Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Monday, February 22, 2010

aktiviti CNY

Dah cuti byk hari dan kebetulan cuti sama ngan laki aku..maka acara wajib balik umah mertua aku. pg2 aku dah siap apa yg patut nk blk sana. paling byk barang2 aqil. haihhhhhhh..kecik2 pun byk barang. bukan jauh pun umah mertua aku. selang berapa kg pun. so, klu tertinggal barang kejap je blk amik. tapi klu aku tertinggal apa2...aku minta laki aku blk ambil kan...hmmm kdg2 bila aku suruh dia mls giler..mcm nk kena blk jauh macan blk johor..T_T. Sampai umah mertua aku, bg aqqil main ngan anak2 buah km. penuh umah mertua aku sbb kak sulung balik. riuh rendah umah.

13 Feb 2010:
Best3x...dalam kul 10am km smpi sedim. sian kak ipar sulung aku tu..akibat laki aku xsabar nk rejam aqil dalam sungai...km tinggalkan depa kat blkg. ingat depa tau jalan..rupa2nya xtau. bila km smpi kat parking depa xmuncul2. sampi sejam berlalu...so, km mls tggu..apa lg join ngan family mak ndak, chu ngan aunty.

Aqil tiyak sebab dah lama berendam..sejukkkk..


Time ni aku duk melantak manggi goreng ngan mee goreng sambil tgk gang ni syok berendam. sebelah tangan aku pegang camera.



Ni gambar aqil lps aku salin suar dia yg basah kuyup. kasi pakai pamper je dulu. manatau sat lg dia nk main ayaq lagi. tp, smpi blk dia xmau dah. bila ajak dia xmau. dan time ni gak time tido dia...mood xbaik dah ni. xmau org len dukung melainkan aku ngan laki aku je.


Aqil dalam khemah (beli kat gaint je. kebetulan time offer.so, rembat je la)

Niat hati nk bg aqil tido dalam khemah. bila dia nk lelap je mata, ada gang mat rempit berpuluh2 moto parking motor sebelah khemah aku. hangin giler aku kaco anak aku tido. dah lak tu bahal punya mat rempit, kawasan family, depa letak motor depa berderet2 smpai org nk lalu pun susah. plak tu terpekik terlolong ngalah org utan lapaq makan. eeeeee geram giler aku time ni. rs nak cabut ekzos tiap motor depa ni!!! so, sume family aku hilang feel nk lepak lelama. kul 1pm sume pakat pack barang. blahhh. tinggal la mat2 rempit yang membuatkan kawasan tu tak ubah bising mcm kat dlm zoo. seres, sakit hati aku ngan budak2 ni.



14 Feb 2010:

hari ni aku join mcna, rajib, gha dan suami p kenduri TAB kat Kolej Height apa ntah. lupa aku. pergh...majlis kat dewan ala resort. temapt elit. kayo TAB ni. hehhehe..xpa, seumur hidup sekali je kan Tab. tpi xtau la klu plan seumur 4 kali. keh3x. tapi aku caya Tab ni sorang yg setiaaaaaaa..heheheh..

Ni la tempat Tab buat majlis kawinnya.


Raja sehari

Friday, February 12, 2010

BAM..BAM...BAM

(S) Apa itu BAM?

(J) BAM membawa maksud Borang Aduan Masalah.

(S) BAM diberikan kepada siapa?

(J) BAM akan diberikan kepada pengguna untuk mengomel, mengkritik, menghentam, memperbaiki, mengadu, meluahkan perasaaan geram benci tensen ..pendek kata sume masalah boleh diisi dalam BAM.

(S) Selepas pengguna memberikan anda BAM, apa tindakan anda?

(J) Mula-mula saya analisis dulu, kalu betul2 releven saya masukkan dalam excel seperti selalu. klu xreleven saya bg tau user sebab apa dan kenapa. klu user pok-pek-pok-pek..saya berusaha memekakkan telinga saya. dulu2 susah nk pekakkan telinga sendiri, tapi la ni...kacang je.

(S) Tindakan selanjutnya setelah BAM dimasukkan dalam excel?

(J) Saya akan emel kepada seseorang dan dia akan compile untuk sume site dan emel kepada SA untuk tindakan.

(S) SA tu apa?

(J) Eh bodo nya soklan. SA tu system analyst. Eh tp boleh jd gak Shah Alam kan..ooo sori2..soklan yg bagus. hehhehe..peace!!

(S) Adakan SA cepat bertindak?

(J) sume bergantung kepada isu yang dibangkit, dibangun, didukungkan oleh pengguna. sekiranya isu itu agak serius, SA akan bertindak serta merta dan bagi requirement baru kn tggu la noh. mnta yg dasyat2, mn la dlm masa 24jam leh setelkan, sbb tukang coding pun nk kena pikir yang dasyat2. user senang je bebel eh lambat la bertindak. hamboi...korang ingat bahasa programming ni bahasa malaysia ker. kang aku bagi skrip java..berguling2 korang baca nk bg paham.

(S) Setelah isu dibangkitkan selesai, apa tindakan anda?

(J) ha time ni yang sy menyampah tahap sampah sarap yang lekat celah2 longkang yg dalam. sebabnya tso akan menguji semula isu2 tersebut. kadang2 tu bukan senang nak uji cam tu je. kadang2 data problem tu dah berterabur berbenor, nk susun bg jadi asal balik..memang makan hati gak aaa..kdg2 makan sampai ke peparu, perut, kaki tangan sume la 1 body. Lagi 1, time kita nk test user asyik busy je.tapi aku tgk mulut je busy tapi ada gak yg betul2 busy. kdg2 bila kita test dah ok, dia p kona kot len lak...nk kata xperfect la tu. mak aihh...dasyat2 la keinginan mereka. ..T_T. Ha ada lg, elok je aku simpan fail2 BAM yg problem (smpi aku ikat siap2 la bg ikut kategori) tetiba time nk test HILANG. HILANG ok. aku cr xjmpa. haihh nyusuk kat mn lak fail ni. ada kaki kah? Oi fail, ko sj nk nyusahkan aku ehh? nk bg bos2 marah aku? time aku nk test tetiba ko tumbuh kaki? sapa sumpah ko tetiba bg ada kaki?? habaq mai. Gilo wei..bila bos asyik tnya bila nk uji? bila nk uji? ada sekali tu...ni bukan kes BAM aaa..kes len..ada sorang kerani penah tnya aku, ada nmpk fail dia x? aku ckp klu ada bg kat aku pun , aku letak blk kat tempat biasa (tempat fail2 bermasalah -ada yg tahap stabil,koma, nazak, mampus terus pun ada). bleh plak dia kata "kot2 la terbawa balik ka?" helloooooo..beg aku bw laptop aku ni pun dah cukup berat, xkosa aku nk bw balik fail ko tu. mana aku nk galas beg laptop, bekal ayaq ngan handbag aku..nk aku usung fail llg? sori la....xkosa..xkosa..xkosa..ada fhm? (adakah wajah aku berpotensi menjadi pencuri fail??)

(S) Nampaknya anda sangat marah bila dibincangkan isu BAM ini...

(J) yeeeeee..BAM ada lah sensitif bg aku!

(S) So, sampai sini saja lah sy tnya mengenai BAm

(J) Ha, ok..dah aku nk wat keja. eh hr ni jumaatkan? yeah3x..sok cutiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.


Giler kan jd TSO ni. cakap sorang2. nk bergaul2 ngan user2 sini pun kena hati2. sebab aku tau, depan org nmpk suka kita tapi kat belakang org xsuka tso ni walaupun punca sebenarnya, user xsuka sistem kita. so, tso terkena tempias. Hati mana xsedih pilu kalu hari2 "makan" kemarahan org yang tidak sabar. Ada yang layan aku baik2,aku sgt2 menghargainya. terima kasih terima diriku seadaanya. aku tau aku ni menumpang tempat korang kerja, tapi aku menumpang sbb aku ada tanggungjawab kepada syarikat dan syarikat membalas dengan habuan gaji. gaji tu la rezeki aku nk tampung isi rumah. walau tanggungjawab ini sebenarnya terletak di bahu suami, tapi aku tetap akan bantu dia selagi aku terdaya...Abang, moga rezeki kita xtak putus selagi kita berusaha demi hidup kita bersama anak (akan datang kena guna anak2 plak..hehe).

wassalam.

Thursday, February 11, 2010

Kenapa manusia sekarang begitu kejam???

Hati aku cukup terganggu bila hampir hari2 aku baca paper..ada je laporan bayi dibuang. Ya Allah...nk kiamat agaknya dunia ni. Sedih, kecewa...nk nangis (klu kat umah ni..sahih meleleh2 dah air mata aku ni)..sume ada. Kejam. Masa buat projek xhinggat, bila bby tu dah tiba masa untuk dilahirkan....ko buang mcm sampah. eh dulu ms buat napa xpikir. bersepah kondom2 dijual, beli aaaaarr....aku kata ni bukan nk galak korang lagi berpesta projek..tp kalu dah gian sgt pikir2 la effectnya. BODOH. ada otak macam lembu!! eh lembu pun pandai jaga anak.otak apa eh korang ni. nk kata binatang...binatang lg baik dr korang yg buang anak ni. Klu ko dirogol...napa xreport polis. napa nk ssh sorang2. kasi je jantan gila sex tu msk lokap. hishhh geram aku....

comelkan baby ni? kenapa tergamak buat dia mcm ni..

Kat luar sana ramai yang inginkan anak. bertahun2 kawin..xdikurniakan anak. Berdoa siang malam..masih tidak dikurniakan anak...mungkin ada hikmat tersembunyi sebalik tu. Tapi kaki2 maksiat ni...mudah saja mengandung. kenapa ya? Ada bdk pmpn di kawasan aku...sekolah agama..bila bertadarus al-quran..sedap sungguh suara dia mangaji. tapi dia ada 2 anak luar nikah! MasyaAllah...orang seperti dia pun tak kuat apatah la minah rempit lagi murahan kat luar tu kan. sume terletak kat diri kita. yang pelik, mudah plak minah2 setan ni beranak...sedangkan aku yg sah menjdai isteri..nak lahirkan aqil..sakitnya...hanya DIA yang tahu. seksa dan sakit sangat. di hujung aku lahir akhir...terasa bagai nk mati. lps aku nampak Aqil keluar...mata aku trs padam. aku ingat aku mati. tapi alhamdulillah, tetiba satu masa tu...ada sesorang cium dahi ngan pipi aku berkali2. rupa2nya laki aku...alhamdulillah...aku xmati lagi...aku berpeluang tgk Aqil dan peluk cium Aqil. Indah sgt2...xterungkap. Hanya ibu2 yg merasa mcm aku rasai.

Ya Allah, ku bersyukur dikurniakan anak bernama Muhammad Aqil darwish Muhamad Faizal ini. mama sayang Aqil. Sayang sangat2.



Wednesday, February 10, 2010

Muntah-muntah

Semalam aqil muntah2 lagi. adus risau dah aku. dah 3 malam berturut2 aqil muntah lepas minum susu. so, bila dia muntah nmpk seksa sangat dia nk nafas. time ni, laki aku la nampak kalut aku still leh tenang..tepuk2 belakang aqil sampai dia muntah sampai puas. mak aku kata sebab cacing.klu betul cacing...jahat betoi hg cacing duk kaco perut anak aku malam2. nti klu hg kuar aku cincang hg lumat2. (eee...betul ka aku nk cincang cacing, padahal menatang yg 1 ni la aku paling geli dan xhingin nk lihat) haihhh xtau la nk buek cam na. nk kena bw jumpa pakar lg aa jawabnya.

Monday, February 8, 2010

Tak tau nk letak tajuk apa...

Sabtu :
Xbuek apa pun kat umah. layan aqil je. xtau la skrg ni aqil asik tiyak je. ikut hati geram rasa nk cubit2 je..tp pikir dgn waras..ala baby xkan nk wat cam tu. ada la tu xkena kat mn2...tp bila aku dukung je ok plak. SAH, dia xmau berkurung dlm umah je. so, "mama..plez dukung aqil, bw aqil jln2"

Ahad :
Eeee best...mat pezal bw aku n aqil ker Lata Bukit Hijao. geram tau tgk aqil mandi. aku mcm nk terjun sama masuk dlm sungai tp awal2 lagi laki aku warning...tlg jgn mencecah kaki anda ke sungai. So, aku just leh celup tangan aku je ke sungai. so cam na nk mandi? tangan ke bawah..kaki ke atas? GILOOOOOOOO... apsal dia xkasi aku mandi? hmmm aku rasa sebab :

1. ramai sgt kawan laki2 dia yg join. dia takut bila aku dpt je terjun masuk sungai aku xleh kawal diri.. mesti mengelupor3x mcm itik nila. tul dak you? so, nti dia malu ngan kawan2 dia bila bini dia mandi xhinggat. tp klu aku mandi pun...bukan aku pakai bikini punnnnnnnnnn...jelessss tgk 2 beranak tu berendam dlm air. aku just jd tukang amik gambaq. smpi hatimu!!

2. ada gang2 pempuan yg mandi tp peranagi masyallah..gedik semacam je. may be dia xmau aku terjoin ngan bdk2 gedis.....

itu je kot alasannya. agak2 ada alasan lg x???Ha, lps puas mandi aqil mcm dah letih tp still nk main air lagi. naik darat pun tangan kecik dia duk tunjuk sungai lagi. padahal dah menggigil dah tu. Aqil-aqil.. suka tul ngan air. dah siap2 sume balik. catat dalam sejarah...aqil tido sepanjang nk blk tu..dari kul 2 sampi kul 5. fuhh xpenah dia selama ni tawwww...lps tu mlm kul 8 tido dah. anak mama mgg penat sgt2. siannyaaaaa....

Friday, February 5, 2010

Cirit??

sesampai je aku kat PTD SPU ni, aku dpt msg dari laki aku. katanya pg ni..dia asyik cirit.. Ha, tu nk salahkan aku ler tu buat maggi semalam. Dah tau sehari xmakan nasi, blk umah nk makan maggi. So, dlm mls2 aku wat gak. wajib kena letak cili padi 2 bijik. Aku pun makan maggi kari udang bersama cili padi tu gak..tp xda pun cirit. ni mesti dia mkn apa2 ni...huh..

youuuuuuu....jgn salahkan i pnya maggi kari udang pedas kaw-kaw yg i msk semalam tu arrrrrr....

pasal cirit ni....aku rs thn lepas byk aku mcm pasal cirit. Baru aku terperasan, perut aku sekarang dah xleh nk terima makan pelik2 dah hatta yg pedas2. dah xtanah mcm dulu. kenapa ehhh??

Ok itu pasal cirit..ni aku nk ceta pasal keja aku lak. Aku tersangat la perasan (bukan aku sorang je..juga TSO site len) sekarang ni....makin lama keja kat site, bagai dibuli. Aku rs user dah ilang respect kat aku. kenapa?

1. sebab walau user marah2..aku still smile...smile....?
2. sebab aku selalu wat muka baik n lagi sweet kot ? (uwekkkkk...sweet plak. boleh blah)
3. sebab aku xreti nak gaduh2 ngan user ? yelah kan...aku duk sini menumpang. xkan la nk
tunjuk belagak. eh tulun...not me! sy sorang yg sopan occay.
4. sebab...depa ingat aku ni lepasan SPM yg senang2 je belasah ngan mulut laser dan lagi
berpuaka??
5. sebab..ker user rasa aku ni BODOH? hello...klu ada yg pikir cam ni...aku lempang sekor2.
penat taww aku abiskan aku nya study. Dah la every year dpt lec garang nk
mampiuh.....terketar2 lulut bila time presentation..cume xsampai terkencing dlm kain je
lagi...pastu penat sengkang mata (time tu kalu ada menda untuk tongkat mata..dah lama aku
beli) siapkan projek. Hangin tau study IT ni...beza ngan student len...time final
exam...student2 len pulun2 giler study....tp budak IT, ms tu la nk setle project, ms tu la
present, ms tu gak la sambil2 bc buku utk exam..susah tau. so, jgn anggap aku bdk BODOH
occay!!!!..hhmmm tetiba rindu UUM lak. paling rindu saat2 bersama gang jogging kat tasik
gutri sambil amik peluang kenyit mata kat jantan2 UUM..eee gatainya akuuuuuu...xlah..tipu
je. kan aku dah kata..aku ni pmpn sopannnnnn...UUM...I REALLY100X MISS
UUUUUUUUUUUUU

Hmmm dah kot sebab 5 tu. Penat aku pikir mcm mn nk bg diri aku ni dihargai dan dihormati. Tapi aku xda la mendampakan depa layan aku bagai puteri kayangan. Xtau nk cakap. contohnya bila ada prob main jerit je...xleh ker cakap baik2 dan bw fail tunjuk aku kat mn prob tu. tak dinafikan la..ada gak yg berkelakuan mcm tu..ada prob mai cakap baik2 kat aku. Aku sgt2 menghargainya. Xkan la xfhm...aku jaga sume modul..ke hulu ke hilir aku terkejar sana sini. So fhm2 la skit dah la aku letih jln2 dlm opis ni....pastu letih pikir kesilapan yg ampa wat tu...Klu ada prob, leh x senyumkan skit. ni wat muka protes...ileks aaa...sume masalah boleh diselesaikan. tapi take time la..bila aku lmbt skit "Eh cepat la...nanti public kol marah". hek eleh...klu ko ckp baik2 kat public tu...xkan public marah2 n maki. Tapi macam la aku xtau ampa ni...mesti jawapan ampa kat public "tak siap lagi la..sistem prob" aku paling xsuka la ampa duk buat alasan mcm ni. kadang2 tu kesilapan ampa tp fitnah sistem kami. hello...telinga aku belum tuli lagi. Aku tau sume tu. Tapi aku diam sebab aku xnak gaduh 'dlm umah" org. aku ni kan tetamu.

Hmm dah la kot aku bebel. Aku nk sambung semula keja aku. Kang xsiap...penat aku nk dengar ayat ni

" yg bagi hari tu dah siap? cepat skit..public duk call minta"

Tu je kan reason korang walaupun kesilapan tu korang yg ciptakan. Betul x? bertuah la klu korang ngaku...


Wednesday, February 3, 2010

Mata xleh nk buka luas2

Hmmm....pg ni awal2 lagi aku sms k.lina kata msk keja lewat. Ni gara2 penin pale kejap2 bgn tgk aqil. Aqil xberapa sihat. malam td 3 kali dia muntah, so bermakna 3 kali bertukar baju tido. Sian plak aku tgk hero kecik aku ni..nk tido punya la payah sbb xselesa..may be sakit dada sbb batuk sgt. smpai xda suara bila dia batuk. pale aku ni pun, bgn pagi td rs mereng je. rs bergegar2 je bila aku pijak lantai.huhuhu

So, kat temapt keja ni aku xleh nk fokus sgt. bukan sbb xda keja, ada...tp mata aku ni mcm dilekat salotip je. berapa jam je aku sempat tido. selebihnya peluk aqil n tepuk dia sampai lena. Laki aku best je...tido tala punggung kat kami. hampeh kan...mentang2 aku kasi dia tido atas katil sorang2 dan aku n aqil tido kat bawah. aku tido bawah bukan sbb laki aku terajang aku tergolek smpi lantai tapi sng aku nk tidokan aqil dlm buai. tu pun aqil xlama duk dlm buai..ada la setengah jam. pastu ronta2 nk tido bwh ngan aku.

Hmm malam ni moga2 aqil dpt tido nyenyak..aku dah xlarat dah ni..ngantuk sgt2. tambah2 lagi user aku ni macam hape je. penat la aku ngajar tp still xpaham2 bahse. rsnya next month aku nk p register belajar bahasa jepun. mana tau, usaha ini akan membuahkan hasil. sekali aku terang...berderet2 user aku kata " haitttt" sambil tunduk2 pale. keh3x..

Tuesday, February 2, 2010

Benci bila.....

Hehehe...aku ni asik jadikan blog ni tempat aku membenci dan lepaskan geram je kan? Tapi nama pun blog aku...sekati la kan...eh sekali lak..sukahati lah.hehhehe

Topik aku nk celoteh hari ini adalah...benci bila...

Satu (1)
sampai je tempat keja, blum lagi nk on laptop..ada user jerit kat aku

"Leya, sistem xleh masuk"

Pastu aku pun kalut2 on laptop, trs buka etanah kesayangan aku ni...boleh je. Time ni aku leh jerit user balik

"Ok je punnnnnnn"

maka, user jerit lagi kat aku

"awat kat PC ni xboleh"

Dengan langkah yang geram aku p cekak pinggang kat depan user. aku ni ada angin skit bila org main tuduh2 n memburukkan etanah. len kali cakap la...'Leya, PC saya xleh nk login etanah ler".. cuba cakap cam tu..ok la..xda la aku nk rs semput ker apa. macam mn nk boleh login etanah nya klu diri awak buat mcm2 kat PC awak..lps tu PC awak jd biol2. Pandai je kodek2,..lps musnah sumenya, jerit kat aku etanah xleh msk. tlg betulkan ayat anda ok. Dah byk kali aku kena cam ni. dan aku dah dpat root causenya...sbb awak xleh nk login sistem sebab awak gatal buka u95@u96@u97 dan sewaktu dengannya. Lps tu awat x exit dengan sempurna. haihh hangin aku.

Dua (2)
Pagi2 aku rs xda lak prob byk sgt, tapi time nk balik je tetiba fail prob menimbunnnn dan bertimbun2. Uwaaaaaaaa.....

Tiga (3)
Aku benci bila user wat lawak2 xjadi time aku serius wat kerja. xsuka laaaaaaaaaa. Bila aku xlayan...ada la mulut puaka kata

"Hamboi leya...sombongnya hari ni"

eh suka hati la...diri aku..aku ada mood tersendiri...dah pg2 aku pilih nk serius...aku serius ler. kang aku keja main2, ampa kata lak kat aku

"hamboi leya...rilek keja..syok keja mcm leya..happy je"

senggal ok, aku buat itu sume xkena. Dah la..mls nk layan koranggggggg..

empat (4)
Paling benci..bila aku nk karang2 byk blog aku ni..tetiba fail prob smpi depan mata.uwaaaa....So, smpi 4 je la aku leh listkan..len kali aku sambungkan. :P