Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Friday, December 31, 2010

Happy besday Aqil !!!

Ohhhhh sanggup aku tak tidoq ni sebab nak tunggu new year...keh3x. Walau aku tak da kat padang kota lama atau RnR pantai bersih...dari umah aku ni leh dengar tau tembakan bunga api!

Okes, ada entry terpenting dalam hidup aku yang aku nak pahat sendat-sendat kat sini...:)

*************************

Happy birthday Aqil

Saat mama coret entry ni...Aqil tido sebelah mama. Tido menggiring, kaki kanan letak atas bantal busuk mama...(hisshh tak baik tau. nanti mama tido mama mimpi!)

Esok Aqil dah dua tahun, mama harap Aqil makin bijak dari hari ke hari. Target mama dalam usia dua tahun Aqil dah:

1. kenal ABC. tau tak, sekarang ni Aqil hanya kenal huruf A ngan O je. Lain-lain Aqil tak pandai lagi. Mama tak susah hati..sebab Aqil masih ada masa untuk belajar.Apa-apa pun sebelum Aqil masuk darjah 1, Aqil mesti pandai baca!. Itu doa mama sayang

2. Nak berak cakap aaa.. Mama geram tau bila Aqil main..tetiba mama bau busuk..bila mama tanya

Mama : Aqil berak ehhh? Aqil : Dok (no)


TAPI..kenapa bau busyuk dari punggung kecik Aqil. Bila mama check...waaaaaaaaa sampai ke pinggang t*** Aqil. Kadang-kadang sampai kena suar tau. Aqil kan dah boleh cakap...ngaku je la bila mama tanya. Awat la nakai sangat. Nasib baik kecik agi..kalu besaq dah, dah lama mama rotan punggung Aqil


3. Ok, yang tiga ni last la...mama tak nak paksa Aqil sangat. Yang ni...hmmm perlu ker mama cakap...hmmmmmm Aqil-aqil....aqil dah besaq kan....mama nak kasi adik Aqil nak tak? harjarhar....Ni doa mama ngan abah. Mama abah nak kasi Aqil kawan...:) Are you ready????

okes, sekian.

p/s : usia Aqil genap 2 tahun ialah esok jam 12.34tengah hari. Cantikkan jam Aqil kuar dari rahim aku?? :)

Sekejap lagi.....

Satu dunia akan tembak bunga api yang berbagai-bagai corak dan jenis. aku sangat terharu...terima kasih dunia yang akan rai besday aqil yang kedua. Susah je kalian...Ohhhh....sangat-sangat terharu


Rasa nak lempang aku tak? hak hak hak.. nak wat cam na, rezeki aku dapat anak lahr new year kan. So, gatai amik feeling konon sume celebrate untuk Aqil..hehhehe

Kesian Aqil, kali ni aku tak buat majlis besar2an. Cukup je aku nak potong kek untuk Aqil, dan makan skit2 dah. Nanti aku upload gambaq na.

HAPPY NEW YEAR!!

Thursday, December 30, 2010

awat esok cuti???

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....kalu cuti pun tak bermakna bagi ku sebab esok mesti kena kerja gak. Ni gara-gara proses akhir tahun esok. Mesti bos kuar arahan

"u all kena keja yer, teman user buat proses akhir tahun"

huhuhu...cuti la hari isnin depan. Tak pa-tak pa...think +ve. Najib bagi cuti bukan disebabkan kemenangan Malaysia saja TAPI hehhee sempena


MY BIRTHDAY!!!
kekekekkekek (poyo je haku ni)

eh tapi tetap tak best la....huhuhuuuuuuuuu (_")

Wednesday, December 29, 2010

Dah la curang, belasah bini pulok!

Lelaki Tolol! ha hambik ang.

Dah la hang curang, pastu sepak bini hang plak. Hamboi....bini hang bola ka? tolong ingat balik masa hang masuk minang dia dulu. Hang pinang bola sepak ker? Dah la amik anak orang pastu hang wat macam-macam pulak! Kalu hang ingat bini hang tak sempurna...itu ini tak memuas hati...hang dah cerminkan diri hang dak? hang bagus sangatkah?

Indon, kamu jaga-jaga!

MALAYSIAAAAAAAAAA BOLEH!

Tak sabar nak tunggu malam ni depan tv nak saksikan team kita lawan indon dalam final kedua Piala Suzuki AFF 2010. Aku doakan tak da apa-apa rusuhan. Teruk la moral orang indon ni. Kat media depa tak habis-habis isu laser.

Sapa laser dulu wes?? Kamu laser dulu yah! Tapi masa final pertama dulu, ada ke bukti penyokong malaysia laser player indon? ada-ada? cakap sebarang cakap la wes.

Kepada player malaysia, gud luck!

Kasi benam itu indon. Nati kalu depa kalah kita tengok apa plak alasan depa!

Tuesday, December 28, 2010

Pulau Pinang tak dak ayaq!

Ohhhhhh harus bagaimana kalu nak melaboq? fikir-fikirkan la (kena guna kuasa psiko ni kasi tahan sampai esok. Pastu sembelit..hah harus bagaimana? tak per, leh telan oren sunkist..)

Tak paham aku, ayaq tarak, ekon tak leh ON!. cam tu ehhh? ohhhhh baru aku tahu! tetiba terasa sayang kat kipas sebelah aku ni. Sat lagi hang tolong berbakti padaku yer. Kipaslah aku jangan sampai badan aku melekit. sayang kipas!

Monday, December 27, 2010

1st time @ DTL

Ohhh 1st time ni aku nek tingkat 50 komtar. Sayup je tengok bawah. TAPIIIIIII tensennya bila nak nek lift! Aku sangat2 tak suka nek lift tambah2 ketinggian yang cukup tinggi. Buat pale penin je bila lift turun nek.

Oh. mereng tak abeh lagi!



hishhhhhhhh aku memang tak leh tengok bawah lama-lama. Terasa diri bagai nak melayang jatuh bawah. Poyo ye lah



Tengok cam ni okey!



Ohhhh lihat dari sini aku nampak umah mak aku la! mak tengah sidai kain...(ceh, tipu)

Saturday, December 25, 2010

OPICK RAPUH

Fesyen anugerah skrin 2010

Maap aku yer sebab coretan ni aku tak da letak pic2 artis. Kalu nak tengok sangat klik sini

Banyak giler kak red letak pic artis. Macam-macam fesyen. Sini aku nak bebel sebab aku heran la...pasaipa la aku tengok tibi, banyak artis yang nek pentas pakai baju...Masyallah! (tepuk dahi). tak leh ka pakai tutup skit ini tak, terdedah ha sampai nak nampak tetek. Apahal la. Kain semetr rm1 pun leh dapat wes!

Abah aku siap leter je duk sebelah aku

Abah : Tu diaaaaaaa pakai macam kain tola (tower) mandi ja pun. Hishhhhh cam na la depa ni pakai. Tak malu ka?

Aku : Sebab tak malu la dia pakai cam tu

Abah aku diam. Apa la nak tunjuk sangat kat pangkal tetek tu. Nak kata tak tau dosa, eh tipu lah! Yang setengh tu tutup elok-elok kat bawah belah la pulak. aduss....tepuk dahi lagi.

Tolong la pengajur, len kalu wat acara, letak skit syarat minta artis pakai sopan. Jangan buka sana sini. huhuh

Friday, December 24, 2010

Citer jam lagi

Hishhh bila terkenang jam kesayangan aku hilang tu, segala macam rasa ada. Semalam nak tido teringat lagi. Spoil mood nak tido ngan amannnnn.

Tak leh jadi la....aku kena wat sesuatu ni. Patut ker aku p mandrem kat bomoh siam, kasi aku lupa kat jam hilang tuh? Ishhhhh Berdosa. Tak leh-leh.

Ni sat gi nak kena p opis...occay tak kalu aku beli je baqu kat Sunway sat lagi? Habis ceta. Mesti aku cepat lupa pada jam lama tu. kan? kan? TAPI! Gaji tak dapat lagi. huuuuuuuuuuuuuuuuu





Ha, ni dia jam aku yang hilang. Kahkahkahkah nak tergelak lak bila tengok bekas hantaran ni. Teramat-amat simple. Sian laki aku tau, sume menda bekas hantaran last minit wat. Tak da sapa tolong. besa la tangan pun dok berapa seni. Patutnya letak la bunga keliling batul comel tu kan? Laki, kalu wat keja, main belasah jerk! Tapi sian dia gak, 3 bekas dia letak kat kedai. Kedai cina tu pawww wet dia habis beratus. Nak tengok?


|
|
|
|
|
|
V




Amacam, comey dak? keh3x. Cina tu letak bulu kucing rasanya. :P

Thursday, December 23, 2010

Ayah.......

Mode sekarang aku sangat buntu. Dapat SMS dari mat pezal "ayah sakit buah pinggang". Musibah apakah ini? Yer, sebagai hamba Allah, kita kena akur takdirnya. Patut la ayah selalu lemah. Kencing manis ngan darah tinggi selalu buat ayah masuk hospital. Sekarang ayah dah di transfer ke Hospital Seberang Jaya.

Tak tahu la aku nak kata apa lagi. Tadi suft tenet cari info-info pasal sakit ni buat aku agak seram. Macam-macam rawatan bakal dilalui ayah nanti. Tebuk sana sini. Ohhhh Ya Allah, harap keputusan doktor salah!

Sebagai permulaan aku try cari penyakit ni. Supaya aku lebih faham. DAn aku jumpa ni (rwatan alternatif)

**************************************
ok..... ini petua Uncle....ini kaedah alternatif.......

u tau kan tikar mengkuang....? u dapatkan 1 tikar mengkuang.... u bentukkan satu bulatan besar... di mana boleh memuatkan orang di dalam tuh..... ayah u akan duduk ( bukan baring ) dalam bulatan tikar tuh pada jam 12 tghari setiap hari ( asalkan panas )

sambil berzikir.... buat selama 20 - 30 minit bergantung pada keupayaan tubuh menahan panas... Lubang bulatan kat atas tuh tutup la dengan kain nipis... jangan kain tebal....

Buat setiap hari.... Badan bapa u akan berpeluh dan mengeluarkan byk toksin... untuk pengetahuan u all.. orang yang ada esrf nih kurang berpeluh... jadi memaksa peluh keluar adalah cara terbaik dan ini kaeah yang terbaik kerana pesakit hanya duduk dan tak perlu berlari... dan sekaligus tidak memnatkan pesakit...

selepas berpeluh.... jangan mandi serta merta... biarkan peluh kering sendiri... cari herba herba terpilih yang sesuai utk di buat mandian.. dan selepas itu u all akan tgk perubahan tenaga pada diri pesakit...

Amalkan juga makan daun jarum tujuh bilah.... tak susah pun cari daun nih....dia bersifat anti oksida dan mampu membersihkan darah...

TQ
**********************************************************

Mari kita fikirkan

Occay, isi kali ni aku tak nak merapu. Meh kita seres kejap. Satu dunia tahu fakta ini. Bilangan warga tua adalah sedikit berbanding bilangan orang muda yang sangat banyak. Kenapa perbezaan bilangan ini sangat ketara (maaf, aku tiada jumlah sebenar. Belum habis research)?

Nak tau sebabnya? Ini kerana ramai kematian melibatkan usia muda sebelum mereka ini tua (tak sempat tua). So, di sini aku nak berdakwah skit (walau ilmu aku sangat la cetek), mari kita memperbanyak amal ibadat kita sebab kita tak tahu adakah kita tergolong dalam manusia yang sempat hidup dihujung usia tua.?

Renung-renungkan. Selamat berfikir. Tepuk dada, tanya iman.

Wednesday, December 22, 2010

Jam aku hilang


Sangat sakit hati bercampur sedey. Jam hadiah hantaran aku kawin dulu hilang!Dah la jam tu limited edition. Mana mau cari sebijik cam tu!?

Tudung Ariani...Baru ku tahu....

Sedang aku belek-belek dokumen yang dikatakan user tidak dapat proceed untuk kemasukan dalam sistem, sorang user ni dekati aku.

User A : ni tudung hang beli mana?

Aku : Ariani

Pastu user satu lagi yang serah dokumen ni

User B : Hamboi pakai tudung Ariani tu

Aku : Alah, bukan tudung yang mahal tu. Tudung murah je pon. Beli pun time sale.

User B : ahahhahah SALE??

ishh gelak plak dia.

Aku : Awatnya?

User B : Hang tanya kak A (User A), ceta pasal tudung Ariani.

Aku : Ha...citer2

User A : Hang tau dak, aku p Ariani tu...duk belek-belek ada sorang budak tu tanya salesgirl, berapa harga tudung tu, pastu budak tu kata RM 25, pastu budak yang nak beli tu kata " Eh, ya ka? masa tak sale dulu pun saya beli RM 25" . Budak jual tu terdiam leya oii!

kahkahkahkahkah..Aku pun nak tergelak. Cis...Ariani hang tipu aku noh! Jangan duk saman aku lak. Tapi kalu bos nya terbaca...tolang kasi penjelasan. (perghhh perasan hang ni leya, tak da masa bos Ariani nak baca blog buruk hang ni..hahhahahhaah...)

Dalam paper kemain kata sale. Sale menda gitu!

Naik angin biar la kena tempatnya!

Oh...sangat sedey occay pagi tadi sebelum aku mai site, sempat pegang harian metro yang abah aku beli dan baca tajuk depan tu.

Sorang bapak bangang humban ANAK SENDIRI bukan anak tiri yer....atas katil. Kalu anak tu umor 20 tahun tak per. Ini baru 9 bulan! Sebabnya hangin anak dok berenti nangis!. Patutnya si bapak ngok ni, bangun tengok anak apa yang dok kena. May be perut kembung ker, nyamuk gigit ker....baby lagi tu..mana dia reti cakap. Agak2 la nak ngamuk pun. Kalu dok tahan dengar anak tiyak, amik bantal tido LUAR RUMAH!

Eh, tak pasal2 baby tu KOMA! Pegi mampus la bapak cam ni!

Tuesday, December 21, 2010

yuhuuuu...hari ni aku kat SPS

Best giler tak masuk site aku hari ni. Gi melawat site memer. Lama tak ronda-ronda sana. Hari ni kena belajaq cara-cara nak deploy. DAh lama aku tunggu nak beljar yang ni. Oh yeahhhhhhhh..

Leh masuk dalam resume lagi ni. keh3x

Sunday, December 19, 2010

Ohhhh hang dera anak aku noh!

Pergh....tajuk cam dera tul-tul je kan. Tak lah, ni adik aku terkantoi video dia rekod masa aqil masa dalam 5 bulan gitu, dia biar aqil tiyak! Sedap-sedap dia record anak aku tiyak. nak tengok? meh aku tempek sini.


Lagi lagi kenduri

Ohhh banyaknya kenduri ini ari

Tadi dah pegi dekat ngan umah. Ramai siut. Sampai aku duduk kat cerut dapoq tuan umah. Tu je tempat nk menyelit kedaqah nasi kenduri. Aqil? pos kat abah, kebetulan mak timah nampak pak usop...dia kasi laki dia jaga cucu. keh3x. Sian orang tua tu.

Ni sat gi ada kenduri agi ni ha. Aqil, aku dah rejam dalam buai. Asik bunyi sangat kan..Ha..tido-tido.

Masih berbaju kurung biru mengadap komputer...dan tengah pikir nak p tak lagi kenduri Linda ni. Kawan adik. Hmmmmm....

Friday, December 17, 2010

Segmen : Dulu aku nakal !

Mak aihhh banyaknya soklan! Adus...tak pa la...aku join gak aaa. Sebab menarik gilo!

1. header blog BEN ASHAARI :



2. Nama sekolah rendah dan sekolah menengah termasuk tahun ...
Oiiii agak-agak aaa nak tau aku sekolah mana. Ni aku tak leh citer. Identiti aku tak leh clear. kasi samar-samar skit. keh3x..tapi kalu nak tau gak sek ren aku dulu kat SKPP (1989), sek Men kat SMKPK(1995). Kat penang.Ha teka-teka. Sapa teka batoi aku kasi hadiah. Seres! Ceh, macam sekmen dalam sekmen la pulok!


3. Aktiviti ko kurikulum yang korang ceburi
Ishhh tak silap aku aaa bola jaring kot. hak3. Maap la...mama dah tua dah. Kena buka sijil ko-ko dulu. Tapi kalu kat sek men, aku masuk softball. Tapi haram katok bola asik dok kena. Sampai buat cikgu Habibah mencebik. Sory cikgu!

4. Jawatan yang di sandang dulu .. hehe..
Aku dulu orang kata budak ceroii...nak sandang apa. Nati budak-budak tendang aku. Baik aku jadi budak sekolah biasa. Ha, sekolah menengah aku gila kosa skit, so aku jadi pengawas koperasi. Ha...jual-juallllllllllllllll...


5. Nama guru kesayangan korang ..
Masa sekolah rendah aku sayang sangat kat cikgu hasnah. Aku tau dia garang gila-gila, tapi aku tetap sayang dia. Pelik tul la. ha ada sorang lagi aku sayang...Cikgu Mobil (macam salah je aku eja). Dia ni cikgu muzik. Pergh mak hang...HEMSEM! . Occay cikgu sekolah menengah lak, Cikgu Habibah. Ramai nau orang tak suka dia. Aku tau ramai tak suka dia sebab dia ni tak suka melawa macam cikgu-cikgu len. Tak pa cikgu, orang len dok sayang...saya sayanggggggggggggg cikgu. Terima kasih cikgu mengajar aku erti meniaga. :)


6. Subjek paling disukai dan tak suka ..
Sekolah rendah ka..sekolah menengah ka...aku paling dok suka Math ngan BI. Meroyan aku dalam kelas tau. Dah la cikgu cam singa...pergh....pedih wes bila tengok jadual sekolah dulu bila harui tu ada kena belajaq BI ngan Math ni. Tapi dah besaq gajah tua, baru nyesal. BI aku cam longkang!



7. Kawan baik masa sekolah ..
nak taip ke idok ni.Kang aku taip..kawan aku dapat tau blog aku ni..tak pasal-pasal pungkok dia kembang setaman. Hmmmm....Rohaiza, marliza, Artini, Hamidah...nama-nama ni tak leh dipisah jadi satu. bagi aku...."mereka ni la pat-pat kawan saya" bukan "dia la satu2 nya kawan saya". NO!



8. Cita cita masa sekolah dulu
Aku nak jadi Cikguuuuuuuuuuuuuuuuuu.. STPM aku dok berapa Power, tak layak nk minta UPSI. Minta KPLI, asik kena reject je. TAPI, tak per...Aku keja sekarang ni pun ala-ala cikgu. Tapi cikgu orang tua. Mencabar gak ni.


9. Artis feveret masa sekolah dulu ..
Dulu-dulu dan sekarang, aku tak suka artis. Laqo wei!

10. Perkara yang paling tak dapat dilupakan masa sekolah
Disebabkan satu kelas tak dapat jawap soklan cikgu, sume kena berdiri ataih kerusi. Pastu...buka kasut, buka stokin...and....ohhhhh nak muntah bila aku kenang balik....sarungkan stokin masing-masing kat dua-dua belah tangan! Ni ustaz murshid nya pasal la ni. Seminggu kelas bau masam stokin!. Aiiii nak tergelak lak aku...sebab baru aku tau, budak-budak laki maleh basuh stokin. MOJORITI stokin hitam legam adalah LELAKI! HAHAHAHHAAH

11. Jika dapat kembali ke zaman persekolahan , apakah yang ingin korang lakukan ..
Aku nak belajar sungguh-sungguh. Terutama Math ngan BI! (dah besaq, baru semangat berkobar-kobar. Malang sungguh!)

12. Ceritakan kenakalan yang tak dapat dilupakan sewaktu sekolah dulu ( tak kurang 100 patah perkataan )
Aisey.....sat nak kenang-kenang dulu...


Ha...masa aku kecik-kecik dulu aku tak ramai kawan pompuan.Cousin aku semua ada telo (opss lucah plak). huhuh ada pun kawan masa kecik namanya wati. Tapi nak men masak-masak leh la men ngan dia. Menda-menda lasak dia tak suka. Faminin sangat. Mana best cam tu. So, aku lebih banyak gang T***. keh3x. Paling tak lupa, ikut depa tangkap ikan karin. Orang bandar tak tau kot.Hihihihii....ni contoh.



Tapi ikan aku dulu lawa lagi dari ni. Kalu ikan cam ni..kami kasi gred C ja. Kamidulu guna petua, sorokkan ikan karin kat tempat gelap, nanti warna dia jadi gelap. Lagi gelap...lagi lawa!Macam betul gak teori kami tu. Keh3x. Aku sorok bawah katil! Pada satu hari tu..nak lawan ngan gang T*** sapa paling banyak, aku ikut join masuk bendang, Ikan ni banyak kat area situ. Apalagi bergelumang ngan selut-selut. Abeh penuh muka. Pastu nak balik takut. Waaaaaaaaa......kena pandai seludup diri senyap-senyap masuk bilik air umah. Tapi terkantoi wes...kena tibai ngan mak aku. Waaaaaaaaa...berbirat la skit. patu terkantoi lagi, mak aku jumpa lak ikan karin yang aku sorok bawah katil. mak aku soh aku gi buang kat bendang balik. Woooo..sedih gila wes masa nk lepas kan ikan tu masuk bendang balik...:(

Itu je...tapi cam banyak citer aku kecik-kecik dulu...tapi cukup la satu ni.:)

Thursday, December 16, 2010

Cerita dulu

Hmmm anniversary kami yang ketiga bakal hadir tak lama lagi. Sengaja aku qosek-qosek tempat simpan CD2 lama...jumpa CD aku nikah dulu. Saja nak letak sini. Bila tengok balik, rasa nak tergelak tengok mat pezal salam ngan Tok kadi. Muka merah je... Ha, ingat senang nak amik anak dara orang jadi bini!

Tapi...caya lah! sekali akad je wes....:)

Semalam aku terdengar....

Sebelah kanan aku bunyi

"zerrrrrrrrrrrr...zerrrrrrrrrrrrrrr...zerrrrrrrrrrrrrrrrr"

Sebelah kiri aku plak berbunyi

"syehhhhhhhhhhhhhhhhh...syehhhhhhhhhhhhhh...syehhhhhhhhhhhhhhhhh"

Aku terkepil-kepil. Last2 aku bangun duduk

"hishhhhhhhhhhhh dua beranak ni kalu tido, tak berdengkur tak boleh ka?? mama nak tido gak. tapi bising!" aku tak la jerit dalam bilik tu. Hanya termampu jerit dalam hati. Tak sanggup nak biarkan insan2 yang aku sayang terjaga dari tido plak. Huuuuuuuuuuuuuuuuuu


Ngantok aaaaaaaaa....

Wednesday, December 15, 2010

Aqil @ DINOTREK2

Last week bawa Aqil gi Dinotrek kat JJ BM. Tengok iklan kat paper macam best je. Nak pi tengok kat KLCC jauh ngat. Sini dulu yer. Masuk dewasa rm6. Budak tak silap rm3. Aqil free je. Layan je la pic bawah ni.




Ni aqil masa mula2 sampai JJ.


Awal masuk jumpa menda alah ni. Tak ingat dah apa namanya. kena pijak2 jawab soklan.



Belakang tu macam game istana takishi je. Masuk, then pandai2 la cari jalan kuar. kalu agak tak reti kuaq, sila la meniarap..kuar ikut bawah lubang tu ha..hak3x.



Dinasour yang tak aku catat apa nama nya. Masa awal ni, Aqil agak takut. Tengok, takut nak turun jalan sendiri.


Ha.....ni mesin tangkap gambar. Kita gaya2 la kat dinding tu, pastu kemera auto snap kan. Ni dia contoh yang aku dapat thru emel
|
|
|
|
|


gambar dok cantik pong!






Ha, bukan senang tau nak snap pic Aqil. Ni baru la dia berdiri betul2!


Anak mama duk bersyarah apa tuuuu?


See, payah kan nak snap pic dia..eeeeeeeee



Suka bebenaq la aqil men menda alah ni.




cewahhhhhhhhhh tulun cari tulang dino.


Ok, jom balik.

Seribu kali cinta

Aku dapat rasakan ramai yang follow citer 1000x cinta kat tv3 tiap2 petang. Sini aku sikit nak komen arrr walau jalan citer yang menarik (lebih kurang sama ngan jalan citer omputih yang aku dah lupa tajuknya) tapi ia membuat aku sedikit jelik.

Rata2 tibi yang cakap penang/kedah...sangat2 la overrrrrrr! apsal aaa kalu nak cakap penang mesti mulut tu terjuih-juih overnya? cakap elok2 tak leh ka?? watak peah ngan kak kiah, sangat la over cakap utara. Punya la nak bagi bunyi utara, terherot-herot mulut nak cakap. Macam payah. Nanti orang2 negeri len tengok, mesti kata

"hishhhhhhhh teruk bebenor orang sana cakap. Mulut muncung kiri kanan"

Ha, kang jadi lagu tu. Bukan setakat drama ni ja, drama2 lain yang guna bahasa utara pun dua kali lima sama dengan ten. huh!

Apa2pun aku sebagai anak jati orang utara sangat menghargai penerbit yang pilih bahasa utara ni untuk drama2 depa. makasih na!

Tuesday, December 14, 2010

Kalau taknak baby jangan buat baby!

Ha, baca tak paper metro hari ni. Cover depan gambar baby yang kepalanya dilenyek tayar kereta. Pecah kepala baby tu!

Manusia mana yang bangang sangat tu haaaaaaaaa! otak apa kat kepala manusia buang baby tu? Eh, aku cukup HOT la kes2 buang baby ni. Akta malaysia, bila nak pinda kasi mampus yang buat kerja macam ni? Berlembut tak kena tempat! Eeeeeeeee geramnya. Saat ni air mata aku duk bertakung ja ni. Sedey sangat2! tak sanggup nak tengok gambar tu lama2.

Monday, December 13, 2010

kenduri...kenduri....



taknak pok pek pok pek banyak cukup sekadar aku letak pic je la ya. Tak da mood nak celoteh. Ni pelamin ex-SA aku dulu. Dah resign ngan company tempat aku keja ni, dia dapat kerja tempat yang lebih bagus..:)


Comey jer pelamin ni. tak da sarat ngan bunga2 kembang bermangkuk. Ni pun aku tengok dah nampak berseri2. Tambah2 pengantinnya comey lote. Anak mami la katakan.




ha ni la pengantinnya. Minta maap tak da gambar pengantin laki. waktu aku sampai, pengantin laki dok lagi sampai. aku pi pun tak lama mana. Kejap je sebab ada agenda len lagi.

tangkap gambar bersama pengantin comey..:)

Best kenduri dia. Orang kata makan jenuh. Menu makan pun banyak. Tapi first time la aku p kenduri tuan umah hidangkan ayam panggang. Aku rembat tiga pat ketoi. Tu pun aqil yang tulun peqabih. Khemah pun banyak. Tak yah la berebut kerusi meja ngan makcik pakcik. Amik je lauk dah ada tempat duduk.


wanita magribi hebat??

Semalam lepas baca topik utama metro ahad, aku rasa jeles dan terancam plak. Ye ka wanita magribi hebat? hebat menjadi sorang isteri. Pendek kata sempurna la. wanita magribi kan cun2 oiiii..

pendek citer, sesampai je laki aku kat umah aku pun sibuk la layan itu ini macam wanita magribi, ahakkkkkkkk. Laki aku pun terasa pelik ngan aku ni. pastu dia sempat baca artikel tu...

Isteri : abang-abang, i nak jadi macam wanita magribi laaa.. hehhehe (tu bukan apa...jeles dan perasan.hahhaha)

Suami : ha bagus la..tak yah abang cari wanita mangribi dah. kekekkekek

isteri ;Cehhhhh cakap arab pun dok reti. cakap omputih pun sepatah2 ada hati ehhhh?

Mat pezal ketawa kecik. mana leh ketawa besaq, ego kena jaga. tu ketawa kecik sebab taknak ngaku la tuuuu..

Suami : ha, tak pa la..nak tengok u leh jadi wanita magribi ke idak..

Isteri : occayyyyyyyssss.. (ohh cabar i yer).


lepas siap2 aku layan laki kat meja makan aku masuk bilik jap. Mat pezal lepak depan tibi. pastu dia jerit pangge aku.

Suami : leyaaaaaaaa amik mustajab sat.

Aku capai. Masa tu aku kalut wat apa ntah dalam bilik. kemas2 kot. Buka pintu...ahhhh segan nak melangkah bagi. Aku soh dia mai amik je


Suami : lahhhhhhh baling je la, i sambut.

Aku pun...piungggggggggg baling. macam besa la..laki aku terer menangkap.

Suami : cehhhhhhh main baling2, macam tu nak jadi wanita magribi??? (perlikan aku)

aku? halamakkkkkkk tersasul la plakkkkkk. Tetiba dapat idea

Isteri : ehh wanita mangribi patut pada laki...kan aban yang soh baling...i baling laaaaaaaa...


Hahhaha padan muka u.

Friday, December 10, 2010

Dialog Aqil + Mama

Pagi tadi sedang aku siap-siap nak ke opis aku nyanyi lagu iklan ni

la~la~la~la~laaaa....ha tau lagu apa? baca dialog ni

Mama : la~la~la~la~laaaa..hmmm-hmm.

Tetiba Aqil mai dekat aku

Aqil : Mamaaaaa....

Mama : ye yang

Aqil : iyak asak (minyak masak)

Mama : hah?

Aqil : Aliffff

hahahhahahhaha...tau plak budak ni aku lalalala lagu minyak masak aliff.

Thursday, December 9, 2010

Aku mangsa kemarahan

Nak je aku lempang dua tiga das kat orang itu. Tapi dia sangat la tua selayak aku pangge dia pakcik. Sebaya ngan abah aku. Tadi dia jerit2 aku buat muka tak puas hati macam sistem yang aku duk jaga sini menyusahkan kerja-kerja dia. Dia cakap ID kena lock, ok aku unlock kan. Tapi dia still tak leh masuk sampai aku unlock sebanyak 3 kali. Tak da masalah pun kalu nak aku unlock 300 kali pun!

Kali ketiga dia wat muka bengang cekak pinggang dari jauh

"Eh...lock laaaaa" agak kuat dan wat hati aku sakit

"apahal orang tua ni. aku dah unlock banyak kali dah pun. tu la kalu sebulan sekali bau nak guna sistem. Password sokmo je lupa" getus dalam hati. Tak luahkan., Yelah aku kan penakut!

Pastu dia bebel apa ntah aku wat pekak je. Kang aku layan macam dia, aku pun jadi gampang cam dia. Aku terus bangun.

" yang tak boleh-boleh ni mesti sebab on capslock..." aku cakap gitu ngan dia. Masuk bilik..aku tengok hahhhh betul tekaan aku. Aku uncaps lock pastu aku soh dia masuk semula password dia.

"lain kali tengok betul2. Dah banyak kali saya pesan, apa2 tengok button ni nyala ke dok" aku cakap gitu kat dia pastu blahhh.

Moral sini ~ jangan la duk pasan diri tu bagus sangat. jangan letak kesalahan anda itu kat orang lain, kelak yang malu anda sendiri.

occay kawan2, jangan gampang tak tentu hala naaaa...adiosss

Wednesday, December 8, 2010

Aku berlagak?

Aku sikit tersentak ngan tempelak kawan aku. Ni gara-gara aku cakap aku nak beli keta Alpat. Dia kata dia beli keta kecik ja..hidup biar sederhana.

Aku bukan berlagak tapi tiap manusia punya impian. Tak salah kan kalu kita idamkan apa yang kita nak hatta banglo 80 tingkat sekali pun..:P Impian kita ni buat kita jadi lebih kuat berusaha. Tak dapat yang kita mahu, sekurang-kurangnya leh upgrade apa skit dari yang ada depan mata.

Betul kata orang bila kita di atas, jangan lupa pandang bawah. bak kata abah aku 'syukur la kita ada keta, cuba tengok orang yanga da motor ja..kena ujan panas.' Ye, aku tak nafikan kita kena syukur apa yang kita ada. Tapi bagi aku apa yang aku impikan more to motivasi sendiri.

Aku nak keta besaq-besaq bukan nak menunjuk. Dalam diam aku tingin anak ramai. Katakan la aku nati direzekikan anak 7 orang. Mana mau sumbat dalam keta laki aku tu (ehh aku tak da keta tau...laki aku kata tak payah beli. Guna je keta dia. Ekonomi kami dok mantap, jadi kena jimat). Occay bila aku ada keta besaq-besaq ni, selesa la kita nak jalan ngan anak-anak kan? Heeee.. Itu la alasan aku. Ni bukan soal berlagak atau apa yer.

mari-mari kita teruskan usaha. Kerja mesti kuat yob!

Tuesday, December 7, 2010

Aku dan nuffnang

Ha, tadi check akaun nuffnang. Tabung aku dah ada wet ciput. Ciput-ciput pun takpa la. Saja je test blog ni toi ka leh menjanakan $$$$$$. So, memang betoi la noh duit masyuk gak kalu ramai baca blog kita dan sudi klik iklan. Kalu insan yang dah glemer, mesti la wet lagi masyuk kan. Orang cam aku ni sapa la nk jengguk baca blog aku ni. Dah la ceta marangperapu marang skeptel, baca lama-lama leh sakit mental. :P

Selamat Tahun Baru

Hmmm apa azam aku eh sempena tahun baru Islam ni? aku ada dua menda ni:

SATU ~ Aku nk baby gegirl! wahhhhh kena start pulun dah kan. Hiks3x

DUA ~ Aku nak kerja ngan lebih kuat lagi dan moga kontrak projek kat penang ni disambung lagi. Aku ada impian nak bawa mak abah pi jalan2. Dah lama niat ni tapi tak sampai2. wet yang aku simpan pun dah terguna half. Huuuuu

Ok dah, tak da topik nak merepek bukan-bukan.

Adiossssssssss

Monday, December 6, 2010

Pesta Pulau Pinang 2010



Taraaaaaaa....ni la gambar-gambar kat pesta. banyak plak aku upload sini, Tertiba jadi rajin la pulok. Gambar atas tu gambar sesudah sampai.


Macam best je kalu ada lanskap ni kat umah bertam kami. Pastu letak ikan dua tiga ekoq. Pastu hari-hari aqil duk main depan umah..pastu tengok-tengok lanskap ni leh jadi tempat mandi Aqil. Ohhhh cancel!



Angah tolong snapkan. Aku yang paksa. Sebab tak da orang lalu kat taman kecik tu.



Jalan-jalan kat gerai. Macam-macam wes. Yang aku geram banyak kopok-kopk jual dalam beg comey-comey. Kalu ampa nak tau, aku berhabis Rm65 beli kopok tu kat anak-anak buah. huhuh. (aku beli tapi guna wet laki aku. hak3x...Syok ooooo)


Mat pezal dah letey dukung Aqil. Nasib baik aku sumbat siap-siap kasut Aqil dalam handbeg.


Hishh abah Aqil ni, anak ayam pun nak tengok. Padahal kat umah mak dia berlambak ayam! sampai mak mertua kau tak larat cuci taik ayam berak merata-merata. huhu


Haunted Castle..ni train masuk umah hantu...Tak da sapa nek pun. Nampak tak ada dua tiga orang kat atas tu. Duk perbaik rail rosak. Aku rasa orang tak berani nek bukan sebab hantu dalam tu..tapi sebab nek nanti tak leh turun. ahakss


Ni laki aku duk tawar-tawar harga nak tangkap gambar ngan ular sawa. tapi tak jadi sebab Aqil takut. Yelah macam mama dia gak la..Penakut kat menatang panjang. Aku tak pi dekat-dekat pun..geli wess... Ni gambar ni aku zoom.


Tu dia...dagu aku dah berlapis noh. Gemok dah. huk3x



Sengeh Aqil nek menda ni.

Aqil ajak aku nek keta ni. Uihh mama tak berani la nk bawa Aqil nek keta belaga ni. Kang stereng ke mana...aqil ke mana



Nek train ni...Aqil jerit "takuttttttttttt...nak yun....nak yunn" maksudnya dia nak turun. hahhaha


Nek ni pun Aqil takut. ades...apasal banyak takut sangat niiiii


Jalan-jalan menghabiskan duit.


Lepak kat pantai seagate.

Campak diaaaaaaaa

Makan time...mahal nak mampus kat foodcourt pantai seagate ni. Tak sedap pun, tapi nasi sume licinnnnnnn.. Penat bercanda kat Pesta punya pasal.

Malas mengalahkan menatang KOALA

Hishhhhhhhhhh giler aihh mata ni. Macam ada orang dengki letak gam kat mata aku ni. huhuhu

ekceli (ejaan yang meniru dari cik tim..keh3x jangan marah noh) semalam balik sangat la lewat sebab janji ngan anak buah nak bawa depa pi pesta. Itu pun kalu depa setuju duk kampung jaga tok wan (ayah yang sakit). Kalu depa duk lumut, men je banyak. Tapi kalu depa duk kampung aku rasa lagi depa men banyak kan? alaaaa nama pun budak2. Akai tak panjang mana.

Janji punya janji sampai gak pesta pulau pinang. Yeahhhhhhhhhh. sebenarnya aku yang paling gedik nak pi pestu tu ha. akhirnya dapat gak pi ngan mengguna alasan kat mat pezal aku dah janji ngan anak buah dia gak. Pastu menggunakan alasan Aqil tingin nak nek ketapi (train). hak3 huduhnya perangai aku kan? ahh lantak, janji aku nak pegi gak!

Kaki ni pun duk sakit agi. Letey bebenor jalan. parking punya jauh nak mampus. Sakit tumit taw! Gambar sat gi la aku upload. Kerusi ni blum panas lagi, fail sebijik dah sampai. User ni kan...asyik wat salah je. kadang-kadang rasa nak amik pembaris besi katok tangan depa. menciiiiiiii... Kalau hari-hari cam ni, tentu aku jd malas macam menatang ni??
|
|
|
|
|
|
|
v

Alolololoooo tomeinya dia tidoq. Kalu dapat tolak dia jatuh pokok best gak ni. Hak3x