Assalamualaikum wbt...

Sekiranya berminat dengan produk shaklee, sila ke FB saya : www.facebook.com/leya.faizal

Saturday, October 31, 2015

Sedih..pilu

Aku manusia yang diuji lagi.. walau penat lelah hati berkecamuk sedaya upayaku redha. Tak terluah kesedihan ni dan tak pandai luah kepada sesiapa. Sakitnya hanya DIA sahaja yang tahu. Aku fikir baik2 aja moga ada hikmah besar menunggu di depan hari.

Sunday, September 13, 2015

Kejadian di Mekah

Assalamualaikum wbt..

Hati terusik...
Kenapa berlaku
Takdir dari Nya

Ada membaca dan juga ceramah dari ustaz sebelum ini...robohnya kota Mekah...maka kiamatlah dunia. Sempatkan daku menjejaki masjidilharam. Moga Allah swt berikan aku sekeluarga berkesempatan sujud di hadapan kaabah.

Mari kita mendoakan yang baik2 saja.

Saturday, April 25, 2015

Kejar apa?

Ramai tak faham apa yang aku kejarkan. Kata2 perli usah cakap. Ada yang depan muka...ada menggunakan text untuk berkata2.. ada mata merenung ada tanda tak faham dan penuh jelingan sindiran...

Redha...telan segala.

IMPIAN... Itu semua orang impikan. Lain orang lain lapang...ini pilihan. Penat lelah peluh dingin meresah...tak guna power sesapa. Biar orang tak faham biar diri kita faham apa yang diinginkan.

Kepuasan untuk berjaya dan membahagiakan insan tersayang...ini la ku kejar. Mohon faham

#now...sedang menunggu kelas untuk menuntut secepis ilmu. Moga bercambah2 selepas ini. Ameen#

Wednesday, April 15, 2015

Jika sakit....

Assalamualaikum wbt...

Lama tak tinta di diari alam maya ni...moga segala kebaikan mahupun keburukan dijadikan pengajaran...

Hati tersentak bila baca 1 entry tak tahu kisah benar atau rekaan...kalu rekaan pun masih boleh dijadikan pengajaran untuk kita...kisah seorang isteri kerap mengadu sakit tapi langsung tak dipedulikan suami...sehingga minta rehat dari lakukan kerja rumah pun tak dihiraukan. Hakikat zaman sekarang...wanita berkerjaya mahu suri rumah kalu bab kerja dalam rumah xkan penah habis. Okes dipendek cerita kisah tu...sakit2 isteri melarat sampai meninggal baru suami tersedar.

Plezz suami amik2 tau la sekiranya isteri tak sihat.bab kesihatan memang haku pantang benar kalu sapa ambil ringan.

Ingat yerrr sakit jangan lupa jumpa doktor.

Friday, March 6, 2015

Kuasa istighfar

Kisah kuasa istighfar..

Dalam kekalutan ntah bagaimana kad ini tercicir.. start keta dr seb jaya menuju bagan. Sampai di bagan hati terdetik perasan kehilangan kad ni. Cari2 memang tak jumpa. Terus istighfar dlm hati smpi setel urusan di bagan. Then patah balik ke tempat2 yang singgah ni...smpi ke tmpt last yg singgah...dengan sedih "ntah jth ke sini tidak.. harap2 tak da orang ambil". Parking suka hati sebab kalut mencari sambil istighfar tak henti menyesal kesalahn diri..kena tegur ngan pak guard sebab sukahti park keta tmpt larangan. Seorang lg menyampuk "sy ada jmpa kad awak..kejap sy ambil. Sy simpan tadi"

Alhamdulillahhhhhh syukur ya Allah.. ikut hati nak biarkan tapi kad tu baru ditambah nilai. Syukur sgt.

Wednesday, February 11, 2015

Kembaliiiiii

Lama tak usik blog. Sejak Aqil dan Afiq start sekolah banyak berubah. Menjadi lebih banyak keluarkan tenaga dan perlu lebih kuat. Tak pa shaklee kan ada. Heheh tak leh la nak skip multivitamin vitalea.
Budak mengacau mama. Akal panjang la ni dia
Lanja 1 pic. welpieee

Wednesday, January 7, 2015

Dugaan 2015 dah macam2

Setelah nekad nak serius berniaga ni...macam2 dugaan..Jatuh air mata tu tak terkira. Betullah kata sifu ku...nak berjaya bukan datang bergolek. Contoh macam sifuku dah jd jutawan..nak dapat hasil sekarang..segunung air mata. Jatuh bangun..jatuh bangunnnn jangan penah letih !!!

Kadang2 raai yang tag kat FB ajak join bisness yang aku tak nampak produknya..tunjuk duit siap sebakul...total kat mesin ATM 7 angka! Gila apa tu..tunjuk duit tapi wat pa la ngko cari gambar kat google tu. Bisness la cara molek.

Memang akan aku terus dengan shaklee tapi bila orang perli2 memang la sakit hati. Pedih. Kadang2 bukan kawan2 jauh memerli..orang tersayang kita pun kadang2 menduga hati. Aduhai hati jangan berhati tisu sangat. Jadikan dikau kebal hati...

Azam terus membara sebab kalu boleh nak cepat2 tinggal kerusi empuk kat opis. Ikut perancangan nak bersara awal tahun ni..tapi bisness aku belum cukup kuat. walau dah mencecah 4 angka...belum mengatasi gaji. Kalu dah lebih inshaAllah hati ni dah cekal untuk tinggal segala kenangan pahit manis di kerusi empuk ni.

Ya Allah..kau percepatkan la dan makbulkan la doa aku ini....