanan..kanan ke kiri...pastu seterusnya pun sebegitu..uwaaaa..syg..mama penat aaa..xpaham napa syg cam ni. bahu aku lak bengkak sebelah.xtau sebab apa..maka xsyok aku dukung aqil yg berat 9kg tu..laki aku? huh...tu sedap tido agi....xpa2 xnak layan anak ehh..nti biar anak syg mama lebih dr abah. hehhehe

Friday, April 23, 2010

Maafkan mama...

Tanggal 21hb membuat aku sgt2 sedih dan keciwa. Tepat jam 7.30am aku lapor diri kat kaunter wisma perubatan perbidanan Dr Zainol. Nak buat cam na, klu aku pertahankan pun...tak boleh diselamatkan lagi. Akhirnya, angan2 aku nk bby girl musnah sama sekali.

sesampai je aku kat klinik tu aku trs diperiksa dan dimasukkan ubat untuk kembangkan rahim...fuh senak gak perut nk tggu smpi kul 11.30am. rasa mcm periot pain. dah lama aku xmerasa periot pain. betul la kata org, lps kawin msti ilang periot pain. alhamdulillah...

dr kul 11.30am menjadi kul 12.15am aku br ditolak msk dlm labour room. perghh..ketaq cheq msk bilik tu. macam2 gunting ngan pisau aku nengoknya. lps doc bius..aku rs macam...macam duk dlm surga..keh3x...sempat lg berangan sewel.huk3x.

sedaq2 aku trs muntah..eee pahitnya air liuq akuuuu...nmpk sekitar sume kelam n balam2 je...pastu aku dpt rs 2 misi tolak aku msk dlm bilik. so, tggl la aku sorang2 dlm bilik tu. Laki aku mana? huh, mentng2 la kali ni xdpt sambut bby, ..lps dia tggu sku smpi kul 10 cam tu dia trs blk.Yelah, cuti2 ni time tu je la dia nk men ngan aqil pun. aku pun, mls nk halang dah dia nk balik sgt. lagi pun mmg boring punnnnnnn....Lagi satu dia tempat tu mmg sedia maklum, layanan nurse mmg 1st class, so itu yg membuat aku ngan dia xrisaukan sgt.


Dalam kul 3 lbh tu br aku rs pale aku normal blk..rs betul2 aku di bumi. bukan kat surga lagi aaaa...:p trs sedaq tu aku call laki aku, rupanya2 dia xblik pun ngasuh aqil dia balik bertam. Kemas umah. Yelah xlama lg km nk buat warming house n mulakan hidup baru. oh yeahhhhhh


Kul 4 lbh cam tu, pintu bilik aku ditolak. terpancul wajah buchuk aku yg 2 org tu. sapa lagi la klu bukan laki tersayang ngan ank manja aku tu. Aqil mcm muka blur je tgk aku tido atas katil ngan wayar ada cucuk kat lengan aku. haihh..bila la air botol tu nk abis mengalir dlm body aku ni. nak terkencing oiiiii...nkl bangun penin2 agi....huk3x. lepas nurse buang wayar tu....trs aku ajak nurse gi toilet, siap2 sume...n balikkkkk...

nek je atas keta aku tnya MC...


"lama mn MC dpt?" tnya aku

"smpi 30hb...syok aaa tu...." terjuih2 mulut laki aku. eleeeee jelesssssssss...


Buat anak kedua mama, maafkan mama andai mama lalai menjaga syg dlm rahim mama. mungkin mama xjaga diri mama betul2 membuatkan nyawa syg tergadai...mama sedih kehilangan syg...maafkan mamaaaa

Friday, April 16, 2010

Harapan Tanpa Suara (Kempen Kami Prihatin)

semalam, masa aku duk tiyak sedih kehilangan baby kedua aku...aku lepak depan astro..tup-tup ada iklan lagu Harapan Tanpa Suara...perghhhhhhh lg teresak2 aku tiyaknya...lagu ni tersangat mnyentuh naluri keibuanku. sapa xrasa terusik ngan lirik ni..xtau aku nk kata..mmg xda perasaan!

Di dalam kandungan ibuku tersayang
Amannya kurasakan
Degupan jantungmu, jantungku
Irama penuh syahdu

Kuingin rasai kehangatan pelukan
Belaian kasih sayang
Kujaga kau di hari tuamu
Andai panjang usiaku

Korus
Namun hanya harapan tanpa suara
Di dunia cuma seketika
Jasad kaku dibaluti kertas usang
Terbiar bagai sampah terbuang

Dimanakah ibu, dimanakah ayah
Bonekakah atau manusia
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
Oleh hawa nafsu yang serakah

Lagu S.Atan
Lirik Habsah Hassan


Manusia makin kejam! kejam! kejam! bukan sume ler...segelintir je yg pandai buat projek...lps tu buang anak bagai sampah. Buat laki2 durjana diluar sana, anda patut dikerat anu... campak bagi anjing!!

Pesta Buku Pulau Pinang

Tarikh: 28 Apr - 02 May • 10:30 pagi hingga 9:00 malam
Tempat: Dewan Milenium, Kepala Batas, Pulau Pinang

Pesta Buku Pulau Pinang pada tahun ini akan diadakan di Dewan Milenium, Kepala Batas, Pulau Pinang adalah anjuran bersama Jabatan Pelajaran Negeri, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang dan Syarikat Adam.

Sebanyak 110 booth akan dibuka sepanjang Pesta Buku Pulau Pinang berlangsung. Antara aktiviti menarik ialah persembahan nasyid dari kumpulan Inteem, Sesi bersama kartunis Apo dan Ujang juga pelbagai hadiah menarik disediakan untuk pengunjung bertuah.

Bermula pada tarikh 28 April sehingga 2 Mei 2010, sepanjang lima hari dari pukul 10:30 pagi hingga 9:00 malam.

Beritahu kepada saudara-mara dan rakan-rakan yang berada di utara semenanjung Malaysia untuk datang dan berkunjung ke Pesta Buku Pulau Pinang ini.

Datanglah beramai-ramai.


(dipetik dari PTS Portal)

SO SADDDDDDD

Smlm aku xcited gi jumpa Dr sakit puan tmpt aku bersalin Aqil. sabtu hari tu dah pegi tp doc xda plak sbb bz ngan org sakit bersalin, so balik ngan hampa. So, smlm jd excited la nk jmpa dia tup2 dah jumpa...aku dpt result yg sangat menyedihkan. Doc kata "eh dulu ms 6 minggu ada je nadi, ni dah 9 minggu...maaf ya, doc xnampak nadi. nadi dia dh stop. jadi bby ni dah meninggal..baru je ni meninggal" huhuh....berderai air mata aku. aku tgk muka laki aku sekilas pandang, muka dia trs nmpk frust. xda lagi seri ms nk msk jumpa doc td. lps kuar jmpa doc air mata aku mmg mencurah2 giler smpi misi2 kat kaunter pandangggggg je aku. apa tgk2? huh.

Lps byr bil cepat2 aku msk dlm keta terus aku tiyak semahunya. laki aku diam je xkata pa2 pun. Aku cakap kat dia, aku xnak masuk keja...aku ajak dia blk rest kat umah baru kami. Sampai umah aku sambung lagi tiyak. sedih sgt2...sbb aku dah terbayang2 akan dapat baby girl! pedih hati aku bila jd cam ni. laki aku mai peluk dia cakap..."xpa la, nti ada rezeki lagi. mungkin ada hikmah.. lagipun aqil kecik lagi, pelukan kasih sayang mama. Bila dapat baby baru, aqil tersisih plak..manatau kan..." aku diam je sambil berfikir..hmm mungkin, aqil belum puas dapat kasih sayang aku. walau aku yakin aku boleh membahagikan kasih syg aku pada aqil ngan bby tapi mn tau kan...aqil akan tersisih. xpa la..aku redha walau hatiku sgt2 sakit...

Wednesday, April 14, 2010

Tak pasal-pasal kena marah

HUHUH..Dah lama tak berkesempatan nk update blog aku yg dh jd mcm diari aku ni. ni aku update sbb aku nk tintakan hari ni adalah hari hot aku. Tak apsal2 bos marah aku disebabkan apa yang aku emel semalam dia tak dapat. sedangkan kat kwn2 aku yg aku cc dapat je. so, salahkah aku? renung2kan lah...apa yg leh aku katakan..bila kita duk bawah yg tahap macam macai..klu anda tak bersalah..anda tetap disalahkan walau bos anda terang2 xbetul. kita nk tegur takut sbb takut tertutup periuk nasi kita. rezeki ni la nk bantu suami ngan belanja anak2. nampaknya aku kena kuatkan usaha cari kerja baru...chaiyokkkkk leya!

Thursday, April 1, 2010

Tensionnnnnnnnnn

Dari semalam aku tak abis duk pikir pasal backlog kat SPU ni....dr zero tetiba meletup jd 66! haihhhh pelik aku. Bos plak macam perli aku. yelah dia kata dulu zero, skrg tetiba ada plak. Bos, sy xtipu....dulu mmg clearrrr...ni xtau apasal muncul semula. aku bingung occay.

3 kali aku bangun bancuh susu aqil smalam, 3x aku payah nk tido balik sbb terpikir backlog SPU ni. Ni pun berat pale duk pikir. Ya Allah...permudahkan aku. Aku xnampak jalan penyelesaian..Kau tunjukkan jalannya..Amin.